Tuesday, August 21, 2018

KHUTBAH KHAS 'EIDIL ADHA TUAN GURU PRESIDEN PAS - 10 ZULHIJJAH 1439 / 22 OGOS 2018


SALAM AIDIL ADHA

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا.

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُن لَّهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُن لَّهُ وَلِيٌّ مِّنَ الذُّلِّ ۖ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا. وَأَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللهُ وَرَسُولُهُ، الْبَدْرُ الدُّجَىٰ وَالسِّرَاجُ الْمُنِيرِ.

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ مُحَمَّدٍ نَبِيِّ الرَّحْمَة، وَشَفِيعِ الْأُمَّةِ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ، وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَلَاهُ.
أَمَّا بَعْدُ، يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ.

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati, melainkan dalam keadaan Islam.

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian,

Hari ini kita menyambut hari raya Adha atau hari raya haji dan korban. Bersempena dengan ibadat haji dan ibadat korban yang telah diasaskan oleh Nabi Ibrahim a.s, yang termasuk di kalangan nabi-nabi yang diberikan gelaran "Ulul-'Azmi".

Ibadat haji adalah rukun Islam yang kelima, termasuk di dalam ibadat roh, jasad dan harta, yang diperhambakan diri kepada Allah. Menyatakan ibadah dan kesyukuran kepada Allah sahaja, menegaskan tauhid dan menolak syirik, mengaku dan percaya bahawa Allah sahaja Tuhan yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya. Dinyatakan dengan beriman di hati dan amalan yang ikhlas, melalui ibadah kepada Allah dan amalan kehidupan dunia ini, sebelum sampai ajal kematian dan memasuki alam akhirat.

Nabi Ibrahim a.s dipilih menjadi contoh seorang Islam yang sebenar dan menjadi pemimpin kepada manusia seluruhnya, setelah berjaya dalam ujian mematuhi semua perintah Allah dengan beriman dan ikhlas hatinya.

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.

Muslimin dan muslimat yang diberkati Allah sekalian,

Perintah utama yang diterima oleh Nabi Ibrahim a.s ialah menegakkan tauhid (mengEsakan Allah), mengucap dengan lidah bahawa Allah sahaja Tuhan yang sebenar, tidak ada tuhan yang lain daripada Allah. Perintah ini telah disampaikan kepada seluruh rakyat termasuk Raja Namrud yang memerintah kerajaan yang besar dan kuat di zamannya.

Tiba-tiba Nabi Ibrahim a.s dijatuhkan hukuman bunuh dengan cara yang menggerunkan, iaitu dibakar dalam api yang dinyalakan dengan besarnya. Kemudian Allah telah menzahirkan mukjizat, sebagai tanda kerasulan Nabi Ibrahim a.s. Firman Allah Ta'ala dalam Surah Al-Anbiya' ayat 69:

قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلَامًا عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ ﴿٦٩﴾

Yang bermaksud: "Kami berfirman: Wahai api! Jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim".

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.

Muslimin dan muslimat yang dikasihi Allah sekalian,

Selepas peristiwa dahsyat itu, Nabi Ibrahim a.s berhijrah ke Palestin, negeri pilihan Allah. Baginda telah dikurniakan seorang putera bernama Ismail daripada isterinya Siti Hajar.

Seterusnya, baginda telah diperintahkan oleh Allah Ta'ala untuk menempatkan anaknya Ismail a.s dan isterinya Siti hajar di bumi Makkah yang tidak ada manusia menemaninya, tidak ada punca air dan makanan, Ibrahim a.s tetap menunaikan perintah Allah dan percaya bahawa mereka tidak dibiarkan begitu sahaja. Dengan kuasa Allah Ta'ala, maka terbitlah air dari tanah yang dikenali sebagai air Zam -Zam.

Setelah puteranya meningkat usia yang boleh membantu ayahnya, dapat menemaninya berjalan dan berbual, di saat seorang ayah yang sangat kasihkan anak, tiba-tiba Allah menguji dengan ujian yang sangat berat.

Firman Allah Ta'ala dalam Surah As-Shaffat ayat 102 - 105:

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِينَ ﴿١٠٢﴾ فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ ﴿١٠٣﴾ وَنَادَيْنَاهُ أَن يَا إِبْرَاهِيمُ ﴿١٠٤﴾ قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا ۚ إِنَّا كَذَ‌ٰلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ ﴿١٠٥﴾

Yang bermaksud: "Apabila anaknya itu sampai umur yang membolehkan dia berusaha bersama dengannya, berkata Ibrahim: Wahai anakku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayahku, jalankan apa yang diperintahkan kepadamu, insyaAllah, ayah akan dapati daku dari orang yang sabar. Setelah keduanya berserah diri, dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tumpukan tanah serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan".


اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.

Muslimin dan muslimat yang dimuliakan Allah sekalian,

Apabila Nabi Ibrahim dan Ismail 'alaihimas salam menunaikan dengan sempurna segala perintah Allah yang bersifat ujian yang sangat hebat, maka Allah memilihnya supaya membuka bumi Makkah yang sangat barokah itu, diperintahnya mereka berdua mendirikan Ka'abah yang menjadi kiblat sembahyang dan tempat berhimpun menunaikan ibadat haji yang menjadi rukun Islam yang kelima dan diberi kelebihan melakukan ibadat korban menyembelih binatang peliharaan di seluruh dunia di mana adanya umat Islam.

Ibadat haji adalah himpunan terbesar umat Islam di kota suci yang diwajibkan kepada orang Islam yang berkemampuan sebagai menyahut seruan Ilahi.

Allah Ta'ala berfirman dalam Surah Al-Hajj ayat 27:

وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ ﴿٢٧﴾

Yang bermaksud: "(Wahai Ibrahim)! Serulah, panggillah manusia, supaya menunaikan ibadat haji, nescaya mereka datang menyahut seruanmu dalam keadaan berjalan kaki dan menunggang berjenis-jenis unta, yang datangnya daripada perjalanan yang sangat jauh".


اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian,

Mereka yang berhimpun di Makkah pada hari ini datang daripada seluruh pelusuk dunia, sebagai menyahut seruan Allah melalui seruan Nabi Ibrahim a.s dengan cara yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.

لَبَّيْكَ اللهم لَبَّيْك، لَبَّيْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْك، إِنَّ الْحَمْدَ، وَالنِّعْمَةَ، لَكَ وَالْمُلْك، لَا شَرِيْكَ لَكَ

Ucapan yang kuat bergema dan berkumandang di udara. Menyatakan kesungguhan pengakuan bertuhankan Allah sahaja dalam beribadat dan seluruh nikmat kehidupan dunia adalah kepunyaan Allah, dan semua kerajaan manusia di bawah kerajaan Allah yang satu sahaja. Maka wajib mematuhi secara hamba kepada Allah, bukannya seperti ketaatan rakyat terhadap kerajaan di atas muka bumi yang dikira kecil berada di bawah alam yang sangat besar dan luas. Firman Allah Ta'ala dalam Surah Al-Ahzab ayat 36:

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ ۗ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا ﴿٣٦﴾

Yang bermaksud: "Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata".

Allah Ta'ala telah memerintahkan kita umat Muhammad s.a.w mengambil contoh daripada Nabi Ibrahim a.s, untuk menjadi seorang Islam yang sebenar-benarnya. Bukan sahaja melakukan ibadat haji dan korban bagi mereka yang berkemampuan, bahkan menjadi iktibar kepada seluruh manusia yang memuja Nabi Ibrahim a.s termasuklah penganut agama yahudi, kristian dan musyrikin yang menyembah berhala. Allah s.w.t menegaskan Islam sahaja agama Allah, bukannya agama dan ajaran yang lain termasuk yang diciptakan oleh akal manusia. Firman Allah Ta'ala dalam Surah Ali-'Imran ayat 67 dan 68:

مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَـٰكِن كَانَ حَنِيفًا مُّسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ ﴿٦٧﴾ إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرَاهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَـٰذَا النَّبِيُّ وَالَّذِينَ آمَنُوا ۗ وَاللَّهُ وَلِيُّ الْمُؤْمِنِينَ ﴿٦٨﴾

Yang bermaksud: "Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk agama nasrani, tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah, dan dia pula bukanlah dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya orang yang hampir kepada Nabi Ibrahim dan berhak mewarisi agamanya ialah orang yang mengikutinya dan juga Nabi Muhammad serta orang yang beriman. Dan Allah adalah Pelindung dan Penolong orang yang beriman".


اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.

Muslimin dan muslimat yang diberkati Allah sekalian,

Jadikanlah hari raya ini untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mengeratkan lagi kasih sayang dan semangat persaudaraan Islam yang membawa berkat kepada kehidupam di dunia dan keselamatan di hari akhirat.

