"KEPUTERAAN DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK"
الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
يَـٰدَاوُۥدُ إِنَّا جَعَلْنَـٰكَ خَلِيفَةًۭ فِى ٱلْأَرْضِ فَٱحْكُم بَيْنَ ٱلنَّاسِ
بِٱلْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ ٱلْهَوَىٰ فَيُضِلَّكَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَضِلُّون
عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌۭ شَدِيدٌۢ بِمَا نَسُوا۟ يَوْمَ ٱلْحِسَابِ ﴿٢٦﴾
“Wahai Daud! Sesungguhnya kami menjadikan kamu (penguasa) di muka bumi, maka berilah putuskanlah di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan Hari Perhitungan”. (Surah Sad ayat 26.)أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ الاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ رَسَوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ رَسَوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ . اَمَّا بَعْدُ,
وَاَنْتـُمْ مُسْلِمُوْنَ.
Wahai hamba-hamba Allah sekelian,
Marilah kita bersyukur dengan nikmat Islam dan Iman yang telah kita kecapi selama ini dengan berusaha menambahkan ilmu dan amal serta ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Marilah kita melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Marilah kita memperbanyakkan zikir kepada Allah S.W.T dan memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Rasulullah saw serta berusaha mengamalkan segala sunnahnya, mudah-mudahan ianya akan memberikan manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Pada 19 April 2011 ini, sebagaimana tahun-tahun yang lalu, kita meraikan Sambutan Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, sebagai Raja dan Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini. Sultan, Raja atau Khalifah adalah penyambung kepada tugas kenabian dalam menjaga agama dan mentadbir negara. Institusi Kesultanan adalah amat penting dalam negara yan g mengamalkan prinsip Raja Berperlembagaan seperti di negara ini, kerana ianya adalah benteng terakhir dalam mempertahankan kedaulatan Islam di bumi bertuah ini. Tanpa institusi seperti ini, sesiapa sahaja yang mampu mengumpulkan sokongan dan mendapat undi terbanyak akan memiliki kuasa tanpa had yang akhirnya negara ini akan dibawa ke arah yang disukai oleh rakyat jelata walaupun amat bertentangan dengan kehendak Allah dan Rasulnya.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Rakyat yang terdiri daripada segenap lapisan masyarakat, berbagai corak pemikiran dan beraneka ragam dan kemahuan, pastinya akan hidup dalam kecelaruan dan saling berantakan tanpa ada hala tuju yang ditetapkan oleh kepimpinan. Nabi SAW memerintahkan Umat Islam melantik seorang pemimpin walaupun dalam situasi yang biasa yang melibatkan manusia yang ramai. Sabda baginda :
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
إِذَا خَرَجَ ثَلَاثَةٌ فِي سَفَرٍ فَلْيُؤَمِّرُوا أَحَدَهُم
إِذَا خَرَجَ ثَلَاثَةٌ فِي سَفَرٍ فَلْيُؤَمِّرُوا أَحَدَهُم
Daripada Abi Said Al-Khudhri, bahawa Rasulullah SAW bersabda; apabila keluar 3 orang untuk bermusafir maka hendaklah dilantik salah seorang dari mereka menjadi ketua.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Hebatnya Institusi Kesultanan Melayu sejak dahulu adalah terasas kepada ketaatan dan kesetiaan rakyat jelata kepada raja-raja mereka. Sejarah telah membuktikan kasih sayang dan ketaatan Bangsa Melayu terhadap raja-raja mereka, dimana apabila Raja-raja Melayu menerima Islam, maka berduyun-duyunlah rakyat semuanya mengikuti jejak langkah raja-raja mereka. Maka atas perkenan Raja-raja Melayu maka terlaksanalah undang-undang Islam sebagai undang-undang negara seumpama Risalah Iskandar, Hukum Kanun Melaka, Undang-undang 99 Perak, Kanun Islam Terengganu, Majallah Al-Ahkam Al-Adliyah Negeri Johor dan sebagainya. Maka ketika Umat Islam mula meninggalkan agama kita, kemurtadan berlaku di merata-rata, Islam dihina dengan berbagai cara, gaya hidup barat membudaya di kalangan rakyat jelata, maka Raja-Rajalah yang menjadi harapan kita untuk memperbaiki suasana.
