“MEMAHAMI DAN MELAKSANAKAN SYARIAT ISLAM”
Khutbah Pertama
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :
لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْءَانَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ اْلأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
Sidang Jumaat Sekalian,
Hari ini perlaksanaan syariat Islam secara menyeluruh kembali menjadi hebat diperkatakan oleh segenap lapisan masyarakat. Di mana sahaja kita melihat umat Islam dan orang bukan Islam begitu ghairah membicarakannya walaupun sebahagian besarnya amat tandus pengetahuan mereka mengenainya. Entah kenapa walaupun keghairahan masyarakat dalam membincangkan mengenai perlaksanaannya namun kefahaman masyarakat mengenainya tidak pernah bertambah. Mereka yang menolak masih terus dengan penolakannya dan mereka yang ragu masih terus dengan keraguan mereka.
Sidang Jumaat Sekalian,
Nabi Muhammad S.A.W diberi masa 23 tahun bagi melaksanakan keseluruhan syariat Allah yang selengkapnya. Kesempurnaan syariat Allah dirasai dan dapat dihayati di zaman Khalifah Ar-Rashidin dan kesannya masih menjadi kenangan indah seluruh umat manusia sehingga kini. Jika kajian dan perancangan yang cukup rapi dibuat bagi melaksanakannya maka pastinya semua pihak akan menerimanya dengan baik. Jika undang-undang Inggeris yang amat asing daripada budaya rakyat di Negara inipun dapat dilaksanakan semenjak merdeka sehingga kini, apakah yang menghalang rakyat menerima Syariat Allah yang menepati fitrah kejadian manusia. Jika undang-undang sedia ada yang tidak sesempurna manapun tidak menimbulkan sebarang huru hara, apakah Hukum Allah yang begitu adil akan mendatangkan kacau bilau di kalangan manusia.
Sidang Jumaat Sekalian,
Rasulullah SAW telah berjaya mengubah budaya dan undang-undang di Negara Arab yang begitu jauh bezanya dengan hukum-hakam Allah. Kejayaan ini adalah hasil kebijaksanaan baginda dalam mengatur perancangan bagi melaksanakannya walaupun terpaksa beransur-ansur hingga mengambil masa melebihi 23 tahun untuk melihat hasilnya. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam pensyariatan pengharaman arak dan judi yang telah mendarah daging dalam kehidupan masyarakat ketika itu. Dalam kitab Al-Tibyan fi Uluumi Quran (اَلتِّبْياَن فِي عُلُوْمِ الْقُرْان)karangan Al-Sheikh Muhammad Ali Al-Shobuni menerangkan kaedah pengharaman arak di zaman Nabi Muhammad S.A.W. Secara tidak langsung Allah S.W.T menggambarkan mengenai keburukan arak dengan menurunkan surah al-Nahl ayat 67 :
وَمِنْ ثَمَرَاتِ النَّخِيلِ وَالأَعْنَابِ تَتَّخِذُونَ مِنْهُ سَكَرًا وَرِزْقًا حَسَنًا إِنَّ فِي ذَلِكَ َلآيَةً لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ ﴿٦٧﴾
Ertinya :
"Dan dari buah-buah kurma dan anggur dapat kamu ambil minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik."
Dalam ayat ini Allah S.W.T hanya menerangkan bahawa anggur boleh digunakan bagi membuat minuman yang memabukkan dan boleh juga menjadi sumber rezeki yang baik kepada manusia. Selepas turunnya ayat ini sebahagian umat Islam yang mampu berfikir menyedari bahawa seolah-olah ada satu isyarat dari tuhan Rabbul Jalil mengenai perahan anggur yang dijadikan arak oleh masyarakat. Persoalan ini terus bermain difikiran mereka tanpa ada jawapannya. Kemudian Allah S.W.T menurunkan pula surah al-Baqarah ayat 219:
يَسْأَلُونَكَ عَنِ ٱلْخَمْرِ وَٱلْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَآ إِثْمٌۭ كَبِيرٌۭ وَمَنَـٰفِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا ۗ وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ ٱلْعَفْوَ ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمُ الآيَات لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ ﴿٢١٩﴾
Ertinya:
"Mereka bertanya mengenai arak dan judi, Katakanlah bahawa pada keduanya ada mudarat yang besar dan ada juga beberapa manfaat bagi manusia. Dan kemudaratan keduanya bagi manusia adalah melebihi daripada manfaatnya. Dan mereka bertanya mengenai apa yang akan mereka nafkahkan, maka katakanlah : yang melebihi keperluan. Demikianlah Allah S.W.T menerangkan ayat-ayatnya kepada mu supaya kamu mampu memikirkan."
