Saturday, February 26, 2011

Ijtimak Nuqaba' 3

Alhamdulillah program Ijtimak Nuqaba' kali ke3 berjaya diadakan dengan kehadiran naqib dari hampir seluruh kawasan. Kehadiran sekitar 70 orang mewakili semua kawasan seluruh negeri Perak. Program hari ini bertujuan utk memperkemaskan perjalanan usrah diperingkat cawangan yg selama ini tidak selaras dari sudut sukatan dan bahan perbincangan dan juga bahan rujukan. Adalah diharapkan program hari ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya dan mendedahkan ruang dan ufuk amal Islami yang sebenarnya masih belum diterokai sepenuhnya oleh ahli dalam aktiviti mereka dimedan. Kita perlu menggarapkan sepenuhnya skill dan kemahiran yang ada untuk membantu kerja Islam dalam setiap ruang yang boleh kita masuk dan berperanan.
Dengan demikian Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan kearah mewujudkan Madrasah Nuqaba' yang akan menjadi medan temu antara nuqaba' dan masul Tarbawi untuk melapor, berkongsi dan mendapatkan latihan Tarbawy secara berkala bagi memastikan perjalanan usrah dan wasail tarbawiyyah lainnya dapat dilaksanakan dengan berkesan untuk melahirkan nuqaba'-nuqaba' pelapis disetiap kawasan.

No comments:

Post a Comment