Thursday, October 18, 2012

KHUTBAH JUMAAT - 19 OKTOBER 2012 / 3 ZULHIJJAH 1433H



“PENGHALANG KESATUAN UMAT ISLAM”


Khutbah Pertama

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ
وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ  وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ  . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian, agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala yang ditegah-Nya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 1 dan 2 surah al-Hajj:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ ۚ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ  يَوْمَ تَرَوْنَهَا تَذْهَلُ كُلُّ مُرْضِعَةٍ عَمَّا أَرْضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَىٰ وَمَا هُمْ بِسُكَارَىٰ وَلَٰكِنَّ عَذَابَ اللَّهِ شَدِيدٌ 

Maksudnya : Wahai umat manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu. Sesungguhnya goncangan hari qiamat itu adalah suatu yang dahsyat. Hari itu kamu dapati goncangan itu menyebabkan lalai semua perempuan yang menyusui anak daripada anak yang disusuinya, gugurlah perempuan yang hamil dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk sedangkan mereka sebenanrnya bukan mabuk akan tetapi azab Allah itu sangat keras.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Daripada ayat al-Quran yang dibaca sebentar tadi, Allah memulakan surah al-Hajj dengan gambaran yang amat dahsyat tentang hari Qiamat. Apakah hubungan surah ini dengan hari kiamat? Ketahuilah, bahawa ibadah haji dan hari kiamat mempunyai banyak persamaan, antaranya ialah ketika kita berhimpun di padang Arafah. Dalam keadaan yang amat sesak dan kelam kabut, begitulah juga keadaan kita di padang Mahsyar. Detik-detik terakhir kita berhimpun di padang Mahsyar untuk menunggu pengadilan daripada Allah untuk ke syurga atau ke neraka.

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian

Ibadah Haji menyaksikan perhimpunan agung manusia dari seluruh pelusuk dunia. Perhimpunan yang mempunyai satu arah dan tujuan. Perhimpunan yang menyaksikan perbezaan darjat yang selama ini dibanggakan manusia, warna kulit yang suka dibeza-beza, dan kedudukan serta pangkat yang sentiasa dibanding-banding dan dipuja semuanya menjadi sama, serupa dan tiada berbeza.

Kebersamaan inilah yang lahir atas kepatuhan dan ketundukan kepada Allah Yang Maha Esa yang menjadikan manusia terhimpun menjadi satu. Satu aqidah, satu iman, satu qiblat dan satu tujuan, akhirnya akan melahirkan satu umat yang berpegang teguh dengan satu kitab al-Quran, beramal kukuh dengan sunnah Nabi Junjungan dengan erti kata lain beramal dengan seluruh ajaran Islam, sehingga mampu menjadi pegangan yang berkekalan untuk dipersembahkan di hadapan al-Rahman pada perhimpunan Mahsyar yang agung kelak.

Hadirin sidang Jumaat sekalian

Umat Islam merupakan umat yang teramai dan terbesar di muka bumi ini. Hampir 1/5 penduduk dunia adalah terdiri daripada umat Islam. Sejarah membuktikan bahawa umat kita mampu memimpin dan mentadbir dunia sehingga penduduk dunia dapat merasai kemuliaan agama ini dan hidup dengan rahmat agama ini. 

Namun pada hari ini, nasib umat Islam amat menyedihkan. umat Islam dilihat sebagai umat yang jauh ketinggalan di belakang, tahap kekuatannya menurun, kerap tertindas, berpecah-belah tidak bersatu, dan saling bertelagah di antara satu sama lain. Adakah kerana kita terlalu berbangga dengan pencapaian tamadun dan budaya umat Islam tanpa melakukan apa-apa tindakan untuk mengembalikan kemuliaan umat ini?

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian

Terlalu banyak faktor penyumbang kepada kemunduran dan kelemahan umat Islam hari ini sehingga mudah dipermain-mainkan oleh pihak musuh. Maka pada hari ini, saya akan menyatakan sebahagian daripada faktor-faktor kelemahan umat Islam, antaranya ialah :

1 - Jauh Dari Ilmu dan Ajaran Islam Yang Sebenar
Umat Islam sekarang ini sangat jahil dengan ilmu dan ajaran Islam yang sebenar. Sehingga menyebabkan mereka hilang keyakinan dengan Islam itu sendiri, sebagai cara hidup yang sempurna, merangkumi akidah dan syariat, ibadah dan akhlak. Islam adalah agama yang mengatur hidup umat manusia secara peribadi, berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.

2 - Mendustakan Dan Meninggalkan Syari’at Islam.
Hari ini kita banyak menyaksikan, umat Islam berlumba-lumba meninggalkan syari’at Islam yang sebenar. Mereka meremeh-remehkan tuntutan agama mereka. Mereka meninggalkan sebahagian dari agama kerana beranggapan terdapat sebahagian syari’at di dalam Islam ini yang sudah tidak lagi sesuai untuk diamalkan, malah hanya bakal mengundang kejumudan dalam menjalani kehidupan di era sains dan teknologi. Mereka menganggap apa yang mereka tinggalkan sebagai suatu perkara yang remeh-temeh, tidak mendatangkan manfaat kepada diri dan masyarakat mereka.

