HARI ini merupakan hari ketiga kami berada di San'aa Yaman, setelah tiba pagi Jumaat 19 Mac baru-baru ini. Perjalanan kami dari KLIA memakan masa 16 jam setelah pesawa Yemenia membawa kami ke Jakarta, Dubai dan seterusnya San'aa. Klia Jakarta 1 jam 45, Jakarta ke Dubai 7 jam, satu perjalanan yg agak menjemukan kerana terlalu lama terperuk ditempat duduk cuma menariknya menyaksikan kehebatan dan keajaiban terbang diatas awan yg cerah memanjang sdgkan waktu M'sia ketika itu sudah hampir waktu Isya'. Kata penumpang Indonesia disebelah, masih sore pak. Ternyata juga hasil pemerhatian ringkas lpgn terbang Klia jauh terkehadapan modennya berbanding Jakarta yang simpel dan San'aa pun begitu. Jumaat kami solat di masjid berhampiran Istana Presiden Yaman. Jumaat disini kebanjiran dengan ribuan manusia hinggakan jemaah melimpah diatas jalan raya. Isu yg disentuh adalah tentang ancaman terhadap masjid Al-Aqsa dan ancaman keatas Yaman yg dihimpit oleh pelbagai usaha utk meminda undang-undang syariah sedia ada dengan percubaan memasukkan perisytiharan Shidao yg menghalang perkahwinan awal dan menganggap itu sebagai jenayah trhdp wanita, meniduri isteri sendiri tanpa kemahuannya boleh dituduh merogol isteri sendiri dan salah disisi undang-undang. Juga disentuh tentang usaha mewujudkan kumpulan gay dan lesbian di Yaman yg sedang diusahakan supaya boleh didaftarkan persatuan mereka atas nama kebebasan hak dan seterusnya kearah menuntut keharusan berkahwin antara lelaki sama sejenis dan perempuan sama sejenis. Khutbah disampaikan oleh Syeikh Hazzaq yg kemudian menggesa jemaah berjihad dengan harta membantu umat Islam Quds yg cuba diusir oleh rejim yahudi dari Masjid Al-Aqsa yg skrg ini terdiri diatas tiang-tiang yang rapoh kerana pelbagai terowong telah digali dibawahnya. Dan yahudi merancang untuk mencipta gempa bumi buatan yang akan mewujudkan gegaran seterusnya mengakibatkan Al-Aqsa roboh dengan sendirinya dan dengan itu mudah bagi mereka membina haikal Nabi Sulaiman. Mengakhiri khutbah beliau mengajak semua jemaah berdemonstrasi menyatakan bantahan terhadp rejim yahudi keatas Al-Aqsa.
Solat berjemaah dirata-rata masjid disini paling kurang 5 saf kalau satu sof 30 orang kiralah sendiri. Solat Subuh pun begitu.
No comments:
Post a Comment