Saturday, May 12, 2012

Bersih 3.0 haram ???

           Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof  Tan  Sri  Dr Abdul Shukor Hussin menyatakan bahawa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang dan kekacauan di dalam negara.

Sememangnya perhimpunan yang bertujuan untuk mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda adalah haram. Ianya adalah hukum dimaklumi hatta oleh orang awam sekalipun tanpa perlu difatwakan. Namun mengaitkan Himpunan BERSIH 3.0 dengan fatwa tersebut adalah merupakan tindakan yang memalukan dan mencemar nama baik Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan itu sendiri.

Banyak persoalan yang perlukan jawapan bagi mengelakkan cemuhan masyarakat Islam terhadap fatwa tersebut. Antaranya :

a.   Adakah Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan benar-benar mengkaji dan memahami 8 tuntutan yang menjadi asas dan matlamat penganjuran Himpunan Bersih 3.0.

b.   Adakah Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan mendapatkan penerangan daripada kedua-dua pihak iaitu pihak kerajaan dan pihak penganjur bagi memastikan ketepatan fatwa yang dibuat.

c.    Adakah faktor provokasi pihak kerajaan yang berdolak dalih mengenai permit dan tempat berhimpun, kekasaran dan semburan gas pemedih mata oleh PDRM,  bermula daripada Himpunan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0 tidak perlu diambilkira dalam menilai tindakan peserta himpunan.

d.   Hebat sangatkah Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang mampu menyediakan kajian teliti berkenaan Himpunan Bersih 3.0 ini sedangkan selama ini mereka terpaksa mengambil masa yang terlalu lama dalam mengeluarkan sesuatu fatwa.

e.   Fatwa juga perlu dibuat secara menyeluruh merangkumi hukum tindakan keganasan pihak berkuasa terhadap para peserta.

f.     Apakah benar kerajaan telahpun menyediakan saluran yang lebih baik dan secukupnya bagi memperbaiki corak pemerintahan terutamanya bagi kes yang membabitkan kepentingan parti pemerintah.   


Oleh yang demikian, Dewan Ulamak Negeri Perak berpandangan seperti berikut :

a.   Terdapat kesangsian yang munasabah mengenai wujudnya perbincangan dan perbahasan ilmiah ketika Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap isu Himpunan Bersih 3.0 ini atau hanya sekadar disentuh sambil lalu seterusnya dijadikan sebagai satu keputusan perbincangan oleh Pengerusi Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan secara peribadi.

b.   Fatwa berkenaan Himpunan Bersih 3.0 dan apa sahaja himpunan lain seumpamanya selepas ini tidak akan dapat diterima sehinggalah diambil pandangan daripada pihak penganjur yang lebih mengetahui matlamat, misi dan visi penganjuran tersebut.

c.    Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan sebenarnya tidak mempunyai sebarang kuasa perundangan melainkan hanya bagi maksud penyelarasan. Oleh yang demikian selagi mana belum ada mana-mana negeri yang mewartakan fatwa ini, maka akan kekallah keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan ini sebagai satu catitan hitam sejarah dalam institusi fatwa di Negara ini dan ianya tidak sama sekali mengikat mana-mana umat Islam untuk mematuhinya.

1 comment:

  1. Kesilapan yang mengundang padah hanyir ke atas Majlis Fatwa Kebangsaan. Inilah kesan akibat apabila manusia tunduk kepada manusia dalam urusan Allah dan tidak tunduk kepada Allah dalam urusan manusia.Majlis Fatwa sudah dijangkiti virus JE Umngok

    ReplyDelete