Thursday, July 27, 2017

KHUTBAH JUMAAT - 4 ZULQAEDAH 1438 / 28 JULAI 2017


PERANAN UMAT ISLAM DALAM ISU PALESTIN

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ ۚ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ. أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، الْبَشِيْرُ النَّذِيْرُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ، وَإِمَامِ الْمُتَّقِيْنَ وَقَائِدِ الدُّعَاةِ الْمُجَاهِدِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَمَنْ سَارَ عَلَى نَهْجِهِ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ. وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah,

Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dan carilah bekalan, sebaik-baik bekalan yakni bagi kehidupan dunia sehingga hari akhirat ialah bertaqwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjaya dan selamatlah orang-orang yang bertaqwa.

Saudaraku muslimin yang dirahmati Allah,

Marilah kita mendengar peringatan dari Allah s.w.t:

وَمَا لَكُمْ لَا تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَـٰذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيًّا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا ﴿٧٥﴾ الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ ۖ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفًا ﴿٧٦﴾ [سورة النساء : ٧٦ - ٧٥]

(Maksudnya): Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)". Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.

Walaupun sebab turun Ayat ini berkait dengan penduduk-penduduk Makkah yang beriman yang tidak berhijrah. Mereka ditindas dengan kejam oleh musuh-musuh Islam yang berkuasa di Makkatul Mukarramah. Mereka merayu kepada Allah s.w.t memohon pertolongan untuk menyelamatkan mereka. Lalu Allah s.w.t menurunkan Ayat-Ayat ini kepada Rasulullah s.a.w.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kita semua mengetahui bahawa kitab suci Al-Quranul Karim bukannya buku cerita atau surat khabar, yang sekadar untuk mendengar kisah dan cerita-cerita di zaman dahulu. Al-Quran adalah petunjuk mukjizat sehingga hari kiamat. Perkara yang disebut di dalam Al-Quran termasuk cerita-cerita dan kisah-kisahnya adalah petunjuk yang berulang sehingga hari kiamat. Termasuk di dalam petunjuk yang kita minta pada tiap-tiap rakaat sembahyang:

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧﴾ [سورة الفاتحة : ٧ - ٦]

(Maksudnya): Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Jalan yang lurus atau betul itu ialah jalan para nabi-nabi, orang-orang yang benar dan ikhlas mengikut nabi, orang-orang yang mati dalam perjuangan yakni para syuhada' bersama dengan nabi dan orang-orang yang soleh. Sementara orang-orang yang dimurkai oleh Allah ialah orang yang tahu benarnya nabi tetapi tidak mengikut ajaran itu.

Allah s.w.t menegaskan Al-Quran adalah petunjuk sehingga hari kiamat:

إِنَّ هَـٰذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا ﴿٩﴾ [سورة الإسراء : ٩]

(Maksudnya): Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.

Saudara kaum muslimin,

Marilah kita menyuluh dengan petunjuk Al-Quranul Karim untuk melihat peristiwa dan perkembangan yang berlaku di hadapan kita. Seluruh dunia menyaksikan bagaimana serangan kejam yang dilakukan oleh negara haram Israel terhadap penduduk Palestin. Palestin adalah tanah suci nabi-nabi 'alaihimus salam yang diamanahkan kepada umat Islam. Pengkhianatan umat Islam terhadap amanah ini menyebabkan Palestin dirampas oleh orang-orang yahudi.

Mereka telah mendirikan negara haram, melakukan kezaliman dan kekejaman, bukan sahaja mereka membunuh nabi-nabi dan rasul-rasul, malah mereka dalah umat yang merosakkan dunia sehingga hari kiamat. Merekalah yang melahirkan berbagai-bagai teori seperti kapitalisme, komunisme, sosialisme dan sebagainya. Mereka juga melahirkan fahaman atheis yang tidak percaya kepada Tuhan, melahirkan golongan hippies yang tidak tahu halal dan haram. Mereka menjadikan manusia seperti binatang.

Hari ini mereka dibiarkan melakukan kezaliman di Palestin. Allah s.w.t tidak mengizinkan sekali-kali mereka melakukan kerosakan di atas muka bumi. Di sana ada jaminan dari Rasulullah s.a.w yang bersabda:

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ يَخْذُلُهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ [رواه الترمذي]

(Maksudnya): Akan tetap ada di kalangan umatku kumpulan yang bangun menyatakan kebenaran, mereka tidak boleh dimudharatkan oleh orang-orang yang menentang mereka sehingga datangnya urusan Allah.

Para sahabat radhiAllahu 'anhum bertanya kepada Rasulullah s.a.w:

مَنْ هُمْ يَا رَسوْلَ الله؟

(Maksudnya): Siapakah mereka itu, ya Rasulullah?

Sabda Rasulullah s.a.w:

هُمْ أَصْحَابُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ وَاَكْنَافُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ.

(Maksudnya): Mereka ialah penduduk Baitul Muqaddis dan di keliling Baitul Muqaddis.

Mereka adalah orang-orang Palestin yang tidak menyerah kalah. Mereka telah menunaikan tanggungjawab dan kewajipan mereka. Bagaimana dengan orang-orang Islam arab dan bukan arab yang berada di keliling mereka? Mereka mengecewakan rakyat Palestin. Mereka tidak membantu dan menolong dengan cara yang sepatutnya sehingga pemimpin-peminpin negara umat Islam tidak berani bercakap dengan tegas. Hanya segelintir daripada umat Islam yang bangkit menyatakan bantahan mereka dalam keadaan tidak mempunyai kemampuan dan kekuatan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Di zaman orang Islam berada di dalam kemuliaan berpegang dengan ajaran Islam, tidak diizinkan sekali-kali walaupun seorang Islam dianiaya. Peristiwa yang berlaku di zaman khalifah Al-Muktasim di bawah Kerajaan Abasiyyah apabila seorang perempuan Islam berniaga di pasar di sebuah negeri yang bukan Islam yang terjatuh menyebabkan pakaiannya terselak, lalu disorak oleh orang-orang yang bukan Islam, dengan rasa malu dia mengatakan:

وَا مُعْتَصِمَاهُ!

(Maksudnya): Wahai Muktasim, tolonglah aku!

Seorang pemuda Islam yang menyaksikan peristiwa itu datang ke Baghdad mengadap Khalifah Muktasim dan melaporkan bagaimana seorang wanita Islam telah dihina di pasar dan menyeru Khalifah. Lalu Khalifah Muktasim bangun dari kerusinya dan berkata:

لَبَّيْكِ يَا أُمَّاهُ!

