MAMPUKAH KITA BERSATU ???
Khutbah Pertama
الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ (آل عمران :١٠٣)
أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ ! اِتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ
Muslimin sidang Jumaat Sekelian,
Allah menjelaskan dalam ayat yang dibacakan tadi :
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Daripada dahulu sehingga kini, kita sentiasa disogokkan dengan gesaan untuk bersatu dan berpadu, seolah-olahnya dengan bersatu padu semua masalah ummat akan dapat diselesaikan. Sebahagian kita menghendaki semua manusia menerima pandangan dan pendapat mereka seolah-olahnya menyanggahinya merupakan satu dosa yang amat besar. Kebanyakan kita tidak dapat menerima mereka yang tidak bersama dengan kita dan tidak merasakan mereka bersaudara dengan kita jika mereka tidak mentaati kita secara total.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Rasulullah saw terpaksa memecahkan perpaduan yang sekian lama terjalin di kalangan masyarakat Mekah demi menyebarkan kebenaran Islam. Para sahabat terpaksa melupakan ikatan kekeluargaan yang amat mereka cintai, melupakan hubungan persahabatan yang begitu erat dan melupakan perpaduan yang sedia ada di kalangan masyarakat kerana meyakini kebenaran Islam.
Terdapat perbezaan antara pandangan manusia dengan apa yang dikehendaki oleh Allah. Masyarakat yang pada pandangan mereka bersatu padu tetapi sebenarnya adalah berpecah belah disisi Allah. Perpecahan yang ditimbulkan oleh Rasulullah dengan membawa ajaran Allah hakikatnya adalah penyebab kepada perpaduan manusia di sisi Allah. Kehidupan yang begitu mewah dan tenang seolah-olah seperti di syurga, sebenarnya adalah seperti di jurang api neraka. Begitu juga perpecahan yang timbul akibat ajaran yang dibawa oleh Rasulullah, hakikatnya adalah untuk membawa manusia ke dalam syurga.
Saudara kaum muslimin sekelian,
Sebenarnya kebenaran dan keadilan selama-lamanya tidak pernah bersatu dengan kebatilan dan kezaliman. Kita akan terus melihat golongan kufur, munafiq dan fasiq terus dengan kekufuran, kemunafiqan dan kefasiqan mereka, penjenayah terus menerus melakukan jenayah mereka, manakala golongan Islam dan beriman terus beramal dan berjuang untuk menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran. Apa yang pasti kedua-duanya tidak akan bersatu selama-lamanya, melainkan satu golongan berpisah dari golongan mereka dan menggabungkan diri dengan golongan yang satu lagi demi menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan.
Saudara kaum muslimin,
Seorang anak selama-lamanya tidak akan bersetuju dan akan bangkit menentang bapanya andainya bapanya menzalimi dan tidak berlaku adil terhadapnya. Penentangan ini tetap akan dilakukan walaupun menyedari bapanyalah yang selama ini memberi makan-minum, menyediakan pakaian dan pendidikan kepadanya. Jika si bapa tidak mahu anaknya menentangnya, maka janganlah dia menzalimi dan menganiaya mana-mana anaknya. Begitulah yang berlaku terhadap masyarakat Mekah di zaman Jahiliah. Walaupun pemimpin Quraisy merasakan mereka bersatu padu, namun perpaduan mereka hakikatnya adalah perpaduan bagi menindas golongan bawahan serta golongan miskin dan papa. Pertolongan dan bantuan yang diberikan oleh mereka kepada rakyat jelata hakikatnya diambil dari hasil penipuan dan rampasan harta rakyat yang tidak mampu berbuat apa-apa. Maka tidak hairanlah golongan yang terawal menerima dakwah Rasulullah saw adalah golongan yang papa kedana, di samping hamba sahaya yang hidup menderita di bawah penindasan tuan-tuan mereka.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Orang-orang yang berada di landasan kebenaran akan terus menerus berjuang mempertahankan yang hak dan mereka tidak akan tunduk dan berkompromi dengan kebatilan. Golongan yang engkar dengan perintah Allah tidak mungkin mampu menegah mereka daripada terus melaksanakan perintah Allah demi perpaduan melainkan mereka sendiri yang perlu kembali kepada perintah Allah. Allah memberi peringatan dalam Al Quran seperti firmannya dalam surah Yunus ayat 99:
Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?
Firman Allah lagi dalam surah Al An ‘am ayat 116 :
“Sekiranya kamu patuh dan taat kepada kebanyakkan daripada manusia di atas muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Tiadalah yang mereka turut kecuali sangkaan mereka semata-mata dan mereka tidak lain hanyalah berdusta ”.
وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لأمنَ مَنْ فِي الأَرْضِ كُلُّهُمْ جَمِيعًا أَفَأَنْتَ تُكْرِهُ النَّاسَ حَتَّى يَكُونُوا مُؤْمِنِينَ (سورة يونس : ٩٩)
Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?
Firman Allah lagi dalam surah Al An ‘am ayat 116 :
وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلاَّ الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلاَّ يَخْرُصُونَ – الأنعام : ١١٦
“Sekiranya kamu patuh dan taat kepada kebanyakkan daripada manusia di atas muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Tiadalah yang mereka turut kecuali sangkaan mereka semata-mata dan mereka tidak lain hanyalah berdusta ”.
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
Khutbah Kedua
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :
كَانَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً فَبَعَثَ اللَّهُ النَّبِيِّينَ كَانَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً فَبَعَثَ اللَّهُ النَّبِيِّينَ مُبَشِّرِينَ وَمُنْذِرِينَ وَأَنْزَلَ مَعَهُمُ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِيَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ فِيمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ وَمَا اخْتَلَفَ فِيهِ إِلاَّ الَّذِينَ أُوتُوهُ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ فَهَدَى اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا لِمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِهِ وَاللَّهُ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ (البقرة : ٢١٣)
“Pada mulanya manusia itu ialah ummat yang satu (menurut Agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutus Nabi-Nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga), dan pemberi amaran (kepada orang–orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama-sama nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang mengandungi keterangan yang benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan. Dan tidaklah mereka yang berselisih melainkan orang yang diberi kepada mereka Kitab Suci, sesudah datang kepada mereka keterangan yang jelas. Mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama mereka. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka dengan izin Allah. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakinya ke jalan yang lurus.”- Al-Baqarah : 213
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sudah sampai masanya untuk semua umat Islam bersatu dan tidak berpecah belah. Satu-satunya kaedah untuk bersatu adalah dengan kembali kepada ajaran Allah dan Rasulnya. Bagi yang semakin jauh dengan ajaran Allah wajib kembali belajar dan menghayati Al-Quran dan Sunnah agar dapat kembali ke jalan Allah. Bagi yang sentiasa berpegang kepada ajaran Allah wajib istiqamah walaupun kelihatannya seperti menjadi punca perbelahan dan pecah belah.
Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com
اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sudah sampai masanya untuk semua umat Islam bersatu dan tidak berpecah belah. Satu-satunya kaedah untuk bersatu adalah dengan kembali kepada ajaran Allah dan Rasulnya. Bagi yang semakin jauh dengan ajaran Allah wajib kembali belajar dan menghayati Al-Quran dan Sunnah agar dapat kembali ke jalan Allah. Bagi yang sentiasa berpegang kepada ajaran Allah wajib istiqamah walaupun kelihatannya seperti menjadi punca perbelahan dan pecah belah.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ،
وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ
اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ .
اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ.
اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ
اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ.
رَبَّنَا آتنِاَ فِيْ الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِيْ اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرْوْهٌ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ.
Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com
No comments:
Post a Comment