Saturday, August 27, 2011

Sekitar Program Munajat Perdana Peringkat Negeri Perak

Malam 27 Ramadhan 1432H, Markas Negeri, Air Kuning - Alhamdulillah, Program Munajat Perdana yang dianjurkan oleh Lajnah Tarbiyyah Badan Perhubungan PAS Perak dan Dewan Ulamak PAS Perak telah berjalan lancar malam tadi. Program ini sebenarnya berlangsung serentak seluruh negara yang mana ada memaparkan siaran langsung dari Terengganu yang mana berlangsungnya ucapan dan amanat Tuan Guru Presiden Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang.

 Web TV PAS dipancarkan secara langsung on air dari Terengganu dan Taman Melewar, Gombak
 sebahagian muslimat yang turut menonton amanat Tuan Guru Presiden sejurus sahaja kami menunaikan solat sunat terawikh
 sebahagian perserta muslimin yang turun dari 24 kawasan untuk mendengar amanat dalam Munajat Perdana di malam 27 Ramadhan ini
para peserta menikmati minuman ringan selepas menonton Web TV PAS 

Program bermula dengan pendaftaran, solat maghrib, iftar dan seterusnya solat isyak yang diimamkan oleh Timbalan Pesuruhjaya 2, AF Ustaz Misbahul Munir Masduki. Selanjutnya, solat terawikh pula diketuai oleh SUK Dewan Ulamak PAS Perak, Ustaz Yop Halim.

 solat-solat sunat taubat, tahajjud, dan seterusnya ditutup dengan witir satu rakaat
 solat-solat sunat dan munajat ini dipimpin oleh Ketua Lajnah Tarbiyyah Badan Perhubungan PAS Perak,
AF Ustaz Sidek Nor
suasana bersahur yang meriah sekali, terasa kenikmatannya, syukur Alhamdulillah

Selepas Solat Subuh pula, satu tazkirah atau kuliah subuh yang menggetarkan hati-hati para peserta yang disampaikan oleh YDP PAS Kawasan Ipoh Barat iaitu AF Ustaz Nor Azli Musa. Beliau juga menceritakan tentang pengalaman suka dukanya sepanjang program di Bait Hanun, Palestin. Beliau pergi ke sana selaku wakil Dewan Ulamak PAS Perak yang menghantar bantuan dalam misi kemanusiaan yang turut disertai misi RADIG2 dari satu pertubuhan NGO bernama MAPIM.

 AF Ustaz Nor Azli Musa, juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Perak sedang menceritakan pengalamannya sepanjang berada di Ghazah, Palestin
 AF Ustaz Saleh Mat Said, antara AJK Dewan Ulamak PAS Perak yang terlibat menjayakan program ini
 turut mengikuti Kuliah Subuh ini
Ustaz Azli menceritakan tentang salah seorang pejuang Hamas yang bercakap-cakap dengannya diperbatasan yang mana keadaannya dalam keadaan buta, "Kenapa kamu berada di sini? Sedangkan kamu buta." Jawab sibuta itu, "Sesungguhnya aku mahu darah dari badanku ini menitis menyusul syahid ke syurga yang mana mataku telah pun mendahului berada di syurga semasa pertempuran 22 hari yang lalu di sini."

Program Munajat Perdana peringkat Negeri Perak yang turut berlangsung seluruh negara secara serentak ini berakhir dan bersurai selepas subuh kira-kira jam 7.30 pagi.

No comments:

Post a Comment