Amaran Allah S.W.T dalam ayat ini samalah dengan amaran kerajaan di tepi kotak-kotak rokok yang menyatakan bahawa merokok mebahayakan kesihatan namun berapa ramaikah yang mahu mengambil pengajaran. Para sahabat juga mengambil sikap tunggu dan lihat malah masih meneruskan kegiatan mereka kerana tiada tanda yang jelas mengenai pengharamannya.
Sidang Jumaat Sekalian,
Diceritakan bahawa Abdul Rahman Bin Auf mengadakan kenduri dan mengundang para sahabat. Saidina Ali bin Abi Talib mengatakan bahawa aku diundang dan dihidangkan dengan arak lalu aku meminumnya. Kemudian apabila aku menjadi imam solat maka aku diminta menjadi imam sehinggalah aku membaca surah al-Kafirun ayat 1-3 dalam keadaan mabuk dan tersilap seperti berikut:
قُلْ يَاأَيُّهَا الْكَافِرُونَ ﴿١﴾ أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ﴿٢﴾ وَنَحْنُ نَعْبُدُ مَا عَبَدْتُمْ ﴿٣﴾
Ertinya :
"Katakanlah wahai orang-orang kafir, aku akan menyembah apa yang kamu sembah dan kami telah pun menyembah apa yang kamu sembah."
Maka turunlah ayat 43 surah an-Nisa' yang berbunyi :
يَـٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَقْرَبُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنتُمْ سُكَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُواْ مَا تَقُولُونَ
Ertinya :
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu kerjakan sembahyang ketika kamu sedang mabuk kecuali setelah kamu mengetahui apa yang kamu katakan."Sidang Jumaat Sekalian,
Setelah penurunan ayat ini sebahagian sahabat terus menjauhi arak manakala sebahagiannya masih meneruskannya kecuali apabila mahu mendirikan solat. Maka diriwayatkan bahawa sebahagian sahabat termasuk Hamzah, bapa saudara Nabi sedang berkumpul dan ketika itu terdapat seorang hamba menghiburkan mereka dengan lagunya :
اَلاَ يَا هَمْزُ لِلشَّرَفِ النَّوَاءِ وَهُنًّ مُعَقَّلاَتٌ بِالْفِنَاءِ
Ingatlah wahai Hamzah terdapat unta-unta tua yang bermain-main itu, mereka telah diikat di halaman rumahnya.
Lalu Hamzah terus memotong tali unta milik Saidina Ali lalu Ali mengadu kepada Nabi. Apabila Nabi memarahi Hamzah lalu Hamzah menjawab : Bukankah kamu semua bapa-bapa saudara ku ? Maka sedarlah Nabi bahawa bapa saudaranya itu sedang mabuk.
Tidak lama kemudian maka turunlah ayat 90-91 surah al-Maidah yang mengharamkan terus arak daripada di minum oleh umat Islam :
يَـٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ إِنَّمَا ٱلْخَمْرُ وَٱلْمَيْسِرُ وَٱلْأَنصَابُ وَٱلْأَزْلَـٰمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ ٱلشَّيْطَـٰنِ فَٱجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿٩٠﴾ إِنَّمَا يُرِيدُ ٱلشَّيْطَـٰنُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ ٱلْعَدَٰوَةَ وَٱلْبَغْضَآءَ فِى ٱلْخَمْرِ وَٱلْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ ٱللَّهِ وَعَنِ ٱلصَّلَوٰةِ ۖ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ ﴿٩١﴾
Ertinya :
"Wahai orang-orang yang beriman sesungguhnya arak dan judi, penyembahan berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji yang menjadi amalan syaitan. Maka kamu jauhilah ia semoga kamu mendapat kemenangan. Sesungguhnya syaitan menghendaki agar timbul di kalangan kamu permusuhan dan kebencian kerana arak dan judi seterusnya dengan itu menghalang kamu dari mengingati Allah S.W.T dan mendirikan solat. Masih kah kamu berdegil lagi ?"
