bersama kepimpinan ulamak




Thursday, February 20, 2014

KHUTBAH JUMAAT - 21 FEBRUARI 2014 / 21 RABIUL AKHIR 1435H



“PERANGI GOLONGAN ANTI HADIS”

Khutbah Pertama

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ (الحشر:٧)

Dan apa sahaja yang dibawa oleh Rasul hendaklah kamu ambil dan apa sahaja yang ditegah oleh Rasul hendaklah kamu jauhi.

أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ  وَاَصْحَابِهِ  وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ،
أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ !   اِتَّقُواْ  اللَّهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ  وَلاَتَمُوْتُنَّ  إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ

SIDANG JUMAAT YANG DIHORMATI,

Saya memperingatkan diri saya sendiri khususnya dan sidang Jemaah sekelian agar kita sentiasa menginsafi diri bahawa hakikatnya diri kita semua semakin hampir untuk dijemput menemui Allah SWT. Marilah kita berfikir sudah cukupkah bekalan kita untuk menemui Nya? Oleh sebab itu tiada cara lain untuk membuat persediaan ini dan janganlah bertangguh-tangguh lagi, marilah sama-sama kita meningkatkan usaha kita mentaati segala perintah Allah dan berusaha bersungguh-sungguh menjauhi dan meninggalkan segala larangannya.

MUSLIMIN MUSLIMAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Masyarakat Islam sentiasa berhadapan dengan berbagai ancaman daripada musuh-musuh Islam samada dalam bentuk fizikal, kerohanian dan pemikiran. Walaupun secara fizikalnya Umat Islam diganyang di serata dunia, namun ancaman pemikiran yang turut kita hadapi pada hari ini bukanlah satu ancaman yang boleh dipandang ringan. Malah dari segi kesan jangka panjang, ancaman pemikiran ini jauh lebih perlu dibimbangkan lantaran kesannya menjalar bukan sahaja memjejaskan amalan dan ibadat ummat malah boleh menjejas aqidah ummat sehingga menjejaskan nasib kita di akhirat.

MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH,

Di antara ancaman besar terhadap pemikiran dan aqidah Umat Islam pada hari ini adalah serangan pemikiran golongan anti hadis yang sesat dan menyesatkan. Isu yang terbaru dan hebat diperkatakan pada hari ini adalah kenyataan tokoh anti hadis, Dr Kassim Ahmad dalam Program anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana yang dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamadyang begitu jelas menampilkan pemikiran anti hadisnya dan menyebarkan fahaman sesat beliau.

SIDANG JUMAAT SEKELIAN,

Nama Kasim Ahmad bukanlah nama baru dalam persoalan ini. Melalui buku tulisan beliau; Hadis - Satu Penilaian Semula yang diharamkan pada tahun 1986, sepakat ulamak menganggap beliau sebagai sesat sehingga beliau menyepikan diri dan mula menonjolkan diri semula dengan pemikiran dan iktikad yang sama.

Melalui penulisan-penulisannya laman sosial beliau menyenaraikan berbagai kesilapan Umat Islam. Antaranya adalah seperti berikut :

(1) Umat Islam pada hari ini mengikut satu kasta paderi yang dipanggil ulama sebagaimana penganut-penganut agama Hindu dan Kristian dulu. Kasta paderi ini tidak wujud dalam zaman Nabi dan empat khalifah rasyidun. Mereka muncul kira-kira 300 tahun kemudian dan melantik diri mereka sendiri sebagai pentafsir ugama kepada umat Islam.

(2) Mereka mendewa-dewakan pemimpin ugama yang mereka anggap maksum dan yang telah memutuskan semua soalan dalam kehidupan mereka. Dalam puak ahli sunnah wal jamaah, empat pemimpin besar boleh dikenal pasti, iatu : Imam Shafi’e (767-820), Imam Hanafi (699-767), Imam Hanbali (780-855) dan Imam Maliki (711-795).

