bersama kepimpinan ulamak




Ucapan Eidul Fitri 1438 Dari Dewan Ulamak PAS Negeri Perak




Ucapan Ramadhan Al-Mubarak Dari Dewan Ulamak PAS Negeri Perak




Thursday, May 28, 2015

KHUTBAH JUMAAT - 29 MEI 2015M / 11 SYA’BAN 1436H



“Nasib Umat Islam Rohingya”

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ:

وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلَّا أَن يُؤْمِنُوا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ ﴿سورة البروج:٨﴾

Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji.

أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ،
أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ الله، اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ

Muslimin yang dikasihi Allah,

Saya mengingatkan diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan cara melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya di samping berusaha mencari rezeki yang halal dan kehidupan yang diredhai Allah SWT. Umur kita semakin bertambah dan ha kikatnya kita semakin menghampiri garis penamat kehidupan yang sementara ini, maka jangan berlengah dan bertangguh lagi untuk mempersiapkan diri mencari bekal dalam perjalanan kita menemui Allah SWT. Mudah-mudahan kita berjaya menjadi insan yang beruntung di dunia dan akhirat.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Dunia sentiasa dipaparkan dengan episod keganasan dan kezaliman sesama manusia dari masa ke semasa. Ini sesuai dengan sikap manusia yang suka menumpahkan darah sesama sendiri sebagaimana yang disebutkan oleh malaikat ketika Allah hendak menjadikan Nabi Allah Adam. Sejarah sentiasa mencatatkan bahawa mangsa kekejaman dan kezaliman yang berlaku di seluruh dunia adalah Umat Islam. Walaupun mereka disiksa oleh berbagai puak dan agama, namun yang pasti alasannya hanyalah kerana mereka beriman dengan Allah dan berpegang kepada agama suci ini. Bermula dengan berbagai kisah sebagaimana yang diceritakan oleh Al-Quran sehinggalah ke hari ini, kezaliman demi kezaliman masih berterusan dan semakin menjadi-jadi.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Kini kita dipaparkan lagi dengan kisah sedih, kekejaman penganut Buddha Myanmar terhadap minoriti etnik Muslim Rohingya. Selain daripada apa yang tersurat di hadapan kita, hakikatnya ini adalah satu perancangan jahat yang didalangi oleh Zionis Israel. Tidak syak lagi bahawa penganut Buddha di Myanmar dan Zionis Israel mempunyai hubungan rapat dan berkongsi matlamat yang sama untuk menghapuskan umat Islam di dunia ini. Seorang penulis yang juga penganalisis politik, Kevin Barrett ada menyentuh perancangan kedua -dua kumpulan ini. Hubungan erat Burma-Israel ini mula terbina apabila Perdana Menteri Israel, David Ben-Gurion melawat negara itu pada tahun 1961.

Hubungan itu berterusan sehingga hari ini yang menyaksikan pemerintahan junta melaksanakan ‘penghapusan etnik’ iaitu sebahagian daripada plan dan agenda Zionis terhadap umat Islam. Seorang lagi penulis, Kashef Ahmed pula mendedahkan komplot BuddhaZionis melalui tulisannya. Melalui artikel yang disiarkan Februari tahun lalu, Kashef mendakwa satu pelan strategik kedua-dua puak itu dibentuk bertujuan menyekat kuasa China. Bagi mencapai matlamat tersebut, umat Islam etnik Rohingya dijadikan sebagai mangsa bagi mewujudkan kekacauan di negara itu sekali gus merencatkan penguasaan China. Umum mengetahui bahawa China mempunyai kepentingan ekonomi di perairan Myanmar dan mahu membina pelabuhan dan pangkalan operasi di negara itu.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Puluhan tahun masyarakat Islam etnik Rohingya didiskriminasi oleh kumpulan majoriti Buddha di negara itu. Ribuan daripada mereka kini cuba untuk melarikan diri bagi mendapatkan bantuan dari negara-negara Asia lain, termasuk Malaysia, Thailand dan Indonesia. Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dalam tiga bulan pertama tahun ini sahaja sekitar 25,000 etnik Rohingya telah meninggalkan negara itu dengan menaiki kapal.

