bersama kepimpinan ulamak




Program Terdekat. Jom Para Naqibat Kita Hadirkan Diri




Friday, August 26, 2016

KHUTBAH JUMAAT - 23 ZULQAEDAH 1437 / 26 OGOS 2016


MENGHAYATI ERTI KEMERDEKAAN

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْذِي نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ. أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ عَبْدِكَ وَرَسُلِكَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أًجْمَعِينَ.
 أَمَّا بَعْدُ، اِتَّقُوْا اللهَ اُوْصِيْكُمْ وَاِيّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada sidang jamaah sekalian lebih-lebih lagi diri saya sendiri, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Sebelum memulakan khutbah, saya ingin berpesan kepada sidang Jumaat sekalian agar menumpukan perhatian terhadap khutbah yang akan disampaikan. Mudah-mudahan kita akan beroleh kebahagiaan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.

Sidang jamaah yang berbahagia,

Bersempena sambutan Hari Kebangsaan kali ke 59 tidak lama lagi, mimbar menyeru kepada sidang Jumaat sekalian untuk sama-sama kita mensyukuri nikmat yang kita kecapi ini dan menjadikan nikmat ini berkekalan. Semoga kemakmuran negara yang kita cintai ini akan sentiasa diredhai Allah سبحانه وتعالى sebagaimana firman Allah سبحانه وتعالى dalam Surah Ibrahim Ayat 7:

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ ﴿٧﴾

Bermaksud: "Dan ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras".

Sidang jamaah yang dirahmati Allah sekalian,

Pengertian kebangsaan bermaksud yang berkaitan dengan negara secara keseluruhan yakni merujuk kepada semangat cintakan negara (Kamus Dewan Edisi Ke-4).  Dalam mewujudkan sebuah negara bangsa yang sejahtera dan bersatu padu serta menerima hakikat bahawa kita hidup dalam kepelbagaian bangsa yang mana hendaklah diharmonikan dengan agama Islam yang tidak mendiskriminasikan sesuatu bangsa hatta non-muslim. Indahnya syariat Islam, hak bukan Islam juga turut dijaga.

Oleh yang demikian, keindahan ajaran Islam itu sendiri menunjukkan kesyumulannya. Salah satu konsep dalam ajaran Islam ialah wasatiyyah, ia adalah pendekatan yang sangat diperlukan oleh umat Islam di negara ini untuk kita menjaga nikmat ini daripada dihakis sedikit demi sedikit dalam diri ini.

Wasatiyyah merupakan satu ciri penting dalam Islam yang meletakkan keadilan sebenar menjadi asas bagi seluruh umat manusia sebagaimana yang telah disebutkan dalam Surah Al-Baqarah Ayat 143:

وَكَذَ‌ٰلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِّتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا ۗ

Bermaksud: "Demikian juga Kami jadikan kamu wahai umat Muhammad sebagai umat terpilih lagi adil supaya kamu layak menjadi saksi terhadap umat manusia pada hari kiamat kelak dan Rasulullah pula akan menjadi saksi terhadap kamu...".

Sidang hadirin sekalian,

Perpaduan dalam kalangan masyarakat kita sekarang makin berkurangan disebabkan sifat mementingkan diri sendiri. Segelintir kumpulan ini sanggup berbalah walaupun perkara itu hanya perkara yang remeh. Umat Islam hari ini bukan sahaja menghadapi serangan berbentuk fizikal, tetapi yang amat membimbangkan ialah pertembungan yang bersifat perdebatan yang menimbulkan perpecahan. Ini bukan sahaja akan membinasakan kefahaman umat Islam terhadap agamanya sendiri, malah pemikiran dan ritual ibadah mereka juga turut menjadi sasaran. Contohnya berlaku perbalahan perkara furu' dalam konteks khilafiah sehingga menyebabkan perpecahan. Sepatutnya perkara sebegini perlu diurus dengan lebih harmoni malah tidak meletakkan hawa nafsu dan emosi sebagai keutamaan. Diantara panduannya ialah:
  1. Menyampaikan ajaran Islam dengan cara yang berhikmah dan peringatan yang baik.
  2. Beradab dalam komunikasi dan perdebatan.
  3. Meraikan setiap pandangan selagi mana tidak terkeluar dari syariat Islam.
  4. Mengelakkan diri daripada berlaku berfikiran keras dan ekstrim.
Sidang Jumaat yang dimuliakan,

Tidak mungkin pejuang-pejuang terdahulu dapat memerdekakan negara tanpa ada perpaduan dan jiwa patriotik dalam kalangan masyarakat kita terdahulu. Justeru, pada masa kini kesatuan fikrah dan perpaduan menjadi tunjang untuk umat yang kuat dalam memelihara negara yang kita cintai.

