Thursday, September 30, 2010

HILANGNYA SEBUTIR MUTIARA

Jam 1.30 pg hari ini, Khamis 30/09/2010, seorang ulamak terkemuka negeri Perak Tuan Guru Dato' Paduka Hj Abdul Latif Abd Rahman yg lebih dikenali dg nama Pak Teh pondok Kroh (Pengkalan Hulu) telah kembali menemui Allah. Berita ini amat mengejutkan ramai apatah lagi bagi murid-murid almarhum, kerana Pak Teh kelihatan sihat semasa menyampaikan kuliah Isya' di madrasah pondoknya. Menurut cerita beberapa muridnya, kuliah Isya' Pak Teh malam tadi amat berbeza dari yg biasa. Ianya lebih panjang dari kuliah Isya' biasa dan menghurai hadis tentang kematian yang berlaku di kalangan keluarga Ummu Salamah dan ucapan ta'ziyah ( لله ما أعطى وله ما أخذ) yg diajar oleh baginda dalam hadis seorang dari puteri baginda yg mengadu anak kecilnya tenat dan mengharapkan baginda segera datang menjenguknya. Begitulah antara kelainan yg berlaku dalam kuliah terakhir beliau yg dikatakan cukup bertenaga. Dan suatu hal yg agak pelik tapi benar ialah bahawa kewafatan Pak Teh bertepatan dg tarikh lahir beliau ke 74. Dewan Ulamak Perak sesungguhnya merasa kehilangan yg mengejutkan walaupun redha dg ketetapan Allah S.W.T kerana almarhum adalah tenaga pengajar utama dalam program Tafaqquh fi-adDin sejak ianya dilancarkan 2002 di Musalla Ehsan Paya Ranggam, Pdg Rengas. Justeru Dewan Ulama' merakamkan ucapan ta'ziah kepada Mak Teh sekeluarga diatas kehilangan besar seorang tokoh ilmuan Islam seperti Almarhum Pak Teh ini. Semoga Allah mencucuri rahmatNya keatas ruh Pak Teh dan menempatkan beliau di tempat yg tertinggi dalam syurgaNya. Amin ya Rabbal 'Alamin!

No comments:

Post a Comment