(3) Mereka mendewa-dewakan Nabi Muhammad. Syahadah yang kedua itu satu bukti. Juga di kebanyakan rumah orang Islam, perkataan-perkataan ‘Allah’ dan ‘Muhammad’ditulis sama besar dan sama paras. Apabila disebut nama Muhammad, frasa‘sa’al-Lallahu ‘alaihi wasallam’ (SAW) disebut sekali, sedangkan apabila disebut nama nabi-nabi lain, disebut ‘alihissalam’. Pada hal frasa SAW itu ditujukan juga kepada orang mukmin juga dalam Quran.

(4) Tiga puluh tahun dulu, wanita-wanita Islam tidak memakai tudung. Mereka memakai selendang, sehelai kain yang mereka letak di bahu, atau pun di atas kepala tanpa menutup semua rambut, kerana rambut bukan ‘aurat wanita. Menutup rambut dengan bertudung bermakna udara bersih tidak dapat memasuki rambut. Dengan itu rambut menjadi busuk. Dengan lain perkataan, ia tidak sihat. Kassim juga berkata ia bukan aurat kerana ia anggota biasa seperti muka dan tangan yang perlu digunakan untuk mengambil wuduk.

SIDANG JUMAAT SEKELIAN,

Allah menegaskan dalam firmanNya:

مَّن يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ (النساء:٨٠)
Barangsiapa yang taat kepada rasul maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah.

Rasulullah saw menjelaskan peranan ulamak dalam hadisnya :

إنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ

Sesungguhnya Ulama’ pewaris para nabi.
(Hadis Sohih riwayat Imam Tarmizi).

MUSLIMIN MUSLIMAT SEKELIAN,

Akibat menolak hadis dan menggunakan akal fikiran semata-mata beliau mengeluarkan pandangan yang tidak munasabah sama sekali. Kalau rambut tidak perlu ditutup semata-mata kerana ianya perlu dibasuh ketika wudhuk nescaya seluruh badan juga tidak perlu ditutup kerana kita diperintah untuk membasuhnya ketika mandi hadas.

Kerana menyangka bahawa pemikiran mereka begitu bagus, maka mereka mencabar para ulamak untuk berdebat. Ini adalah kaedah mereka untuk mencari populariti. Golongan seperti ini tidak layak langsung untuk dibawa berdebat ibarat mereka yang mendakwa 2 campur 2 bersamaan dengan 5. Lalu mereka mendakwa itu hak kebebasan mereka untuk menyuarakan pendapat dan mengajak sesiapa sahaja untuk berdebat dengan mereka. Janganlah kita membuang masa berdebat dengan golongan seperti ini melainkan selayaknya bagi mereka disumbat ke penjara sehingga mereka bertaubat atau mati dalam mempertahankan kesesatan mereka.

بَارَكَ اللهُ لِي وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَانِ الْعَظِيمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُوا اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، والْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ  وَالأَمْوَات، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ ِللهِ  الْقاَئِلِ :

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَكُمْ هُزُوًا وَلَعِبًا مِّنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن

 قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاءَ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu, menjadi penolong-penolong, dan bertakwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.” (Surah al-Maidah, ayat 57).

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .

فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ


SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Kerajaan mesti bertindak tegas bagi menghapuskan golongan anti hadis ini dari bumi bertuah ini. Menolak hadith sekaligus menolak baginda nabi Muhammad salla allahu ‘alaihi wasallam sebagai pentafsir ayat-ayat mujmal dan ringkas dalam Al-Quran. Menolak hadith bererti menolak Al-Quran kerana Allah memerintahkan nabi menjelaskan Al-Quran kepada manusia. Penjelasan nabi datang dalam bentuk hadith dan sunnahnya. Al-Quran sendiri disampaikan kepada kita melalui lisan para sahabat yang turut meriwayatkan hadis. Maka jika kita meragui riwayat para sahabat maka kita juga terpaksa menolak Al-Quran yang juga dibawa oleh mereka.

Jelaslah bahawa sesiapa yang menolak hadith adalah juga menolak Al-Quran dan iktiqad sebegini membawa kepada murtad secara pasti. Ikutilah sunnah para Khulafa’ Ar-Rasyidin yang mendahulukan tugas memerangi golongan sesat berbanding tugas-tugas lain sebaik sahaja mendapat kuasa pemerintahan.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .

فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.


Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com





No comments:

Post a Comment

KULIAH SETIAP AHAD MINGGU KEDUA




Kempen Tiga B