Wednesday, November 18, 2009

Khutbah Aidil Adha 1

KHUTBAH AIDIL ADHA 2009.
* اَللهُ أَكْبَرُ, اَللهُ أَكْبَرُ, اَللهُ أَكْبَرُ, * اَللهُ أَكْبَرُ, اَللهُ أَكْبَرُ, اَللهُ أَكْبَرُ * اَللهُ أَكْبَرُ, اَللهُ أَكْبَرُ, اَللهُ أَكْبَرُ, * وَللهِ الْحَمْدُ
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى جَعَلَ هذاَ الْيَوْمَ عِيْدًا كَبِيْرًا وَسُرُوْرًا
اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ للهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاَ. لاَ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ, صَدَقَ وَعْدَهُ, وَنَصَرَ عَبْدَهُ, وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ. أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَهَ إِلاَّ الله ُ وَحْدَهُ َلا شَرِيْكَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَالتَّابِعِينَ وَتَابِعِى التَّابِعِينَ لَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ. فَيَا عِبادَ الله. اتَّقُوْا الله وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى, فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ
Wahai hamba-hamba Allah, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan melaksanakan segala suruhannya dan meninggalkan segalalarangannya dan carilah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa. Wahai hamba-hamba Allah yang dirahmati Allah S.W.T,
Kedatangan bulan Zulhijjah bersama kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri mestilah digunakan sebaiknya oleh umat Islam terutama dengan berpuasa sunat hari Arafah bagi kita yang tidak mengerjakan ibadat haji disamping melaungkan takbir bermula pagi 9 Zulhijjah hingga berakhirnya hari Tasyriq iaitu hari ke 13 Zulhijjah. Eidil Adha itu sendiri membawa maksud hari raya korban di mana sepanjang hari raya sehingga berakhirnya Hari Tasyriq maka kita disunatkan untuk melakukan ibadat korban binatang ternakan di mana antara matlamat kepada ibadat korban ini adalah bagi memupuk semangat untuk berkorban apa sahaja untuk meninggikan agama serta menghilangkan rasa sayang yang keterlaluan terhadap harta dunia.
Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah.
Sejak akhir-akhir ini masyarakat kita menghadapi berbagai masalah yang meruncing yang tak pernah selesai bahkan hari ke hari semakin meningkat. Antara masalah yang dapat kita lihat adalah :
1. Jenayah bunuh yang semakin meningkat, rompak dan pecah rumah semakin berleluasa.
2. masalah remaja dari hari ke hari makin tidak boleh diatasi, rempit, zina, buang anak, berkhatwat, berpakaian barat yang menjolok mata, punk, dadah yang penagihnya melebihi 200 ribu orang kebanyakannya di kalangan anak melayu ini semua sebahagian masalah remaja yang telah meresapi jiwa anak-anak kita.
3. Rakyat hari ini makin tertekan dengan pelbagai cukai, tol, akhirnya barangan harian semakin meningkat. Rakyat juga dididik dengan kebendaan dan kemewahan, mereka digalakkan dan dididik berhutang walaupun keperluan hutang yang tidak mendesak, akhirnya mereka terpaksa menghabiskan masa untuk membayar hutang, lebih malang anak-anak terabai, anak-anak tidak membesar sebagai mukmin kerana kurangnya kasih sayang kedua ibu bapa yang terpaksa berhempas pulas mencari duit siang dan malam membayar hutang. Hanya sekadar inginkan sedikit kemewahan dunia, keutamaan membesarkan anak terabai.
4. Rakyat juga menghadapi pelbagai penyakit yang tidak pernah wujud sebelum ini, Aids, H1N1 @ ( selsema babi ) dan sebagainya.
5. Sistem pendidikan yang tidak berkesan adalah satu masalah yang kita hadapi kini, rakyat hanya memiliki sekolah yang cantik dan canggih tetapi tidak melahirkan pelajar yang berakhlak. Pendidikan Islam di petangkan pendidikan yang berasaskan kebendaan dipagikan, maka sekolah agama KAFA tidak diutamakan… diajar anak-anak tentang Islam diwaktu mereka telah keletihan. Sekolah Agama tidak diwujudkan, mereka membiarkan rakyat sahaja menwujudkan. sekiranya ada terbinapun itu adalah hasil desakan rakyat dan sebagai saingan yang ingin dikawal. Natijahnya anak-anak kita tidak mendapat asas-asas pendidikan islam yang sempurna. Lebih malang, kesan daripadanya lahirlah pelajar yang rosak akhlak walaupun berilmu.
