bersama kepimpinan ulamak




Akan Datang




Tuesday, May 19, 2009

Kekuatan PAS Adalah Gabungan Antara Ulama’ dan Profesional

KUALA TERENGGANU – Soal kepimpinan ulama’ begitu hangat diperkatakan menjelang pemilihan kepimpinan PAS yang akan berlaku pada Muktamar PAS Pusat yang akan datang Pesuruhjaya Pas Terengganu Dato’ Mustafa Ali berkata isu tersebut dimainkan oleh pihak media sehingga dilihat seolah-seolah terdapat perbezaan pendapat dikalangan pimpinan dan ahli-ahli PAS. Ia berlaku demikian kerana menurutnya ada dikalangan ahli PAS yang berpendapat bahawa semua peringkat kepimpinan mestilah diketuai oleh mereka yang dianggap ulama’. Sebaliknya, beliau berkata dalam perlembagaan PAS tidak menghadkan bahawa Presiden dan timbalannya atau mana-mana peringkat kepimpinan mesti dari kalangan ulama’. Namun begitu, beliau menyarankan, berdasarkan pengalaman lebih 50 tahun dan melihat perjalanan PAS buat masa kini, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden haruslah disandang oleh Ulama’.
“Tapi saya katalah (berdasarkan) pengalaman saya, melihat perjalanan-perjalanan (PAS) setakat ini, untuk pada waktu ini, paling kurang, Presiden dan Timbalan Presiden itu (mestilah) terdiri daripada ulama’,”katanya sewaktu merasmikan Muktamar Pemuda PAS Negeri Terengganu Kali Ke 40 di Markaz Tarbiah Kuala Ibai, dekat sini, semalam.
Sementara itu, beliau menyeru semua pihak supaya jangan menganggapi kepimpinan ulama’ itu bermaksud semua pringkat parti mesti dipimpin oleh ulama’. Katanya Majlis Syura Ulama’ ditubuhkan selepas penerimaan konsep Kepimpinan Ulama sekitar tahun 1983 bertujuan menjaga menetapkan halatuju dan polisi parti. (gambar - perwakilan pemuda khusyuk menatap buku ucapan Ketua Pemuda).
Katanya peringkat kepimpinan lain merupakan pelaksana kepada apa yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama’. “Majlis Syura Ulama adalah satu institusi yang menentukan halatuju perjuangan PAS, manakala Dewan pemuda, Dewan muslimat, Dewan Ulama dan perhubungan-perhubungan negeri adalah pelaksana,”ujarnya.
Oleh itu, katanya, tidak semestinya di peringkat kawasan dan cawangan dipimpim oleh ulama’, tetapi sekiranya ada terdapat golongan ulama’ yang boleh memimpin pada peringkat itu, ia akan menjadi lebih baik. Katanya kekuatan PAS pada hari ini adalah lahir melalui gabungan yang wujud diantara ulama’ dan profesional.
“Artinya profesional juga mestilah tahu ilmu-ilmu asas agama, ilmu asas Jamaah, ilmu asas harakiyah, ulama mesti juga tahu tentang (pengurusan) organisasi, bukan setakat tahu mengajar tetapi tidak tahu tentang organisasi,”katanya.
Dengan terlaksananya gabungan ulama’ dan profesional dalam PAS, katanya, tidak ada satu parti politik pun di Malaysia, yang boleh menandingi kekuatan PAS. Turut hadir dalam majlis perasmian Muktamar Pemuda semalam adalah Timbalan Pesuruhjaya Dato' Ustaz Abu Bakar Chik. Setiausah Perhubungan Hj Yahaya Ali, wakil DAP, Ng Chai Hing dan wakil AMK Terengganu, Mohamad Muzaffeq

No comments:

Post a Comment

KULIAH SETIAP AHAD MINGGU KEDUA




Kempen Tiga B