bersama kepimpinan ulamak




Program Terdekat




Saturday, May 28, 2011

Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Perak

Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Perak telah diadakan pada 14 Mei 2011 di Markas Tarbiyah Air Kuning, Perak. Muktamar ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Dato' Haji Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

Muktamar kali ini telah mengukir sejarahnya yang tersendiri di mana seluruh kawasan Air Kuning telah mengalami gangguan bekalan elektrik sejurus selepas selesai majlis perasmian berlangsung. Muktamar diteruskan dalam keadaan gelap dengan hanya diterangi dengan cahaya lilin.

Pemilihan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Negeri Perak sesi 2011-2013 telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 114 perwakilan telah menunaikan hak mereka untuk mengundi.

Sebanyak 2 usul telah diluluskan sebulat suara iaitu :

  • Usul agar diluluskan penubuhan Dewan Ulamak PAS Peringkat Kawasan sebagaimana Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.


  • Usul agar Ustaz Kazim Alias dipecat keanggotaannya dari PAS. Ini disebabkan beliau telah bertindak sebagai duri dalam daging dengan menghentam PAS secara terang-terangan terutamanya dalam isu berkaitan  penglibatan PAS dalam Pakatan Rakyat. Tindakan ini amat penting agar beliau tidak merosakkan fahaman Umat Islam termasuk sebahagian ahli PAS sendri yang terpengaruh dengan kepetahannya berpidato. Muktamar bersetuju bahawa beliau telah menggunakan hujah yang begitu dangkal dan tidak langsung mengambilkira dasar Tahalluf Siasi yang telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak. Beliau juga sebelum ini pernah dikesan menghuraikan hukum dan mentafsir Al-Quran tidak berdasarkan tafsiran ulamak mufassirin. Adalah diharapkan agar semua Kawasan dan Cawangan PAS di seluruh Negeri Perak tidak lagi menggunakan khidmat beliau dalam  semua program anjuran parti.   

Monday, May 16, 2011

Sheikh Dr. Ali Garishah
Alfatihah..Gerakan Islam telah kehilangan seorang tokoh pejuang dan murabbi terkenal Dr Ali Garishah yang meninggal dunia di San'aa, Yaman baru-baru ini.. Beliau adalah tenaga pengajar di Universiti Al-Iman Yaman yang di asaskan oleh Dr Abdul Majid Az-Zindany. Beliau telah dipenjara dan disiksa dizaman pemerintahan rejim Jaml Abdul Nasir selama 8 tahun...Semasa dalam tahanan itu menurut beliau selepas mereka solat jamaah Maghrib dalam penjara tiba-tiba mereka melihat cahaya yang amat terang naik kelangit...rupa-rupanya diberitahu kemudiannya bahawa Syed Qutb dan beberapa rakannya telah digantung semalam...Inilah diantara cerita lisan yang beliau sampaikan kepada penulis sewaktu kami berusrah di rumah beliau setiap minggu sewaktu penulis melawat Yaman tahun lepas.
Beliau juga penulis buku Duatun la Bughah, al-Iman al-Haq dan Al-Masyru'iyyatul- Islamiyyatul -Ulya dll. Semoga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan disyurga bersama para Anbiya' wal Mursalin...Amin...

Monday, May 2, 2011

UMNO kena tinggalkan Barisan Nasional


Datuk Seri Najib Tun Razak diingatkan agar membawa UMNO keluar daripada Barisan Nasional sebelum mencadangkan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat. Jika benar UMNO mahu memperjuangkan kepentingan dan perpaduan Melayu dan Islam, maka UMNO perlu membuktikannya terlebih dahulu.  Jika sekiranya UMNO benar-benar memperjuangkan Islam maka mereka mestilah meninggalkan MCA dan MIC yang bersifat perkauman dan memusuhi Islam secara terang-terangan. Ini terbukti melalui  kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, bahawa pendirian MCA yang menolak penubuhan Negara Islam adalah jelas dan diketahui parti komponen Barisan Nasional khususnya UMNO. MCA meletakkan syarat bagi menerima penyertaan PAS ke dalam Barisan Nasional dengan mengenepikan dasar menubuhkan Negara Islam. Jika sekiranya UMNO sendiri masih terus bersama dengan parti yang bersifat perkauman dan tidak menghormati perjuangan memartabatkan Islam, maka tidak ada sebab untuk PAS meninggalkan Pakatan Rakyat untuk bersama dengan UMNO.  Malah PAS akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat walaupun terpaksa bersama DAP kerana DAP selama ini menjadi mangsa propaganda UMNO yang selama ini memburukkan Islam di mata orang bukan Islam. Malah DAP pada hari ini semakin selesa dengan Islam semenjak bersama dengan PAS di dalam Pakatan Rakyat.

Selain dari itu, UMNO perlu menunaikan tanggungjawabnya sebagai Umat Islam dan Bangsa Melayu dengan menunaikan amanah dengan adil. UMNO perlu menghentikan segala penindasan dan penganiayaan terhadap PAS dengan berlaku adil dalam mengagihkan peruntukan, kebebasan menggunakan kemudahan awam, keadilan dalam menggunakan media massa, perlantikan dan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam dan swasta serta berbagai ketidakadilan UMNO terhadap PAS selama ini. Jika ini tidak diperbetulkan maka masih adakah maruah UMNO yang kononnya inginkan perpaduan atas nama Islam dan Melayu.

KULIAH SETIAP AHAD MINGGU KEDUA




Kempen Tambah Keahlian Baharu