bersama kepimpinan ulamak




Ucapan Ramadhan Al-Mubarak Dari Dewan Ulamak PAS Negeri Perak




Friday, March 31, 2017

KHUTBAH JUMAAT TUAN GURU PRESIDEN PAS - 3 RAJAB 1438 / 31 MAC 2017


USAHA KEMBALI KEPADA SYARI'AT ALLAH

Khutbah Pertama

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ ٱلْكِتَٰبَ لِيَكُونَ لِلْعَٰلَمِينَ نَذِيرًا. أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحْدَهُۥ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، الْبَدْرُ الدُّجَى وَالسِّرَاجُ الْمُنِيرِ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ، نَبِيِّ ٱلرَّحْمَةِ وَشَفِيعِ الْأُمَّةِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُۥ وَنَصَرَهُ وَوَالَاهُ.
أَمَّا بَعْدُ:
فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Carilah bekalan (bagi kehidupan dunia sehingga akhirat), maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah bertaqwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjaya dan selamatlah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita mendengar petunjuk Allah s.w.t untuk menjadi orang-orang yang bertaqwa.

ذَ‌ٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ ﴿٢﴾ [سورة البقرة : ٢]


(Maksudnya): Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.

Ini menunjukkan bahawa Al-Quranul Karim bukan sahaja petunjuk yang benar, betul dan adil bagi menyelesaikan masalah manusia daripada dunia sehingga hari akhirat, bahkan tidak ada yang boleh menandinginya, sama ada dalam perkara agama atau perkara dunia. Firman Allah Ta'ala:

إِنَّ هَـٰذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا ﴿٩﴾ [سورة الإسراء : ٩ ]

(Maksudnya): Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. 
   
Kita menyaksikan dunia pada hari ini menghadapi masalah-masalah yang banyak seperti masalah politik, masalah ekonomi dan masalah akhlak yang melanda masyarakat laksana banjir yang tidak boleh ditahan. Puncanya kerana meninggalkan petunjuk Allah s.w.t. Allah s.w.t yang menjadikan seluruh alam yang kita puji pada tiap-tiap raka'at sembahyang:

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ  (Segala puji bagi Allah Tuhan yang mentadbir seluruh alam ini)

)Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang) الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ   

Rahmat-Nya yang tidak terhingga melimpah ruah kepada seluruh alam ini termasuk manusia. Segala hukum dan petunjuk yang ada di dalam Al-Quran adalah rahmat daripada Allah s.w.t. Hanya orang-orang yang bertaqwa kepada Allah s.w.t sahaja kembali kepada Al-Quran dan menerima Al-Quran sebagai petunjuk.

Kita menyaksikan setelah umat Islam dilanda oleh ajaran-ajaran yang berkait dengan kehidupan mereka dibawa masuk oleh penjajah. Walaupun penjajah asing sudah pulang ke negara mereka meninggalkan umat Islam menjadi bangsa yang merdeka, tetapi mereka meninggalkan undang-undang, peraturan dan cara hidup mereka.

Apabila umat Islam menerima pesaka penjajah ini dan meninggalkan petunjuk Al-Quranul Karim, menyebabkan timbul masalah kepada mereka. Dunia yang serba moden ini mendapat maklumat yang mudah dari seluruh pelusuk dunia. Disaksikan kegagalan berlaku di seluruh pelusuk dunia, tersebarnya maksiat dan jenayah serta berbagai-bagai masalah melanda kehidupan manusia, termasuk di negara yang paling kaya dan paling maju dengan serba serbi kemudahan dapat diadakan, tetapi mengalami masalah yang lebih dahsyat daripada negara-negara yang mundur. Puncanya meninggalkan petunjuk Allah s.w.t.

Di masa mutaakhir ini terdapat kesedaran dalam kalangan umat Islam untuk kembali semula kepada Islam dan mahu menyaksikan syari'at Islam dilaksanakan. Walaupun masih ada kepungan-kepungan dan sekatan-sekatan, mereka berusaha untuk memecahkan kepungan dan sekatan itu bagi membolehkan syari'at Allah s.w.t dilaksanakan.