Perpecahan umat Islam akan memberi ruang kepada musuh-musuh Islam untuk melemahkan Islam. Fenomena kemunculan beberapa fitnah dan serangan terhadap Islam mutaakhir ini adalah kerana runtuhnya perpaduan di kalangan masyarakat kita sendiri. Oleh kerana itulah kita perlu mengambil iktibar terhadap terhadap segala elemen perpecahan. Ini selaras dengan saranan Allah سبحانه وتعالى dalam Surah Ali-'Imran Ayat 103:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ 

Maksudnya: "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah bercerai berai".

Justeru itu, mimbar yang mulia ini menyeru para jamaah dan semua pihak di negara kita tanpa mengira fahaman agar bersatu padu atas satu matlamat perjuangan iaitu untuk memelihara agama dan negara dari dicerobohi oleh musuh dari dalam dan luar negara. Firman Allah سبحانه وتعالى dalam Surah Al-Anfal Ayat 60:

وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ 

Bermaksud: "Dan sediakan untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) dengan segala kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap bersedia untuk menggerunkan mereka, dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedangkan Allah mengetahuinya."



بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.


Khutbah Kedua


الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيْرًا كَمَا أَمَرَ. أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. 
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ خَاتَمِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَالِينَ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أًجْمَعِينَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ. وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللهَ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى أَمَرَكُمْ بِأَمْرٍ بَدَأَ فِيهِ بِنَفْسِهِ وَثَنَّى بِمَلآئِكَتِهِ الْمُسَبِّحَةِ بِقُدْسِهِ. فَقَالَ اللهُ تَعَالَى:
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾ 

Bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucaplah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya". (Surah Al-Ahzab: Ayat 56)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mimbar menyeru marilah sama-sama kita menunaikan solat-solat fardhu secara berjamaah. Sesungguhnya solat secara berjamaah itu adalah lebih baik daripada solat secara bersendirian kerana solat secara berjamaah merupakan simbol kesatuan di dalam Islam. Sepertimana sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً.

Bermaksud: "Daripada 'Abdullah bin 'Umar رضي الله عنهما, telah menceritakan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah bersabda: Solat berjamaah lebih utama dua puluh tujuh bahagian daripada solat bersendirian". (Muttafaqun 'alaih)

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ. 

Ya Allah, bukakanlah hati kami untuk melaksanakan ibadat zakat sebagaimana yang telah Engkau fardhukan. Berkatilah hidup hamba-Mu yang melaksanakan tuntutan zakat dan para pewakaf yang telah menginfaqkan harta mereka ke jalan-Mu. Sucikanlah harta dan jiwa mereka, lindungilah golongan fuqara dan masakin daripada kekufuran dan kefakiran yang berpanjangan.

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata sekalian.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ،
عِبَادَ اللهِ، اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. 


Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang Google Drive. Klik sini.



Thursday, August 18, 2016

KHUTBAH JUMAAT - 16 ZULQAEDAH 1437 / 19 OGOS 2016


PAGI YANG DIBERKATI SIRI SATU

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْذِي نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ. أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ رَسُلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أًجْمَعِينَ
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا أَيُّهَا الْمُسْلِمُوْنَ! أُوْصِيكُمْ وَنَفْسِي بِتَقْوَى الله حَيْثُ قَالَ اللهُ تَعَالَى فِي كِتَابهِ الْعَزِيْزِ، يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Saya berpesan kepada sidang Jumaat sekalian apatah lagi diri saya sendiri, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dengan melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada sesuatu yang lebih tinggi nilainya di sisi Allah selain daripada ketaqwaan seorang hamba kepada-Nya. Sebelum memulakan khutbah, saya ingin berpesan kepada sidang Jumaat sekalian agar menumpukan perhatian terhadap khutbah yang akan disampaikan. Mudah-mudahan kita akan beroleh kebahagiaan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat kelak.

