Friday, January 26, 2018

KHUTBAH JUMAAT TUAN GURU PRESIDEN PAS - 9 JAMADIL AWWAL 1439 / 26 JANUARI 2018


NASIB YANG MENIMPA ORANG-ORANG YAHUDI

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ ۚ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ. أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، الْبَدْرُ الدُّجَى وَالسِّرَاجُ الْمُنِيرِ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ حَبِيْبِنَا وَشَفِيعِنَا وَقُدْوَتِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ الرَّحْمَةُ الْمُهْدَاةُ وَالنِّعْمَةُ الْمُسْدَاةُ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَلَاهُ.

أَمَّا بَعْدُ: 
فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah,

Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertaqwa. Maka demi sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًا ۚ بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ ﴿٥﴾ [سورة الجمعة : ٥]

(Maksudnya): (Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam kitab Taurat tetapi orang-orang yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.

Demikianlah nasib yang menimpa orang-orang yahudi Bani Israil. Walaupun mereka daripada keturunan yang mulia, keturunan Nabi Ya'akub bin Ishaq bin Ibrahim 'alaihimus salam, baka nabi-nabi dan rasul-rasul 'alaihimus sholatu wassalam. Dikurniakan kepada mereka kitab-kitab Allah s.w.t seperti Taurat, Zabur, Injil dan lain-lain. Dilantik daripada kalangan mereka nabi-nabi dan rasul-rasul 'alaihimus sholatu wassalam, juga raja-raja, para ulamak dan orang-orang yang bijak. Tetapi apabila mereka meninggalkan kitab Allah s.w.t dan tidak mengikut petunjuk Allah s.w.t, mereka dilaknat oleh Allah s.w.t dan menjadi bangsa yang hina walaupun kaum mereka paling banyak disebut di dalam Al-Quranul Karim. Pada awalnya dipuji oleh Allah s.w.t:

يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اذْكُرُوا نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَنِّي فَضَّلْتُكُمْ عَلَى الْعَالَمِينَ ﴿٤٧﴾ [سورة البقرة : ٤٧]

(Maksudnya): Wahai Bani Israil! Kenangkanlah nikmat-nikmat-Ku yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang-orang (yang ada pada zamannya).

Dilantik daripada kalangan mereka nabi-nabi dan rasul-rasul serta diberikan kepada mereka perjuangan menegakkan aqidah tauhid لَا اِلَٰهَ اِلَّا اللَّه (tidak ada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah). Itulah yang menjadi ucapan mereka.

Mereka berjuang menghadapi kezaliman Firaun yang zalim dan kejam. Diberi kemuliaan perjuangan itu, ditolong oleh Allah s.w.t memenang dan menyelamatkan mereka secara mukjizat. Tetapi mereka tidak bersyukur dengan nikmat Allah s.w.t iaitu nikmat kemuliaan yang diberi oleh Allah s.w.t, kerana mengejar harta benda dan kemewahan dunia tanpa mengira halal dan haram. Mereka mengejar pangkat dan kedudukan yang tinggi tanpa mengira betul dan salah. Mereka meninggalkan kitab Allah sw.t dan tidak beramal dengan hukum-Nya.

Allah s.w.t menyebut kisah mereka di dalam Al-Quranul Karim untuk menjadi pengajaran kepada kita dan diambil iktibar. Para ulamak mengatakan:

الْعِبْرةُ بِعُمُومِ اللَّفْظِ لَا بِخُصُوصِ السَّبَبِ.

(Maksudnya): Pengajaran diambil daripada lafaz yang umum, buka sebab yang khusus.

Kewajipan umat Islam adalah mengambil petunjuk Allah s.w.t. Umat Muhammad s.a.w yang dikurniakan Al-Quranul Karim, kitab mukjizat ilmu yang menjadi petunjuk di sepanjang zaman. Adalah menjadi kewajipan mereka bukan sahaja mengaji dan membaca Al-Quranul Karim, tetapi mengikut petunjuk Al-Quranul Karim, beramal dengan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Jangan sekali-kali menjadi seperti kaum Bani Israil yang hanya memelihara kitab Taurat tetapi menyeleweng daripadanya dan tidak beramal dengannya. Mereka dilaknat oleh Allah s.w.t.

Sebagai umat Islam dan umat Muhammad s.a.w yang dipilih oleh Allah s.w.t pada akhir zaman ini, marilah kita meneruskan petunjuk yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Ajaran Islam adalah ajaran yang benar yang menyelamatkan kita daripada dunia sehingga hari akhirat.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ... ﴿١١٠﴾ [سورة آل عمران : ١١٠]

(Maksudnya): Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي الْكِتَابِ وَالسُنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari pautan ini.

No comments:

Post a Comment