Di antaranya usaha meminda perlembagaan yang boleh dipinda, iaitu Akta 355 bagi mengangkat Mahkamah Syari'ah bagi membolehkan syari'at Islam diperkenalkan dengan kadar yang terhad mengikut bidang kuasa yang ada. Ia disokong oleh seluruh kumpulan umat Islam yang berbeza fahaman politik, latarbelakang pendidikan sama ada yang berpendidikan agama atau berpendidikan barat. Mereka mahu menyaksikan syari'at Islam diberi jalan untuk dilaksanakan.

Dalam keadaan ini, kita menyaksikan tentangan daripada orang-orang yang bukan Islam. Ada yang menentang dengan sekeras-kerasnya yang menunjukkan mereka mengikat Islam daripada dilaksanakan, walaupun dikemukakan hujjah-hujjah yang banyak. Terdapat dalam kalangan mereka ini semata-mata menentang apa sahaja yang berjenama Islam, tidak mahu Islam dilaksanakan semata-mata bermusuh dengan Islam sebagaimana yang disebarkan oleh kuasa-kuasa besar dunia yang takut kepada kebangkitan semula umat Islam pada hari ini. Golongan ini ada di dalam negara kita. Mereka mengerahkan semua kumpulan untuk menentang usaha kembali kepada syari'at Islam.

Malangnya terdapat segelintir orang Islam yang dapat diheret sama oleh mereka untuk menentang usaha menegakkan Islam ini. Mungkin yang diheret ini adalah munafik ataupun bebal dan jahil tentang agama. Kedua-duanya adalah menjadi halangan.

Apa yang penting kepada kita adalah memahamkan kalangan yang bukan Islam yang menentang ini. Allah s.w.t telah memberi peringatan kepada kita.

وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا ۚ [سورة البقرة : ٢١٧]

(Maksudnya): Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekufuran), seandainya mereka sanggup.

Marilah kita sedari peringatan Allah s.w.t ini dengan meneguhkan keyakinan kita kepada Islam, petunjuk yang benar yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
إِنَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِتَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ بِمَا أَرَاكَ اللَّهُ ۚ وَلَا تَكُن لِّلْخَائِنِينَ خَصِيمًا ﴿١٠٥﴾ [سورة النساء : ١٠٥]

(Maksudnya): Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي الْكِتَابِ وَالسُنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلَا أَنْ هَدَانَا اللَّهُ. وَأَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحْدَهُۥ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، أَرْسَلَهُ اللهُ بَشِيْرًا وَنَذِيْرًا بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ، فَأَدَّى الْأَمَنَةَ، وَبَلَّغَ الرِّسَالَةَ، وَنَصَحَ لِلْأُمَّةَ وَجَاهَدَ فِى اللهِ حَقَّ جِهَادِهِ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ، نَبِيِّ ٱلرَّحْمَةِ وَشَفِيعِ ٱلْأُمَّةِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُۥ وَنَصَرَهُۥ وَوَالَاهُ.
 أَمَّا بَعْدُ:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ ﴿١٠٢﴾ 

(Maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam.

Marilah kita berpegang teguh dengan pesanan Rasulullah s.a.w supaya kita sentiasa bersama Islam sehingga mati. Itulah yang menyelamatkan kita di dunia sehingga hari akhirat.

Seterusnya kita tidak lupa untuk sentiasa berselawat kepadanya kerana perintah Allah di dalam Al-Quran:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾ [سورة الأحزاب : ٥٦]

(Maksudnya): Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawat dan mengucap salamlah kamu ke atasnya.

Sabda Rasulullah s.a.w:

مَنْ صَلَّى عَلَىَّ وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرًا.  [رواه البخارى]

(Maksudnya): Sesiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، والْمسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ. رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ.


اللّهُمَّ أَعِزَّ الْإِسْلَامَ وَالْمُسْلِمِينَ وَالدُّعَاةُ الْمُجَاهِدِينَ وَالْمَظْلُومِينَ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ. اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا فِى مِصْرَ وَفِى فَلَسْطِينِ وَفِى بِلَادِ الشَّامِ وَفِى بَنْغَلَادِيشِ وَفِى بُرْمَا وَفِي كُلِّ مَكَانٍ.

اللّهُمَّ دَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّين. اللّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا وَنَعُوذُبِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ. اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمۡ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلَابِكَ، يَاقَهَّارُ يَاجَبَّارُ يَامُنْتَقِمُ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَاهَازِمَ الْأَحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ.