(Maksudnya): Ya, wahai ibu!

Lalu baginda menggerakkan tenteranya untuk mengajar sebuah negeri yang menghina seorang perempuan Islam itu.

Sidang jamaah yang dikasihi,

Hari ini beribu-ribu rakyat Palestin dibelasah dan diserang. Tidak ada pemerintah-pemerintah Islam terutamanya yang kaya raya yang berada di keliling negara Palestin itu bercakap dan bersuara dengan cara yang berani dan tegas.

Inilah benarnya apa yang disebut oleh Amirul Mukminin 'Umar ibnu Al-Khattab r.a ketika menyaksikan pembukaan Kota Baitul Muqaddis setelah diminta hadir oleh paderi besar Baitul Muqaddis yang mahu menyaksikan Khalifah sendiri melihat bagaimana kota suci Baitul Muqaddis dibebaskan daripada penjajahan Rom Bizantine. Khalifah 'Umar r.a yang datang ke Baitul Muqaddis menyampaikan ucapan kepada umat Islam pada masa itu, antara lainnya menyatakan:

نَحْنُ قَوْمٌ أَعَزَّنَا اللَّهُ بِالْإِسْلَامِ، وَمَهْمَا نَبْتَغِ الْعِزَّةَ بِغَيْرِهِ أَذَلَّنَا اللَّهُ.

(Maksudnya): Kita adalah umat yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan selain dari-Nya nescaya kita menerima penghinaan dari Allah.

Inilah barangkali keadaan yang dihadapi oleh umat Islam pada hari ini. Namun, percayalah bahawa Allah s.w.t tidak akan memadamkan cahaya Islam ini walaupun ramai manusia yang membiarkannya.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ ﴿٨﴾ [سورة ااصف : ٨]

(Maksudnya): Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي الْكِتَابِ وَالسُنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْذِي نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ. وَأَشْهَدُ اَنْ لاَ إِلَــهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى وَالصِّفَاتُ الْعُلَى. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، الرَّحْمَةُ الْمُهْدَاةُ وَالْبَدْرُ الدُّجَىٰ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنِ اهْتَدَىٰ.
أَمَّا بَعْدُ، 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ ﴿١٠٢﴾ [سورة آل عمران : ١٠٢]

(Maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam.

Muslimin sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Marilah kita mengambil kelebihan yang disebut oleh Rasulullah s.a.w ketika baginda kembali dari medan peperangan, singgah berehat di satu lembah dan bersabda, maksudnya:

Di sana ada beberapa golongan manusia sahabat-sahabat kita yang diberi pahala dan kelebihan oleh Allah s.w.t. Mereka tidak bersama dengan kita, mereka berada di sana yang berdoa, hati mereka bersama-sama dengan kita.

Marilah kita yang menjadi umat Islam yang berada dalam keadaan yang lemah ini bersama-sama dengan saudara-saudara kita yang ditindas di seluruh pelusuk dunia seperti di Palestin, di Mesir, di Syria, di Iraq, di Myanmar, di Asia Tengah dan lain-lain. Kita tidak lupa kepada mereka dengan berdoa supaya mereka diselamatkan oleh Allah serta supaya yang berdakwah dan berjuang diberi kemenangan oleh Allah s.w.t. Allah juga memberi kelebihan kepada orang-orang yang bersimpati dengan orang-orang Islam yang melaksanakan tugas mereka dan kedudukan mereka masing-masing.

Selain doa yang berterusan, kita juga mestilah turut memberi sumbangan kewangan bagi membantu saudara-saudara kita yang sedang menerima ujian hebat yang pastinya hidup mereka kini dalam keadaan kesempitan. Dalam masa kita di sini bermewah-mewah dengan hidangan, mereka di sana dihujani dengan peluru-peluru yang disasarkan kepada mereka. Dalam keadaan kita berbelanja dengan tawaran-tawaran hebat untuk kehidupan seharian kita, mereka di sana dikepung hebat oleh rejim-rejim yang zalim.

Mereka sangat-sangat memerlukan bantuan kita untuk kelangsungan hidup mereka. Maka menjadi kewajipan kita untuk membantu mereka sekadar kemampuan yang ada pada kita masing-masing. Hari ini kita lancarkan derma untuk disumbangkan kepada tabung kemanusiaan Ghaza bagi membantu umat Islam di Palestin. Buktikan rasa kebersamaan kita dengan saudara-saudara kita yang ditindas di bumi anbiya' itu dengan sumbangan sebanyak mungkin dari qaryah kita ini.

Saudara kaum muslimin,

Seterusnya kita tidak lupa untuk sentiasa berselawat kepada Rasul yang membawa petunjuk dan rahmat yang berkekalan sehingga hari kiamat, nabi kita Muhammad s.a.w, di mana Allah s.w.t berfirman:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾ [سورة الأحزاب: ٥٦]

(Maksudnya): Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawat dan mengucap salamlah kamu ke atasnya.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيد.
اللَّهُمَّ ارْضَ عَنِ الصَّحَابَةِ أَجْمَعِيْنَ وَالتَّابِعِينَ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ وَالُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِرَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ.
اللّهُمَّ أَعِزَّ الْإِسْلَامَ وَالْمُسْلِمِينَ وَالدُّعَاةُ الْمُجَاهِدِينَ وَالْمَظْلُومِينَ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ. اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا فِى فَلَسْطِينِ وَفِى مِصْرَ وَفِى بِلَادِ الشَّامِ وَفِى سُوْرِيَّا وَفِي كُلِّ مَكَانٍاللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ. لَا سِيَّمَا الْيَهُودَ وَالْمشْرِكِيْنَ وَ الْصِلْبِيِّيْنَ وَالْعِلْمَانِيِّيْنَ. اللّهُمَّ عَلَيْكَ مَنْ ظَلَمَنَا، اللّهُمَّ عَلَيْكَ مَنْ عَادَانَ، اللّهُمَّ عَلَيْكَ مَنْ كَادَنَا. 

