اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
وَإِذْ
قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُواْ
أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاء وَنَحْنُ نُسَبِّحُ
بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ
Dan (ingatlah)
ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat
ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak
menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah
(berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan
mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan
apa yang kamu tidak mengetahuinya". (al-Baqarah: 30)
أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا
مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اللَّهُمَّ
صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
أَمَّا بَعْدُ
فَيَا عِبَادَ اللَّهِ ! اِتَّقُواْ
اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ
Sidang Jumaat Sekelian,
Di
antara matlamat perutusan manusia ke muka bumi adalah bagi melaksanakan tugas sebagai
Khalifah Allah. Imam al-Mawardi menjelaskan dalam kitabnya al-Ahkam
al-Sulthoniyyah sebagai :
“ حِرَاسَةُ
الدِّيْنِ وَسِياَسَةُ الدُّنيْاَ بِهِ ”, iaitu “Menjaga Agama dan
Mentadbir Dunia dengan agama.” Oleh kerana menjaga agama adalah tugas yang utama,
maka mentadbir dunia juga mestilah dalam ruang lingkup menjaga agama dan
mentadbir dunia tidak boleh bercanggah dengan agama. Oleh kerana tugas
kepimpinan adalah tugas agama, maka melantik pemimpin juga adalah tugas
keagamaan yang berkait rapat dengan dosa dan pahala. Jika perlantikan pemimpin
bertepatan dengan ciri-ciri yang ditentukan oleh Allah, maka ianya akan
diredhai oleh Allah, dan begitulah sebaliknya.
Perlantikan pemimpin
dan memastikan pemimpin yang dipilih mampu melaksanakan tugas sebagai khalifah
Allah adalah wajib secara ijmak. Kegagalan kita untuk melantik pemimpin ataupun
kegagalan kita melantik pemimpin bagi melaksanakan perintah Allah di muka bumi
akan menyebabkan kita terpaksa berhadapan dengan Allah di akhirat nanti. Inilah
yang menyebabkan para sahabat beramai-ramai meninggalkan jenazah rasulullah saw
untuk melantik khalifah bagi menggantikan Rasulullah.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Allah menggambarkan dua
kelompok kepimpinan yang diredhai dan dimurkai oleh Allah. Dalam surah as-Sajadah
ayat 24 Allah menyatakan mengenai kelompok pemimpin yang diredhainya iaitu:
وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ
أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا وَكَانُوا بِآيَاتِنَا
يُوقِنُونَ
Dan Kami jadikan
di kalangan kamu pemimpin yang membimbing rakyatnya ke jalan Kami selama mana
mereka bersabar, dan mereka yakin dengan ayat-ayat Kami.
Para pemimpin ini
adalah pemimpin yang sentiasa menyedarkan rakyatnya agar sentiasa mengingati
Allah, mengajak rakyatnya agar taat kepada perintah Allah dan sentiasa mengajak
kepada makruf dan mencegah daripada munkar. Berbeza dengan kelompok kepimpinan
yang dimurkai Allah sebagaimana FirmanNya :
وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً
يَدْعُونَ إِلَى النَّارِ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ لاَ يُنْصَرُونَ - (القصص: 41)
Dan
Kami jadikan mereka pemimpin yang mengajak rakyatnya ke neraka, dan pada hari
kiamat mereka tidak akan dibantu.
Saudara kaum Muslimin yang dihormati,
Sebahagian dari
pemimpin yang ada hari ini adalah pemimpin yang membawa rakyatnya ke neraka. Mereka
hanya memikirkan bagaimana untuk memenuhi serakah nafsu rakyatnya dalam
berhibur secara membabi buta, mereka menganiaya dan menzalimi rakyatnya yang
tidak berupaya, mereka mengaut segala khazanah negara demi mengkayakan kaum
keluarga dan kroni-kroni mereka dan mereka tidak pernah memikirkan bagaimana
untuk mengajak rakyat mereka kembali menghayati agama.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Menjadi pemimpin
bukanlah satu keistimewaan dan penghormatan, tetapi semata-mata satu beban dan
tanggungjawab. Oleh sebab itu hanya mereka yang benar-benar layak serta mampu
memikul tugas dan tanggungjawab untuk memimpin ummat ke jalan yang diredhai
oleh Allah sahajalah yang berhak dipilih. Mana mungkin mereka yang tidak mampu
memimpin kita dalam perkara semudah menjadi imam solat jemaah, dapat kita
berikan kepercayaan untuk memimpin kita mencapai kebahagiaan di akhirat. Sabda Rasulullah saw:
مَـنِ
اسْـتـَعْـمَـلَ رَجُـلاً عَلىَ عَـصَـابَـةٍ وَفِـيـْهِـمْ مَـنْ هُـوَ اَرْضىَ اللهُ مِـنـْهُ فَـقـَدْ خـَانَ
اللهَ وَرَسُــوْلـَهُ
وَالْـمُــْؤمِـنِـيْـنَ .