اللّهُمَّ عَلَيْكَ مَنْ ظَلَمَنَا، اللّهُمَّ عَلَيْكَ مَنْ كَادَنَا. اللّهُمَّ عَلَيْكَ مَنْ خَذَعَنَا. اللّهُمَّ افْقِنَا فِيمَا شِئْتَ، يَا مَالِكَ يَوْمِ الدِّينِ. اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِينُ. اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ. صِرَاطَ الَّذِينَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ.

اللَّهُمَّ اَصْلِحْ اَئِمَّتَنَا وَوُلَاةَ اُمُورِنَا وَسُلْطَانِنَا. اللَّهُمَّ اجْعَلْ وِلَايَتَنَا فِى مَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ. اللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ قُلُوبِنَا وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِنَا.

رَبَّنَا لَا تَدَعْ لَنَا ذَنْبًا اِلَّا غَفَرْتَهُ وَلَا مَرِيضًا اِلَّا شَفَيْتَهُ وَلَا هَمًّا اِلَّا فَرَّجْتَهُ وَلَا دَيْنًا اِلَّا قَضَيْتَهُ وَلَا مَظْلُومًا اِلَّا نَصَرْتَهُ وَلَا حَاجَةً مِنْ حَوَائِجِ الدُّنْيَا وَالْأَخِرَةِ هِىَ لَكَ رِضَا فِيهَا صَلَاحٌ اِلَّا قَضَيْتَهَا وَيَسَّرْتَهَا وَبَارَكْتَهَا يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

اللَّهُمَ حَبِّبْ إِلَيْنَا الْإِيمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوبِنَا، وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ، وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِينَ. اللَّهُمَّ آتِ أَنْفُسَنَا تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا. اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ، وَعِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، وَدَعْوَةٍ لَا يُسْتَجَابُ لَهَا. اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنْ مُنْكَرَاتِ الْأَخْلَاقِ وَالْأَعْمَالِ وَالْأَهْوَاءِ.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَنَا مَا قَدَّمْنَا وَمَا أَخَّرْنَا، وَمَا أَسْرَرْنَا، وَمَا أَعْلَنَّا، وَمَا أَسْرَفْنَا، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنَّا، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ اِنَّا كُنَّا مِنَ الظَّالِمِينَ.

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ. رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا.

رَبَّنَا اجْعَلْنَا مُقِيمِ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِنَا رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ. رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِوَالِدَيْنَا وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ. رَبَّنَا اَحْيِنَا مُسْلِمِينَ وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ، وَأَلْحِقْنَا بِالصَّالِحِينَ.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.


عِبَادَ اللهِ، اِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. 


Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari sini - https://drive.google.com/open?id=0B_U6Muz3zhXMU0k2czdLeGVMdEk

Friday, March 24, 2017

KHUTBAH JUMAAT TUAN GURU PRESIDEN PAS - 25 JAMADIL AKHIR 1438 / 24 MAC 2017


TAHUN-TAHUN YANG MENGGODA

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدَ الْحَامِدِينِ، وَحَمْدَ الشَّاكِرِينِ، وَحَمْدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِي مَزِيدَهُ. يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلَالِ وَجْهِكَ وَعَظِيمِ سُلْطَانِكَ. أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحْدَهُۥ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، أَرْسَلَهُ اللهُ بَشِيْرًا وَنَذِيْرًا بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ، فَأَدَّى الْأَمَنَةَ، وَبَلَّغَ الرِّسَالَةَ، وَنَصَحَ الْأَمَّةَ وَجَاهَدَ فِى اللهِ حَقَّ جِهَادِهِ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ، نَبِيِّ ٱلرَّحْمَةِ وَشَفِيعِ الْأَمَّةِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُۥ وَنَصَرَهُ وَوَالَاهُ.
أَمَّا بَعْدُ:
فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah bertaqwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertaqwa.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita memahami peringatan daripada Rasulullah s.a.w:

سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ [رواه ابن ماجه]

(Maksudnya): Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang yang jujur didustakan, pengkhianat dipercayai sedangkan orang yang amanah dianggap sebagai pengkhianat. Pada saat itu Al-Ruwaibidhoh berbicara. Ada yang bertanya, apa yang dimaksud Al-Ruwaibidhoh? Baginda menjawab: Orang bodoh yang turut campur dalam urusan masyarakat luas.