Hari ini kita menyembelih binatang ternakan, melakukan ibadat korban yang tidak sama dengan sembelihan memuja syaitan yang diamalkan oleh penganut agama lain. Kita menyembelih kerana Allah dan membuat kebajikan sesama kita dengan perintah Allah.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.
لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَـٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ ۚ كَذَ‌ٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ ۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ ﴿٣٧﴾

Yang bermaksud: "Daging dan darah binatang korban itu tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketaqwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagimu supaya kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya kepadamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang berusaha supaya baik amalnya". (Surah Al-Hajj ayat 37)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.


Khutbah Kedua

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا.

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلَا أَنْ هَدَانَا اللَّهُ،
أَشْهَدُ اَنْ لآ إِلَــهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، أَرْسَلَهُ اللهُ بَشِيْرًا وَنَذِيْرًا، بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ، فَأَدَّى الْأَمَنَةَ، وَبَلَّغَ الرِّسَالَةَ، وَنَصَحَ الْأُمَّةَ وَجَاهَدَ فِى اللهِ حَقَّ جِهَادِهِ.

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا وَحَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ، الشَّفِيْعِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ وَإِمَامِ الْمُتَّقِينَ، وَقَائِدِ الدُّعَاةِ الْمُجَاهِدِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ، وَالتَّابِعِينَ لَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ. 

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.
مَعَاشِرَ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ رَحِمَكُمُ اللهُ،

Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan jangan kamu mati melainkan kamu berada dalam keadaan Islam.

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.

Muslimin dan muslimat yang diberkati Allah sekalian,

Marilah kita mengenang jasa rasul kesayangan kita, Nabi Muhammad s.a.w yang telah menyelamatkan kita dengan perjuangannya membawa ajaran Islam. Sayang dan kasih kepada baginda dinyatakan, dengan sentiasa berselawat kepadanya, kerana perintah Allah Ta'ala dalam Al-Quran, Surah Al-Ahzab ayat 56:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾

Yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w), wahai orang-orang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucaplah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya".

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.

Muslimin dan muslimat rahimakumullah,

Disamping bertakbir dengan penuh semangat dan keinsafan, marilah kita di hari raya yang berbahagia ini, mengangkat kedua belah tangan bermunajat ke hadhrat Allah s.w.t agar setiap amalan kita diterima dan seterusnya diberikan kejayaan di dunia dan akhirat.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَات، إِنَّكَ سَمِيعٌ قَرِيبٌ مُجِيبُ الدَّعَوَات.
اللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ وَالدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، وَالْمَظْلُومِينَ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ. اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا فِى فَلَسْطِينِ وَفِى سُرِيَا وَفِي كُلِّ مَكَانٍاللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَالْمُنَافِقِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، لَاسِيَمَ الْيَهُوْدَ وَالصَّلِبِيِّيْنَ. اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ. اللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ. رَبَّنَا لَاتَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّلِمِيْنَ، وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْكَافِرِيْنَ.

اللَّهُمَّ اَصْلِحْ اَئِمَّتَنَا وَوُلَاةَ اُمُورِنَا. اللَّهُمَّ اجْعَلْ وِلَايَتَنَا فِى مَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اللهم احْفِظْ بِدَوَامِ الْعَوْنِ وَالْهِدَايَةِ وَالتَّوْفِيْقِ، وَالصِّحَّةِ وَالسَّلَامَةِ مِنْكَ يَاكَرِيْمُ، مَوْلَانَا السُّلْطَان نَزْرِين مُعِزُّالدِّين شاه ابنِ الْمَرْحُوم سلطان أَزْلَن مُحِبُّ الدِّين شاه الْمَغْفُوْرُلَهُ، وَاَنْزِلِ الرَّحْمَةَ وَعَلَى السُّلْطَانَة توانكو زَارَ سَالِم. وَاحْفِظْ أَوْلَادَهُ وَأَهْلَهُ وَذَوِيْهِ وَأَقَارِبَهُ. وَاحْفَظْ عُلَمَاءَهُ وَوُزَرَاءَهُ وَقُضَاتَهُ وَعُمَّالَهُ وَرَعَايَاهُ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فِي الدُّنْيَا وَالْأَخِرَةِ، بِرحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ.

اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ مُنْكَرَاتِ الْأَخْلَاقِ وَالْأَعْمَاقِ وَالْأَهْوَاءِ. اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَنَا مَا قَدَّمْنَا وَمَا أَخَّرْنَا، وَمَا أَسْرَرْنَا، وَمَا أَعْلَنَّا، وَمَا أَسْرَفْنَا، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنَّا، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ. رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ. رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ. 


رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ. وَالسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَكَاتُهُ. كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْر. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ صَالِحُ الْأَعْمَال.


Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari pautan ini.

No comments:

Post a Comment