اللَّهُمَّ أَصْلِحْ سُلْطَانَنَا السُّلْطَانُ نَزْرِين مُعِزُّالدِين شَاه اِبْنِ المَرْحُوم سلطان أَزْلَن محُِبُّ الدِّين شَاه المغفورله وَكَذَلِكَ راج فرمايسوري فيراق دار الرضوان توانكو زَارَ سَالِم. كَمَا نَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ أَنْ تُصْلِحَ أَئِمَّتَنَا وَوُلَاتَ أُمُوْرِنَا، وَاجْعَلْ وِلَايَتَنَا فِيْمَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.
رَبَّنَا لَا تَدَعْ لَنَا ذَنْبًا اِلَّا غَفَرْتَهُ وَلَا مَرِيضًا اِلَّا شَفَيْتَهُ وَلَا هَمًّا اِلَّا فَرَّجْتَهُ وَلَا دَيْنًا اِلَّا قَضَيْتَهُ وَلَا مَظْلُومًا اِلَّا نَصَرْتَهُ وَلَا حَاجَةً مِنْ حَوَائِجِ الدُّنْيَا وَالْأَخِرَةِ هِىَ لَكَ رِضَا فِيهَا صَلَاحٌ اِلَّا قَضَيْتَهَا وَيَسَّرْتَهَا وَبَارَكْتَهَا يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

اللَّهُمَ حَبِّبْ إِلَيْنَا الْإِيمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوبِنَا، وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ، وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِينَ. اللَّهُمَّ آتِ أَنْفُسَنَا تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا. اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ، وَعِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، وَدَعْوَةٍ لَا يُسْتَجَابُ لَهَا. اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ مُنْكَرَاتِ الْأَخْلَاقِ وَالْأَعْمَالِ وَالْأَهْوَاءِ. وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ وَمِنْ فِتْنَةِ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ. اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ سَخَتِكَ وَالنَّارِ.

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ. رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا. رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ. رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
عِبَادَ اللهِ، اِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. 

Teks asal khutbah ini boleh didapati di sini.

Friday, July 21, 2017

KHUTBAH JUMAAT - 27 SYAWAL 1438 / 21 JULAI 2017


MASJIDIL AQSA TERANCAM LAGI

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ. أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Saya menyeru kepada diri sendiri dan kepada sidang Jumaat sekalian, marilah sama-sama kita perbaiki diri dengan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t yakni dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Sebelum meneruskan khutbah, saya ingin berpesan kepada sidang jamaah sekalian agar menumpukan perhatian dan jangan bercakap-cakap dan melakukan perbuatan sia-sia sewaktu khutbah disampaikan. Mudah-mudahan kita akan beroleh manfaat untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Mimbar Jumaat pada hari ini akan membicarakan tentang; "Masjidil Aqsa Terancam Lagi".

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah sekalian,

Masjidil Aqsa adalah kota suci umat Islam ketiga selepas Makkah dan Madinah. Masjidil Aqsa menyaksikan peristiwa israk Nabi Muhammad s.a.w dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Palestin. Peristiwa penting ini menunjukkan Al-Aqsa mempunyai kaitan yang sangat rapat kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. Namun, sejak Palestin ditawan yahudi zionis yang merancang penempatan semula mereka di seluruh dunia, Al-Aqsa dan penduduknya tidak pernah aman. Penindasan demi penindasan dilakukan mereka terhadap umat Islam yang telah mendiami sekian lama. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Israk Ayat 1:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ﴿١﴾

Bermaksud: "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1947 telah membuat resolusi membahagi Palestin menjadi dua, separuh wilayah Palestin menjadi milik yahudi dan selebihnya milik umat Islam. Setahun kemudian pada 1948 lahirnya negara Israel dan Tel-Aviv menjadi ibu kotanya. Namun tahun demi tahun, khususnya selepas perang Arab-Israel 1967, Israel semakin rakus menduduki wilayah arab Palestin termasuk menguasai Baitul Muqaddis yang terletaknya Masjidil Aqsa di situ. Kejahatan yahudi mula terserlah dan tidak dapat dibendung lagi apabila mereka membakar Al-Aqsa meliputi kawasan puncak Bukit Zaitun yang terdapat kubah besar dikenali sebagai Dome of The Rock yang dibina oleh khalifah Abdul Malik bin Marwan.

Rejim zionis sekali lagi melancarkan provokasi apabila buat pertama kali selepas perang Arab-Israel 1967, kerajaan Israel telah mengarahkan supaya Masjidil Aqsa ditutup daripada mendirikan solat Jumaat pada 14 Julai yang lalu. Alasannya, kerana berlaku serangan terhadap anggota polis Israel di dalam kawasan masjid berkenaan. Seperti biasa, penduduk Palestin terus akan dituduh sebagai dalang keganasan tersebut.

Kini keadaan di sana kian buruk apabila laungan azan dilarang menggunakan pembesar suara dan setiap warga Palestin perlu melalui kawalan ketat tentera zionis untuk masuk ke Masjidil Aqsa bagi menunaikan solat. Menurut penyelaras media Aman Palestin di Ghaza, setiap hari ada sahaja warga Palestin mati ditembak. Mereka mula menuding jari kepada warga Palestin sebagai punca serangan. Hakikatnya inilah rutin kekejaman mereka bagi menekan rakyat di sana.

Provokasi terbaru ini kembali meningkatkan ketegangan antara Israel dan Palestin. Kejadian ini dilihat sebagai salah satu strategi mereka untuk mengubah status quo tempat suci umat Islam yang dikuasai oleh penduduk Islam kepada yahudi. Walaupun kini urus tadbir masjid dilakukan oleh sebuah badan Islam tetapi kawasan di sekitarnya dikuasai secara mutlak oleh Israel. Peristiwa ini berlaku sejurus selepas lawatan presiden Amerika, Syarikat Donald Trump ke Israel. Apakah ini kebetulan? Berdasarkan pengalaman sejak hampir 100 tahun yang lalu, perancangan jahat musuh Islam terhadap Palestin bukanlah kebetulan.

Saudara kaum muslimin,

Sekalipun mungkin sebahagian orang berkata, isunya hanya penutupan Masjidil Aqsa daripada mendirikan sembahyang Jumaat. Tetapi agenda tersiratnya memberi kesan yang amat besar kepada dunia Islam. Hal ini membayangkan satu demi satu tempat keagungan umat Islam dinafikan kepada kita khususnya penduduk asal Palestin. Selangkah demi selangkah hak Palestin terundur, selangkah demi selangkah Israel maju ke depan.

Al-Aqsa juga menyimpan beribu-ribu manuskrip dan artifak yang ternilai dari segi ketamadunan Islam. Tindakan rejim zionis mahu menguasai Al-Aqsa menggambarkan keselamatan barang-barang sejarah tersebut juga berada dalam keadaan sangat terancam. Percubaan pihak zionis menjadikan Al-Aqsa sebagai tempat suci yahudi telah dimulakan sejak sekian lama apabila mereka menggali kawasan bawah masjid itu serta memindahkan tulang sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang disemadikan di situ. Ini suatu penghinaan kepada tempat suci Islam yang dilakukan secara konsisten oleh yahudi. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Maidah Ayat 82:

۞ لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِّلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا ۖ وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُم مَّوَدَّةً لِّلَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَىٰ ۚ ذَ‌ٰلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ ﴿٨٢﴾

Bermaksud: "Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang sangat keras permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yahdi dan orang-orang musyrik dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang sangat dekat kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: Bahawa kami ini orang nasrani yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadah dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong".

