Friday, January 19, 2018

KHUTBAH JUMAAT TUAN GURU PRESIDEN PAS - 2 JAMADIL AWWAL 1439 / 19 JANUARI 2018


PERANCANGAN YAHUDI

الْحَمْدُ لِلَّهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ. أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحْدَهُۥ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، الْمَبْعُوْثُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْنَ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ حَبِيْبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ إِمَامِ الْمُتَّقِينَ وَقَائِدِ الدُّعَاةِ الْمُجَاهِدِينَ وَعَلَى آلِهِ وََصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ وَالتَّابِعِينَ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. 

أَمَّا بَعْدُ:
فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah,

Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertaqwa. Maka demi sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita mendengar peringatan daripada Allah s.w.t:

ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلَّا بِحَبْلٍ مِّنَ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِّنَ اللَّهِ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الْمَسْكَنَةُ ۚ ذَ‌ٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ الْأَنبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ ۚ ذَ‌ٰلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُوا يَعْتَدُونَ ﴿١١٢﴾ [سورة آل عمران : ١١٢]

(Maksudnya): Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya), dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah).

Dilakarkan di dalam sejarah betapa orang-orang yahudi ahlul kitab membuktikan apa yang dinyatakan oleh Allah s.w.t dan dilakukan sehingga hari ini. Umat Islam menjadi sasaran mereka. Sejak zaman Rasulullah s.a.w mereka menunggu kedatangan rasul akhir zaman yang dijanjikan di dalam kitab suci mereka, diberitahu oleh rasul-rasul, nabi-nabi dan ulamak-ulamak mereka. Apabila  datangnya Rasulullah s.a.w, mereka tidak beriman. Bukan sahaja mereka tidak beriman, mereka merancang menentang Islam sehingga membunuh Rasulullah s.a.w. Mereka merancang barisan bersekutu bala tentera Ahzab yang menggabungkan kabilah-kabilah arab dengan disokong oleh orang-orang munafik. Mereka menyerang Madinah dengan bala tentera yang besar. Allah s.w.t tidak mengizinkan perancangan jahat mereka. Mereka dibinasakan oleh Allah s.w.t dengan bala tentera Allah s.w.t.

Mereka merancang di abad yang lalu menjatuhkan kerajaan Islam Khilafah Uthmaniyyah. Mereka bekerjasama dengan penjajah eropah dan bekerjasama dengan orang-orang yang bodoh dalam kalangan orang-orang arab yang mengaku menjadi orang Islam. Dimeteraikan Perjanjian Balfour, perjanjian Sykes Picot. Setelah dijatuhkan Kerajaan Uthmaniyyah, mereka berjaya menubuhkan negara haram Israel yang juga diharamkan oleh ulamak-ulamk mereka yang berpegang dengan ajaran mereka.

Mereka mendirikan negara itu dengan impian untuk menakluk dunia, menguasai pilihanraya negara-negara kuasa besar dan menggunakan harta kekayaan kerana mereka menguasai ekonomi dunia.  Mereka menggunakan media dan sebaran. Dengan kekayaan mereka menguasai media yang bukan sahaja merosakkan manusia dengan akhlak yang buruk melalui filem-filem yang merosakkan perangai. Mereka menyebarkan maklumat-maklumat yang bohong dan mengelirukan. Allah s.w.t mengizinkan mereka melakukan demikian supaya mereka melakukan sepuas-puasnya dan berfikir sepuas-puasnya. Namun percayalah, akhirnya mereka akan dibinasakan dengan izin Allah s.w.t oleh bala tentera umat Islam.

Hari ini mereka merampas Masjidil Aqsa dengan satu perisytiharan yang disokong oleh Amerika, tetapi ditentang oleh negara-negara Islam dan negara-negara barat. Hanya segelintir sahaja yang menyokong mereka. Mereka mengemukakan tawaran abad ini dengan satu tawaran yang sangat mahal menjanjikan duit yang banyak untuk mendirikan negara baharu bagi orang-orang Palestin di semenanjung Sinai supaya orang-orang Palestin berhijrah ke situ mendirikan bandar baharu untuk menyerahkan percuma Baitul Muqaddis kepada Israel. Tawaran itu ditolak oleh pemimpin-pemimpin Palestin. Didedahkan di dalam media, terdapat beberapa pemimpin negara arab yang terlibat dengan tawaran yang lumayan itu bersekongkol dengan zionis dan ejen-ejen Israel.

Apa yang berlaku adalah petanda awal bagi membangkitkan semula umat Islam walaupun kebangkitan itu dilihat pada zahirnya berlaku di Palestin melalui intifadah kebangkitan rakyat menentang negara haram Israel walaupun hanya menggunakan batu dan kayu sanggup menghadapi senjata-senjata moden. Tetapi percayalah, rangkaian umat Islam di seluruh pelusuk dunia, persaudaraan iman yang dijalinkan oleh Allah s.w.t akhirnya memerangkapkan mereka. Mereka akan dikuburkan di akhir zaman seperti janji Allah s.w.t.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ﴿٤٠﴾ [سورة الحج : ٤٠]

(Maksudnya): Dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي الْكِتَابِ وَالسُنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari pautan ini.

No comments:

Post a Comment