Sidang Jumaat sekelian,

Sampai bila kita nak mengharapkan dunia bagi membela nasib Umat Islam. Satu demi satu penipuan dan pendustaan dunia barat terhadap umat Islam atas nama kebaikan. Adakah cukup dengan hanya mencanangkan nama Aung San Suu Kyi yang sebelum ini terkenal dengan pro-keamanan dan demokrasi sehingga dianugerahkan Anugerah Nobel Keamanan pada 1991 tetapi hanya mendiamkan diri apabila yang ditindas melibatkan Umat Islam. Ironinya, Suu Kyi sendiri lahir daripada etnik Burman beragama Buddha yang kedua-dua elemen bangsa dan agama ini telah terlibat dalam penghapusan etnik Muslim Rohinyga yang juga berasaskan sentiman etnik (Rohingya) dan agama (Islam). Jika dulu ASEAN menerima keanggotaan Myanmar kerana negara itu mula menunjukkan mereka mengutamakan hak asasi manusia, kini sudah tiba masanya ASEAN menggantung keahlian Myanmar kerana melanggar hak asasi manusia apabila melaksanakan penghapusan etnik Rohingya.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ



Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،

الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِم بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَن يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ ۗ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا ۗ وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ﴿سورة الحج:٤٠﴾

Iaitu mereka yang diusir dari kampung halaman mereka dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan kami ialah Allah". Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya ; sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; - (Surah Al-Haj 40)

أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ،

أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ الله، اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Bagaimanakah dunia akan menghormati Umat Islam jika umat Islam sendiri tidak menunjukkan sikap yang sewajarnya terhadap saudara kita sendiri. Ketika mana Turki menunjukkan kasih sayangnya terhadap pelarian Rohingya, negara-negara Umat Islam yang lebih hampir masih berdolak dalih dalam membantu mereka. Di negara kita sendiripun berbagai alasan diberikan oleh pemimpin bukan Islam bagi menafikan tanggungjawab mereka membantu pelarian Rohingya.

Maka tidak ada jalan lain selain Umat Islam sendiri yang wajib membantu saudara seagama kita. Umat Islam tidak seharusnya hanya sibuk bertoleransi dengan orang bukan Islam dan sibuk menjaga hati mereka semata-mata, sedangkan dalam masa yang sama mereka tidak pernah menghormati dan menjaga perasaan kita. Umat Islam sudah tidak lagi merasa peka bila agama kita dihina, ulamak kita dicerca dan dihina, Hukum Allah dipersenda dan ditentang secara terbuka. Untuk itu kita wajib kembali kepada kesucian ajaran Islam, memuliakan ulamak yang menjadi nadi kepada kekuatan Islam, berusaha untuk mendaulatkan keseluruhan undang-undang Islam dan mengenepikan sebarang kepentingan lain apabila berhadapan dengan kepentingan Islam.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ
اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ . اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ.

 اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Ya Allah!! kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta seluruh kerabat diraja sekelian.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.


Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com



Friday, May 15, 2015

KHUTBAH JUMAAT - 15 MEI 2015 / 26 RAJAB 1436



KHUTBAH HARI GURU:
GURU MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَجَعَلَ الظُّلُمَاتِ وَالنُّورَ ۖ ثُمَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُونَ
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ مُعَلِّمِ الْحَيْرَاتِ، وَالنَّاهِى عَنِ الْمُنْكَرَاتِ،  سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَالْأَطْهَارِ، وَأَصْحَابِهِ لْأَخْيَارِ، وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الْحَسَنَاتِ وَالسَّيِّئَتِ
أَمَّا بَعْدُ، فيا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ اِتَّقُوْا اللهَ اُوْصِيْكُمْ وَاِيّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
قَالَ اللهَ تَعَلَى يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang dikasihi oleh Allah dan seterusnya mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Tajuk khutbah kita pada hari ini Guru: Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak yang merupakan tema sambutan Hari Guru tahun 2015 bersamaan 1436 Hijri.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Islam adalah agama ilmu dan sangat mementingkan kemuliaan orang berilmu. Lantaran itu Islam Islam memberikan kedudukan yang sangat mulia kepada para guru yang menyampaikan ilmu kepada umat. Firman Allah dalam Surah Al-Mujadalah ayat 11:

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ ﴿١١﴾

Bermaksud: Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.

