“DI MANA HAK ALLAH DALAM PERJUANGAN
HAK ASASI MANUSIA.”
Khutbah Pertama
اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله .
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Muslimin yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya sebagai seorang Islam, antara cabaran getir yang wajib kita hadapi ialah cabaran mengekalkan kehidupan ini agar sentiasa berada di atas landasan agama. Iman yang menjadi penjaga kelakuan dan gerak geri kita adakalanya naik dan adakalanya merudum teruk. sudah tentu turun naik kualiti iman ini mempengaruhi ketaatan kita kepada Allah. Maka, marilah kita dari masa ke semasa meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan kita sedaya upaya kita menunaikan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.
Muslimin sekelian,
Islam adalah agama yang lengkap. Sekali-kali ajarannya tidak pernah bertembung dan menganiaya mana-mana makhluk termasuklah makhluk yang dilantik sebagai khalifah iaitu manusia. Hatta makhluk yang tidak bernyawa pun dijaga haknya oleh Islam. Banyak ayat al Quran dan Hadith Rasulillah SAW yang melarang melakukan kerosakan di atas mukabumi ini. Apatah lagi hak-hak manusia ,sudah tentu amat dipelihara oleh Islam sejak awal lagi bahkan sudah wujud sebelum wujudnya lagi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Namun amat mendukacitakan perkembangan mutakhir ini apabila dipotretkan Islam seolah-seolah bertentangan dan sering meminggirkan hak asasi manusia. Sebagai contohnya dalam Kes Azizul Rahem bin Awaluddin dan Isterinya Shalwati Norshal yang masih ditahan oleh Kerajaan Sweden atas alasan memukul siku dan memarahi anaknya kerana tidak solat. Ia dianggap telah melakukan satu kesalahan dalam sebuah negara yang meletakkan hak asasi manusia melepasi dari menjaga hak Allah sehingga membenarkan perkahwinan sesama jantina dan perkahwinan adik beradik. Sedangkan dalam mendidik anak-anak pendekatan memukul untuk mendidik adalah dibenarkan syarak. Hadith Rasulullah SAW :
"Suruhlah anak-anak kamu solat ketika umur mereka tujuh tahun dan pukul lah mereka jika mereka masih tidak menunaikan solat ketika umur mereka sepuluh tahun dan pisahkanlah tempat tidur sesama mereka." (Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud dan Al Hakim.)
Dalam Islam pembelaan terhadap hak asasi manusia tidak langsung meminggirkan hak-hak Tuhan. Tetapi bagi barat pembelaan hak asasi manusia langsung meminggirkan hak-hak Allah kerana bagi mereka kehendak manusia itu mesti dipenuhi. Lebih mendukacitakan apabila ramai di kalangan orang Islam tersilau dengan falsafah perjuangan hak asasi manusia yang meminggirkan hak Allah. Hairan sungguh umat ini, bila kita ke negara mereka , kita kena meraikan budaya di sana namun bila mereka datang ke sini kita juga beriya-iya meniru budaya mereka!
Sidang Jumaat sekelian
Kes cikgu Choy seorang guru di sebuah sekolah di selatan tanah air dan seorang muallaf yang diugut dengan berbagai ugutan oleh pentadbiran sekolah beliau agar menanggalkan tudungnya. Suara-suara garang pejuang hak asasi wanita di Malaysia kali ini tidak kedengaran bahkan membisu seribu bahasa bila ia berkaitan dengan hak asasi yang melibatkan hak asasi wanita muslimah.
Sama keadaannya dengan pembersihan Etnik Muslim Ronghinya yang sedang berlaku di Mynmar. ia berlaku di sebuah negeri yang salah seorang rakyatnya di angkat dan dianugerahkan sebagai pejuang hak asasi manusia iaitu Aung San Suu Kyi pemenang hadiah keamanan dunia (Nobel Peace Prize). Hak Asasi manusia barat seolah-olah menganggap jiwa dan nyawa muslim bukan lagi seorang manusia yang wajib dibela. Sedangkan dalam Islam, hak nyawa dan harta orang bukan Islam tetap dijamin keselamatannya dan haram mencerobohinya sesuka hati tanpa hak. Islam menjaga hak mereka sedemikian hebatnya kerana menjunjung hak mutlak Allah Tuhan Sekelian Alam yang mengharamkan kezaliman ke atas makhluknya walaupun makhluknya itu mensyirikannya.
