Friday, June 14, 2019

KHUTBAH JUMAAT TUAN GURU PRESIDEN PAS - 10 SYAWAL 1440 / 14 JUN 2019


PERMUSUHAN YAHUDI

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ، وَلَا عُدْوَانَ عَلَى الظَّالِمِيْنَأَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، الْبَدْرُ الدُّجَى وَالسِّرَاجُ الْمُنِيرِ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ، الرَّحْمَةُ الْمُهْدَاةُ وَالنِّعْمَةُ الْمُسْدَاةُ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَلَاهُ. 

أَمَّا بَعْدُ:
فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah,

Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan bagi kehidupan dunia sehingga akhirat adalah bertaqwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjaya dan selamatlah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Saudaraku muslimin yang dirahmati Allah,

Marilah kita memberi perhatian kepada amaran Allah s.w.t dalam firman-Nya:

۞ لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِّلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا ۖ... ﴿٨٢﴾ [سورة المائدة : ٨٢]

(Maksudnya): "Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik...".

Benarlah kenyataan Allah s.w.t dan amaran-Nya disaksikan oleh umat Islam di sepanjang zaman sejak zaman Rasulullah s.a.w, bagaimana permusuhan orang-orang yahudi terhadap umat Islam. Namun wajar mereka diberi gelaran Al-Maghdubi 'alaihim (kaum yang dimurkai oleh Allah), GhodibAllahu 'alaihim (Allah sangat murka terhadap mereka), walaupun diberi gelaran Bani Israel (anak cucu keturunan Nabi Ya'akub a.s), tetapi mereka khianat terhadap datuk nenek mereka Nabi Ya'akub dan nabi-nabi Bani Israel. Berapa banyak nabi-nabi dan rasul-rasul yang mereka bunuh, apalagi ulamak-ulamak yang menyambung perjuangan nabi-nabi dan rasul-rasul 'alaimus sholatuwas salam.

Seterusnya penentangan mereka terhadap Rasulullah s.a.w yang diketahuinya dan dinyatakan kerasulannya di dalam kitab yang dibaca oleh nabi-nabi dan ulamak-ulamak mereka. Mereka mengetahui tanda-tandanya yang nyata.

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ ۖ وَإِنَّ فَرِيقًا مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ ﴿١٤٦﴾ [سورة البقرة : ١٤٦]

(Maksudnya): "Orang-orang (yahudi dan nasrani) yang telah Kami beri Al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui".

Apabila Nabi s.a.w berhijrah ke Madinah, tempat mereka berkumpul, mereka menyaksikan wajahnya, mendengar ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan, wahyu yang dibaca yang mengisahkan nabi-nabi zaman dahulu, menyatakan alam ghaib, menyatakan hukum Allah s.w.t halal dan haram, banyak persamaan dengan apa yang ada di dalam kitab Taurat yang menandakan persamaan dasar rasul-rasul 'alaimus sholatuwas salam. Mereka banyak meninggalkan hukum-hukum itu sebagaimana didedahkan oleh Allah s.w.t.

Sepatutnya mereka sedar dan insaf, tetapi kedegilan yang ada di dalam diri mereka terlalu taksub (fanatik) dengan baka dan keturunan. Mereka berbangga sangat dengan baka dan keturunan sehingga menolak kebenaran yang dibawa oleh Allah s.w.t kepada nabi-nabi 'alaimus sholatuwas salam yang berakhir dengan Muhammad s.a.w. Hanya segelintir sahaja daripada kalangan mereka yang masuk Islam, sedangkan sebahagian besar tidak masuk Islam. Sudahlah mereka tidak masuk Islam, mereka merancang dan khianat terhadap Islam seperti membentuk bala tentera Ahzab untuk menghancurkan kerajaan Islam di Madinah, merancang untuk membunuh Nabi s.a.w menggunakan ilmu sihir dan meracun Nabi s.a.w. Kesan racunnya membawa kewafatan baginda s.a.w. Wafatnya adalah syahid, kesan racun orang-orang yahudi.

Tidak cukup itu, mereka merancang untuk melagakan orang Islam dengan mencetuskan peperangan di antara Aus dan Khazraj, tetapi iman di dalam diri orang Islam menyebabkan segala perancangan mereka digagalkan.