Sewajarnya para guru dan pendidik mendapat tempat yang tinggi di dalam Islam. Tidakkah ilmu pengetahuan merupakan kunci kepada kebahagiaan hidup manusia di dunia, kerana tanpa ilmu, kemungkinan kita pada hari ini masih lagi berada dalam kemunduran dan kemiskinan. Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa, ketinggian ilmu pengetahuan merupakan ukuran yang sangat penting dalam membezakan antara baik dan buruk, kaya dan miskin, maju dan mundur bagi sesuatu bangsa dan negara. Para guru dan pendidiklah merupakan enjin dalam pembangunan dan perubahan umat sejagat. Mereka umpama bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk kepada para pelayar di malam yang gelap.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Pada tanggal 16 Mei setiap tahun, guru di negara kita dirai, dihargai dan dkenang jasa mereka. Mereka mendidik anak bangsa menjadi insan yang mulia dan pelapis kepimpinan dalam pembangunan negara.

Sasterawan Negara, Usman Awang pernah mengungkap kata:

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaikkan takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang Ulamak yang mulia,
Jika hario ini seorang Peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka, 
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Begitulah ungkapan yang boleh diluahkan, bagaimana besarnya jasa seorang guru, yang pastinya kejayaan kita sekarang bermula dari didikan dan tunjuk ajar dari insan yang bergelar guru.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Dalam oealn pembangunan oendidikan Malaysia tahun 2013 hingga 2025, anjakan ketiga iaah melahirkan rakyat Malaysia yang lebih menjadi nilai. Tanpa peranan para giri dan pendidikan hasrat murni ini tidak mungkin menjadi kenyataan. ia sejajar dengan peranan perutusan Rasulullah SAW yang sebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah hadis:

إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَقِ

"Sesungguhnya aku diutuskan bagi menyempurnakan akhlak yang baik." (HR Ahmad)

Bimbingan dan pedoman hidup yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dalam tarbiyahnya, melahirkan golongan sahabatb yang berakhlak dan berdisiplin tinggi. Inilah hasrat dan cita-cita orang yang cintakan Allah dan RasulNya. Namun realiti kehidupan masyarakat dewasa ini, memaparkan isu dan krisis keruntuhan moraldalam kalangan anak-anak kita, seperti kes buli, pukul, buang bayi, jenayah cyber, merempit dan sebagainya.

Selain peranan guru dan pendidik, ibu-bapa serta ahli masyarakat sewajarnya memainkan peranan secara bersama. Gunakanlah ruang permuafakatan melaui persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) untuk menjana idea dan menyelesaikan masalah. Kita tidak boleh meletakkan peranan membentuk akhlak dan peribadi anak-anak hanya kepada guru di sekolah sahaja.

Sidang Jumaaat yang dirahmati Allah,

Dewasa ini, kita melihat ada segelintir ibu bapa yang suka menuding jari kepada guru, terhadap segala permasalahan yang berlaku ke atas pelajar. Sikap ini boleh membantutkan peranan peranan sebenar guru dalam mendidik dan menyemat keperibadian unggul para pelajar. Ibu bapa seharusnya berperanan membimbing anak-anak, agar lebih menghormati seorang insan yang bernama guru, bahkan menghormati siapa sahaja yang berada di sekeliling mereka. Kerana dengan penghormatan tersebut, akan lebih berkatlah ilmu yang diperolehinya.

Para ulamak salafussoleh amat mengambil berat adab dan etika berguru. Imam An-Nawawi Rahimahullah dalam pendahuluan kitabnya Al-Majmuk menyatakan:

Hendaklah seorang penuntut ilmu itu merendahkan dirinya terhadap ilmu dan guru, kerana disebabkan rendah diri itulah dia akan mendapat ilmu. Sesungguhnya kita telah diperintahkan untuk bersikap rendah diri secara mutlak, maka dalam menuntut ilmu, merendah diri itu lebih dituntut.

