bersama kepimpinan ulamak




Tuesday, September 22, 2015

KHUTBAH EIDUL ADHA PRESIDEN PAS 1436 H / 2015 M



KENANGI PENGORBANAN RASULULLAH

Khutbah Pertama

ٱللَّهُ  أَكْبَرُ، ٱللَّهُ  أَكْبَرُ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ، ٱللَّهُ  أَكْبَرُ، ٱللَّهُ  أَكْبَرُ، ٱللَّهُ  أَكْبَرُ، ٱللَّهُ  أَكْبَرُ، ٱللَّهُ  أَكْبَرُ، ٱللَّهُ  أَكْبَرُ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ 
الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدَ الْحَامِدِينَ، وَحَمْدَ الشَّاكِرِينَ، وَحَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِى مَزِيدَهُ،
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، الرَّحْمَةُ الْمُهْدَاةُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ مُحَمَّدٍ شَفِعِ الْأُمَّةِ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ وَالَاهُ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ الله، اِتَّقُوْا اللهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah, 

Bertakwalah kepada Allah. Carilah bekalan, sebaik-baik bekalan itu ialah bertakwa, dan sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertakwa.

Hari ini kita bersama seluruh umat Islam menyambut Hari Eidil Adha bersempena dengan ibadah haji, Rukun Islam yang ke 5. Ibadah haji menghimpunkan jumlah orang Islam yang datang daripada seluruh pelusuk dunia. Mereka yang mampu, ada harta dan boleh pergi ke Makkah kerana menunaikannya yang diwajibkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Firman Allah:

إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِّلْعَالَمِينَ ﴿٩٦﴾ فِيهِ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَّقَامُ إِبْرَاهِيمَ ۖ وَمَن دَخَلَهُ كَانَ آمِنًا ۗ وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا ۚ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ ﴿٩٧﴾

Maksudnya: "Sesungguhnya rumah yang pertama-tama didirikan untuk (beribadah kepada Allah) ialah yang berada di Makkah yang diberkati dan menjadi petunjuk kepada seluruh alam. Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata (di antaranya) maqam Ibrahim dan sesiapa yang memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia. Allah mewajibkan ke atas manusia di kalangan sesiapa yang mampu supaya menunaikan haji ke Baitullah itu, dan sesiapa yang kufur (ingkar atau melawan perintah ini) sesungguhnya Allah itu Maha Kaya (tidak berhajat) kepada seluruh alam." (Surah Ali Imran: Ayat 96 - 97)

Berjuta manusia orang Islam berhimpun di Makkah kerana menunaikan perintah Allah dengan menyerah diri kepada-Nya, sanggup membelanjakan harta dan berjalan jauh kerana Allah. Mereka datang daripada seluruh dunia daripada setiap negeri yang sampai kepadanya seruan Islam dan adanya orang Islam, seperti yang dijanjilan oleh Rasulullah ShollallAllahu ‘alaihi wasallam sejak lebih seribu empat ratus tahun yang lalu. Sabdanya:

لَيَبْلُغَنَّ هَذَا الْأَمْرُ مَا بَلَغَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ

Maksudnya: "Demi sesungguhnya agama ini (Islam) akan sampai di mana-mana tempat sampainya malam dan siang." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Mereka berhimpun di Makkah sehingga berjuta orang, datang daripada seluruh pelusuk dan penjuru dunia, timur dan barat, utara dan selatan daripada semua benua yang mesti ada orang yang menganut Islam. Mereka datang ke Makkah al-Mukarramah melangkah lautan, hutan rimba dan padang pasir, gunung ganang dan bukit bukau, melalui jalan darat, laut dan udara, menyahut seruan Allah supaya menunaikan haji, seruan pertama yang diwajibkan oleh Nabi Ibrahim Alaihissalam dengan perintah Allah:

وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ ﴿٢٧﴾

Maksudnya: "Serulah manusia supaya menunaikan ibadah haji, mereka mesti datang menyahut seruanmu, sanggup menunggang unta sehingga kurus melalui jalan yang jauh." (Surah Al-Hajj: Ayat 27)

Diucapkan seruan itu ketika Makkah tidak diketahui oleh manusia dan sebelum adanya alat-alat perhubungan yang mudah dan memudahkan perjalanan yang jauh. Kenyataan berlaku di akhir zaman ini, di masa kerasulan Nabi Akhir Zaman Muhammad ShollallAllahu ‘alaihi wasallam.

Mereka yang berhimpun di Makkah itu menunaikan ibadah dengan jasad, roh dan harta. Nikmat yang dikurnia Allah kepada manusia, menyatakan dirinya hamba kepada Allah. Sesiapa yang mengerjakan ibadah haji itu sama sahaja, samada raja atau pemimpin atau rakyat, alim atau jahil, kaya atau miskin daripada semua bangsa yang beragama Islam. Mereka beramal dengar syiar (lambang) akidah tauhid (mengesakan Tuhan) dan menolak segala rupa syirik (menyengutukan Allah dengan lainnya). Yang terkandung dalam ajaran Islam yang sempurna, yang dibawa oleh semua Rasul yang dilantik Allah, bermula dari Adam Alaihissalam sehinggalah Nabi yang terakhir Muhammad ShollallAllahu ‘alaihi wasallam.