Tahun-tahun yang menggoda itu ditafsirkan oleh para ulamak dengan musim-musim yang menggoda seperti panas yang tidak menentu, sejuk yang tidak menentu, hujan ribut yang tidak menentu, berlakunya perubahan cuaca dan musim dalam kehidupan manusia dengan sebab manusia merosakkan muka bumi dan kehidupan diri dan alam sekeliling.

هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُم مَّا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ اسْتَوَىٰ إِلَى السَّمَاءِ فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ ۚ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ﴿٢٩﴾ [سورة البقرة : ٢٩]

(Maksudnya): Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Apa-apa yang ada di bumi adalah ciptaan Allah s.w.t. Allah s.w.t meletakkan manusia untuk memakmurkan bumi dengan sifat kejadian mereka yang tidak ada pada makhluk lain.

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً [سورة البقرة : ٣٠]

(Maksudnya): Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". 

Khalifah dengan makna menegakkan agama Allah s.w.t dan mengurus dunia dengan agama Allah s.w.t. Manusia mengurus kehidupan mereka tidak lagi mengikut syariat Allah s.w.t. Mereka mengurus harta di bumi tidak lagi nmengikut syariat Allah s.w.t. Mereka haloba mencari harta atas nama pembangunan dengan merosakkan hutan rimba belantara, bukit bukau, gunung ganang, sungai dan sebagainya. Mereka berperang di antara satu sama lain kerana tamak haloba dengan mencipta alat-alat senjata yang memusnahkan diri mereka sendiri serta menyebabkan muka bumi menjadi rosak dan punah dengan sebab kerja tangan-tangan mereka sendiri.

Seterusnya manusia itu mengkhianati amanah. Firman Allah Ta'ala:

۞ إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا ﴿٥٨﴾ [سورة النساء : ٥٨]

(Maksudnya): Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Menghukum itu adalah dengan syariat Allah s.w.t yang Adil dan Rahmah. Diserahkan kepada manusia memilih pemimpin-pemimpin yang menghukum dengan syariat Allah s.w.t yang adil kepada manusia. Apabila memilih pemimpin tidak lagi mengikut adab-adab dan syariat Allah s.w.t, malah mereka memilih pemimpin kerana harta, pangkat, kedudukan, kesenangan dan kerana dunia, maka berlakulah khianat. Lahirnya pengkhianat-pengkhianat manusia sendiri yang mengkhianati terhadap diri mereka sendiri.

Seterusnya dimain-mainkan hukum Allah s.w.t yang terkandung di dalam Al-Quran dan hadits, tidak lagi dengan amanah ilmu. Kita menyaksikan betapa para khulafak dan ulamak pemimpin di zaman dahulu cermat mengkaji kitab Allah s.w.t dan sunnah Nabi s.a.w, berijtihad di dalam hukum-hukum yang tidak ada nas dengan penuh akhlak, bukan mengikut selera hawa nafsu, yang menjadikan manusia mempermain-mainkan agama sehingga mereka yang jahil agama bercakap tentang agama, perkara agama yang besar yang berkait dengan umat diucapkan oleh mereka yang bebal. Maka berlakulah kerosakan di dalam kehidupan manusia.

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ ﴿٤١﴾ [سورة الروم : ٤١]

(Maksudnya): Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي الْكِتَابِ وَالسُنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari Google Drive. Klik sini - https://drive.google.com/open?id=0B_U6Muz3zhXMOWNIa252ZllLQUU

KHUTBAH JUMAAT - 25 JAMADIL AKHIR 1438 / 24 MAC 2017


INTERGRITI MELONJAK KUALITI HIDUP

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ:
مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ ۖ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا ﴿٢٣﴾

Bermaksud: "Di antara orang yang beriman itu, ada lelaki yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah janji mereka itu sedikit pun". (Surah Al-Ahzab Ayat 23)

أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ خَاتَمِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَالِينَ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan kepada sidang Jumaat sekalian, marilah sama-sama kita perbaiki diri dengan meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t yakni dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Sebelum meneruskan khutbah, saya ingin berpesan kepada sidang jamaah sekalian agar menumpukan perhatian dan jangan bercakap-cakap sewaktu khutbah disampaikan. Mudah-mudahan kita beroleh manfaat untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Khutbah pada hari ini akan membicarakan tajuk, "Integriti Melonjak Kualiti Hidup".