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kita tertanya-tanya. di mana Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)? Di mana Liga Arab? Di mana pakatan ketenteraan negara Islam? Di mana suara pemimpin-pemimpin negara Islam yang seringkali nampak megah apabila bertindak terhadap sesama negara Islam? Di mana mereka semua tatkala zionis semakin menekan bumi Palestin? Berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Tsauban r.a sabda Nabi Muhammad s.a.w:

يُوشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزَعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمْ الْوَهْنَ فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهْنُ قَالَ حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ

Bermaksud: "Akan hampir seluruh umat manusia menyeru kamu sebagaimana diseru makan ke bekasnya. Maka seorang berkata: Dan adakah disebabkan jumlah kami pada waktu itu menjadi sedikit? Jawab baginda: Bahkan jumlah kamu pada hari itu begitu ramai tetapi kamu seperti buih seumpama buih air banjir. Dan akan dicabutkan dari sanubari musuh kamu perasaan kagum terhadap kehebatanmu di samping Allah mencampakkan penyakit wahan ke dalam hati kamu. Maka seorang berkata: Wahai Rasulullah! Apakah penyakit wahan itu? Lalu sabda baginda: Cinta Dunia dan Benci Mati". (Hadits riwayat Imam Abu Daud)

Kita melihat seringkali OIC mengambil pendekatan retorik, bersuara ala kadar dan sangat tidak bermaya. Malah sudah beberpa kali apabila berlaku sesuatu terhadap dunia Islam seperti di Rohingya, Syria mahupun Palestin, badan tersebut dilihat sangat tidak proaktif, tidak setaraf dengan kedudukannya sebagai badan dunia kedua selepas PBB.

Sebenarnya sejarah awal penubuhan OIC adalah untuk menyelamatkan Al-Aqsa yang dibakar yahudi pada 21 Ogos 1969. Penubuhan OIC adalah bukti tindakan proaktif pemimpin-pemimpin negara Islam ketika itu untuk menyelamatkan Al-Aqsa. Hasilnya pada 25 September 1969, 57 ketua negara Islam berpakat menubuhkan OIC iaitu persidangan negara-negara Islam yang sekarang dikenali Pertubuhan Kerjasama Islam. Ini bermakna agenda melindungi Al-Aqsa daripada dicemari oleh rejim zionis mesti menjadi keutamaan OIC. Lebih malang lagi, pihak yang dipertanggung jawabkan untuk memelihara kepentingan umat Islam sejagat termasuk Palestin seringkali hanya menanda tangani perjanjian demi perjanjian dengan yahudi yang kemudiannya berterusan dicabuli. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Anfal Ayat 56:

الَّذِينَ عَاهَدتَّ مِنْهُمْ ثُمَّ يَنقُضُونَ عَهْدَهُمْ فِي كُلِّ مَرَّةٍ وَهُمْ لَا يَتَّقُونَ ﴿٥٦﴾

Bermaksud: "Orang-orang yang engkau telah mengikat perjanjian setia dengan mereka, kemudian mereka mencabuli perjanjian setianya pada tiap-tiap kali, sedang mereka tidak mahu memelihara dirinya (dari keaiban mencabuli penjanjian itu)".

Kaum muslimin yang dimuliakan,

Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Hajj Ayat 40:

الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِم بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَن يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ ۗ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا ۗ وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ﴿٤٠﴾

Bermaksud: "Mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: Tuhan kami ialah Allah dan kalaulah Allah tidak mendorong sebahagian manusia menentang pencerobohan sebahagian yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum nasrani) dan tempat-tempat sembahyang (kaum yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya (agama Islam). Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Kuasa".

Usaha menyelamatkan Al-Aqsa daripada jatuh ke tangan yahudi bukan sahaja tanggung jawab rakyat Palestin tetapi seluruh pemimpin-pemimpin negara Islam terutamanya negara arab dan OIC. Tidak cukup hanya dengan membuat sidang akhbar mengecam kekejaman zionis terhadap Palestin. Tidak cukup jika mereka hanya menulis dua tiga baris kutukan di Facebook mahupun Twitter. Mereka perlu bertanggung jawab di hadapan Allah, Tuhan penguasa hari akhirat.

Sidang Jumaat sekalian,

Sikap berdiam diri pemimpin-pemimpin negara Islam adalah sesuatu yang amat dikesali. Sekiranya mereka berterusan dalam bertoleransi dengan provokasi ini, agenda yahudi untuk menawan sepenuhnya tempat suci ketiga umat Islam itu akan menjadi kenyataan. Di suatu sudut yang lain I.S yang selama ini memayungi Israel untuk mengekalkan kuasa di Asia Barat berjaya mengalih perhatian dunia dengan propaganda kewujudan negara Islam (I.S) disempadan Syria dan Iraq. Kekejaman rejim zionis menyerang orang awam di Ghaza tenggelam dengan limpahan berita oleh agensi berita barat tentang kekejaman I.S. Ini muslihat untuk mengalih perhatian dunia.

Di pihak yahudi pula, sama ada Netanyahu atau rejim zionis setakat ini masing-masing berdolak dalik dan menafikan percubaan untuk menukar status quo Masjidil Aqsa menjadi tempat suci yahudi. Penutupan itu tidak mempunyai alasan yang munasabah kecuali membiarkan isyarat bahawa kedudukan Al-Aqsa kini dalam penguasaan Israel.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيْرًا كَمَا أَمَرَ.  أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدِيْنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلــِهِ وَأَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ. فَقَالَ اللهُ تَعَالَى:
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾

Bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w), wahai orang-orang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucaplah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya". (Surah Al-Ahzab Ayat 56)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. 

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,

Sesungguhnya negara Palestin adalah kepunyaan umat Islam. Jatuh bangunnya negara ini sewajarnya menjadi persoalan utama setiap umat Islam. Firman Allah s.w.t dalam Muhammad Ayat 7:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ ﴿٧﴾

Bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu".