Sidang Jumaat Sekalian,
Kita pada hari ini tidak perlu menunggu turunnya wahyu baru dari Allah kerana keseluruhan Syariat Allah sudah lengkap, Namun kaedah beransur-ansur ini dalam melaksanakannya. Rasulullah S.A.W berjaya mengubah bangsa Arab sepenuhnya dalam masa 23 tahun sedangkan negara-negara Islam hari ini masih gagal menguatkuasakan hukum Allah walaupun telah mencapai kemerdekaan berpuluh-puluh tahun. Kita gagal kerana kita tidak pernah beransur-ansur mahu melaksanakannya. Di mana sahaja ada sebahagian umat Islam berusaha melaksanakannya maka wujud pula sebahagian yang lain mencari kelemahan dan cuba menghalangnya. Kita tidak punya masa lagi untuk berbahas mengenai keindahan syariat Islam kerana hanya yang buta sejarah sahaja yang tidak mengakuinya. Tanggung jawab kita pada hari ini hanyalah untuk membuktikannya. Sesiapa sahaja yang mahu mengusahakannya wajib kita bantu dan segala kekurangannya harus sama-sama ditampung. Semua pihak mesti sama-sama berusaha menegakkannya secara beransur-ansur. Jika 10 tahun lalu kita sudah memulakan penerangan mengenai syariat Allah kepada seluruh masyarakat, maka pasti hari ini kita tidak lagi menghadapi masalah dalam melaksanakannya. Media massa dan media cetak hari ini telah gagal menjalankan tugasnya bagi menjelaskannya kepada masyarakat malah lebih banyak menambahkan kekeliruan dalam masyarakat. Maka marilah kita semua bersatu tenaga bagi melaksanakannya secara beransur-ansur. Jika semua pihak memang berniat untuk melaksanakannya walaupun pendekatannya berbeza, maka tiada alasan bagi kita berbalah kerananya kerana ini adalah tanggungjawab kita bersama. Gunakanlah segala cara yang ada bagi menerangkannya kepada masyarakat agar pihak yang berusaha menguatkuasakannya tidak diganggu oleh pihak yang sebenarnya amat jahil mengenai perlaksanaannya. Jika ini kita lakukan maka bukan sahaja orang Islam malah orang bukan Islam juga akan menerimanya sebagai undang-undang negara.
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
Khutbah Kedua
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :
يَـٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدْخُلُواْ فِى ٱلسِّلْمِ كَافَّةًۭ وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَـٰنِ ۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّۭ مُّبِينٌۭ ﴿٢٠٨﴾
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata;…Al-Baqarah ayat 208
اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
Sidang Jumaat Sekelian,
Setiap Umat Islam wajib membantu ke arah menjayakan perlaksanaan Syariat Allah sepenuhnya. Kita akan dipertanggungjawabkan atas kegagalan kita membantu perjuangan melaksanakannya apatah lagi jika kita menjadi penghalang kepada perlaksanaannya. Oleh yang demikian, marilah kita bersama mengikhlaskan diri kita untuk melaksanakan amanah ini. Perbanyakkanlah usaha-usaha penerangan bagi menjelaskan kepada masyarakat walaupun kefahaman masyarakat bukanlah menjadi syarat untuk melaksanakan sebarang undang-undang. Janganlah kita mengeluarkan sebarang ungkapan yang menghina, mempertikai dan menimbulkan kekeliruan atau kekhilafan berkenaan perlaksanaannya kerana ianya tidak akan membantu untuk menjayakan perlaksanaannya melainkan hanya menggangu usaha-usaha ke arah perlaksanaannya.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ،
وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ
اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ .
اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ.
اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ
اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ.
Ya Allah! Kurniakanlah sepenuhnya taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami Duli Yang Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.
رَبَّنَا آتنِاَ فِيْ الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِيْ اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ.
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ.
Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com
No comments:
Post a Comment