6. Sistem ekonomi kita yang berasaskan riba yang menindas dan menekan rakyat juga salah satu masalah kita hadapi.
7. Sistem penyiaran kita iaitu TV dan Radio yang tidak diasaskan dan ditubuhkan menurut kehendak Islam, TV dan Radio menyembah kebendaan dan keuntungan tidak menyembah Allah yang Maha Esa. Mereka tidak mengatur program-program yang boleh mendidik. Mereka menyediakan apa yang boleh menguntungkan, bukan yang selaras dengan adab dan akhlak Islam. Filem-filem dan drama-drama diambil dari punca-punca yang diolah oleh yahudi dan nasora yang mendidik anak-anak kita kebebasan antara lelaki perempuan, menyuntik cara hidup yang bercangah dengan kehidupan Islam seperti pakaian yang menjolok mata, gaya rambut yang menyerupai artis-artis barat, kebebasan, fesyen, dan sebagainya. Pemberita-pemberita wanita semakin seksi, artis-artis makin galak. Semua ini memperlihatkan kesongsangan dan kesesatan yang jelas sedang TV dan Radiolah medium yang paling berkesan untuk mendidik anak-anak kita. Akhirnya anak kita lalai dan terus lalai dengan hiburan ini, semakin malang masa mereka yang sepatutnya digunakan membaca al-Quran, mendalami sirah kehidupan Rasulullah dan Hadith-Hadithnya digunakan untuk berhibur. Malang semakin malang ada dikalangan anak-anak kita mencontohi cara hidup barat yang dipaparkan sehingga ada yang tidak kenal jalan ke masjid tetapi lebih kenal jalan ke taman bunga, maka natijahnya lahirlah anak luar nikah dan pelbagai gejala yang tidak dapat kita gambarkan sebelum ini. Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah
Itu adalah sebahagian masalah yang kita hadapi. Masalah ini mengelapkan masa depan anak-anak kita. Penyelesaiannya adalah al-Quran. Kita seolah-olah hidup di dalam kegelapan jahiliah, kita hidup di atas sistem barat yang merosakkan. Oleh itu marilah kita menyelesaikan masalah ini dengan kembali kepada al-Quran. Allah berfirman dalam Surah Asy-Syura ayat 52 yang bermaksud :-
akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya Yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa Yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba kami. dan Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk Dengan Al-Quran itu ke jalan Yang lurus,( Surah asy-Syura ayat 52 )
Dalam surah Surah al-A’raf ayat 157 Allah berfirman :
maka orang-orang Yang beriman kepadaNya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut Nur (cahaya) Yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang Yang berjaya.
Dalam Surah Ibrahim ayat 1 pula Allah berfirman :
Alif, Laam, Raa'. ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan Dia kepadamu (Wahai Muhammad), supaya Engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - Dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji. Manusia hari ini buta seumpama seekor unta yang kehausan di padang pasir yang kering kontang mencari-cari air di sekelilingnya sehingga dia mati kehausan sedangkan ia mempunyai air simpanan dibelakangnya. Mereka mempunyai petunjuk al-Quran di dalam rumah mereka sendiri kadang-kadang kita letak di dalam almari perhiasan, ada juga yang letak di atas almari dan sebagainya namun petujuk cahaya al-Quran itu tersimpan sahaja, mereka menghadapi pelbagai masalah namun tidak dapat menemui penyelesaiannya, mereka tercari-cari, dan tercari-cari dan akhirnya terus dalam kegelapan kerana tidak mengunakannya. Saudara-saudaraku yang rahmati Allah,
Perancangan musuh iaitu yahudi dan nasora yang terancang juga menyebabkan kita menghadapi masalah-masalah yang disebutkan tadi. Perancangan ini melalui wakil-wakil mereka yang terdidik dengan pendidikan mereka, sebahagian mereka terdiri dari kalangan orang Islam itu sendiri. Allah menyatakan secara jelas perancangan mereka di dalam al-Quran, firman Allah :-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا فَرِيقًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ يَرُدُّوكُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ كَافِرِينَ
Wahai orang-orang Yang beriman! jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.
Mereka musuh Islam seboleh-bolehnya mendidik bakal pemimpin-pemimpin Negara umat Islam mengagongkan pendidikan barat dan cara kehidupan barat. Akhirnya satu masa dahulu tulisan kita di Malaysia adalah tulisan jawi di ubah kepada tulisan rumi. Kesannya kepada anak-anak kita amat buruk diantaranya ;-
1. Anak anak kita tidak pandai membaca al-Quran jauh sekali memahami dan menghayati.
2. Kitab-kitab sumber rujukan umat Islam yang banyak tidak dapat dibaca oleh generasi selepas itu.
3. Akhlak dan budaya Islam ditinggalkan akibat mengagongkan cara hidup barat.
4. Tulis rumi menjadi perantara mudah menyalurkan budaya dan akhlak barat.
Perancangan-perancangan ini dibuat begitu terancang dan tersusun, sehingga akhir-akhir ini kita tidak perlu lagi pergi ke Genting Highland untuk berhibur, cukuplah kita berada di depan TV dan menghampar telingga di corong Radio. Sebutlah apa sahaja yang kita mahu semua tersedia, Akademi Fantasia dan sebagainya.