Bantulah agama Allah dengan mengambil peranan masing-masing. Kepada yang berkuasa, gunakanlah kesempatan anugerah kekuasaan sebagai usaha menyelamatkan nasib umat Islam yang tertindas. Kepada yang berkemampuan, teruskanlah menghulurkan bantuan. Kepada yang lain, teruskan berdoa agar Allah segera memberi bantuan-Nya dan mengembalikan hak umat Islam di bumi Palestin.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mimbar menyeru kepada sidang Jumaat sekalian, marilah sama-sama kita merebut peluang yang ada bagi memakmurkan rumah-rumah Allah dengan melakukan ibadah dan amal soleh secara istiqamah terutama solat fardhu berjamaah serta mendidik hati kita berasa risau dan resah apabila berjauhan dengan masjid. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang mendapat perlindungan Allah s.w.t di hari kiamat kelak seperti mana sabda Rasulullah s.a.w:

وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ

Bermaksud: "Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid". (Hadits riwayat Imam Al-Bukhari)

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ.
اللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ وَالْمُسْتَضْعَفِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِي بِلَادِنَا هَذَا وَفِي الْعِرَاقِ وفِي سُوْرِيَا وَخُصُوْصًا فِي فَلَسْطِينِ وَفِي كُلِّ مَكَانٍ وَفِي كُلِّ زَمَانٍ، اللَّهُمَّ قَوِّ عَزَائِمَهُمْ وَاجْمَعْ كَلِمَتَهُمْ، اللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ.
اللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ، اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَقِلَّ عَدَدَهُمْ وَسِلاحَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ، يا اللهُ، يَا اللهُ، يَا اللهُ، يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ، اللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ.

Ya Allah, ampunilah seluruh kaum muslimin dan muslimat serta berilah rasa tanggungjawab dalam diri kami ini untuk melaksanakan perintah-Mu dan berikanlah kebencian kepada kami terhadap larangan-Mu. Ya Allah, didikkanlah diri kami ini untuk mendirikan solat fardhu secara berjamaah, mengeluarkan zakat dan bersifat dengan sifat-sifat mahmudah yang lain. Kurniakanlah kepada kami nikmat yang berpanjangan , kesihatan yang berkekalan, hati yang khusyuk serta penuh keikhlasan dalam melakukan amal kebaikan.

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata sekalian.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، اِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. 

Thursday, July 13, 2017

KHUTBAH JUMAAT - 20 SYAWAL 1438 / 14 JULAI 2017


ISLAM DISERANG, DI MANAKAH KITA?

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا لِلْإِسْلَامِ، عَلَيْنَا الشُّكْرُ بِبَعْثَةِ خَيْرِ الْأَنَامِ، نَبِيِّنَا وَحَبِيْبِنَا مُحَمَّدٍ صّلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، نَحْمَدُهُ تَعَالَى وَنَشْكُرُهُ حَيْثُ أَكْمَلَ لَنَا الدِّيْنِ، وَأَتَمَّ عَلَيْنَا النِّعَمَ، وَرَضِيَ لَنَا دِيْنًا.
أَشْهَدُ اَنْ لاَ إِلَــهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ، أَمَرَنَا بِاتِّبَاعِ صِرَاطِهِ الْمُسْتَقِيْمِ، وَحَذَّرَنَا مِنْ طُرُقِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ، وَالضَّالِّيْنَ وَغَيْرِهِمْ مِنَ الْمُنْحَرِفِيْنَ عَنِ الْهُدَى الْمُسْتَقِيْمِ، وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، وَتَرَكَ النَّاسَ عَلَى الْمَنْهَجِ الْقَوِيْمِ.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِيْنَ عَلَى نَهْجِهِمْ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ، وَسَلِّمْ تَسْلِيْمًا كَثِيْرًا.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Saya menyeru kepada diri sendiri dan kepada sidang Jumaat sekalian, marilah sama-sama kita perbaiki diri dengan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t yakni dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Sebelum meneruskan khutbah, saya ingin berpesan kepada sidang jamaah sekalian agar menumpukan perhatian dan jangan bercakap-cakap dan melakukan perbuatan sia-sia sewaktu khutbah disampaikan. Mudah-mudahan kita akan beroleh manfaat untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Mimbar Jumaat pada hari ini akan membicarakan tentang; "Islam Diserang, Di Manakah Kita?"

قَالَ اللهُ تَعَالَى فِى كِتَابِهِ الْعَزِيزِ:
الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُم مِّن بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمُنكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ ۚ نَسُوا اللَّهَ فَنَسِيَهُمْ ۗ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ ﴿٦٧﴾

Bermaksud: "Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain. Mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat dan melarang daripada perbuatan yang baik dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil dan kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah Allah) dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik".

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah sekalian,

Islam adalah agama kebenaran. Islam menyeru menyembah Tuhan yang Satu dan melarang keras menyekutukan-Nya dengan sesuatu. Islam menetapkan kebenaran menerusi syariat yang di bawa oleh para nabi. Syariat umat akhir zaman adalah syariat Nabi Muhammad s.a.w berdasarkan peninggalan baginda iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Atas kebenaran ini, maka tidak hairan Islam dimusuhi sejak zaman berzaman. Permusuhan ini semakin ketara apabila diutuskan rasul terakhir kepada umat daripada kalangan bangsa arab. Apatah lagi, dengan membawa ajaran yang menyalahi kehendak nafsu dan syaitan. Antara golongan yang kuat menentang baginda adalah kafir yang terdiri daripada yahudi dan nasrani serta musyrikin. Tidak kurang juga golongan yang memusuhi Islam ibarat api dalam sekam iaitu golongan munafik yang menzahirkan keimanan dengan menyembunyikan kesyirikan.

Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Baqarah Ayat 8:

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ ﴿٨﴾

Bermaksud: "Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat, padahal mereka sebenarnya tidak beriman".

Saudara kaum muslimin,

Kedua-dua golongan ini berterusan memusuhi Islam dengan menjalankan tipu daya untuk memadamkan syiar Islam. Pelbagai rancangan dijalankan seperti menimbulkan fitnah dan meniupkan api perbalahan sesama muslim. Mereka juga mengangkat senjata, berperang untuk menghancurkan Islam dengan kekerasan. Tidak kurang yang menjajah dan merampas negara Islam demi menyebarkan dakyah agama mereka.

