Wednesday, August 30, 2017

KHUTBAH 'EIDUL ADHA TUAN GURU PRESIDEN PAS 1438H


AKIBAT MENINGGALKAN AJARAN ISLAM

Khutbah Pertama

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا.
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُن لَّهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُن لَّهُ وَلِيٌّ مِّنَ الذُّلِّ ۖ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا.
أَشْهَدُ اَنْ لاَ إِلَــهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى وَالصِّفَاتُ الْعُلَى. 
وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، الرَّحْمَةُ الْمُهْدَاةُ وَالْبَدْرُ الدُّجَىٰ.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا وَحَبِيبِنَا وَنَبِيِّنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنِ اهْتَدَىٰ.
أَمَا بَعْدُ.
فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah,

Bertaqwalah kamu kepada Allah dan carilah bekalan. Maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertaqwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

وَمَن يَرْغَبُ عَن مِّلَّةِ إِبْرَاهِيمَ إِلَّا مَن سَفِهَ نَفْسَهُ ۚ وَلَقَدِ اصْطَفَيْنَاهُ فِي الدُّنْيَا ۖ وَإِنَّهُ فِي الْآخِرَةِ لَمِنَ الصَّالِحِينَ ﴿١٣٠﴾ إِذْ قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ ۖ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿١٣١﴾ [سورة البقرة : ١٣١-١٣٠]

(Maksudnya): Dan sesiapa yang tidak suka kepada agama (Islam) yang dianut oleh Nabi Ibrahim a.s maka sesungguhnya orang itu telah membodohkan dirinya sendiri. Dan sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim a.s di dunia ini (menjadi rasul) dan sesungguhnya dia di akhirat nanti termasuk dalam kalangan orang-orang yang soleh. Ingatlah apabila Tuhan berfirman kepadanya: "Serahlah dirimu". Dia menjawab: "Saya menyerah diri (dengan ikhlas) kepada Tuhan semesta alam.

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,

Hari ini kita menyambut hari raya adha atau hari raya korban dengan memperingati sirah (perjalanan hidup) Nabi Ibrahim a.s yang menjadi contoh yang dipilih oleh Allah kepada seluruh manusia. Contoh seorang Islam yang sebenar. Islam dengan makna menyerah diri kepada Allah dengan hati yang ikhlas yang diikuti dengan tubuh (jasadnya) beramal dengan perintah Allah, walaupun mengorbankan diri dan keluarganya, setelah beriman kepada ucapan "La Ilaha illAllah" (Tiada Tuhan Yang Sebenar Melainkan Allah Sahaja) dan menolak segala rupa yang dinamakan syirik (menyengutukan Allah) dengan sesuatu yang lain sehingga terpaksa menghadapi ujian kerana imannya.

Inilah yang disebut oleh firman Allah:

أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ ﴿٢﴾ وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ ﴿٣﴾ [سورة العنکبوت : ٣-٢]

(Maksudnya): Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan begitu sahaja setelah mereka berkata: "Kami telah beriman", dalam keadaan mereka tidak diuji (oleh Allah)? Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang-orang yang lebih dahulu daripada mereka. Maka (benarlah) apa yang diketahui Allah, orang-orang yang benar (beriman) dan orang-orang yang berbohong.

Nabi Ibrahim a.s bukan sahaja menjadi contoh seorang Islam yang benar-benar menyerah diri kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya, dia juga telah diuji dan berjaya menghadapi ujian itu, sehingga menghadapi hukuman yang menggerunkan apabila dijatuhkan hukuman dibakar ke dalam api yang besar dinyalakan dengan dahsyatnya. Apabila Ibrahim a.s menerima hukuman yang zalim itu dengan tidak berganjak imannya dan bersedia mati menjadi abu, tiba-tiba Allah menyelamatkannya secara mukjizat yang dinyatakan oleh firman Allah di dalam Al-Quran:

قَالُوا حَرِّقُوهُ وَانصُرُوا آلِهَتَكُمْ إِن كُنتُمْ فَاعِلِينَ ﴿٦٨﴾ قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلَامًا عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ ﴿٦٩﴾ وَأَرَادُوا بِهِ كَيْدًا فَجَعَلْنَاهُمُ الْأَخْسَرِينَ ﴿٧٠﴾ [سورة الأنبياٴ : ٧٠-٦٨]

(Maksudnya): Mereka berkata, bakarkan dia (ke dalam api) dan tolonglah tuhan kamu jika kamu mahu bertindak ke atasnya. Lalu Kami berfirman: "Wahai api! Jadilah sejuk dan selamat sejahtera kepada Ibrahim". Mereka (yang kafir) itu melakukan perancangannya, maka Kami jadikan mereka orang-orang yang paling rugi (di dunia dan di akhirat).

