خطبة عيد الأضحى
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر , الله أكبر، الله أكبر، الله أكبرالله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، وَِللهِ الْحَمْد.
الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ، وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٍ،
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، الرَّحْمَةُ الْمُهْدَاةُ، وَالنِّعْمَةُ الْمُسْدَاةُ، وَالسِّرَاجُ الْمُنِيْرُ.
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى حَبِيْبِنَا وَشَفِيْعِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ نَّبِيِّ الرَّحْمَةِ وَشَفِيْعِ اْلأُمَّةِ وَعَلَى اَلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ وَالاَهُ. أَمَّا بَعْدُ.
فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ
.
اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ
Wahai hamba-hamba Allah,
Bertaqwalah kamu kepada Allah agar kita mendapat kejayaan. Di hari ini seluruh Umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Qurban. Hari ini kita memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihis salam sebagaimana firman Allah :
وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ ِلأَبِيهِ آَزَرَ أَتَتَّخِذُ أَصْنَامًا آَلِهَةً إِنِّي أَرَاكَ وَقَوْمَكَ فِي ضَلاَلٍ مُبِينٍ
Dan (ingatlah) di waktu Ibrahim berkata kepada bapaknya Aazar: "Patutkah kamu menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan? Sesungguhnya aku melihat kamu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata". (Al-An’am : 74)
Nabi Allah Ibrahim Alaihis salam terpaksa melakukan pengorbanan dalam usaha menegakkan aqidah tauhid dengan menolak segala bentuk ketuhanan dan kekuasaan selain daripada Allah yang Maha Esa. Nabi Ibrahim terpaksa mengorbankan kasih sayangnya terhadap bapanya dan bangun menentang kekuasaan pembesar-pembesar yang berpengaruh dan memerintah masyarakat ketika itu. Pengorbanan besar ini menyebabkan beliau dibakar di dalam api yang besar, dihalau oleh bapanya sendiri dan diancam oleh pihak berkuasa di tanahairnya sendiri. Itulah fitrah bagi orang yang beriman dan bertaqwa dan sanggup berqurban mempertahankan Agama Allah. Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut ayat 1 hingga 3 :
Alif, Lam, Mim, Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan begitu sahaja untuk mereka berkata; “Kami telah beriman”. Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan mengetahui juga orang-orang yang berdusta.
Muslimin Muslimat Sekelian,
Mudah sahaja bagi Nabi Allah Ibrahim untuk melepaskan diri daripada kesusahan yang ditempuhinya. Baginda boleh sahaja beribadat dengan tenang di rumahnya, sambil bersyukur dengan keamanan kampung halaman yang didiaminya dan bertoleransi dengan kaumnya yang menyembah berhala dalam aktiviti harian seperti bersukan, berekreasi dan sebagainya. Namun apakah itu yang dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim.
اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ
Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah,
Segala pengorbanan yang dilakukan oleh nabi Ibrahim itu, hanyalah sekadar menunaikan tanggungjawab terhadap Allah. Allah menghendaki lebih daripada perlaksanaan tanggungjawab tersebut, malah cinta dan kasih sayang Nabi Ibrahim terhadap Allah perlu dibuktikan melalui pengorbanan yang lebih besar pula. Nabi Ibrahim terpaksa mengorbankan kasih sayangnya terhadap isteri dan anaknya yang ditinggalkan di kawasan yang kering kontang demi membuktikan cintanya kepada Allah. Malah tanpa ragunya baginda menyembelih anaknya, Nabi Allah Ismail semata-mata bagi membuktikan cintanya kepada Allah. Maka apakah memadai kita mengatakan kita cintakan Allah dengan hanya beribadat seadanya yang terkadang terlalai dek kesibukan tugas seharian serta keseronokan melayan anak-anak dan isteri tercinta. Apakah memadai pengakuan cinta kita kepada Allah dengan hanya menyertai ibadat korban sepanggu dua tetapi berkira-kira ketika diminta berkorban jiwa dan harta dalam perjuangan menegakkan Syariat Allah.
اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ
Sidang Jemaah sekelian,
Kita tidak akan berada di negara ini dengan aman dan bebas tanpa pengorbanan nenek moyang kita yang bangkit menentang penjajah. Tanpa usaha gigih dan pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu yang membangkitkan kesedaran ummat untuk berhimpun dan menzohirkan kebencian terhadap Malayan Union, nescaya hari ini kita masih bertuankan penjajah. Seluruh rakyat mengorbankan keselesaan mereka beristirehat di rumah, mengorbankan keuntungan perniagaan yang melimpah ruah, mengorbankan kesopanan dan kesantunan mereka sebagai Bangsa Melayu yang berhemah, bagi menggerunkan penjajah. Maka apakah yang kita korbankan hari ini demi mempertahankan maruah dan kedaulatan Agama Allah.
اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ
Wahai saudara-saudaraku sekelian,
Semua kita wajib melakukan pengorbanan sebagaimana umat terdahulu melakukannya. Pengorbanan terbesar yang perlu kita lakukan adalah menundukkan hawa nafsu agar kita mampu melaksanakan segala titah perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya. Amar Makruf Nahi Munkar hendaklah dilaksanakan mengikut kemampuan dan kemahiran masing-masing. Budaya ilmu hendaklah disemarakkan agar tidak ada lagi Umat Islam yang jahil dengan cara hidup Islam yang sempurna dan amat indah. Asas taqwa hendaklah sentiasa dimantapkan di sanubari setiap anak-anak. Ketuanan Syariat Allah hendaklah didaulatkan dan dipertahankan walaupun terpaksa menitiskan peluh dan darah.
اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ
Muslimin Muslimat Sekelian,
Allah swt berfirman :
Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatanku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit, dan kami akan himpunkannya pada Hari Kiamat kelak dalam keadaan buta. Dia akan berkata; Ya tuhanku, kenapa engkau himpunkan aku dalam keadaan buta sedangkan aku dahulunya boleh melihat. Allah berfirman; demikianlah telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu juga pada hari ini kamu dilupakan. Dan demikianlah kami membalas sesiapa yang melampaui batas dan tidak percaya kepada ayat-ayat tuhannya. Dan sesungguhnya azab Akhirat itu lebih bersangatan dan kekal.
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ, وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ, وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ, أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ
.
خطبة يغكدوا
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، وَِللهِ الْحَمْدُ.
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى هَدَانَا لِهَذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِىَ لَوْ لاَ أَنْ هَدَانَا اللهُ.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ.
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالاَهُ.
أَمَّا بَعْدُ.
فَيَا عِبَادَ اللهِ اتَّقُوا اللهََ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ.
اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ
Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah,
Kita memerlukan pengurbanan bagi menyelamatkan Umat Islam yang kebanyakkannya leka dan alpa terhadap tanggungjawab terhadap agama. Kita perlu berqurban menyedarkan mereka yang mengambil mudah dan meremehkan perintah Allah dan Rasulnya. Kita memerlukan pengurbanan yang begitu banyak bagi mengalahkan penganjur-penganjur maksiat yang ada di mana-mana ketika mana kita sedang melipatgandakan usaha membawa masyarakat kembali beragama. Malah kita juga memerlukan pengurbanan bagi menghadapi Umat Islam yang hilang semangat dan daya juang.
اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ
Hadhirin Hadhirat yang dirahmati Allah,
Tidak akan ada masa depan yang gemilang bagi Islam jika Umatnya masih leka dan tidak mahu berqurban. Apakah gunanya kita memerintah Negara jika kita hanya mampu mengurban Islam berbanding berqurban untuknya. Kita sering mengambil berat bagi menyediakan kenderaan di padang Mahsyar melalui ibadah qurban, tetapi kita sering melupakan persediaan bekalan bagi menjawab pertanyaan Allah di Hari Pembalasan.
Pada hari ini marilah kitabersyukur kepada Allah yang telah mengurniakan kepada kita iman dan Islam. Marilah kita mengurbankan masa lapang kita untuk menghisab diri kita, keluarga kita, masyarakat kita dan Negara kita samada memenuhi tuntutan Allah atau tidak. Marilah kita mengucapkan selawat dan salam kepada Rasulullah saw yang telah menyampaikan Islam kepada kita.
إِنَّ اللهَ وَمَلآئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ، يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ صَلُّواْ عَلَيْهِ وَسَلِّمُواْ تَسْلِيمًا – الأحزاب : 56
Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya sentiasa berselawat ke atas Nabi, wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam ke atas nya.Marilah kita bersama-sama selepas khutbah ini, untuk bersama-sama melaksana dan menyaksikan ibadah semoga dapat memberikan keinsafan kepada kita, jika sekiranya lembu-lembupun sanggup berkorban dalam usaha membantu kita mencari keredhaan Allah maka wajarkah kita menjadi sebodoh lembu dengan berterusan membangkitkan kemurkaan Allah.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سيدنا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، فِى الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ اْلأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَاْلأَمْوَاتِ.
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَِلإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِاْلإِيمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوبِنَا غِلاًّ لِلَّذِينَ آمَنُواْ رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَحِيمٌ.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِينَ. اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسلاَمَ وَالْمُسْلِمِينَ، وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِينَ، وَالنِّفَاقَ وَالْمُنَافِقِينَ، وَالظُّلْمَ وَالظَّلِمِينَ. وَانْصُرْنَا عَلَى هَؤُلآءِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَنَا وَيَصُدُّونَنَا عَنْ سَبِيلِ اللهِ.
اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا الْمُجَاهِدِيْنَ وَالْمُسْتَضْعَفِيْنَ فِى فِلَسْطِينَ، وَفِى لُبْنَانِ وَفِى الْعِرَاقِ، وَفِى شِيشَانَ، وَفِى كَشْمِير، وَفِى كُلِّ مَكَانٍ.
اَللَّهُمَّ قَوِّ عَزَائِمَهُمْ، وَاجْمَعْ كَلِمَتَهُمْ. اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكََفَرَةَ وَالْمُنَافِقِينَ وَأهْلِكْ أَعْدَاۤءَكَ أَعْدَاۤءَ الدِّيْنِ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ.
اَللَّهُمَّ يَا مُجْرِىَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ اْلأَحْزَابِ، اِهزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سُلْطَانُ اَزْلَنْ مُحِبُّ الدِّيْنُ شَاهِ ابْنُ اَلْمَرْحُوْمِ سُلْطَانِ يُوْسُفِ عِزُّ الدِّيْنِ شَاهِ غَفَرَاللهُ لَهُ
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ. رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا.
رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ. وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، وَِللهِ الْحَمْدُ.
No comments:
Post a Comment