Tuan-tuan sekelian,
Rakyat yang belum Islam di negara ini diberikan hak untuk beramal dengan ajaran agama mereka tanpa diganggu kerana ia dijamin oleh Islam dan perlembagaan negara. Mereka berhak untuk menamakan dewa-dewa dan berhala mereka dengan nama-nama mengikut ajaran agama dan kitab-kitab ajaran mereka. Tetapi apabila mereka memperkenalkan berhala-berhala mereka dan dewa-dewa mereka dengan menamakannya sebagai Allah kepada orang Islam maka berhaklah orang Islam menggunakan hak asasi mereka untuk membela hak mutlak Allah yang memperkenalkan zatnya sebagai esa, tunggal dan tiada yang menyerupaiNya.
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
Penguatkuasaan terhadap pesalah-pesalah aqidah dan moral seperti larangan murtad , kesalahan khalwat, zina, homoseksual , lesbian, membuka aurat, meminum arak , makan di khalayak di dalam bulan Ramadhan serta ingatan ulama kepada muda mudi terhadap sambutan Hari Kekasih pada setiap tanggal 14 Februari sering menjadi simbol pertembungan antara Islam dan hak asasi manusia. Sedangkan maksiat dan kemungkaran itu wajib ditegah kerana ia mencabul hak Allah SWT.
مُرُوا أَوْلادَكُمْ بِالصَّلاةِ أَبْنَاءَ سَبْعِ سِنِينَ ، وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرِ سِنِينَ ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

قُلْ هُوَ اللَّـهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّـهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
Penguatkuasaan terhadap pesalah-pesalah aqidah dan moral seperti larangan murtad , kesalahan khalwat, zina, homoseksual , lesbian, membuka aurat, meminum arak , makan di khalayak di dalam bulan Ramadhan serta ingatan ulama kepada muda mudi terhadap sambutan Hari Kekasih pada setiap tanggal 14 Februari sering menjadi simbol pertembungan antara Islam dan hak asasi manusia. Sedangkan maksiat dan kemungkaran itu wajib ditegah kerana ia mencabul hak Allah SWT.
بَارَكَ اللهُ لِي وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَانِ الْعَظِيمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُوا اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، والْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَات، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ.
Khutbah Kedua
اَلْحَمْدُ للهِ الْقاَئِلِ :
لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَوَدَّةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَى ذَلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ (المائدة:٨٢)
Demi sesungguhnya engkau akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.
Sidang Jemaah sekelian,
Bagi mengakhiri Khutbah pada minggu ini terdapat beberapa kesimpulan yang terdapat dalam permasalahan ini adalah:-
1- Marilah kita menginsafi dan jangan sekali-sekali lupa bahawa di samping hak-hak asasi manusia yang perlu diperjuangkan, hak Allah wajib diutamakan. Hak Allah terpinggir terus dalam perjuangan hak asasi manusia yang ditaja oleh barat.
2- Umat Islam di negara ini hendaklah memahami hak asasi manusia dalam Islam masih di bawah lingkungan perhambaan kita kepada Allah dan manusia tidak terlepas bebas -sebebasnya tanpa had dan mimbar hari ini memperingatkan jemaah sekalian dengan usaha terancang dan teratur pihak tertentu yang cuba mengheret manusia agar melepaskan diri dari ikatan hukum hakam agama dalam kehidupan.
3- Marilah kita berusaha mementingkan hak Allah melebihi hak-hak yang lain termasuk hak peribadi kita sendiri dan jangan sesekali tersilau dengan pejuang-pejuang hak asasi liberal.
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله .
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Sidang Jemaah sekelian,
Bagi mengakhiri Khutbah pada minggu ini terdapat beberapa kesimpulan yang terdapat dalam permasalahan ini adalah:-
1- Marilah kita menginsafi dan jangan sekali-sekali lupa bahawa di samping hak-hak asasi manusia yang perlu diperjuangkan, hak Allah wajib diutamakan. Hak Allah terpinggir terus dalam perjuangan hak asasi manusia yang ditaja oleh barat.
2- Umat Islam di negara ini hendaklah memahami hak asasi manusia dalam Islam masih di bawah lingkungan perhambaan kita kepada Allah dan manusia tidak terlepas bebas -sebebasnya tanpa had dan mimbar hari ini memperingatkan jemaah sekalian dengan usaha terancang dan teratur pihak tertentu yang cuba mengheret manusia agar melepaskan diri dari ikatan hukum hakam agama dalam kehidupan.
3- Marilah kita berusaha mementingkan hak Allah melebihi hak-hak yang lain termasuk hak peribadi kita sendiri dan jangan sesekali tersilau dengan pejuang-pejuang hak asasi liberal.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .
Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari lama sesawang www.4shared.com
No comments:
Post a Comment