Akhirnya Ibrahim a.s dihalau keluar oleh bapanya sendiri dan raja yang zalim sehingga terpaksa berhijrah ke bumi Palestin bersama keluarga dan pengikutnya yang beriman. Maka Allah memilih Ibrahim a.s diuji dengan perintah meletakkan anaknya Ismail a.s bersama ibunya Hajar 'alaihas salam di bumi Makkah yang tidak ada manusia, kering tidak ada air dan makanan. Allah memberi kepada mereka rezeki yang datang secara luar biasa, seterusnya diuji lagi supaya menyembelih anaknya Ismail a.s, mendirikan ka'abah dan memanggil manusia daripada seluruh dunia supaya datang mengerjakan haji. Firman Allah:

۞ وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ ﴿١٢٤﴾ [سورة البقرة : ١٢٤]

(Maksudnya): Dan ingatlah, apabila Allah telah menguji Ibrahim a.s dengan beberapa perintah, lalu dia telah melaksanakannya dengan sempurna. Lalu Kami (Allah) berfirman: "Sesungguhnya Aku jadikan kamu pemimpin". Ibrahim a.s menjawab: "Wahai Tuhanku, jadikanlah juga di kalangan zuriat keturunanku". Allah berfirman: "Tidak termasuk di dalam janji-Ku ini orang-orang yang zalim.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Hari ini kita sedang menyaksikan janji Allah memilih nabi kita Muhammad s.a.w yang menjadi nabi dan rasul di akhir zaman kepada seluruh manusia di atas muka bumi ini. Dilahirkan di Makkah yang menjadi tempat Nabi Ibrahim a.s meletakkan keluarganya yang dipilih oleh Allah.

Ingatlah, apabila Rasulullah s.a.w mengajak penduduk Makkah supaya beriman bersamanya bagi menerima Islam dan memerintah dunia dengan hukum syariatnya, mereka menolak kerana takutkan kepada makhluk manusia, lupakan kekuasaan Allah s.w.t. Allah menceritakan di dalam Al-Quran:

وَقَالُوا إِن نَّتَّبِعِ الْهُدَىٰ مَعَكَ نُتَخَطَّفْ مِنْ أَرْضِنَا ۚ أَوَلَمْ نُمَكِّن لَّهُمْ حَرَمًا آمِنًا يُجْبَىٰ إِلَيْهِ ثَمَرَاتُ كُلِّ شَيْءٍ رِّزْقًا مِّن لَّدُنَّا وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ ﴿٥٧﴾ [سورة القصص : ٥٧]

(Maksudnya): Dan mereka berkata: Jika sekiranya kami mengikut petunjuk bersamamu, nescaya kami akan dibinasakan (oleh musuh) daripada mereka yang berada dalam negeri kami ini. (Allah berkata): Tidakkah mereka sedar bahawa Kamilah yang menempatkan mereka di tanah haram (Makkah) yang aman yang diberi kepada mereka kedatangan berbagai jenis buah-buahan, yang merupakan rezeki daripada sisi Kami, tetapi kebanyakan mereka tidak mengerti (seperti tidak mengetahui).

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

Adalah di luar daripada akal fikiran manusia, bahawa Rasulullah s.a.w yang telah memulakan dakwahnya kepada seluruh alam ini daripada bumi Makkah yang kering dan jauh daripada manusia telah berjaya menyebarkan Islam ke seluruh dunia pada hari ini walaupun Rasulullah s.a.w sudah wafat meninggal dunia. Para sahabatnya radhiAllahu 'anhum telah berjaya menjatuhkan negara Farsi dan Rom, dua kuasa besar dunia yang kuat dengan bala tenteranya dan paling banyak hartanya, serta ramai rakyat jelatanya, akhirnya Islam menjadi kuasa besar yang memerintah sebahagian besar muka bumi ini.

Sekarang kita menyaksikan pula umat Islam dalam keadaan yang sangat lemah, bukan sahaja negeri-negeri umat Islam dijajah dan dikuasai oleh musuh-musuh Islam, mereka juga telah membahagi-bahagikan bumi Islam sesama mereka. Memperhambakan rakyatnya dan merampas hasil buminya yang banyak. Digunakan pula untuk membunuh umat Islam, sama ada secara langsung menyerangnya, atau melaga-lagakan umat Islam membunuh sesama sendiri. Walaupun dikatakan sudah merdeka, tetapi hidupnya masih dicucuk seperti lembu yang dicucuk hidungnya, boleh diheret mengikut kehendak penjajah itu.

