Thursday, June 28, 2012

Khutbah Jumaat - 09 Sya’aban 1433 / 29 Jun 2012

"NISFU SYA’BAN DIANGKAT AMALAN "


Khutbah Pertama


الْحَمْدُ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَهْدِيْهِ وَنَسْتَغْفِرُهُ،
وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا
مَنْ يَهْدِ اللهِ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِىَ لَهُ .
أَشْهَدُ أَنْ لآ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ .
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ  وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ .
أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ !  اتَّقُواْ اللَّهَ، اُوْصِيْكُمْ وَاِيَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ .


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Marilah kita meningkatkan ketaqwaan ke hadrat Allah SWT supaya hidup kita selamat di dunia dan di akhirat. Hari ini kita sedang berada di Bulan Sya'ban yang mulia. Insya Allah pada bulan hadapan kita akan berpuasa selama sebulan, sebagai satu ujian untuk menjadi insan-insan yang bertaqwa.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Dinamakan Bulan Sya'ban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak. Bagi mendapatkan kemuliaan dan ketinggian martabat, kita hendaklah banyak melakukan amal kebajikan, agar hati kita mampu ditundukkan dan dijinakkan untuk mentaati segala titah perintah Allah.

Pada malam Nisfu Sya'ban, buku catatan amal kita akan diangkat ke langit oleh para malaikat (Raqib dan Atid). Apabila tiba waktu perhitungan amalan, buku itu akan dipergunakan sebagai saksi utama bagi setiap manusia.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Al-Quran menjelaskan kepada kita bahawa, perhitungan amalan manusia atau hisab itu dilaksanakan oleh Allah SWT dengan beberapa cara, antaranya;

Pertama : Perhitungan amalan dihisab melalui soal jawab.

Setiap insan akan ditanya segala perbuatan yang dilakukannya di dunia, baik yang lahir mahupun yang tersembunyi, yang kecil mahupun yang besar. Firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 92-93;

فَوَرَبِّكَ لَنَسْأَلَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ ﴿٩٢﴾ عَمَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿٩٣﴾

"Demi Tuhan-Mu! Kami pasti akan menyoal mereka. Mengenai apa yang mereka telah lakukan".

Kedua : Perhitungan amalan dihisab dengan pembacaan buku catatan.

Allah SWT telah menugaskan malaikat mencatat segala amalan yang baik atau yang buruk bagi setiap manusia, dalam keadaan sedar atau lupa, dalam keadaan bergurau atau bersungguh-sungguh, sehingga nafas yang turun naik dan rintihan kalbu pun dicatat juga. Allah SWT berfirman dalam surah al-Infithar ayat 10-11;

وَإِنَّ عَلَيْكُمْ لَحَـافِظِينَ ﴿١٠﴾ كِرَامًا كَـاتِبِينَ ﴿١١﴾
"Dan sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasi segala perilaku kamu. (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah) yang ditugaskan menulis (amalan-amalan kamu)".

Ketiga : Perhitungan amalan dihisab dengan memperdengarkan rakaman.

Rakaman setiap perbuatan atau perkataan yang pernah diucap disepanjang hayat ketika di dunia. Firman Allah SWT dalam surah al-Jatsyiah ayat 29;
 
هَـذَا كِتَـابُنَا يَنطِقُ عَلَيْكُم بِٱلْحَقِّ ۚ إِنَّا كُنَّا نَسْتَنسِخُ مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

"Inilah surat (kitab catatan malaikat) Kami, dia memberi keterangan terhadap kamu dengan yang benar, kerana sesungguhnya Kami telah (perintahkan malaikat) menulis segala yang kamu telah lakukan (di dunia dahulu)".

Keempat : Perhitungan amalan dihisab dengan mempamerkan semula segala amalan.

Setiap orang akan menyaksikan sendiri apa sahaja yang pernah dilakukan sepanjang hayatnya melalui tayangan itu. Walaupun perbuatan-perbuatan itu dilakukan dengan tersembunyi di tempat yang gelap atau terang-terangan, baik yang kecil mahupun yang besar akan tetap dapat didedahkan juga sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Zalzalah ayat 6;

يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ ٱلنَّاسُ أَشْتَاتًا لِّيُرَوْا أَعْمَـالَهُمْ ﴿٦﴾

"Pada hari itu manusia akan keluar (dari kuburnya) dalam keadaan yang bermacam-macam, untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) bagi setiap amalan mereka".

Menurut riwayat, ketika Rasulullah s.a.w. menyampaikan wahyu ini kepada umat manusia, maka ramai di antara para sahabat Baginda, menangis teresak-esak. Ini adalah kerana mereka merasakan begitu banyak kejahatan yang telah mereka lakukan. Di antara para sahabat Nabi yang paling sedih, adalah Umar bin Khattab r.a., beliau terasa malu apabila perbuatan-perbuatannya yang hina dan nista itu dipertontonkan oleh Allah S.W.T. kepada seluruh makhluk.

Kelima : Perhitungan amalan dihisab melalui timbangan.

Seluruh amalan yang pernah dilakukan oleh setiap manusia dalam hidupnya, akan ditimbang dengan satu timbangan yang adil dan saksama.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Marilah kita memperbanyakkan amal kebajikan pada bulan yang mulia ini. Antara amalan yang sering dilakukan oleh para ulama' pada bulan Sya'ban adalah seperti berikut:-

Pertama : Berpuasa.

Saidatina Aisyah r.a. berkata;

"Tidak pernah Rasulullah s.a.w. berpuasa lebih banyak daripada bulan Sya'ban (selain bulan Ramadhan)." (Riwayat Bukhari)

Kedua : Beristighfar, berselawat dan berzikir.

Oleh kerana bulan Sya'ban adalah bulan yang sangat mulia di sisi Allah S.W.T. dan rasul-Nya, maka wajarlah kiranya sepanjang bulan itu kita memperbanyakan ibadah seperti beristighfar, berselawat kepada nabi, berzikir serta bertasbih.

Ketiga : Memperbanyakan membaca al Quran dan bersedekah.

Daripada Anas bin Malik r.a. katanya; sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. apabila mereka melihat anak bulan dipermulaan bulan Sya'ban, mereka bersungguh-sungguh membaca al-Quran. Di samping itu, umat Islam dianjurkan mengeluarkan sedekah kepada fakir miskin supaya golongan yang tidak bernasib baik ini akan memiliki kekuatan untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

Sidang Jumaat Sekelian,

Mudah-mudahan, amalan kebaikan yang kita lakukan di Bulan Syaaban ini menjadi latihan untuk membolehkan kita mempertingkatkan amalan kita sepanjang Ramadhan nanti. Semoga kita mampu menyediakan diri kita untuk menghadapi tempoh ujian Ramadhan yang akan melayakkan kita menjadi insan-insan yang bertaqwa.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ  بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ  اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ , أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا  وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ  ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.


Khutbah Kedua


 

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :

وَسَارِعُواْ إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا ٱلسَّمَـاوَ‌اتُ وَٱلْأَرْضُ
أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

"Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertaqwa".

اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ،
وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ
اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ .
اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ.
اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ
اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ.

Ya Allah kurniakanlah sepenuhnya taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah. 

 
رَبَّنَا آتنِاَ فِيْ الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِيْ اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ.
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ.










Teks asal khutbah ini boleh di muat turun di laman sesawang www.4shared.com

No comments:

Post a Comment