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ ۖ فَمِنْهُم مَّنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُم مَّنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ ۚ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ ﴿٣٦﴾

Bermaksud: "Dan Kami bangkitkan kepada tiap-tiap umat itu akan Rasulnya supaya mengajak manusia kepada beribadah (menghambakan diri) kepada Allah dan menjauhkan diri daripada yang melampau (batas Allah). Maka ada di kalangan mereka yang mendapat hidayah (petunjuk) dan ada yang ternyata berada dalam kesesatan. Maka berjalanlah (mengembara) di pelusuk bumi, maka lihatlah (dengan mengambil pengajaran) bagaimana akibat (balasan) terhadap orang-orang yang membohonginya." (Surah An-Nahl: Ayat 36)

Memperhambakan diri kepada Allah sahaja dalam perkara ibadat dan semua urusan hidup. Menyembah Allah dan menerima segala hukum Allah dengan tidak memilih hukum yang lain atau mengadakan hukum yang tidak diizinkan oleh Allah kerana Allah berfirman:

مَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ ۖ وَمَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِن نَّصِيبٍ ﴿٢٠﴾ أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُم مِّنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَن بِهِ اللَّهُ ۚ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ ۗ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ ﴿٢١﴾

Maksudnya: "Sesiapa yang berkehendak kepada tanaman Akhirat, Kami tambahkan kepada mereka hasil tanamannya (pahala yang berkali ganda) dan sesiapa yang berkehendakkan tanaman dunia, Kami berikan kepadanya sebahagian daripadanya dan tiadalah baginya di hari Akhirat apa-apa bahagian. Adakah mereka itu mempunyai sekutu-sekutu (lain daripada Allah) yang mengadakan hukum syariat dalam perkara Addin (urusan agama dan cara hidup) dalam perkara yang tidak diizin oleh Allah? Kalaulah tidak kerana adanya keputusan yang dikatakan oleh Allah untuk menghukum mereka di hari Kiamat, nescaya mereka dihukum di atas dunia ini. (Ingatlah) bahawa sesungguhnya orang-orang yang zalim itu disediakan untuk mereka azab yang sangat pedih." (Surah As-Syura: Ayat 20 - 21)


Muslimin dan Muslimat yang dikasihi,

Di hari Eidil Adha ini kita bersama-sama para jamaah haji yang berhimpun di Makkah memperingati contoh pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihissalam yang diterima Allah menjadi contoh seorang Islam yang sebenarnya percaya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan menolak syirik, setelah berjaya dalam ujiannya. Firman Allah:

۞ وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ ﴿١٢٤﴾

Maksudnya: "Dan ingatlah apabila Tuhan menguji Ibrahim dengan kalimah-kalimah (kata-kata memerintahnya) dalam perkara agama dan urusan dunia yang mengikut petunjuk agama, lalu Ibrahim menunaikannya dengan sempurna. Allah berfirman: Wahai Ibrahim! Aku jadikan kamu imam (pemimpin). Ibrahim berkata: Wahai Tuhanku, jadikanlah juga kepada zuriat keturunanku. Tuhan berfirman: JanjiKu tidak boleh dicapai oleh orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah: Ayat 124)

Maka Allah memilih Ibrahim Alaihissalam supaya meletakkan keluarganya di bumi Makkah Ummul Quro (ibu kepada segala kampung dan negeri), dilahirkan daripadanya Nabi terakhir Muhammad ShollallAllahu ‘alaihi wasallam yang dilantik menjadi menjadi rasul kepada semua manusia di seluruh alam di akhir zaman ini, sebelum ditamatkan alam dunia dan berpindah ke alam Akhirat, dengan dihancurkan bumi langit dan segala isinya.

Di bumi Makkah Nabi ShollallAllahu ‘alaihi wasallam, membawa Al-Quranul Karim kitab mukjizat petunjuk daripada Allah kepada seluruh manusia di akhir zaman, berhadapan dengan cabaran yang lebih besar daripada Nabi Ibrahim Alaihissalam kerana berjuang menghadapi seluruh dunia yang menentang dan mengepung Islam, daripada kalangan musyrikin sehinggalah golongan ahli kitab yahudi dan nasoro. Serta menghadapi kerajaan kuasa besar dunia di timur dan barat.

Allah Subhanahu wa Ta'ala telah membuktikan Islam telah berjaya meruntuhkan bala tentera Ahzab gabungan barisan daripada semua kumpulan itu di zaman Rasulullah ShollallAllahu ‘alaihi wasallam sehingga kita menyebut setiap takbir hari raya:

الله اكبر

(Allah Maha Besar)

Dengan diikuti dengan ,menyebut:

وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ

(Allah telah membinasakan bala tentera Ahzab dalam keadaan Esa-Nya)

Ini menunjukkan bahawa permusuhan ini berpanjangan, maka umat Islam wajib menyambung petunjuk ini selepas wafatnya Rasulullah ShollallAllahu ‘alaihi wasallam dengan menyambung perjuangan bersama pusaka ajaran Islam yang ditinggalkan selepas wafatnya. Firman Allah:

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ ۚ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ ۚ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا ۗ وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ ﴿١٤٤﴾

Maksudnya: "Dan tiadalah Muhammad itu melainkan dia seorang Rasul, sesungguhnya telah berlalu, sebelumnya rasul-rasul yang lain. Adakah sekiranya Muhammad itu mati (binasa) atau dia dibunuh, maka tumit-tumit kamu kamu berpusing (menyeleweng daripada Islam). Dan sesiapa yang tumitnya berpusing (menyeleweng daripada Islam) maka dia tidak memberi apa-apa mudharat terhadap Allah sedikit pun dan Allah mesti membalas (dengan pahala besar) kepada orang-orang yang bersyukur (di atas nikmat bersama Islam)." (Surah Ali-Imran: Ayat 144)

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Seluruh umat Islam hari ini bersama dengan para jemaah haji di Makkah menghidupkan syiar (lambang tauhid mengesakan Allah) dan sedia mengorbankan diri dan harta kerana menegakkan Islam, khususnya di zaman ini ketika Islam sedang dikepung di seluruh dunia supaya dakwahnya dilemahkan dan kerajaan yang memerintah umat Islam tidak boleh melaksanakan syariat Allah yang ditulis dan dibaca daripada Al-Quran dan hadis Rasulullah ShollallAllahu ‘alaihi wasallam yang tetap dipelihara oleh kumpulan yang berjuang menegakkan Islam bersama para ulamak yang menjaga amanah ilmu agama Islam yang tetap dipelihara Allah.