Sebabnya adalah setelah tidak beramal lagi dengan semua ajaran Islam. Walaupun ibadat senbahyang, puasa, zakat, haji, zikir dan doanya secara Islam, tetapi cara hidupnya dalam urusan politik, ekonomi dan pergaulannya tidak mengikut hukum syariat Islam dengan sepenuhnya. Inilah dia amaran Allah kepada umat di zaman dahulu apabila mereka tidak beramal dan mengikut Islam semuanya di dalam kitab Taurat:

... أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ ۚ فَمَا جَزَاءُ مَن يَفْعَلُ ذَ‌ٰلِكَ مِنكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَىٰ أَشَدِّ الْعَذَابِ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ ﴿٨٥﴾ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ ۖ فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ الْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ ﴿٨٦﴾ [سورة البقرة : ٨٦-٨٥]

(Maksudnya): Adakah kamu beriman dengan setengah daripada kitab (Taurat) dan kamu kufur daripada setengah yang lain? Maka tiada balasan bagi mereka yang berbuat begitu melainkan kebinasaan (menjadi hina) dalam kehidupan dunia dan di hari akhirat nanti dicampakkan ke dalam azab (neraka) yang paling siksa. Dan Allah tidak lalai daripada apa yang telah kamu amalkan. Mereka itulah orang-orang yang telah membeli kehidupan dunia dengan membayarnya dengan akhirat. Maka tidak diringankan azab (neraka) ke atas mereka dan mereka tidak diberi pertolongan oleh Allah.

Beginilah juga balasannya apabila meninggalkan Al-Quran. Sekarang kita sedang melihat akibat yang menimpa umat Islam apabila meninggalkan hukum-hukum yang disebut dalam Al-Quran dan beramal dalam perkara ibadat, perkahwinan, harta pusaka dan berzikir sahaja. Marilah sekarang kita bertaubat, balik semula ke pangkal jalan setelah lama dalam kesesatan dan lalai, kerana Allah membuka pintu taubat yang sangat luas.

Muslimin dan muslimat yang dihormati,

Hari ini kita menyambut hari raya adha bersama umat Islam yang mengerjakan haji, mereka menyahut seruan Allah yang diucapkan oleh Nabi Ibrahim a.s setelah mendirikan ka'abah, semenjak beberapa ribu tahun yang lalu, dilaungkan di tempat tidak ada manusia dan tidak ada dengan pembesar suara dan alat penyebaran seperti hari ini. Firman Allah:

وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ ﴿٢٧﴾ [سورة الحج : ٢٧]

(Maksudnya): Serulah manusia supaya datang mengerjakan (haji), nescaya mereka datang walaupun berjalan kaki dan menunggang unta yang kurus (kerana jauhnya perjalanan), mereka datang melalui setiap jalan yang terlalu jauh perjalannya.

Hari ini juga kalangan umat Islam yang mampu menyembelih binatang korban, menghidupkan ajaran Allah yang dimulakan oleh Nabi Ibrahim a.s yang bersedia mengorbankan anak kesayangannya Ismail a.s kerana perintah Allah. Dan Allah menerima amalan orang yang ikhlas niatnya bukannya menyembelih anaknya, tetapi Allah menukarkannya dengan binatang peliharaan yang dimakan dagingnya. Firman Allah:

لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَـٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ ۚ كَذَ‌ٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ ۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ ﴿٣٧﴾ [سورة الحج : ٣٧]

(Maksudnya): Allah tidaklah mencapai daging-daging dan darah-darah (binatang korban itu), tetapi Allah menerima taqwa yang ada pada kamu. Begitulah Allah menjadikan kamu dapat memelihara binatang itu untuk kamu supaya kamu membesarkan Allah (bertakbir memuliakan-Nya) menandakan kesyukuran kerana hidayah-Nya kepada kamu menjadi Islam. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang mengerjakan amalan yang baik.

Hari ini juga kita melihat agama Islam sudah berkembang di seluruh pelusuk dunia, walaupun ajarannya banyak yang ditinggalkan. Kewajipan sekarang ialah beramal dengan semua ajaran Islam dan berjuang bagi menjayakannya.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.
وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ ﴿٨٥﴾ كَيْفَ يَهْدِي اللَّهُ قَوْمًا كَفَرُوا بَعْدَ إِيمَانِهِمْ وَشَهِدُوا أَنَّ الرَّسُولَ حَقٌّ وَجَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ ۚ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ ﴿٨٦﴾ أُولَـٰئِكَ جَزَاؤُهُمْ أَنَّ عَلَيْهِمْ لَعْنَةَ اللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ ﴿٨٧﴾ خَالِدِينَ فِيهَا لَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ الْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنظَرُونَ ﴿٨٨﴾ إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا مِن بَعْدِ ذَ‌ٰلِكَ وَأَصْلَحُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿٨٩﴾ [سورة آل عمران : ٨٩-٨٥]