Sidang jamaah yang berbahagia,

Salah satu kewajipan setiap muslim adalah melaksanakan solat lima waktu dan lebih dititik beratkan lagi untuk dilakukannya secara berjamaah. Di antara solat berjamaah yang lebih ditekankan lagi adalah Isyak dan Subuh. Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي الْعَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

Bermaksud: "Seandainya mereka mengetahui apa yang terkandung dalam Solatul 'Atamah (yakni solat Isyak) dan Subuh, nescaya mereka akan mendatanginya meskipun dengan merangkak". (Hadith riwayat Al-Bukhari)

Bagi orang munafik, solat berjamaah merupakan perkara yang amat berat untuk dilaksanakan, solat Isyak dan Subuh berjamaah merupakan perkara yang lebih berat lagi, apabila malas untuk solat berjamaah terutama solat Isyak dan Subuh harus kita berwaspada kerana dalam satu hadith digambarkan dari Abu Ishaq dari bapanya:

سَمِعْتُ أُبَيَّ بْنَ كَعْبٍ يَقُولُ صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا صَلَاةَ الصُّبْحِ فَقَالَ أَشَهِدَ فُلَانٌ الصَّلَاةَ قَالُوا لَا قَالَ فَفُلَانٌ قَالُوا لَا قَالَ إِنَّ هَاتَيْنِ الصَّلَاتَيْنِ مِنْ أَثْقَلِ الصَّلَاةِ عَلَى الْمُنَافِقِينَ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا وَالصَّفُّ الْأَوَّلُ عَلَى مِثْلِ صَفِّ الْمَلَائِكَةِ وَلَوْ تَعْلَمُونَ فَضِيلَتَهُ لَابْتَدَرْتُمُوهُ وَصَلَاةُ الرَّجُلِ مَعَ الرَّجُلِ أَزْكَى مِنْ صَلَاتِهِ وَحْدَهُ وَصَلَاةُ الرَّجُلِ مَعَ الرَّجُلَيْنِ أَزْكَى مِنْ صَلَاتِهِ مَعَ الرَّجُلِ وَمَا كَانُوا أَكْثَرَ فَهُوَ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

Bermaksud: "Aku mendengar Ubai bin Ka'ab berkata: "Suatu hari Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengerjakan solat Subuh, lantas beliau bersabda: Apakah kamu melihat fulan ikut solat berjamaah? Para sahabat menjawab: Tidak. Rasulullah صلى الله عليه وسلم bertanya lagi; Apakah si fulan (orang lain lagi) ikut solat berjamaah? Sahabat menjawab: Tidak. Baginda bersabda: Dua solat ini sangat berat bagi orang  munafik. Andaikan mereka mengetahui pahalanya, mereka pasti mendatanginya walau dengan merangkak. Barisan pertama laksana barisan para malaikat, seandainya mereka mengetahui keutamaannya mereka pasti bersegera menuju barisan pertama. Solatnya seseorang bersama orang lain lebih utama baginya daripada solat sendirian dan solat bersama dua orang lebih utama daripada solat berseorangan. Kalau mereka bertambah banyak, Allah 'Azza wa Jalla mencintainya". (Hadith riwayat An-Nasa'ie)

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Dalam satu kisah yang mahsyur, ketika pemerintahan Saiyidina Umar Al-Khattab, beliau mendapati Sulaiman bin Abi Al-Hasamah tidak hadir untuk menunaikan solat Subuh berjamaah. Pada pagi itu juga beliau ke rumah sahabatnya lalu bertanya kepada ibunya As-Syifa': "Saya tidak melihat Sulaiman ketika solat Subuh?" Lalu As-Syifa' menjawab: "Dia solat malam lalu tertidur pada pagi harinya". Kemudian Saiyidina Umar berkata: "Sungguh, berjamaah dalam solat Subuh itu lebih baik bagiku daripada solat malam".