Percayalah kepada Islam yang kita mengaku menjadi umatnya dengan berpegang teguh kepada akidah (kepercayaan kita) kepada Allah, Rasul dan petunjuk dan janji-Nya di dunia dan Akhirat. Dengan terus beribadah kepada-Nya sahaja dengan diri dan harta. Tetap percaya kepada semua ajaran Islam, samada yang boleh kita amalkan bila-bila masa sahaja atau hukum syariat yang kita dihalang dan disekat kerana tidak adanya negara Islam yang berdaulat. Jangan sekali-kali kita pisahkan ajaran Islam daripada hidup kita sehingga mati dan jangan sekali-kali kita potong dan mengerat ajaran Islam dengan percaya kepada sebahagian dan tidak percaya kepada sebahagian yang lain, walaupun kita menghadapi kesusahan di dunia sementara waktu ini, kerana Allah berfirman kepada golongan ahli kitab yang menipu, mengaku menjadi pengikut Nabi Ibrahim Alaihissalam dan Nabi-Nabi mereka Alaihimus sholatu wassalam.

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ ۚ فَمَا جَزَاءُ مَن يَفْعَلُ ذَ‌ٰلِكَ مِنكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَىٰ أَشَدِّ الْعَذَابِ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ ﴿٨٥﴾ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ ۖ فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ الْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ ﴿٨٦﴾

Maksudnya: "Adakah kamu beriman dengan sebahagian kitab dan kamu kufur dengan sebahagian yang lain? Maka tidak ada balasan kepada mereka yang melakukan begitu melainkan kehinaan dalam kehidupan di dunia dan Akhirat nanti, dihumbankan ke dalam azab neraka yang paling menyiksa, dan Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa-apa yang kamu kerjakan. Maka tidak diringankan azab terhadap mereka dan mereka juga tidak diberi pertolongan." (Surah Al-Baqarah: Ayat 85 - 86)

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Marilah kita bersama jamaah haji yang beriqrar di hadapan Allah sebaik sahaja mereka masuk ke dalam ibadat haji dan umrah:

إِنَ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكُ لَا شَرِيكَ لَكَ

Maksudnya: "Sesungguhnya segala kepujian, nikmat dan pemerintahan semua menjadi kepunyaan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu."

مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَـٰكِن كَانَ حَنِيفًا مُّسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ ﴿٦٧﴾

Maksudnya: "Tidaklah Ibrahim itu menganut agama yahudi dan tidak juga agama nasrani (kristian).Tetapi dia seorang yang menganut Agama Tauhid yang tidak syirik, iaitulah Agama Islam. Dan Ibrahim juga bukan seorang musyrikin." (Surah Ali-Imran: Ayat 67)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي الْكِتَابِ وَالسُنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.



Khutbah Kedua

ٱللَّهُ أَكْبَرُ، ٱللَّهُ  أَكْبَرُ، ٱللَّهُ  أَكْبَرُ، ٱللَّهُ  أَكْبَرُ، ٱللَّهُ  أَكْبَرُ، ٱللَّهُ  أَكْبَرُ، ٱللَّهُ  أَكْبَرُ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ 
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَالَاهُ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ الله، اللهَ اُوْصِيْكُمْ وَاِيّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى.

Muslimin dan Muslimat sekalian,

Marilah pada hari raya ini, kita merasakan betapa besarnya nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan kepada kita oleh Allah SWT, bahkan kita patut berbangga kerananya. Hanya kematian di dalam Iman dan Islam sahaja yang diredhai oleh Allah sebagaimana firman-Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ ﴿١٠٢﴾

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan janganlah kamu mati melainkan kamu di dalam ke adaan beragama Islam." (Surah Ali-Imran: Ayat 102)

Pada hari ini juga hendaklah kita ingat betapa besarnya nikmat persaudaraan Islam yang dianjurkan di dalam Islam. Tanda iman seseorang ialah dia kasih kepada saudara seagama dengannya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri. Sabda Rasulullah ShollallAllahu ‘alaihi wasallam:

لَايُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحَبُّ لِنفْسِهِ

Maksudnya: “Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana kasihnya kepada dirinya sendiri.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Sehubungan itu hendaklah lahir di dalam hati setiap prang Islam perasaan sedih terhadap bala bencana dan kesusahan yang menimpa umat Islam di serata dunia, samada mereka yang ditimpa gempa bumi, dilanda peperangan, kemiskinan dan kebuluran di negara-negara Afrika, dan umat Islam yang sedang dijajah,dizalimi dan dibunuh serta ditindas seperti yang sedang berlaku di Palestin, Iraq, Syria, Selatan Thailand, Rohingya dan sebagainya.

Jika tidak mampu membantu mereka dengan wang ringgit dan tenaga, sekurang-kurangnya melalui doa dan munajat kepada Allah supaya Allah memberi pertolongan kepada mereka dan membebaskan mereka daripada penderitaan dan kezaliman manusia yang dihadapi mereka.

Muslimin dan Muslimat sekalian,

Pada hari yang mulia dan penuh barokah ini, marilah kita membanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad ShollallAllahu ‘alaihi wasallam yang telah menyampaikan Islam kepada kita setelah melalui berbagai bentuk jihad dan pengorbanan. Tanda kasih kita kepada baginda dirakamkan melalui ucapan selawat dan salam sebagaimematuhi perintah Allah di dalam Al-Quran:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas Nabi, maka wahai orang-orang beriman ucapkanlah selawat dan salam ke atasnya dengan sesungguh-sungguhnya.” (Surah Al-Ahzab: Ayat 56)

اللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ ، وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ ، فِي الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ. رَبَّنَا اغْفِرْ  لَنَا ذُنُوبَنَا وَالِدينَا وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَارًا، رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الْإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ ، وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِيْنَ ، وَالنِّفَاقَ وَالْمُنَافِقِيْنَ وَالظُّلْمَ وَالظَّالِمِيْنَ ، اَللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ، اللهم رُدَّ كَيْدَهُمْ عَلَى نُحُرِهِمْ، اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَقِلَّ عَدَدَهُمْ وَسِلاحَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ، اللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا الْمُجَاهِدِينَ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ فِى فَلَسْطِينَ، وَفِى غَزَّةِ، وَفِى الْعِرَاقِ، وَفِى كَشْمِير، وَفِى جَنُوبِ تَايْلنْد، وَفِى كُلِّ مَكَانٍ. اَللَّهُمَّ قَوِّ عَزَئِمَهُمْ، وَاجْمَعْ كَلِمَتَهُمْ، وَثَبِّتْ أَقْدَامَهُمْ، وَانْصُرْهُمْ عَلَى أَعْدَائِهِمْ.
اَللَّهُمَّ آتِ أَنْفُسَنَا تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّهَا، أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا،  اَللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ، وَأَرِنَا الْبَاطِلًا وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ. اللَّهُمَّ وَفِّقْ سُلْطَان نَزْرِين مُعِزُّالدِّينِ شاه ابْنِ الْمَرْحُوم سُلْطَان أَزْلَن مُحِبُّ الدِّين شاه الْمَغْفُورُلَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ وَكَذَلِكَ توانكو زَارَ سَالِم، كَمَا نَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ أَنْ تُصْلِحَ أَئِمَّتَنَا وَوُلَاتَ أُمُورِنَا، وَاجْعَلْ وِلَايَتَنَا فِيمَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ. رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَالْحْدُ لِلَّه الْعَالَمِيْنَ.


Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com

Friday, September 18, 2015

KHUTBAH JUMAAT - 18 SEPTEMBER / 4 ZULHIJJAH 1436



PERSIAPAN 'EIDIL ADHA

Khutbah Pertama


الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ،
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah sekalian,

Allah SWT telah berfirman di dalam Surah Al-Kausar Ayat 1 hingga 3 yang berbunyi:

إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ ﴿١﴾ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ﴿٢﴾ إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ ﴿٣﴾

Bermaksud: "Sesingguhnya kami telah mengurniakan kepada-Mu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai tanda syukur). Sesungguhnya orang yang membenci engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)."

Di hari Jumaat yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan ini, marilah sama-sama kita bertakwa dan beriman kepada Allah dengan bersungguh-sungguh mematuhi segala perintah Allah dan rasul-Nya serta menjauhi segala yang dilarang oleh-Nya. Semoga kita tergolong dalam kalangan hamba-hamba yang bertakwa. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam sebuah hadis Qudsi Allah SWT berfirman:

مَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ وَمَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا وَإِنْ سَأَلَنِي لَأُعْطِيَنَّهُ وَلَئِنْ اسْتَعَاذَنِي لَأُعِيذَنَّهُ

Maksudnya: "Tidaklah hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan suatu (amal soleh) yang lebih Aku cintai daripada amal-amal yang Aku wajibkan kepadanya (di dalam Islam) dan sentiasa hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan amal-amal tambahan (yang dianjurkan oleh Islam) sehingga Aku pun mencintainya. Lalu jika aku telah mencintai seorang hamba-Ku, maka Aku akan selalu membimbingnya dalam pendengarannya, membimbingnya dalam penglihatannya, menuntunnya dalam perbuatan tangannya dan meluruskannya dalam langkah kakinya. Jika dia memohon kepada-Ku maka aku akan penuhi permohonannya dan jika dia meminta perlindungan kepada-Ku maka Aku akan memberikan perlindungan kepadanya." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Pada hari ini, kita berada pada hari-hari sepuluh awal Zulhijjah. Hari ini adalah hari keempat, bulan Zulhijjah 1436 hijriyah. Antara kelebihan bulan Zulhijjah seperti hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad RA dari Ibnu Umar RA bahawa baginda SAW bersabda: "Tiada suatu hari pun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan mengatasi hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkan padanya tahlil, takbir dan tahmid."

Menyedari kita masih lagi mempunyai hari-hari berbaki dalam mengejar sepuluh hari awal Zulhijjah pada tahun ini. Marilah sama-sama kita melakukan amalan-amalan sunat yang mempunyai kelebihan dan ganjaran yang banyak sebagai bekalan untuk kita bawa bertemu dengan Allah kelak.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Dari hari pertama sehingga hari kesembilan bulan Zulhijjah, kita dituntut memperbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah, berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuan kita terutamanya pada hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah. Sabda Rasulullah SAW:

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

"Puasa pada hari Arafah ini, aku mengira Allah SAW akan mengampunkan dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang." (Hadis riwayat Muslim)

Di samping itu, kita dituntut untuk melakukan amalan-amalan seperti berikut:

Pertama: Mandi sunat 'Eidil Adha di pagi harinya.

Kedua: Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda bersyukur kepada Allah.

Ketiga: Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.

Keempat: Sunat menjamah makanan dan minuman selepas selesai solat sunat Eidil Adha.

Kelima: Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid, adalah lebih afdhal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.

Keenam: Bertakbir, bertahmid dan bertahlil bermula daripada malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah.

Ketujuh: Mendirikan solat sunat Eidil Adha dan mendengar khutbah dengan penuh penghayatan.

Kelapan: Melakukan ibadah korban dengan menyembelih haiwan ternakan seperti unta, lembu, kerbau, biri-biri atau kambing. Ianya boleh dilakukan selama empat hari bermula 10 Zulhijjah iaitu pada hari raya haji dan pada hari tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Nabi Muhammad SAW telah bersabda: 


مَا عَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلًا أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ مِنْ هِرَاقَةِ دَمٍ وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلَافِهَا وَأَشْعَارِهَا وَإِنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنْ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الْأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

"Tiada suatu amalan anak Adam di hari An-Nahr (hari raya korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT sebelum mengalir ke tanah kerana itu berbahagialah dirimu dengannya." (Hadis riwayat At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ .



Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ:
يَاأَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ ﴿١﴾ يَوْمَ تَرَوْنَهَا تَذْهَلُ كُلُّ مُرْضِعَةٍ عَمَّا أَرْضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَى وَمَا هُمْ بِسُكَارَى وَلَكِنَّ عَذَابَ اللَّهِ شَدِيدٌ ﴿٢﴾

"Wahai umat manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya kunjungan hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu yang menyusu akan melupakan anak yang disusukannya dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan digugurkan anak yang dikandungnya dan engkai akan melihat manusia mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk tetapi azab Allah amatlah berat mengerikan." (Surah Al-Hajj; 1 dan 2)

أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ عَبْدِكَ وَرَسُلِكَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أًجْمَعِينَ. 
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا أًيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ، اِتَّقُوْا اللهَ اُوْصِيْكُمْ وَاِيّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Surah Al-Hajj adalah Surah ke-22 dan dikenali sebagai Surah Madaniyyah. Merupakan surah yang banyak memperihalkan keadaan berlakunya Hari Kiamat. Padang Arafah merupakan tempat berhimpun umat Islam ketika melaksanakan ibadah haji. Menurut Imam An-Nawawi di dalam kitabnya Al-Idhohu Fi Manasikil Haj wal Umroh, wuquf di Padang Arafah bermula daripada gelincir matahari 9 Zulhijjah hingga keluar fajar siddiq pada hari raya, sesiapa yang berada di Arafah walaupun satu lahzah (waktu yang pendek) daripada waktu itu maka sah wukufnya dan dikira memperolehi ibadah haji.

Antara hikmah berada di Padang Arafah adalah merasai sendiri detik-detik berkumpulnya umat manusia dari seluruh pelusuk dunia kerana menyahut seruan Allah untuk melakukan ibadah haji. Umat manusia akan bersesak-sesak di bumi Arafah. Mereka datang dari setiap sudut dunia ini, meninggalkan segala kekayaan dan kemewahan hanya semata-mata menyahut panggilan Allah Taala. Mereka pada ketika itu, sedang menghuni di padang yang penuh dengan kekurangan dan kedhaifan.

Bumi Arafah memberi gambaran dan pengalaman kepada kita tentang perhimpunan seluruh umat manusia setelah berakhirnya usia dunia ini. Apabila malaikat Israfil meniup sangkakala buat pertama kalinya, seluruh dunia mahupun alam ini akan hancur. Langit yang di dalamnya akan jatuh gugur ke bumi, bukit bukau dan gunung ganang akan hancur menyembah bumi dan debu-debunya berterbangan, air laut akan bergelora memuntahkkan seluruh isinya. Umat manusia pada ketika itu, kehilangan arah mencari tempat untuk menyelamatkan diri.

Marilah kita insafi diri, bahawa dunia ini sedang berada di hujung usianya. Marilah kita menambah amal ibadah kita sebanyak-banyaknya untuk kita bawa menghadap Allah Taala pemilik alam ini.

(Sekiranya jerebu masih belum reda) Tuan-tuan sekalian, inshaAllah kita akan mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat ini bagi memohon agar jerebu yang melanda di seluruh negara akan pulih seperti sediakala. Mudah-mudahan doa dan solat kita diterima oleh Allah.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ 
  قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ. اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ 
وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ.
اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Ya Allah! Muliakanlah Islam dan pendokong-pendokongnya, bantulah Islam dan perkembangannya, bantulah pendakwah-pendakwah Islam dan para mujahidinnya. Ya Allah, hancurkanlah kekufuran serta golongan munafik dan musyrikin, binasakanlah musuh-musuh agama-Mu dan segala sekutunya, Engkau eratkanlah hubungan kami sesama Islam. Elakkan kami dari permusuhan yang boleh menyebabkan terlerainya persaudaraan Islam.

Ya Allah,ampunkanlah dosa seluruh kaum Muslimin mahupun yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Kami juga memohon kepada-Mu ya Allah, untuk memberkati pembayar-pembayar zakat dan pewakaf-pewakaf yang telah menginfaqkan harta mereka ke jalan-Mu.

Ya Allah, Engkau permudahkanlah hamba-hamaba-Mu yang akan mengerjakan ibadah haji, Engkau kurniakanlah kesihatan dan kemudahan untuk mereka serta dijauhkanlah daripada sebarang kesulitan dan mala petaka yang memudaratkan, agar mereka dapat melaksanakan ibadah haji dengan sempurna.

Ya Allah, kurnikanlah sepenuh taufik dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurulah dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim serta kerabat dan rakyat jelata sekalian.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.



Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com



Friday, September 11, 2015

KHUTBAH JUMAAT 11 SEPTEMBER 2015 / 27 ZULQAEDAH 1436



BERSEDIA MENEMPUH ZULHIJJAH

Khutbah Pertama


الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ:
وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ ﴿٢٧﴾
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ الله، اِتَّقُوْا اللهَ اُوْصِيْكُمْ وَاِيّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Ayat yang dibacakan tadi dipetik dari Surah Al-Hajj Ayat 27 yang bermaksud: " Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepada (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh."

Muslimin yang dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada tuan-tuan dan diri saya sendiri, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah dengan memperkukuhkan pengabdian diri kita kepada-Nya dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan pada hari yang penuh barakah ini, menjadikan kita insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. Tajuk khutbah pada hari ini ialah: "Bersedia Menempuh Zulhijjah."

Muslimin yang dirahmati Allah,

Sedar mahupun tidak sedar, hari ini 27 Zulqaedah hari yang semakin menghampiri kedatangan 1 Zulhijjah yang merupakan bulan yang mulia lagi barakah, juga merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan terutamanya pada sepuluh hari pertama dalam bulan tersebut. Maka, khatib ingin mengingatkan kepada diri saya sendiri dan sidang jamaah sekalian agar menyambut kedatangan bulan ini dengan ilmu dan amal sebagaimana yang dianjurkan oleh syarak. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Fajr Ayat 1 hingga 3:

وَالْفَجْرِ ﴿١﴾ وَلَيَالٍ عَشْرٍ ﴿٢﴾ وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ ﴿٣﴾

Bermaksud: "Demi waktu fajar dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah) dan bilangan yang genap dan yang ganjil."