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Integriti seseorang individu adalah manifestasi daripada keperibadian dan tingkah lakunya setelah mengharungi dan mengalami proses pendidikan, pelajaran dan sosialisasi yang agak panjang. Bila mana kita membicarakan soal integriti, maka akan tercetuslah pelbagai persepsi dan pendapat dalam kalangan kita terutamanya dalam kalangan penjawat awam. Isu penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, rasuah, penyelewengan walaupun dilakukan segelintir individu sahaja, namun tempiasnya tetap terkena kepada keseluruhan penjawat awam yang lain.

Sekalipun elemen-elemen integriti untuk peningkatan kualiti kerja telah lama diterapkan ke dalam perkhidmatan awam melalui pelbagai program, peraturan, pekeliling dan kempen seperti piagam pelanggan, hari bertemu pelanggan, manual prosedur kerja dan fail meja, sistem pengurusan akauntabiliti dan berintegriti, kempen bersih cekap amanah, laporan perisytiharan harta dan program penerapan nilai-nilai Islam. Namun, segala dasar dan polisi berkaitan seolah-olah masih gagal dihayati dengan sepenuh hati. Bukankah Allah s.w.t ada menyatakan bahawa segala yang kita lakukan itu sentiasa diperhatikan dan dicatat. Firman Allah s.w.t dalam Surah At-Taubah Ayat 105:

وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ ۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ﴿١٠٥﴾

Bermaksud: "Dan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya dan orang mukminin akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudia Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah lakukan". 

Ayat ini menunjukkan kepada kita bahawa amalan integriti itu bermula dari dalam diri kita sendiri atas keyakinan bahawa segala apa yang kita lakukan tidak terlepas daripada pengetahuan Allah s.w.t. Sekiranya keyakinan ini ada pada setiap individu, maka tidak mungkin mereka sanggup melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan nilai-nilai integriti.

Sidang jamaah yang dimuliakan,

Penghayatan nilai integriti akan melonjak kualiti hidup seseorang itu kepada keutuhan akhlak, kewibawaan dan ketaqwaan manusia itu sendiri. Islam mengajar kita bagaimana untuk menghayati akhlak yang mulia dan terpuji yang diperjuangkan oleh baginda Rasulullah s.a.w sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:

إنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاَقِ

Bermaksud: "Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan (manusia dengan) akhlak yang mulia".

Sehubungan itu sebagai seorang Islam, kita hendaklah benar-benar menghayati nilai-nilai integriti terutama sekali dalam pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sebagai badan penguatkuasa yang utama di negara ini, menjadi tanggungjawab PDRM menzahirkan sifat-sifat integriti dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh disiplin dan komited kerana ia merupakan tuntutan Islam. Sebaliknya, jika ia tidak dihayati dan diamalkan nescaya akan berleluasanya kemungkaran dan khianat sehingga boleh menyebabkan  kacau bilau dan huru hara sesebuah negara.

Sidang jamaah yang dirahmati Allah,

Dalam konteks kepimpinan yang berintegriti hari ini, kita boleh mengambil contoh kepimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya yang berjaya membuka Kota Konstantinopel. Sebenarnya, antara faktor besar yang menyumbang kejayaan tersebut adalah kesepaduan nilai integriti kepimpinan dan nilai integriti sepasukan yang cukup kental. Ini bertepatan dengan hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad iaitu:

قَالَ حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ بِشْرٍ الْخَثْعَمِيُّ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَتُفْتَحَنَّ الْقُسْطَنْطِينِيَّةُ فَلَنِعْمَ الْأَمِيرُ أَمِيرُهَا وَلَنِعْمَ الْجَيْشُ ذَلِكَ الْجَيْشُ

Bermaksud: "Berkata Abdullah bin Bisyri Al-Khas'ami daripada bapanya yang telah mendengar Nabi s.a.w bersabda: Konstantinopel (kini Istanbul) akan dibuka (jatuh ke tangan tentera Islam), maka sebaik-baik raja adalah rajanya dan sebaik-baik tentera adalah tentera itu".