Seterusnya mereka berada di sebalik kejatuhan Islam di zaman mutaakhir. Mereka merancang menjatuhkan kerajaan Islam. Mereka jadikan Islam sebagai musuh nombor satu, musuh yang pertama yang mesti ditentang habis-habisan sehingga berkawan dengan penganut agama lain. Mereka merancang untuk merosakkan umat Islam, bahkan umat manusia seluruhnya melalui politik, ekonomi dan akhlak melalui pertubuhan-pertubuhan yang ditaja oleh mereka. Sehingga hari ini mereka menguasai setiap cabang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Mereka menguasai syarikat-syarikat media dan berita. Mereka menguasai bank dunia dan menguasai pilihanraya negara-negara besar dunia. Mana-mana pemimpin negara besar dunia yang tidak menyokong yahudi tidak akan menang pilihanraya. Ini menyebabkan pemimpin-pemimpin itu berebut-rebut untuk menyokong yahudi kerana mahukan kedudukan.

Mereka menguasai tabung kewangan antarabangsa dengan menyebarkan konsep riba dalam masyarakat, sedangkan riba diperangi oleh Allah s.w.t dan Rasul-Nya s.a.w laksana menghisap dan meminum darah manusia.

Dengan cara yang halus, mereka berada di sebalik semua ajaran dan ideologi ciptaan manusia yang menghuru-harakan dunia. Fahaman komunisme dan sosialisme diciptakan oleh ahli-ahli falsafah mereka. Di antaranya Karl Marx, seorang yahudi berbangsa Jerman. Teori liberal kapitalisme dicipta oleh kalangan mereka juga iaitu Adam Smith adalah yahudi. Dan ramai lagi tokoh-tokoh mereka. Fahaman ini dianut oleh orang-orang Islam yang tidak faham dan tidak tahu latar belakangnya, kononnya untuk memajukan dunia dan memajukan kehidupan manusia, tetapi memisahkan kehidupan dengan agama dan akhlak. Ia merosakkan kehidupan manusia yang disaksikan pada hari ini.

Mereka di sebalik menyebarkan filem-filem lucah yang boleh merosakkan akhlak. Mereka yang mencetuskan api peperangan. Semua peperangan besar seperti Perang Dunia Pertama dan Kedua, mereka di belakangnya. Tujuannya untuk menjahannamkan manusia lain, sementara yang selamatnya hanya bangsa yahudi sahaja. Mereka menamakan manusia yang bukan yahudi adalah Goyim yang dalam istilah mereka adalah manusia binatang, bukan manusia yang sebenar. Manusia yang sebenar bagi mereka ialah orang yahudi sahaja.

Inilah kefahaman mereka. Makan riba, berzina dan sebagainya dengan kaum lain dihalalkan, tetapi sesama yahudi diharamkan. Begitulah mereka merendahkan manusia yang lain. Namun Allah s.w.t tidak mengizikan mereka merosakkan di atas muka bumi. Yang boleh melawan mereka ialah umat Islam dan orang-orang beriman. Di sebut oleh Nabi s.a.w:

لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ فَيَقْتُلَهُمْ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ وَرَاءَ الْحَجَرِ أَوْ الشَّجَرَةِ فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوْ الشَّجَرُ يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ إِلَّا الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ. [رواه مسلم وأحمد] 

(Maksudnya): "Tidak akan berlaku hari kiamat sehinggalah orang-orang Islam membunuh orang-orang yahudi, sehingga orang-orang yahudi bersembunyi di sebalik kayu dan batu, maka berkata kayu dan batu; "Wahai orang Islam, wahai hamba Allah, di sini yahudi bersembunyi di belakangku, datanglah dan dan bunuhlah dia". Melainkan pokok Gharqad. Maka sesungguhnya pokok itu daripada pokok yahudi".

Benarlah kata Nabi s.a.w ini. Hari ini orang-orang yahudi menanam pokok Gharqad untuk memagar rumah-rumah mereka.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.
هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ ﴿٩﴾ [سورة الصف : ٩]

(Maksudnya): "Dia lah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya".

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari pautan ini.

No comments:

Post a Comment