Kini mereka menggunakan rancangan baru yang lebih licik iaitu serangan pemikiran. Melalui strategi ini, mereka menimbulkan kesangsian terhadap para ulamak terdahulu. Mereka mengaburi masyarakat muslim dengan amalan-amalan yang bercanggah dengan syariat Islam namun diputar belit oleh tafsiran Al-Quran dan Hadist yang salah. Pendapat-pendapat ulamak yang lebih berkeahlian ditolak, dianggap jumud dan tidak sesuai dengan arus perdana. Malah mereka tanpa segan silu menyalahgunakan tafsiran ayat suci Al-Quran Surah Al-Baqarah Ayat 256:

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ ... ﴿٢٥٦﴾

Bermaksud: "Tiada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)".

Sidang jamaah yang berbahagia,

Mereka menggunakan ayat tersebut sebagai modal taruhan bagi mengelirukan umat Islam bahawa tiada paksaan kepada muslim untuk menentukan agamanya mahupun beramal atau tidak dengan ajaran Islam. Seolah-olah Allah memberi kebebasan mutlak kepada manusia untuk membuat keputusan.

Sedangkan maksud ayat tiada paksaan di dalam agama adalah umat Islam tidak boleh memaksa orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam. Tidak sama sekali bermaksud memberi kebebasan kepada orang Islam dibiarkan hidup bebas tanpa dibatasi hukum syarak! Dan tidak sama sekali bermaksud membiarkan umat Islam melakukan jenayah riddah dan menjadi murtad serta membuang agama daripada kehidupan. Persepsi tiada paksaan dalam agama tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalalkan aktiviti-aktiviti jahat memurtadkan umat Islam.

Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nisa' Ayat 138-139:

بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا ﴿١٣٨﴾ الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَيَبْتَغُونَ عِندَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا ﴿١٣٩﴾

Bermaksud: "Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik; bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab siksa yang tidak terperi sakitnya. Iaitu orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kemuliaan itu semuanya adalah milik Allah".

Kaum muslimin yang dimuliakan,

Sangat malang ketika umat Islam diserang dari segenap sudut kehidupan, terutama serangan pemikiran. Ada di antara umat Islam sendiri yang kehilangan jalan ke arah taqwa demi mendapat sokongan golongan kafir dan munafik. Mereka sanggup membuat pendirian yang keliru lagi mengelirukan.

Akhir-akhir ini kita dihangatkan dengan isu memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan dalam kalangan umat Islam. Mereka mengelirukan umat Islam dengan isu menyentuh anjing yang menjadi khilaf dalam kalangan ulamak mazhab sedangkan isu sebenar yang mereka zahirkan adalah galakan memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan dalam rumah. Ulamak bersepakat hukum memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan adalam haram dan tiada khilaf.

Hanya dibenarkan bagi tujuan pemburuan, keselamatan dan seumpamanya. Perbuatan golongan ini dengan sengaja ingin mengelirukan umat Islam dengan meninggalkan pendapat ulamak yang berautoriti bahkan mempopularkan kebebasan memberi pendapat.

Daripada Abu Sa'id r.a bahawa baginda s.a.w bersabda:

لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ مَنْ قَبْلَكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ سَلَكُوا جُحْرَ ضَبٍّ لَسَلَكْتُمُوهُ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَنْ

Bermaksud: "Kalian pasti akan mengikuti kebiasaan-kebiasaan orang sebelum kalian, sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sehingga seandainya mereka menempuh (masuk) ke dalam lubang biawak, kalian pasti akan mengikutinya. Kami bertanya; Wahai Rasulullah, apakah yang baginda maksudkan (ialah) yahudi dan nasrani? Baginda menjawab; Siapa lagi (kalau bukan) mereka." (Hadist riwayat Al-Bukhari)

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,

Apabila ada usaha-usaha untuk menyedarkan umat Islam tentang bahaya yang sedang mengancam aqidah dan syariat mereka daripada golongan ini, maka muncul sebahagian umat Islam yang mempertahankan mereka. Misalnya golongan evangelis yang ingin mendakyah berita gembira kelahiran kerajaan tuhan versi kristian pelampau mereka kepada masyarakat Islam. Padahal sedemikian jelas bertentangan dengan sistem kenegaraan dan undang-undang negara kita yang mengangkat Islam sebagai agama persekutuan.

Sekali lagi sebilangan umat Islam sendiri terhegeh-hegeh tanpa segan dan silu mempertahankan dakyah mereka atas nama kebebasan beragama. Hakikatnya, ianya merupakan propaganda meraih sokongan bukan Islam demi kepentingan mereka sendiri walaupun dengan menggadai prinsip agama dan negara.

Jangan kita yang masih mengaku umat Nabi Muhammad s.a.w sampai menjadi boneka menghancurkan agama dan umat akibat nafsu yang mengatasi akal dan emosi yang melanggar hukum agama dan undang-undang negara. Dan janganlah biarkan emosi dan fantasi mengatasi akal dan hukum sehingga agama dan umat menjadi habuan mudah dan murah kepada golongan yang pandai berpura-pura dan bermain kata-kata demi mencapai agenda jahat mereka walaupun terpaksa memanipulasikan persepsi dan menjaja hipokrasi.

Ingatlah pesan Allah s.w.t di dalam Surah As-Syura Ayat 13:

۞ شَرَعَ لَكُم مِّنَ الدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰ ۖ أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ ۚ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ ۚ اللَّهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَن يُنِيبُ ﴿١٣﴾

Bermaksud: "Allah telah menerangkan kepada kamu di antara perkara-perkara agama yang Dia tetapkan hukum-Nya apa yang telah diperintahkan-Nya kepada Nabi Nuh dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa iaitu: Tegakkanlah pendirian agama dan janganlah kamu berpecah-belah atau berselisihan pada dasarnya. Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima agama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendaki-Nya untuk menerima agama tauhid itu dan memberi hidayah petunjuk kepada agama-Nya itu sesiapa yang rujuk kembali kepada-Nya (dengan taat)".

Saudara muslimin yang dirahmati Allah,

Inilah perintah Allah supaya kita mendaulatkan dan menegakkan agama dengan menjaga tauhid dan aqidah, mengangkat dan melaksanakan hukum hakam syarak dan janganlah kita berpecah belah di dalam menegakkan agama ini sehingga sanggup berpaling tadah dan khianat kepada agama dan umat semata-mata kerana kemenangan palsu dan kesenangan menipu yang sementara yang tidak mampu di bawa ke akhirat.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيْرًا كَمَا أَمَرَ.  أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدِيْنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلــِهِ وَأَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ. فَقَالَ اللهُ تَعَالَى:
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾

Bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w), wahai orang-orang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucaplah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya". (Surah Al-Ahzab Ayat 56)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. 