Ibnu Kasir berpandangan bahawa malam yang sepuluh itu ialah sepuluh malam yang pertama di bulan Zulhijjah, manakala yang ganjil tersebut ialah hari Arafah. Sabda Rasulullah SAW:

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ

Yang bermaksud: "Tidak ada hari yang lebih banyak dibebaskan oleh Allah akan hamba-Nya daripada neraka lebih dari hari Arafah." (Hadith riwayat Muslim)

Begitu juga ketika menafsirkan Ayat ketiga dari Surah Al-Buruj, baginda SAW bersabda:

الشَّاهِدَ يَوْمَ عَرَفَةَ وَالْمَوْعُودَ يَوْمَ الْقِيَامَةَ

Bermaksud: "Yang menyaksikan ialah hari Arafah dan yang disaksikan ialah hari kiamat." (Hadith riwayat Ahmad dan Baihaqi)

Banyak hadith yang menceritakan tentang kelebihan bulan Zulhijjah ini antaranya daripada Imam Ahmad RA meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa baginda SAW bersabda: "Tiada suatu hari pun amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu memperbanyakkan padanya tahlil, takbir dan tahmid." Begitu juga Ibnu Hibban menyatakan di dalam kitab shahihnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Seutama-tama hari adalah hari Arafah."

Untuk mencapai kelebihan bulan Zulhijjah nanti, maka kita dianjurkan melaksanakan pelbagai amalan tertentu dari 1 Zulhijjah hingga 9 Zulhijjah antaranya:

Pertama: Menunaikan ibadah Haji dan Umrah yang merupakan sebaik-baik amalan.

Kedua: Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuan terutamanya pada hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah. Sabda Rasulullah SAW:

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

Bermaksud: "Puasa pada hari Arafah ini aku mengira, Allah akan mengampunkan dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang."

Ketiga: Memperbanyakkan takbir dan berzikir. Imam Al-Bukhari meriwayatkan bahawa Ibnu Umar dan Abu Hurairah selalu keluar ke pasar bertakbir serta diikuti oleh orang ramai dengan lafaz:

الله اكبر، الله اكبر، لا إله إلا الله والله اكبر، الله اكبر ولله الحمد

Keempat: Bertaubat dengan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seseorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

Kelima: Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, membaca Al-Quran, menyeru kepada kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Amalan paling agung pada bulan ini ialah menunaikan ibadah Haji yang merupakan Rukun Islam yang kelima. Perjalanan rohani ini merupakan satu kewajiban yang mesti ditunaikan bagi mereka yang memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak, sebagaimana firman Allah dalam Surah Ali-Imran Ayat 97:

فِيهِ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَقَامُ إِبْرَاهِيمَ وَمَنْ دَخَلَهُ كَانَ آمِنًا وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ ﴿٩٧﴾

Bermaksud: "Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaan di antaranya ialah) makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa masuk ke dalamnya, aman tenteramlah dia. Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadah Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajiban ibadah Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk."

Orang-orang yang menunaikan fardhu Haji merupakan tetamu Allah. Mereka sanggup berkorban harta, tenaga dan masa demi menunaikan perintah Allah. Berdasarkan kesungguhan dan pengorbanan tinggi jamaah haji dalam membuat persiapan melaksanakan ibadah tersebut, maka diharapkan ibadah haji yang dilaksanakan itu mendapat ganjaran haji yang mabrur. Haji mabrur adalah haji yang diterima dan dikurniakan ganjaran Syurga oleh Allah, merupakan kedudukan yang paling tinggi dan istimewa malah ingin dikecapi oleh sesiapa yang menunaikan ibadah haji tersebut.

As-Syeikh Mustafa Zarqa dalam buku fatwa hukum haji dan kelebihannya ketika ditanya makna haji yang mabrur menyatakan di antara ciri-ciri haji yang diterima ialah: "Hendaklah bagi mereka yang menunaikan haji tidak melampau-lampau dalam mengerjakan kewajiban haji, tidak mengabaikan adab-adab haji dan sunat-sunatnya, memperbanyakkan taat, ibadat, sedekah, menjadi tauladan (kepada orang lain) dengan memiliki budi pekerti yang baik, memberi makan sekadar kemampuannya, berkata-kata dengan lembut, dapat mengawal setiap cabaran yang ditempuh, bersikap berlapang dada dan pemaaf kembalinya dari haji dengan memandang tinggi kehidupan akhirat dan berniat untuk kekal beristiqamah."

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ . 



Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ:
رِجَالٌ لَا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ ﴿٣٧﴾
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أًجْمَعِينَ.

Ayat yang dibacakan tadi dari Surah An-Nur Ayat 37 bermaksud: "(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang yang kuat imannya, yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan dirikanlah sembahyang serta memberi zakat. Mereka takutkan hari Kiamat yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan."

Muslimin yang dirahmati Allah,

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, khatib menyeru marilah sama-sama kita mengambil peluang keemasan pada kesempatan umur yang masih berbaki ini dengan melakukan ibadah kepada Allah. Ia satu keadaan di mana kita berpeluang untuk menebus dosa di atas segala kesalahan-kesalahan lalu. Ini kerana manusia tidak akan sepi daripada melakukan dosa. Maka bulan yang mulia ini perlu dipelihara sebaik mungkin untuk mendekati diri kepada Allah SWT.

