Wednesday, August 30, 2017

KHUTBAH HARI RAYA 'EIDUL ADHA 1438 HIJRAH


HAKIKAT PENGORBANAN

Khutbah Pertama

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ، وَلَا عُدْوَانَ عَلَى الظَّالِمِيْنَ. 
أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ حَبِيْبِنَا وَشَفِيعِنَا وَقُدْوَتِنَا سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ نَبِيِّ الرَّحْمَة وَشَفِيعِ الْأُمَّةِ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَلَاهُ. 
أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ اللهِ! اِتَّقُوْا اللهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ.  

Wahai hamba-hamba Allah sekalian,

Saya berpesan kepada kepada diri saya dan sidang jamaah sekalian, bertaqwalah kita kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat kelak.

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,

Di antara pengorbanan tertua yang dilakukan oleh generasi manusia ialah pengorbanan Habil yang berkorban nyawa ketika mana berlakunya pembunuhan pertama dalam sejarah manusia. Boleh sahaja beliau melawan dan mungkin sahaja beliau mampu menewaskan Qobil, namun beliau memilih untuk mengorbankan dirinya kerana takutkan Allah dan dosa besar membunuh. Hasilnya terhapus kebencian dan dendam kesumat sesama mereka. Ini diceritakan oleh Allah s.w.t dalam Surah Al-Maidah Ayat 28 hingga 30:

لَئِن بَسَطتَ إِلَيَّ يَدَكَ لِتَقْتُلَنِي مَا أَنَا بِبَاسِطٍ يَدِيَ إِلَيْكَ لِأَقْتُلَكَ ۖ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ ﴿٢٨﴾ إِنِّي أُرِيدُ أَن تَبُوءَ بِإِثْمِي وَإِثْمِكَ فَتَكُونَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ ۚ وَذَ‌ٰلِكَ جَزَاءُ الظَّالِمِينَ ﴿٢٩﴾ فَطَوَّعَتْ لَهُ نَفْسُهُ قَتْلَ أَخِيهِ فَقَتَلَهُ فَأَصْبَحَ مِنَ الْخَاسِرِينَ ﴿٣٠﴾

Bermaksud: "Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang mentadbirkan sekalian alam. Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli neraka, dan itulah dia balasan orang-orang yang zalim. Oleh itu jadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi".

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.

Muslimin muslimat sekalian,

Hidup ini seringkali penuh dengan cabaran. Seringkali golongan yang baik dan beriman menjadi mangsa dan dikorbankan demi kegembiraan dan kesenangan manusia yang lain. Umat Islam juga sentiasa menjadi korban di seluruh dunia akibat kerakusan manusia mengejar kuasa dan mengumpul harta. Namun mereka yang sanggup berkorban pasti dengan izin Allah akan menjadi wira dan dikenang jasanya walaupun ketika di dunia baktinya tidak didendangkan dan dihargai sewajarnya.

Kisah nak-anak Nabi Adam a.s tidak akan menjadi seringkas itu tanpa pengorbanan Habil. Kota Makkatul Mukarramah yang menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia pada hari ini tidak akan wujud tanpa pengorbanan Saiyidatina Hajar yang sanggup menanggung derita ditinggalkan suami di tengah padang pasir yang kering kontang. Pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s yang diperintahkan menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s, adalah menjadi lambang ketaqwaan sebenar kedua-duanya kepada Allah s.w.t. Sebuah bahtera yang menyelamatkan mereka yang beriman tidak dapat disiapkan tanpa pengorbanan Nabi Nuh a.s. Tanpa pengorbanan mereka semua, sudah pasti manusia tidak akan mengerti pengorbanan yang hakiki dan semua pengorbanan itu dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t.

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.

Saudara saudari yang dimuliakan,

Kita hari ini tidak diuji dengan ujian yang berat sebagaimana para nabi yang terdahulu. Walau bagaimana pun ujian bagi kita hari ini hadir dalam bentuk baru dan mencabar. Ujian dan cabaran hari ini bukan sahaja boleh menjejaskan masa hadapan kita di dunia, malah boleh mengorbankan kedaulatan Islam yang kita pertahankan selama ini.

Islam sedang berkembang pesat di dalam negara kita namun sebagaimana pesatnya perkembangan tersebut, begitulah meningkatnya ancaman dan ganggu gugat terhadap Islam dari dalam dan luar.

Jika tidak ada perubahan diusahakan, Islam sebagai agama persekutuan pun boleh pupus dan terkubur. Antara ancaman yang dimaksudkan ialah:

1. Ancaman dari sudut akidah dari segi keyakinan seperti dakyah agama lain, atheist dan ajaran sesat. Ancaman pemikiran seperti liberalisme, pluralisme yang menghasilkan pendokong seperti LGBT dan kumpulan seumpamanya.

Mereka semakin berani mencabar hatta pada perkara yang jelas bertentangan dengan perlembagaan negara apatah lagi pada hukum syarak. Mereka juga mencabar cadangan memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah, mempertikaikan autoriti institusi agama. Memperjuangkan hak asasi mengikut acuan barat.

Golongan tidak beragama (atheist) yang menafikan ketuhanan dan cara hidup beragama, semakin berani menempatkan diri mereka. Ajaran sesat syiah semakin menggiatkan aktiviti menambah keahlian mereka. Suara-suara sumbang mempertikaikan peruntukan kewangan kepada umat Islam dilontarkan secara terbuka. Fatwa sudah tidak lagi dijadikan sumber perundangan umat Islam.

