Sunday, February 27, 2011

Hidup Perlukan Pengorbanan

خطبة جمعة


HIDUP PERLUKAN PENGORBANAN

اَلْحَمدُ ِللهِ اْلقَائِلِ :

أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُمْ مَثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِنْ قَبْلِكُمْ مَسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللَّهِ أَلاَ إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ - البقرة : 214

اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ,

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.

فيا عِبَادَ الله اِتَّقُوْا اللهَ اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.



Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Bertaqwalah kita kepada Allah dengan mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Dan janganlah kita mati kecuali kita dalam keadaan berakidah Islam, dan istiqamah dengan amalan Islam hingga ke akhir hayat. Dalam ayat di atas Allah berfirman dengan maksudnya:

Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan memasuki syurga, padahal kamu belum lagi diuji sebagaimana Umat terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa mala petaka dan kesengsaraan, dan digoncang sehingga berkatalah Rasul dan orang yang beriman bersamanya; bilakah akan datang pertolongan Allah. Ingatlah bahawa pertolongan Allah itu amat hampir.

Sidang Jumaat Sekelian,

Sebab turunnya ayat di atas adalah sebagimana Khabbab bin Al-Aarat berkata; Kami mengeluh, wahai Rasulullah : Kenapa tidak engkau memohon pertolongan atau kemenangan untuk kami. Tidakkah engkau berdoa kepada Allah untuk kami. Maka sabda Rasulullah saw :

إِنَّ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ كَانَ أَحَدُهُمْ يُوْضَعُ الْمِنْشَارُ عَلَى مَفْرِقِ رَأْسِهِ فَيَخْلُصُ إِلَى قَدَمَيْهِ لاَ يَصْرِفُهُ ذَلِكَ عَنْ دِيْنِهِ وَيُمَشِّطُ بِأَمْشَاطِ الْحَدِيْدِ مَا بَيْنَ لَحْمِهِ وَعَظْمِهِ لاَ يَصْرِفُهُ ذَلِكَ عَنْ دِيْنِهِ. ثُمَّ قَالَ : وَاللهِ لَيُتِمَنَّ الله ُهَذَا اْلأَمْرَ حَتىَّ يَسِيْرَ الرَّاكِبُ مِنْ صَنْعَاءَ إِلَى حَضْرَمَوْتَ لاَ يَخَافُ إِلاَّ الله َ وَالذِّئْبَ عَلَى غَنَمِهِ وَلَكِنَّكُمْ قَوْمٌ تَسْتَعْجِلُوْنَ.

Sesungguhnya umat sebelum kamu ada seorang dari mereka yang disiksa, diletakkan gergaji di kepalanya, lalu dia digergaji hingga ke kakinya, yang demikian itu tidak memalingkannya daripada agamanya. Ada juga yang disikat kulitnya hingga mengelupas daging dari tulangnya, yang demikian itu tidak juga memalingkannya daripada agamanya. Demi Allah, pasti Allah akan menyempurnakan urusan ini, sehingga orang yang berjalan dari Sanaa’ (Yaman) menuju Hadramaut, tiada yang ditakutinya kecuali Allah dan kebimbangan terkaman serigala terhadap kambingnya. Tetapi kamu tidak sabar dan terlalu terburu-buru.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Dalam ayat lain Allah swt berfirman :

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللّهُ الَّذِينَ جَاهَدُواْ مِنكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ - آل عمران : 142

Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan memasuki syurga pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar.

Sidang Jumaat sekelian,

Ramai manusia hari ini menyangka mereka akan memasuki syurga dengan mudah tanpa sebarang usaha dan jasa terhadap agama. Mereka menyangka kehidupan mereka sebagai pewaris Agama Islam daripada nenek moyang mereka akan melayakkan mereka memasuki syurga tanpa sebarang masalah. Malah sebahagian dari manusia merasakan mereka akan terlepas dari azab Allah walaupun mereka melakukan berbagai dosa dan maksiat terhadap Allah malah mengharapkan pujian dan sanjungan terhadap segala perbuatan mereka walaupun hakikatnya perbuatan mereka sebenarnya lebih merosakkan Agama Allah. Firman Allah :

لاَ تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَفْرَحُونَ بِمَا أَتَواْ وَّيُحِبُّونَ أَن يُحْمَدُواْ بِمَا لَمْ يَفْعَلُواْ فَلاَ تَحْسَبَنَّهُمْ بِمَفَازَةٍ مِّنَ الْعَذَابِ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ - آل عمران : 188

Jangan sekali-kali kamu menyangka bahawa orang-orang yang gembira dengan apa yang mereka kerjakan dan mereka suka agar dipuji perbuatan yang belum mereka lakukan, jangan sekali-kali kamu menyangka bahawa mereka akan terlepas dari azab dan bagi mereka azab yang pedih.

Sidang Jumaat sekelian,

Perjuangan bukan sahaja diperlukan bagi mendapatkan kebahagiaan di akhirat malah diperlukan bagi mendapatkan kebahagiaan di dunia. 12 Februari 2011 yang lalu telah mengukirkan sejarah hebat dimana tersungkurnya Hosni Mubarak, pemimpin diktator Mesir yang sekian lama menzalimi rakyatnya. Ianya seolah-olah menjentik kembali kenangan silam dimana syahidnya pengasas gerakan Ikhwan Muslimin, Hasan Al-Banna pada 12 Februari 1949. Bezanya antara keduanya adalah, Hasan Al-Banna mendapat dokongan Umat Islam seluruh dunia sehingga syahid dengan meninggalkan nama yang harum di mata dunia, sedangkan Hosni Mubarak tersungkur dalam keadaan penuh kehinaan samada di mata dunia apatahlagi di mata rakyat jelata di negaranya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Rakyat Mesir tidak akan merasai kebebasan jika mereka sentiasa mahu berada dalam zon selesa. Mereka akan terus berada dalam kemiskinan dan kelaparan jika tidak sanggup keluar menunjukkan perasaan mereka yang sekian lama tertekan. Mereka akan terus berada dalam ketakutan jika mereka tidak mahu berjuang melawan kekejaman. Dalam melaksanakan tuntutan perjuangan ini, mereka terpaksa mengorbankan keselesaan sebahagian yang lain. Sebahagian dari peniaga terpaksa menutup perniagaan mereka. Sebahagian dari rakyat yang biasanya menggunakan jalanraya dengan selesa, terpaksa melupakan hak mereka bagi memberi laluan kepada perjuangan rakyat.

Sidang Jumaat sekelian,

Tiada ada yang mampu menghilangkan kelaparan dan ketakutan manusia melainkan Allah swt. Dalam surah Al-Maaun Allah berfirman :

فَلْيَعْبُدُوا رَبَّ هَذَا الْبَيْتِ (3) الَّذِي أَطْعَمَهُمْ مِنْ جُوعٍ وَآمَنَهُمْ مِنْ خَوْفٍ (4)

Maka sembahlah tuhan kepada rumah ini (kaabah), yang memberi makan kepada kamu ketika dalam kelaparan, dan yang mengamankan kamu ketika kamu ketakutan.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْانِ الْعَظِيْمِ, وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ, وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ, أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.

No comments:

Post a Comment