Muslimin Mukminin yang dirahmati,
Allah menceritakan mengenai Raja-Raja yang memimpin rakyat jelata dalam bentuk yang berbeza-beza. Firman Allah dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 73 dan Surah Al-Qasas ayat 41-42:
وَجَعَلْنَـٰهُمْ أَئِمَّةًۭ يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَآ إِلَيْهِمْ فِعْلَ ٱلْخَيْرَٰتِ
وَإِقَامَ ٱلصَّلَوٰةِ وَإِيتَآءَ ٱلزَّكَوٰةِ ۖ وَكَانُوا۟ لَنَا عَـٰبِدِينَ ﴿٧٣﴾
وَإِقَامَ ٱلصَّلَوٰةِ وَإِيتَآءَ ٱلزَّكَوٰةِ ۖ وَكَانُوا۟ لَنَا عَـٰبِدِينَ ﴿٧٣﴾
Dan Kami jadikan mereka pemerintah, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan dan mendirikan sembahyang, serta mengeluarkan zakat dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami.
Namun jika berlaku sebaliknya maka rugilah mereka yang mempersia-siakan kuasa yang dianugerahkan kepada mereka.
وَجَعَلْنَـٰهُمْ أَئِمَّةًۭ يَدْعُونَ إِلَى ٱلنَّارِ ۖ وَيَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ لَا يُنصَرُونَ
﴿٤١﴾ وَأَتْبَعْنَـٰهُمْ فِى هَـٰذِهِ ٱلدُّنْيَا لَعْنَةًۭ ۖ وَيَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ هُم
مِّنَ ٱلْمَقْبُوحِينَ ﴿٤٢﴾
﴿٤١﴾ وَأَتْبَعْنَـٰهُمْ فِى هَـٰذِهِ ٱلدُّنْيَا لَعْنَةًۭ ۖ وَيَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ هُم
مِّنَ ٱلْمَقْبُوحِينَ ﴿٤٢﴾
Dan Kami jadikan mereka pemerintah, yang mengajak rakyatnya ke neraka dan pada Hari Kiamat pula mereka tidak mendapat sebarang pertolongan. Dan Kami timpakan kepada mereka dengan laknat di dunia ini dan pada Hari Kiamat pula adalah mereka dari orang-orang yang tersingkir (dari rahmat Kami) dengan keadaan sehina-hinanya.
Sidang Jumaat Sekelian,
Raja-Raja mampu menyelamatkan rakyat jelata daripada dihumban ke neraka dengan titah dan perintahnya agar rakyat tidak menderhakai Allah. Rakyat jelata juga mampu menyelamatkan Raja-Raja daripada disambar api neraka dengan mentaati mereka dan menasihati mereka agar melaksanakan undang-undang yang ditetapkan oleh Allah. Sejarah telah membuktikan bahawa sentiasa ada antara rakyat yang mendekati Raja-Raja semata-mata untuk mempengaruhi Raja-Raja agar melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya. Panglima Hang Tuah difitnah sehingga mendapat kemurkaan Raja walaupun beliau begitu taat kepada Raja. Hang Nadim terkorban akibat hasad dengki sehingga mengorbankan nyawanya.
Walaupun kita mempunyai Sultan dan Raja yang bijaksana, namun jika Baginda masih memerlukan nasihat daripada penjawat awam, para pembesar dan pemimpin kerajaan. Jika semua pihak melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan ikhlas, maka negeri ini pasti akan menjadi sebuah negeri yang aman damai, maju dan hebat di bawah naungan ke bawah Duli. Jika semua pihak bersatu tenaga dan bekerjasama melaksanakan perintah Allah, pastinya rakyat jelata seluruhnya akan menumpahkan ketaatan mereka kepada para Raja dan para pemerintah. Mudah-mudahan sempena tarikh keramat 19 April, Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, sebagai Raja dan Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini akan menjadi titik tolak kepada negeri ini bergerak ke arah menjadi “بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ “ iaitu : NEGERI YANG BAIK DAN DIAMPUNI TUHAN.
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ
وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ،
وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ،
أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ
وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ
وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ
فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ،
وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ،
أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ
وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ
وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ
فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
Teks asal khutbah ini juga boleh dimuatturun dari laman web www.4shared.com.
No comments:
Post a Comment