Saudara kaum muslimin,

Sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin mengajak sidang Jumaat sekalian untuk menghayati intipati khutbah yang disampaikan sebagai pedoman di dalam kehidupan kita:

Pertama: Umat Islam wajib bangkit daripada kelalaian dan keluar daripada kejahilan.

Kedua: Tinggalkanlah sikap mementingkan diri dan kelompok (firqah) sendiri sehingga sanggup meruntuhkan asas ketaqwaan iaitu aqidah yang benar dan membenihkan rasa takut kepada Allah.

Ketiga: Berpegang teguhlah dengan Al-Quran dan Hadits berpandukan para alim ulamak yang lebih layak menunjukkan ke jalan kebenaran. Tinggalkanlah pendapat-pendapat songsang daripada golongan yang berpandukan hawa nafsu.

Keempat: Pertahankan institusi agama yang sering ditohmah demi kelangsungan memelihara kesucian agama Islam sebagai agama persekutuan.

Kelima: Berhati-hati dengan dakyah dan ideologi-ideologi agama lain yang berusaha memurtadkan umat Islam serta melenyapkan Islam sebagai agama negara.

Keenam: Peliharalah kedaulatan negara daripada ancaman musuh-musuh dari dalam mahupun luar dengan memperkasakan undang-undang mengikut tafsiran syarak.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mimbar menyeru kepada sidang Jumaat sekalian, marilah sama-sama kita merebut peluang yang ada bagi memakmurkan rumah-rumah Allah dengan melakukan ibadah dan amal soleh secara istiqamah terutama solat fardhu berjamaah serta mendidik hati kita berasa risau dan resah apabila berjauhan dengan masjid. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang mendapat perlindungan Allah s.w.t di hari kiamat kelak seperti mana sabda Rasulullah s.a.w:

وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ

Bermaksud: "Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid". (Hadits riwayat Imam Al-Bukhari)

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ.
اللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ،  اللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِي كُلِّ مَكَانٍ وَفِي كُلِّ زَمَانٍ.  

Ya Allah, ampunilah seluruh kaum muslimin dan muslimat serta berilah rasa tanggungjawab dalam diri kami ini untuk melaksanakan perintah-Mu dan berikanlah kebencian kepada kami terhadap larangan-Mu. Ya Allah, didikkanlah diri kami ini untuk mendirikan solat fardhu secara berjamaah, mengeluarkan zakat dan bersifat dengan sifat-sifat mahmudah yang lain. Kurniakanlah kepada kami nikmat yang berpanjangan , kesihatan yang berkekalan, hati yang khusyuk serta penuh keikhlasan dalam melakukan amal kebaikan.

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata sekalian.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، اِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. 

Thursday, July 6, 2017

KHUTBAH JUMAAT - 13 SYAWAL 1438 / 7 JULAI 2017


SYAWAL CITRA FITRAH INSANI

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي مَنَّ عَلَيْنَا بِالصِّيَامِ وَالقِيَامِ، وَبِإِدْرَاكِ أَشْهُرِ الْحَجِّ إِلَى بَيْتِ اللهِ الْحَرَامِ، وَنَسْأَلَهُ سُبْحَانَهُ الْقَبُوْلُ وَالْفَوْزُ بِالْجِنَانِ، وَالسَّلَامَةِ مِنَ النِّرَانِ. أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ خَيْرَ مَنْ صَلَّى وَصَامَ وَأَنَابَ إِلَى اللهِ وَتَابَ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ
أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan kepada sidang Jumaat sekalian, marilah sama-sama kita perbaiki diri dengan meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t yakni dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Sebelum meneruskan khutbah, saya ingin berpesan kepada sidang jamaah sekalian agar menumpukan perhatian dan jangan bercakap-cakap sewaktu khutbah disampaikan. Mudah-mudahan kita akan beroleh manfaat untuk kebaikan di dunia dan di akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan telah pun meninggalkan kita. Sesungguhnya Ramadhan akan menjadi saksi yang membela kalangan mereka yang bersungguh-sungguh mengerjakan ketaatan kepada Allah s.w.t atau sebaliknya menjadi saksi yang akan menghina mereka yang memandang remeh terhadapnya.

Sewaktu zaman generasi sahabat radhiAllahu 'anhum, saat mana Ramadhan akan meninggalkan mereka hati mereka merasa sangat sedih kerana bimbang yang amalan mereka di bulan Ramadhan dahulu tidak diterima oleh Allah s.w.t. Oleh yang demikian, mereka segera menumpukan perhatian dalam menyempurnakan dan menekuni amalan sebagaimana yang dilakukan dalam bulan Ramadhan agar amalan mereka diterima.

Jelasnya, mereka bukanlah golongan yang merasa puas dengan amalan yang telah dilakukan dan mereka tidaklah termasuk dalam golongan yang tertipu akan pelbagai amalan yang telah dilakukan. Akan tetapi mereka adalah kaum yang sentiasa merasa bimbang dan takut bahawa amalan yang telah mereka lakukan ditolak oleh Allah s.w.t kerana adanya kekurangan. Demikianlah sifat seorang mukmin yang mukhlis dalam beribadah kepada Tuahnnya. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Mukminun Ayat 60:

وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوا وَّقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ أَنَّهُمْ إِلَىٰ رَبِّهِمْ رَاجِعُونَ ﴿٦٠﴾

Bermaksud: "Dan orang yang memberi apa yang mereka berikan sedangkan hati mereka gerun gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka".

Sidang jamaah yang dimuliakan,

Namun persoalannya, apakah sebenarnya yang kita raikan dengan ketibaan Syawal ini? Ya, sesungguhnya yang kita raikan dengan ketibaan 1 Syawal itu adalah disebabkan kembalinya fitrah kehidupan kita atas dasar syariat Islam. Jelasnya, 'Eidul Fitri itu adalah anugerah terbesar pemberian Allah s.w.t iaitu agama Islam. Agama yang telah memuliakan kita, memberi harga diri kepada kita dan yang telah memelihara martabat kemanusiaan kita. Firman Allah s.w.t dalam Surah At-Taubah Ayat 33:

هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ ﴿٣٣﴾

Bermaksud: "Dialah yang telah mengutus rasul-Nya (Muhammad s.a.w) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam) untuk dimenangkan dan ditinggikan atas segala agama yang lain, walaupun orang musyrik tidak menyukainya".

Kehidupan kita menjadi sempurna disebabkan Islam satu-satunya agama yang benar dan diredhai Allah s.w.t sebagai jalan hidup. Maka pada saat kita menyambut dan meraikan kehadiran Syawal ini, kesedaran inilah yang kita raikan dan wajar bagi kita untuk memperbanyakkan pujian kepada Allah s.w.t di atas nikmat ini.