Bagi kita yang tidak berpeluang untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini, khatib menyeru sekali lagi, marilah kita sama-sama melakukan amalan-amalan yang telah disebutkan dalam khutbah pada hari ini, khususnya ibadah puasa sunat Hari Arafah iaitu pada hari Rabu 23 September 2015 bersamaan 9 Zulhijjah 1436 hijrah yang mempunyai fadhilat yang amat besar serta melaksanakan ibadah korban pada Hari Raya 'Eidul Adha dan hari-hari Tasyrik. Ya Allah, terimalah solat kami, ibadah kami dan jadikanlah hidup dan mati kami semata-mata kerana-Nya.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَات، إِنَّكَ سَمِيعٌ قَرِيبٌ مُجِيبُ الدَّعَوَات، وَيَا قَاضِيَ الْحَاجَات، اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ، وَدَمِّرْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، وَانْصُرْ عِبَادَكَ الْمُؤْمِنِينَ. اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ, اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَقِلَّ عَدَدَهُمْ وَسِلاحَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ، يا الله، يَا الله، يَا الله، يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ، اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ
اللَّهُمَّ وَفِّقْ سُلْطَان نَزْرِين معزالدين شاه ابن المرحوم سلطان أزلن محب الدين شاه المغفورله بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ وَكَذَلِكَ توانكو زَارَ سَالِم

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, muslimin dan muslimat mahupun yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Kami juga memohon kepada Mu ya Allah, untuk memberkati pembayar-pembayar zakat dan kerabat dan rakyat jelata sekalian.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ،
عِبَادَ اللهِ ! اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.


Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com


Thursday, September 3, 2015

KHUTBAH JUMAAT - 4 SEPTEMBER 2015 / 20 ZULQAEDAH 1436



PERLINDUNGAN DI MAHSYAR

Khutbah Pertama




الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَعَلَ الْإِيمَانَ وَالْإِسْلَامَ نُوْرًا وَرَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ، وَيُبَشَّرُ الْمُؤْمِنِينَ بِأَنَّ لَهُمْ مِنَ اللهِ أَجْرًا عَظِيمًا، أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ وَشَفِيعُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْمُصْطَفَىَ، وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِ الْكِرَامِ، أَمَّا بَعْدُ، فيا مَعْشَرَ الْمُسْلِمِينَ، اُوْصِيْكُمْ وَاِيّايَ بِتَقْوَى اللهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ. 


Saudara-saudaraku yang dimuliakan Allah,

Marilah kita membimbing hati kita agar benar-benar bertakwa kepada Allah dengan memastikan kesemua kerja kita menurut kehendak hukum syarak. Semoga hidup kita berbahagia di dunia serta mendapat balasan Syurga di Akhirat kelak. Segala puji hanya bagi Allah SWT. Segala selawat dan salam diucapkan kepada Rasulullah SAW, para sahabat dan seluruh kaum muslimin yang sentiasa berpegang teguh pada sunnahnya sehingga hari kiamat.

Pada hari ini, minbar yang mulia ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk: "Perlindungan Di Mahsyar." Padang Mahsyar adalah dataran yang sangat luas disediakan oleh Allah SWT untuk  menghimpunkan kesemua makhluk Allah dari kalangan jin dan manusia. Pada awalnya, Mahsyar adalah dataran yang sangat cantik dan putih berseri tetapi akhirnya menjadi dataran yang sangat kelam kabut dan bising disebabkan oleh hiruk-pikuk, jeritan dan tangisan serta raungan penderitaan yang dialami manusia setelah mereka dibangkitkan dari kubur.

Kubur hanyalah tempat persemadian sementara dan kita semua pasti akan dibangkitkan untuk perhimpunan di Padang Mahsyar dengan perintah Allah setelah tiupan sangkakala yang kedua. Semua makhluk dibangkitkan ketika itu, adapun orang-orang yang tidak beriman dengan adanya Hari Kebangkitan ini akan terkejut, mengeluh dengan penuh penyesalan dengan katanya sebagaimana yang dirakamkan dalam Surah Yaasin Ayat 52: 



قَالُوا يَا وَيْلَنَا مَنْ بَعَثَنَا مِنْ مَرْقَدِنَا هَذَا مَا وَعَدَ الرَّحْمَنُ وَصَدَقَ الْمُرْسَلُونَ ﴿٥٢﴾

Bermaksud: "(Pada ketika itu orang-orang yang tidak percayakan kehidupan semula) berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami? Lalu dikatakan kepada mereka: "Inilah yang dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh para Rasul." 

Baginda turut menggambarkan keadaan di Mahsyar ini di dalam sabdanya:


يُحْشَرُ النَّاسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حُفَاةً عُرَاةً غُرْلًا

Bermaksud: "Manusia akan dikumpulkan pada hari kiamat dalam keadaan tidak beralas kaki, tidak berpakaian dan belum dikhatan." (Hadis riwayat Muslim)

Demikianlah keadaan manusia tatakala bertemu dengan Allah Ta'ala di Padang Mahsyar kelak. Meskipun demikian, akhirnya mereka diberi pakaian juga dan manusia pertama yang diberi pakaian ialah Nabi Ibrahim AS. Rasulullah SAW bersabda:



إِنَّ أَوَّلَ مَنْ يُكْسَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِبْرَاهِيمُ

Bermaksud: "Sesungguhnya orang pertama diberi pakaian pada hari kiamat ialah Nabi Ibrahim." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Berkata para ulamak: Hakikatnya baginda SAW yang mula-mula diberi pakaian, namun baginda menyatakan demikian kerana sifat tawadhuk.

Seterusnya, manusia akan ke Padang Mahsyar dan berbagai keadaan yang berbeza sesuai dengan keadaan amalannya. Ada yang berjalan kaki, ada juga yang berkenderaan. Namun ada juga yang diseret di atas wajah-wajah mereka. Keadaan ini dijelaskan di dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW yang bersabda:


إِنَّكُمْ تُحْشَرُونَ رِجَالًا وَرُكْبَانًا وَتُجَرُّونَ عَلَى وُجُهِكُمْ

"Sesungguhnya kalian akan dikumpulkan (menuju padang mahsyar) dalam keadaan berjalan, dan ada juga yang berkenderaan, serta ada juga yang diseret di atas wajah-wajah kalian." Ada seorang bertanya kepada Rasulullah SAW:


يَارَسُولُ اللَّهِ كَيْفَ يُحْشَرُ الْكَافِرُ عَلَى وَجْهِهِ قَالَ أَلَيْسَ الَّذِي أَمْشَاهُ عَلَى الرِّجْلَيْنِ فِي الدُّنْيَا قَادِرًا عَلَى أَنْ يُمْشِيَهُ عَلَى وَجْهِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