Rakyat Malaysia kini dihidangkan oleh pemimpin-pemimpin mereka dengan kegelapan bukan cahaya, sehingga mereka hanya pandai menyelak siaran TV untuk berhibur dan tidak lagi pandai menyelak al-Quran al-Karim untuk membaca dan menghayati. Saudara-saudaraku yang disayangi dan dirahmati Allah.
Setelah kita berbincang tentang masalah yang kita hadapi dan penyelesainya, dan disamping itu terdapat perancangan-perancangan Yahudi dan Nasora melalui anak-anak didik mereka yang diperalatkan. Maka disini mimbar ini menggariskan cara yang terbaik dalam menyelesaikan segala permasalahan yang kita hadapi. Pernyelesaiannya seperti berikut tersebut[i] :-
1. Hendaklah kita memiliki keyakinan yang sungguh-sungguh dan kuat bahwa tidak ada yang dapat menyelamatkan kita kecuali sistem sosial yang diambil dan bersumberkan dari kitab Allah swt. sistem sosial yang tidak berlandaskan al-Quran pasti bakal menemui kegagalan. Contohnya dalam masalah kesihatan yang kita hadapi tidak akan dapat diatasi melainkan dengan menyelesaikan punca-punca terjadi penyakit tersebut. Rasulullah bersabda :-
مَا ظَهَرَتِ الْفَاحِشَةُ فِيْ قَوْمٍ إِلاَّ كَثُرَتْ فِيْهِمُ اْلأَوْجَاعُ الَّتِيْ لَمْ تَكُنْ ِفيْ أَسْلاَفِهِم
“ tidaklah perilaku keji terlihat nyata di tengah-tengah suatu kaum, kecuali akan banyak penyakit menimpa mereka, yang tidak pernah menimpa orang-orang sebelum mereka”. Sebagai contoh masalah Aids akan selesai jika pergaulan bebas tidak berlaku. 2. Wajib menjadikan kitab Allah sebagai kawan karib, kawan bicara, dan guru. Kita harus membacanya. Jangan sampai ada hari yang kita lalui sedangkan kita tidak menjalinkan hubungan dengan Allah swt. melalui al-Quran. Rasulullah saw. Bersabda :-
مَنْ قَرَأَ آيَةً مِنْ كِتاَبِ اللهِ فَلَهُ بِكُلِّ حَرْفٍ عَشْرُ حَسَناَتٍ وَمَنْ يَسْتمع لها كاَنَتْ لَهُ نُورًا يَومَ القيامة.
Sesiapa menbaca satu ayat dari kitabullah, maka ia memperoleh sepuluh kebaikan untuk setiap huruf. Dan sesiapa yang mendengarkannya, maka ia akan memperolehi cahaya pada hari kiamat. 3. Kita harus memperhatikan adab-adab membacanya dan ketika mendengar al-Quran kita juga harus memperhatikan adab-adab mendengarnya. Hendaklah kita berusaha merenungkan dan meresapinya. 4. Kita wajib mengamalkan hukum-hukum yang terkandung di dalam al-Quran al-Karim yang terbahagi kepada :- 4.1 Hukum-hukum individu yang berkaitan dengan individu seperti solat, puasa, haji, taubat, akhlak dan sebagainya.
4.2 Hukum-hukum yang berkaitan dengan masyarakat, atau hukum-hukum yang berkaitan dengan penguasa. Ini semua kewajipan Negara, contohnya menegakkan undang-undang Allah, Jihad, dan masalah-masalah yang merupakan tugas-tugas Negara menurut Islam.
Inilah tanggungjawab kita terhadap al-Quran yang boleh menyelesaikan segala masalah ummah.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ خطبه كدوا
الحَمْدُ لِلّهِ نَحْمَدُهُ و نَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَهْدِيْهِ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنْا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَه، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَه. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَه، وَأَشْهَدُ أَنْ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِيْنَ لَهُمْ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. أَمَّا بَعْدُ: واهي سوداراكو يغ برإيمان! ساي برفسن كفدديريكو دان توان-توان سوفاي برتقوى كفد الله دغن سبنر-نبر تقوى. دان جاغن كامو ماتي ملاينكن ماتي ددالم إسلام. إِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتِهِ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِي، يَاأَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمَا. وَقَالَ الرَّسُوْلُ:
(مَنْ صَلَّى عَلَىَّ مَرَّةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا).
( برغسياف برصلوات كفدكو سكالي، الله برصلوات كفدث سفولوه كالي). اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ عِبَادَ اللهِ ! إِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ, يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوا اللهَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوا عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ, وَاشْكُرُوا عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ, وَاسْأَلُوهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ. أَقِمِ الصَّلاَةَ. [i] Ahmad Isa Asyur (2000), Hadits Tsulatsa : Ceramah-Ceramah Hassan al-Banna. Solo, Era Intermedia, h 28-33.
Disediakan oleh : AF Ustaz Arman Yusuf

No comments:

Post a Comment