2. Ancaman hiburan yang melampau atau hedonisme melalaikan dan pergaulan bebas.

3. Ancaman kebendaan dan gila kuasa. Sabda Rasulullah s.a.w daripada hadits yang diriwayatkan oleh Ka'ab bin Malik r.a:

مَا ذِئْبَانِ جَائِعَانِ أُرْسِلَا فِي غَنَمٍ بِأَفْسَدَ لَهَا مِنْ حِرْصِ الْمَرْءِ عَلَى الْمَالِ وَالشَّرَفِ لِدِينِهِ

Bermaksud: "Dua ekor serigala yang dilepas kepada seekor kambing tidak lebih parah kerosakannya bagi kambing itu, apabila dibandingkan ketamakkan seseorang terhadap harta dan pangkat (kedudukan) dalam merosakkan agamanya". (Hadits riwayat Tirmidzi)

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.

Muslimin muslimat yang dikasihi Allah,

Inilah hasilnya jika umat Islam mengorbankan jati diri, menjauhi syariat Allah dan memperjudikan keimanan mereka bagi mencapai kepentingan dunia. Ungkapan "rahmatan lil 'alamin" hanya menjadi alasan bagi menjadi "pak turut" kepada rakan-rakan yang memusuhi Islam. Hakikat ini bukan sahaja berlaku di negara ini, malah di seluruh dunia negara Islam yang dipimpin oleh mereka yang menjadi boneka barat. Pemimpin Islam lebih banyak menjaga kepentingan Amerika Syarikat yang menjaga kepentingan Israel berbanding negara Islam yang lain sehingga sanggup mengorbankan kepentingan persaudaraan sesama Islam.

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.

Muslimin muslimat yang berbahagia,

Masa hadapan Islam tidak akan ada sinarnya jika umat Islam tidak sanggup mengorbankan kepentingan keduniaan bagi memartabatkan Islam. Perjuangan tidak berasaskan Islam hanyalah ibarat fatamorgana yang hanya indah di mata tetapi kosong isinya.

Mengakhiri khutbah 'Eidul Adha pada tahun ini, marilah kita menghayati intipati pengorbanan yang disampaikan sebentar tadi, antaranya ialah:

Pertama: Melakukan pengorbanan biarlah kerana Allah.
Kedua: Mengutamakan akhirat dari dunia.
Ketiga: Memelihara perpaduan dengan menafikan kepentingan diri mahupun kumpulan.
Keempat: Berkorban untuk usaha dakwah demi memberi kefahaman sebenar tentang Islam.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ. 

Khutbah Kedua

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلَا أَنْ هَدَانَا اللَّهُ.
أَشْهَدُ اَنْ لاَ إِلَــهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ. وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. 
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُۥ وَنَصَرَهُ وَوَالَاهُ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ اللهِ! أُوْصِيكُمْ وَنَفْسِي بِتَقْوَى اللهَ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. 

Sidang jamaah yang dikasihi sekalian,

Pada hari ini, marilah kita bersyukur  kepada Allah s.w.t yang telah mengurniakan kepada kita nikmat Iman dan Islam. Marilah kita mengorbankan masa lapang kita untuk menghitung diri kita, keluarga, masyarakat dan negara sama ada memenuhi tuntutan Islam atau tidak?

Marilah kita mengucapkan selawat dan salam kepada Rasulullah s.a.w yang telah menyampaikan Islam kepada kita kerana perintah Allah di dalam Surah Al-Ahzab Ayat 56:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾

Bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w), wahai orang-orang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucaplah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya".

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. 
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَات. اللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ، وَالنِّفَاقَ وَالْمُنَافِقِيْنَ، وَالْظُّلْمَ وَالظَّالِمِيْنَ، وَانْصُرْنَا عَلَى هَؤُلٓاءِ الَّذِيْنَ يُقَاتِلُوْنَنَا وَيَصُدُّنَنَـا عَنْ سَبِيْلِ اللهِ. اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا الْمُجَاهِدِينَ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ فِى فَلَسْطِينِ وَفِى سُرِيَا وَفِى الْعِرَاقِ وَفِي كُلِّ مَكَانٍ.
اللَّهُمَّ قَوِّ عَزَائِمَهُمْ وَاجْمَعْ كَلِمَتَهُمْ، اللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَالْمُنَافِقِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ. وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ. اَللَّهُمَّ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ.
اللَّهُمَّ أَصْلِحْ سُلْطَانَنَا السُّلْطَانُ نَزْرِين مُعِزُّ الدِّين شَاه اِبْنِ الْمَرْحُوم سُلْطَانُ أَزْلَنُ مُحِبُّ الدِّين شَاه الْمَغْفُورُلَهُ وَكَذَلِكَ رَاجَ فرمايسوري فيراق دار الرضوان توانكو زَارَ سَالِم. كَمَا نَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ أَنْ تُصْلِحَ أَئِمَّتَنَا وَوُلَاتَ أُمُوْرِنَا، وَاجْعَلْ وِلَايَتَنَا فِيْمَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ. 

وَالَّذِينَ جَاءُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ ﴿١٠﴾

Bermaksud: "Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata; Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan rahmat-Mu". (Surah Al-Hashr Ayat 10)

قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ ﴿٢٣﴾

Bermaksud: "Mereka berdua merayu; Wahai Tuhan kami, kami telah menganiayai diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". (Surah Al-A'araf Ayat 23)

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا ﴿٧٤﴾

Bermaksud: "Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata; Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami; perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa". (Surah Al-Furqan Ayat 74)

وَمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ ﴿٢٠١﴾

Bermaksud: "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa; Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa api neraka". (Surah Al-Baqarah Ayat 201)

وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. 

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.


Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari sini.

No comments:

Post a Comment