"Wahai Rasulullah, bagaimana orang kafir dikumpulkan di atas wajah mereka pada hari kiamat?" Rasulullah SAW menjawab: "Bukankah Allah yang membuat seseorang berjalan di atas kedua kakinya di dunia, mampu untuk membuatnya berjalan di atas wajahnya pada hari kiamat?" (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Kaum Muslimin yang dimuliakan,

Ketika manusia dikumpulkan di padang mahsyar, matahari dikatakan sejauh satu mil dari mereka, sehingga manusia berpeluh, hingga peluh tersebut menenggelamkan mereka sesuai dengan amalan masing-masing ketika di dunia. Rasulullah SAW menjelaskan situasi ini dengan sabdanya:



تُدْنَى الشَّمْسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ الْخَلْقِ حَتَّى تَكُونَ مِنْهُمْ كَمِقْدَارِ مِيلٍ قَالَ سُلَيْمُ بْنُ عَامِرٍ فَوَاللَّهِ مَا أَدْرِي مَا يَعْنِي بِالْمِيلِ أَمَسَافَةَ الْأَرْضِ أَمْ الْمِيلَ الَّذِي تُكْتَحَلُ بِهِ الْعَيْنُ قَالَ فَيَكُونُ النَّاسُ عَلَى قَدْرِ أَعْمَالِهِمْ فِي الْعَرَقِ فَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى كَعْبَيْهِ وَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَمِنْهُمْ مَنْ يَكُونُ إِلَى حَقْوَيْهِ وَمِنْهُمْ مَنْ يُلْجِمُهُ الْعَرَقُ إِلْجَامًا قَالَ وَأَشَارَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدِهِ إِلَى فِيهِ

Bermaksud: "Pada hari kiamat, matahari dikatakan jaraknya terhadap makhluk hingga tinggal sejauh satu mil." Salim bin Umar (perawi hadis ini) berkata: "Demi Allah, aku tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan mil. Apakah ukuran jarak perjalanan atau alat yang dipakai untuk bercelak mata?" Nabi SAW bersabda: "Sehingga manusia tersiksa dalam peluhnya sesuai dengan kadar amal-amalnya (yakni dosa-dosanya). Di antara mereka ada yang keringatnya sampai kedua mata kakinya. Ada yang sampai kedua lututnya, dan ada yang sampai pinggangnya, serta ada yang tenggelam dalam peluhnya." Rasulullah SAW memberikan isyarat dengan meletakkan tangan ke mulut beliau." (Hadis riwayat Muslim)

Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Usaimin rahimahullah berkata, "Jarak satu mil ini adalah sangat dekat. Apabila sedemikian rupa panasnya matahari di dunia, padahal jarak di antara kita dengannya sangat jauh, maka bagaimana jika matahari tersebut berada satu mil di atas kepala kita?"

Fikir dan gambarkan, jika matahari di dunia ini didekatkan ke bumi dengan jarak 1 mil, nescaya bumi akan terbakar. Bagaimana mungkin di akhirat kelak matahari berdekatan kita dengan jarak 1 mil namun makhluk tidak terbakar?

Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Usaimin rahimahullah mengatakan bahawa pada hari kiamat kelak tatakala manusia dikumpulkan di padang mahsyar, kekuatan mereka tidaklah sama kekuatan mereka ketika hidup di dunia. Akan tetapi mereka lebih kuat dan lebih tahan. Seandainya manusia sekarang ini berdiri selama 50 hari di bawah terik matahari tanpa naungan, tanpa makan dan minum, nescaya mereka tidak mungkin mampu melakukannya, bahkan mereka akan binasa. Namun pada hari kiamat kelak, mereka mampu berdiri selama 50 tahun tanpa makan dan minum, tanpa naungan, kecuali beberapa golongan yang dinaungi Allah Ta'ala. Mereka juga mampu menyaksikan apa yang terjadi. Perhatikanlah keadaan penghuni neraka yang disiksa dengan begitu kerasnya, namun mereka tidak binasa kerananya. Marilah sama-sama kita hayati firman ini dalam Surah An-Nisa' Ayat 40:

.... كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُمْ بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ... ﴿٥٦﴾


"Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab."

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ:
إِنَّا أَنْذَرْنَاكُمْ عَذَابًا قَرِيبًا يَوْمَ يَنْظُرُ الْمَرْءُ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ وَيَقُولُ الْكَافِرُ يَا لَيْتَنِي كُنْتُ تُرَابًا ﴿٤٠﴾
أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أًجْمَعِينَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ الله، اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ.
 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Ayat yang dibacakan tadi dipetik dari Surah An-Naba' Ayat 40 yang bermaksud: "Sesungguhnya dengan keterangan-keterangan yang tersebut, Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat iaitu seseorang melihat apa yang telah diusahakannya dan orang yang kafir akan berkata pada hari itu: "Alangkah baiknya kalau menjadi tanah supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amal perbuatanku dan menerima balasan."

Hidup mesti dilihat mengikut ketetapan pencipta-Nya. Hanya dengan itu kejayaan dan kebahagiaan yang hakiki dan abadi dapat dimiliki. Mereka yang dapat mengikut ketetapan Allah itulah yang dikatakan celik mata hati dan melihat hidup dengan penuh kesedaran. Jadilah hamba yang sebenar kerana itu menentukan bagaimana kita melihat hidup ini. Marilah kita bersama-sama meningkatkan amalan kita agar tidak menyesal kelak ketika hari kita dibangkitkan daripada kubur nanti.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ
اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ . اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ.
 اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اللَّهُمَّ وَفِّقْ سُلْطَان نَزْرِين معزالدين شاه ابن المرحوم سلطان أزلن محب الدين شاه المغفورله بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ وَكَذَلِكَ توانكو زَارَ سَالِم

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.



Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com


KULIAH SETIAP AHAD MINGGU KEDUA




Kempen Tiga B