Tuntasnya, tugas pasukan polis bukan semata-mata menjaga keselamatan dan keamanan dari segi fizikal, tetapi mencakupi aspek yang lebih luas dari itu. Ini digariskan dalam lima matlamat maqasid syar'iyyah iaitu:

1. Menjaga Agama

2. Menjaga nyawa

3. Menjaga akal

4. Menjaga keturunan dan

5. Menjaga harta benda.

Oleh yang demikian, pada hemat mimbar setiap anggota polis perlu sentiasa berusaha memastikan kesemua matlamat syarak ini dapat dicapai. Jika penghayatan nilai-nilai integriti ini ditinggalkan, ia akan memberi kesan negatif yang cukup besar sehingga boleh berlakunya penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan gejala rasuah, mengancam keselamatan negara malah akan hilang keredhaan Allah s.w.t dan keberkatan rezeki.

Sidang Jumaat yang budiman,

Sempena memperingati Hari Polis ke-210, marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan seluruh warga PDRM dan pasukan keselamatan di negara ini berada di dalam rahmat dan perlindungan Allah jua. Semoga mereka dapat mencapai prestasi yang lebih cemerlang dan terus cekal berhadapan dengan apa jua cabaran yang mendatang. Mengakhiri khutbah pada hari ini, terdapat beberapa elemen penting yang dapat menerap dan memperkukuhkan penghayatan serta pembudayaan nilai-nilai intergriti dalam kehidupan kita, iaitu:

Pertama: Umat Islam hendaklah memantapkan pegangan iman dan menguatkan ketinggian sakhsiyyah bagi memastikan terus istiqamah dengan sifat-sifat mahmudah dan integriti dalam diri.

Kedua: Umat Islam hendaklah menekankan aspek asuhan dan pendidikan yang mempunyai nilai-nilai murni dan berintegriti bermula dari peringkat awal usia lagi dan

Ketiga: Penguatkuasaan undang-undang perlu terus dipergiatkan supaya masyarakat sedar akan kemudaratan pengabaian nilai-nilai integriti yang boleh mengancam keselamatan negara.

Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nisa' Ayat 58:

۞ إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا ﴿٥٨﴾

Bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat".

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.


Khutbah Kedua


الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيْرًا كَمَا أَمَرَ.  اَشْهَدُ اَنْ لاَ إِلَـٰهَ اِلاَّ الله، وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدِيْنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلــِهِ وَأَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ. فَقَالَ اللهُ تَعَالَى:
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾

Bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w), wahai orang-orang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucaplah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya". (Surah Al-Ahzab: Ayat 56)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. 

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ،   اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِي كُلِّ مَكَانٍ وَفِي كُلِّ زَمَانٍ.  

Ya Allah, ampunilah seluruh kaum muslimin dan muslimat serta berilah rasa tanggungjawab dalam diri kami ini untuk melaksanakan perintah-Mu dan berikanlah kebencian kepada kami terhadap larangan-Mu. Ya Allah, didikkanlah diri kami ini untuk mendirikan solat fardhu secara berjamaah, mengeluarkan zakat dan bersifat dengan sifat-sifat mahmudah yang lain. Kurniakanlah kepada kami nikmat yang berpanjangan , kesihatan yang berkekalan, hati yang khusyuk serta penuh keikhlasan dalam melakukan amal kebaikan.

Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami yang berkhidmat di dalam pasukan Polis Diraja Malaysia. Anugerahilah mereka kesungguhan untuk menunaikan amanah mempertahankan kedaulatan negara. Hiasilah diri mereka dengan akhlak yang sempurna. Jauhilah mereka daripada pengkhianatan dan pencabulan terhadap kedaulatan negara.

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata sekalian.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، اِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. 


Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari Laman Web Rasmi Jabatan Agama Islam Perak. Klik sini - http://jaipk.perak.gov.my/component/phocadownload/category/58-mac-2017

KULIAH SETIAP AHAD MINGGU KEDUA




Kempen Tambah Keahlian Baharu