Menerusi didikan madrasah Ramadhan, kita telah membuktikan kecintaan kita kepada Islam daripada menjadi hamba kepada dunia, nafsu dan harta benda. Walaupun ada kalanya kita diserang dengan pelbagai persepsi ganas oleh musuh-musuh Islam. Namun, ini tidak mampu melemahkan kita bahkan menjadikan kita lebih gigih dan cekal untuk terus bertahan walaupun diasak dari segenap sudut.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Apa yang kita capai saat ini, sebenarnya dijana menerusi ibadah puasa yang telah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh selama sebulan. Namun begitu, kita tidak seharusnya lupa untuk menilai sejauh manakah kita telah mengisi Ramadhan yang telah berlalu pergi. Adakah ibadah kita cukup meraih keampunan Allah atau berhasil mencapai gred nilai taqwa tertinggi sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t?

Hanya diri kita sahaja mampu untuk menjawabnya. Kita lebih mengetahui usaha dan nilai puasa yang kita lakukan. Beruntung dan bergembiralah mereka yang telah bersusah payah beramal untuk meraih keampunan dan keredhaan Allah serta dukacita dan rugilah mereka yang lalai dan leka sepanjang Ramadhan. Jika Ramadhan yang berlalu pergi itu tidak mampu memperbaiki dan meningkatkan kualiti diri kita, maka pada bulan dan ketika di manakah lagi yang boleh menjadi pendorong yang dapat mengubah diri kita ini?

Setiap orang Islam hendaklah beramal dengan mengharapkan keredhaan Allah s.w.t dan diterima amalan oleh-Nya, ini bermakna segala amalan yang dilakukannya adalah betul menurut apa yang diredhai Allah s.w.t. Antara tanda-tanda sesuatu amalan itu diterima adalah:

Pertama: Menjadi lebih taat dan patuh kepada Allah s.w.t secara berkekalan, malah mampu mengubah diri menjadi manusia yang lebih baik dan berkualiti.

Kedua: Wujudnya dorongan untuk melakukan ketaatan yang tidak pernah terhenti. Ini merupakan rahmat Allah dan kelebihan yang dikurniakan kepada hamba-Nya yang melakukan kebaikan dengan ikhlas serta menjadi dalil keredhaan Allah s.w.t.

Ketiga: Melakukan amal soleh dengan penuh keimanan dan tidak mensyirikkan Allah s.w.t.

Keempat: Sentiasa bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Di mana faedahnya kembali kepada dirinya sendiri.

Kelima: Terpancar kemuliaan akhlak, mempunyai hubungan baik sesama manusia dan merasai dirinya dalam perhatian Allah s.w.t.

Jelasnya, segala amalan ketaatan yang dilakukan merupakan satu alat dalam proses penyucian jiwa di mana semakin banyak dilakukan, maka semakin bertambah ilmu, amal dan hidayah daripada Allah s.w.t.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sememangnya kita mengharapkan Ramadhan yang lalu telah pun melahirkan benih taqwa agar kita sentiasa berada di atas petunjuk kebenaran dan meraih kejayaan di sisi Allah s.w.t. Oleh itu, mimbar ingin mengingatkan bahawa kehadiran Syawal bukan bertujuan untuk kita bermegah dengan pencapaian keduniaan dan kebendaan. Apa yang paling penting ialah kita beroleh taqwa yang menjadi jaminan keselamatan untuk kita sama ada di dunia mahupun akhirat.

Di kesempatan ini, mimbar menyeru sidang jamaah sekalian untuk bersama-sama melakukan puasa sunat enam hari di bulan Syawal sebagaimana yang digalakkan oleh baginda Rasulullah s.w.t sebagai tanda kesyukuran kepada Allah s.w.t dan mengikuti sunnahnya. Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abi Aiyub Al-Anshari r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Bermaksud: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari di bulan Syawal akan memperoleh pahala seperti puasa setahun".

Saudara kaum muslimin,

Sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin mengajak sidang Jumaat sekalian untuk menghayati intipati khutbah yang disampaikan sebagai pedoman di dalam kehidupan kita, antaranya:

1. Ramadhan akan menjadi saksi yang membela golongan yang bersungguh-sungguh berpuasa dengan penuh keimanan mengerjakan ketaan kepada Allah s.w.t.

2. Ketibaan Syawal adalah lambang kembalinya fitrah kehidupan manusia di atas dasar syariat Islam.

3. Allah menerima amalan hamba-Nya yang dilakukan penuh keimanan, ketaatan, keikhlasan, berkekalan dan menambahkan mereka dengan ilmu, amal dan hidayah daripada Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t dalam Surah Fushsilat Ayat 30:

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ ﴿٣٠﴾

Bermaksud: "Sesungguhnya orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata; Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari masa ke semasa (dengan memberi ilham); Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan hanganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu".

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيْرًا كَمَا أَمَرَ.  أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدِيْنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلــِهِ وَأَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ. فَقَالَ اللهُ تَعَالَى:
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾

Bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w), wahai orang-orang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucaplah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya". (Surah Al-Ahzab Ayat 56)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mimbar menyeru kepada sidang Jumaat sekalian, marilah sama-sama kita merebut peluang yang ada bagi memakmurkan rumah-rumah Allah dengan melakukan ibadah dan amal soleh secara istiqamah terutama solat fardhu berjamaah serta mendidik hati kita berasa risau dan resah apabila berjauhan dengan masjid. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang mendapat perlindungan Allah s.w.t di hari kiamat kelak seperti mana sabda Rasulullah s.a.w:

وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ

Bermaksud: "Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid". (Hadits riwayat Imam Al-Bukhari)

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ.
اللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ،  اللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِي كُلِّ مَكَانٍ وَفِي كُلِّ زَمَانٍ.  

Ya Allah, ampunilah seluruh kaum muslimin dan muslimat serta berilah rasa tanggungjawab dalam diri kami ini untuk melaksanakan perintah-Mu dan berikanlah kebencian kepada kami terhadap larangan-Mu. Ya Allah, didikkanlah diri kami ini untuk mendirikan solat fardhu secara berjamaah, mengeluarkan zakat dan bersifat dengan sifat-sifat mahmudah yang lain. Kurniakanlah kepada kami nikmat yang berpanjangan , kesihatan yang berkekalan, hati yang khusyuk serta penuh keikhlasan dalam melakukan amal kebaikan.

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata sekalian.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، اِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.