3 - Umat Islam Suka Dan Berbangga Meniru Peradaban Orang Lain
Ini jelas dapat dilihat melalui sistem kehidupan seharian umat Islam, di mana cara berpakaian, perlaksanaan ekonomi, sistem bernegara, cara berfikir dan lebih teruk lagi apabila mereka mengambil idola-idola mereka dari kaum yang disesatkan oleh Allah. Sehinggakan kita berbangga dengan peradaban dan budaya yang dicipta oleh mereka.

Amat menyedihkan dalam segenap segi hidup umat Islam, mereka mengambil dan mengikut golongan yang dibenci dan disesatkan oleh Allah.Bukankah kita, setiap hari tidak kurang daripada 17 kali kita meminta dan memohon kepada Allah untuk menunjukkan kita jalan yang lurus dan bukannya ditunjukkan jalan-jalan golongan yang dibenci dan disesatkan oleh Allah, iaitu kaum Nasrani dan kaum Yahudi.

Sedarkan kita, atau masih lagi kita leka dan lalai dengan doa dan permintaan kita ini kepada Allah? Sebagaimana yang kita baca dalam surah al-Fatihah di dalam solat kita sehari semalam? Allah juga, pernah menegaskan di dalam firman-Nya di dalam surah Ali Imran ayat 85 yang berbunyi : 

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ ٱلْإِسْلَـٰمِ دِينًۭا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِى ٱلأَخِرَةِ مِنَ ٱلْخَـٰسِرِينَ ﴿٨٥﴾

Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. – Ali Imran ayat 85.

Sanggupkah kita mengikut gaya hidup dan budaya kaum-kaum yang telah disesatkan oleh Allah yang akan mengundang penyesalan dan kerugian kepada kita di akhirat kelak?

4 - Taksub Kepada Pendapat Sendiri
Taksub bermaksud cenderong kepada pendapat sendiri dan tidak menerima pendapat orang lain. Sebahagian daripada kalangan umat Islam, memiliki sikap taksub kepada diri sendiri. Apabila kebenaran berada pada pihak lain, dia akan menolak kebenaran tersebut. Mereka hanya inginkan kebenaran itu datang daripada mereka sahaja dan tidak mahu menerima kebenaran itu datang dari pihak lain.

وَمَا اخْتَلَفَ فِيهِ إِلَّا الَّذِينَ أُوتُوهُ مِن بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۖ فَهَدَى اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا لِمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِهِ ۗ وَاللَّهُ يَهْدِي مَن يَشَاءُ إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ ﴿٢١٣﴾

Tidaklah berselisih tentang kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka kitab, iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana dengki di antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran berkenaan perkara yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus. (Surah al-Baqarah, 2: 213)

5- Umat Islam Terlalu Mengejar Urusan Dunia Dan Takutkan Kematian

عَنْ ثَوْبَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُوشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزَعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمْ الْوَهْنَ فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهْنُ قَالَ حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ (رواه أبو داود)

Hampir-hampir orang-orang kafir ini mengerumuni kamu sebagaimana orang yang lapar mengerumuni hidangannya.” Lalu mereka bertanya: “Adakah jumlah kita pada waktu itu sedikit?” Rasulullah menjawab: “Tidak, bahkan jumlahmu ramai sekali. Akan tetapi, kamu seperti buih di atas air. Sungguh Allah akan mencabut perasaan takut di hati musuhmu terhadap kamu, dan sungguh Allah akan menghembuskan rasa wahn (lemah) di hatimu.” Lalu mereka bertanya: “Wahai Rasulullah! Apa itu wahn?” Baginda menjawab: “Cinta kepada dunia dan takut mati.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 11/371, disahihkan oleh al-Albani dalam al-Misykah, no. 5369)

Perkara ini banyak berlaku pada zaman ini. Segelintir daripada kita, berusaha bersungguh-sungguh menimbun dan mengumpul kekayaan di dunia dan membina kemewahan hidup dengan harta, rumah besar, kenderaan besar, pakaian berjenama, dan seumpamanya.

Namun sayangnya, mereka meninggalkan kewajiban yang sebenar, di mana mereka tidak menitik-beratkan tuntutan agama untuk diri mereka. Mereka meremehkan solat, tidak mengeluarkan zakat, meninggalkan kewajiban menuntut ilmu agama yang ternyata sangat penting, tetapi mereka sibuk mengejar pangkat dan kemewahan hidup dunia.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.



Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
أَفَغَيْرَ دِينِ ٱللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُۥٓ أَسْلَمَ مَن فِى ٱلسَّمَـٰوَ‌ٰتِ وَٱلْأَرْضِ طَوْعًۭا وَكَرْهًۭا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ ﴿٨٣﴾ (آل عمران :٨٣)
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .
فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Apakah kita masih tidak mahu menerima ketetapan Allah sedangkan langit dan bumi serta segala isi di dalamnya telah tunduk dan patuh kepada ketetapan Allah samada secara rela ataupun terpaksa. Hanya jin dan manusia yang masih lagi degil dan mencari cara hidup lain selain dari yang telah ditetapkan oleh Allah.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم . اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ .
اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ،
اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،  وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا
مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ،
إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سُلْطَانُ أَزْلَنَ مُحِبُّ الدِّيْن شَاهٌ اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سُلْطَانُ يُوْسُفَ
عِزُّ الدِّيْن شَاهٌ غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .



Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com

No comments:

Post a Comment