Para ulamak juga pernah berkata: "Ilmu itu musuh bagi orang yang sombong, seumpama air tidak akan mengalir ke puncak gunung."

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

 Pengorbanan seorang guru amat besar dalam mendidik umat. Seorang dari kita pasti akan mengenang jasa guru-guru, sejak kita mula melangkah ke alam persekolahan. Sedar ataupun tidak, pengorbanan mereka sentiasa tersemat di dalam ingatan kita. Malah pengorbanan merekalah yang sebenarnya telah mendorong kita untuk berusaha menjadi seperti mereka, iaitu insan yang sanggup berkorban demi kebaikan orang kain. Kita pastinya masih mengingati bagaimana guru-guru kita dahulu sanggup meluangkan masa, tenaga, malah wang ringgit demi membantu kita berjaya dalam pelajaran. Kemudian tatakala kita telah berjaya dan dewasa, adakah patut kita membiarkan pengorbanan mereka ini diabai tanpa dikenang? Guru pastinya tidak meminta balasan material daripada kita. Apa yang diharapkan ialah murid-muridnya mendoakan dan juga menghargainya dalam pelbagai cara. Sesungguhnya berterima kasih kepada manusia adalah tanda berterima kasih juga kepada Allah SWT. Sabda Nabi SAW: 

مَنْ لَمْ يَشْكُرِ النَّاسَ لَمْ يَشْكُرِ الله

Maksudnya: "Sesiapa yang tidak berterimakasih kepada manusia, sesungguhnya dia tidak berterima kasih juga kepada Allah." (HR Tirmizi)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ



Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،

قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ

"Katakankanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna." (Surah Az-Zumar Ayat 9)

أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ  
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ 

أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mendiri betapa pentingnya peranan kita dalam mengangkat martabat seorang seorang guru, mimbar pada hari ini menyeru kepada sidang Jumaat agar meemnuhi beberapa tuntutan berikut:

1. Rasulullah SAW merupakan qudwah terbaik sebagai pendidik yang patut dicontohi dalam penyampaian ilmu dan penyempurnaan akhlak.

2. Guru merupakan seorang insan yang wajar, bahkan wajib dihormati, berdasarkan kepada tuntutan agama.

3. Adalah wajar bagi seorang penuntut ilmu untuk bersikap tawadhuk dan rendah diri terhadap gurunya, kerana keberkatan itu akan lahir bersama dengan sikap tersebut.

4. Ibu bapa tidak sewajarnya hanya sekadar menuding jari kepada guru di atas setiap permasalahan yang timbul, bahkan berusaha menggembeling tenaga bersama-sama guru untuk membentuk generasi yang berilmu dan berakhlak mulia.

5. Hubungan di antara guru, murid dan masyarakat mestilah dibuna di atas dasar rasa hormat dan kasih sayang untuk mendapat keberkatan dan keredhaan Allah.

6. Warga guru harus mempertingkatkan kredibeliti, ilmu dan akhlak agar sentiasa menjadi contoh terbaik dalam masyarakat.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَات، إِنَكَ سَمِيعٌ قَرِيبٌ مُجِيبُ الْدَعَوَات، وَيَاقَاضِيَ الْحَاجَات.

Ya Allah kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur lah dan Duli Yang maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim serta seluruh kerabat DiRaja sekelian

Ya Allah, hanya padamu kami berserah memohon keampunan kepadaMU, redakanlah bencana yang kami alami, lindungilah kami semua dari murkamu, hindarkanlah kami dari bencana-bencana yang lebih besar yang tidak mampu kami tanggungi. Kasihanilah kami semua Ya Allah! Sesungguhnya engkaulah penentu segalanya, bantulah kami menghadapinya. Kami bermohon kepadamu dengan penuh kerendahan hati, engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Makbulkan lah doa kami Ya Allah..... Amin Ya Rabbal ‘alamin.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ.


Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com

KULIAH SETIAP AHAD MINGGU KEDUA




Kempen Tambah Keahlian Baharu