(Maksudnya): Dan sesiapa yang mencari (atau berpegang) kepada ajaran yang lain daripada Islam nescaya dia tidak akan diterima (oleh Allah) dan di akhirat nanti termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi. Bagaimanakah Allah boleh memberi hidayah kepada orang yang kufur setelah mereka beriman? Dan mereka menyaksikan bahawa rasul yang dilantik itu adalah benar dan membawa keterangan-keterangan yang nyata, dan Allah tidak memberi hidayah kepada orang-orang yang zalim. Mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah, para malaikat dan manusia semuanya. Mereka kekal di dalam laknat (dan siksa) itu dan tidak diringankan azabnya dan tidak diberi perhatian. Melainkan orang-orang yang bertaubat selepasnya dan berbuat baik. Maka sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي الْكِتَابِ وَالسُنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Khutbah Kedua

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ. أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَلَاهُ. أَمَّا بَعْدُ، 
فَيَاعِبَادَ الله، اُوْصِيْكُمْ وَاِيّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَوَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى.

Muslimin dan Muslimat sekalian,

Marilah pada hari raya ini kita merasakan betapa besarnya nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan kepada kita oleh Allah s.a.w. Dan hanya kematian di dalam Iman dan Islam sahaja yang diredhai oleh Allah sebagaimana firman-Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ ﴿١٠٢﴾ [سورة آل عمران : ١٠٢]   

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan kamu di dalam keadaan beragama Islam." 

Pada hari ini juga hendaklah kita ingat betapa besarnya nikmat persaudaraan Islam yang dianjurkan di dalam Islam. Tanda iman seseorang ialah dia kasih kepada saudara seagama dengannya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w :

لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

(Maksudnya): "Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana kasihnya kepada dirinya sendiri."

Sehubungan itu hendaklah lahir di dalam hati setiap orang Islam perasaan sedih terhadap bala bencana dan kesusahan yang menimpa umat Islam di serata dunia. Samada mereka yang ditimpa gempa bumi, dilanda peperangan, kemiskinan dan kebuluran di negara-negara Afrika, dan umat Islam yang sedang dijajah, dizalimi dan dibunuh serta ditindas seperti yang sedang berlaku di Palestin, Mesir, Syria, Iraq, Selatan Thailand, Rohingya dan sebagainya.

Jika tidak mampu membantu mereka dengan wang ringgit dan tenaga, sekurang-kurangnya melalui doa san munajat kepada Allah supaya Allah memberi pertolongan kepada mereka dan membebaskan mereka daripada penderitaan dan kezaliman manusia yang dihadapi mereka.

Muslimin dan Muslimat sekalian,

Pada hari yang mulia dan penuh barakah ini marilah kita membanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w yang telah menyampaikan Islam kepada kita setelah melalui berbagai bentuk jihad dan pengorbanan. Tanda kasih kita kepada baginda dirakamkan melalui ucapan selawat dan salam sebagai mematuhi perintah Allah di dalam Al-Quran:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾ [سورة الأحزاب : ٥٦]

(Maksudnya): "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas Nabi, maka wahai yang orang-orang beriman ucapkan selawat dan salam ke atasnya dengan sesungguh-sungguhnya." 

اللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ ، وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ ، فِي الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ ، وَ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ. رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوْبَنَا وَذُنُوْبَ وَالِدِيْنَا وَارْحمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَرًا. رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الْإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ ، وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِيْنَ ، وَالنِّفَاقَ وَالْمُنَافِقِيْنَ وَالظُّلْمَ وَالظَّالِمِيْنَ. اللهم إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي أَعْدَآئِنَا وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ ، اللهم رُدَّ كَيْدَهُمْ فِي نُحُوْرِهِمْ. اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ.
اللهم انْصُرْ إِخْوِنَنَا الْمُجَاهِدِيْنَ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ فِى فَلَسْطِيْنَ ، وَفِى غَزَّةِ ، وَفِى سُورِيَا ، وَفِى الْعِرَاقِ ، وَفِى كَشْمِيْر ، وَفِى جَنُوْبِ تَايْلَنْد ، وَفِى كُلِّ مَكَانٍ. اللهم قَوِّ عَزَائِمَهُمْ ، وَاجْمَعْ كَلِمَتَهُمْ ، وَثَبِّتْ أَقْدَاهُمْ ، وَانْصُرْهُمْ عَلَى أَعْدِائِهِمْ.
اللهم أَتِ أَنْفُسَنَا تَقْوَاهَا ، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا ، أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا. اللهم أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سُلطان نزرين مُعِزُّالدِّين شاه ابن المرحوم سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّين شاه اَلْمَغْفُور لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ.
اللهم أَصْلِحْ سُلْطَانَنَا ، وَأَئِمَّتَنَا وَوُلاَةَ أُمُوْرِنَا ، وَاجْعَلْ وِلاَيَتِنَا فِى مَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ. رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ. رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّ اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ. وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، وَلِلَّهِ الْحَمدِ.


No comments:

Post a Comment