Barangsiapa
yang mengangkat seseorang menjadi ketua (pemimpin) kepada sesuatu golongan,
sedangkan dalam golongan itu ada orang yang lebih layak dan lebih diredhai oleh
Allah untuk menjadi ketua (pemimpin), maka sesungguhnya dia telah khianat kepada
Allah, Rasul, dan kepada orang-orang mukmin. - Hadith
riwayat Hakim daripada Ibnu Abbas
Sidang Jumaat sekalian,
Menyerahkan amanah
kepimpinan kepada orang-orang yang tidak layak adalah satu pengkhianatan yang
besar. Kehancuran besar boleh berlaku kepada umat Islam apabila urusan
kepimpinan mereka berada di tangan orang-orang yang bukan ahlinya. Janganlah kita
mengkhianati Allah dan Rasul dengan memilih pemimpin yang tidak pernah takut
kepada Allah sehingga bebas melakukan penyelewengan, pembaziran, salahlaku
kuasa, rasuah, dan memandang ringan segala penyakit yang berlaku di kalangan
masyarakat termasuk zina, perjudian, dan lain-lain kerja mungkar, hanya atas
dasar satu bangsa. Tidak salah memilih calon yang tidak beragama
Islam, tetapi memiliki integriti dan keperibadian mulia, jujur dan amanah .
Sidang Jumaat sekalian,
Persaingan
dan perlumbaan memenangi pilihanraya hendaklah dijadikan persaingan dan
perlumbaan ke arah memenangkan Islam. Kita wajib melakukan perubahan ke arah
mencari suatu yang lebih baik.
بَارَكَ
اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ
الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ،
وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ،
أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ
وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا
فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
خطبة كدوا
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ
:
يَوْمَ
نَدْعُو كُلَّ أُنَاسٍ بِإِمَامِهِمْ ۖفَمَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ
فَأُولَٰئِكَ يَقْرَءُونَ كِتَابَهُمْ وَلَا يُظْلَمُونَ فَتِيلًا - سورة الإسراء : 71
Dan suatu hari nanti
Kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya; dan barangsiapa yang diberikan kitab
amalannya di tangan kanannya maka mereka ini akan membaca kitabnya itu, dan
mereka tidak dianiaya sedikitpun.
اَشْهَدُ
اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ
مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ
الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Pemilihan pemimpin
bukanlah hanya terhenti setakat masa depan kita di dunia yang fana ini
semata-mata. Di akhirat kelak kita akan dihimpunkan bersama pemimpin yang kita
pilih. Jika di dunia kita hanya mementingkan kemajuan kebendaan semata-mata,
maka tiada bezanya kita dengan negara-negara barat yang menjadi maju dengan
kecekapan para pemimpin mereka. Mampukah pemimpin sebegini menyelamatkan kita
daripada neraka sedangkan nasib mereka sendiri di seperti berada hujung tanduk
akibat kemurkaan Allah.
Yakinlah dengan
kepimpinan mereka yang bertaqwa kerana mereka mampu membawa kita mendekati
Allah. Barangsiapa yang mengejar dunia, dunia pasti melarikan diri darinya.
Barangsiapa yang mengejar akhirat, maka dunia pasti akan mengejar mereka. Berbahagialah
kita jika kita memilih pemimpin yang tepat yang sentiasa membawa kita ke jalan
Allah.
اَللَّهُمَّ
اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ،
وَأَصْلِحْ
ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ
اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ.
اَللَّهُمَّ
أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ
وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ
اَللَّهُمَّ
دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ
الدِّيْنِ .
اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ
يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُوْنَ
أَوْلِيَائَكَ.
اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ
جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ
اَللَّهُمَّ
يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ
إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ
الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ
اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ.
رَبَّنَا آتنِاَ فِيْ الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِيْ
اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى
الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ
وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. اِنَّ
الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى
عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ
تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ
الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرْوْهٌ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ
مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ.
penyokong2 umno ... baca betul2 dengan mata hati ...
ReplyDelete