Sidang hadirin yang dirahmati Allah,

Allah سبخانه وتعالى mewajibkan sesuatu ke atas hamaba-Nya itu, pasti ada kelebihannya iaitu waktu Subuh adalah waktu yang melimpah ruah kebaikannya. Mari kita ambil iktibar kegemilangan zaman paling berjaya iaitu zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Baginda sangat mengutamakan keberkatan pada waktu Subuh. Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم berdoa yang bermaksud: "Ya Allah, berkatilah umatku pada waktu pagi". (Riwayat At-Tirmidzi). Dengan keberkatan waktu Subuh dan doa yang dipanjatkan selepas solat Subuh itulah dua tiupan kemenangan yang membina keyakinan tentera Islam apabila berdepan dengan musuhnya.

Sidang Jumaat yang dimuliakan,

Hakikatnya, orang bukan Islam banyak memanfaatkan waktu awal pagi yang sangat terbaik. Hajat kemanusiaan mampu mendorong mereka untuk bangun pagi, namun mengapa seorang mukmin tidak mahu mengerah segenap potensinya untuk menyamai mereka bangun pada waktu pagi? Pengalaman di Asia Barat, waktu Subuh beku dan kaku. Ini realiti yang sangat menyedihkan. Di negara kita keadaan sama boleh dilihat, jumlah umat Islam yang bergerak menuju ke masjid untuk solat Subuh berjamaah sangat sedikit berbanding jumlah orang bukan Islam yang bangun awal dan berpusu-pusu pergi berjogging, bersenam atau membawa anjing mereka berjalan-jalan.

Bayangkan, kerana cinta akan kesihatan masyarakat bukan Islam bangun seawal pagi, sedangkan kita yang mengaku cintakan Allah سبحانه وتعالى dan baginda Nabi صلى الله عليه وسلم tidak terdorong untuk bangun di awal pagi. Di samping itu, pergerakan dalam solat tersebut terdapat unsur-unsur senaman yang baik untuk kesihatan. Realitinya, umat Islam kini semakin lupa apa yang pernah dikatakan oleh Saiyidina Umar Al-Khattab: "Hakikatnya kita tentera Islam dimenangkan Allah kerana dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera kafir tetapi sekiranya kita turut berdosa sama dengan mereka, di manakah kekuatan kita?" Mari kita hayati firman Allah dalam Surah An-Nisa' Ayat 103:

فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلَاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِكُمْ ۚ فَإِذَا اطْمَأْنَنتُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ ۚ إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا ﴿١٠٣﴾

Bermaksud: "Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman yang tertentu waktunya".

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.


Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيْرًا كَمَا أَمَرَ. أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ عَبْدِكَ وَرَسُلِكَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أًجْمَعِينَ.
 أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ. وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللهَ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى أَمَرَكُمْ بِأَمْرٍ بَدَأَ فِيهِ بِنَفْسِهِ وَثَنَّى بِمَلآئِكَتِهِ الْمُسَبِّحَةِ بِقُدْسِهِ. فَقَالَ اللهُ تَعَالَى:
 أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾

Bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucaplah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya". (Surah Al-Ahzab: Ayat 56)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. 
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ.

Ya Allah, bukakanlah hati kami untuk melaksanakan ibadat zakat sebagaimana yang telah Engkau fardhukan. Berkatilah hidup hamba-Mu yang melaksanakan tuntutan zakat dan para pewakaf yang telah menginfaqkan harta mereka ke jalan-Mu. Sucikanlah harta dan jiwa mereka, lindungilah golongan fuqara dan masakin daripada kekufuran dan kefakiran yang berpanjangan.

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata sekalian.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. 


Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang Google Drive. Klik sini.

Friday, August 12, 2016

KHUTBAH JUMAAT - 9 ZULKAEDAH 1437 / 12 OGOS 2016


MEMBURU KEMERDEKAAN HAKIKI

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْذِي نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ. أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ رَسُلِكَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أًجْمَعِينَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللَّهَ، اُوْصِيْكُمْ وَاِيّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Saya ingin berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian, marilah kita sama-sama mempertingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah سبحانه وتعالى dengan sebenar-benar taqwa iaitu dengan mengerjakan segala seruan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Sebelum memulakan khutbah, saya ingin berpesan kepada sidang Jumaat sekalian agar menumpukan perhatian terhadap khutbah yang akan disampaikan. Mudah-mudahan kita mendapat keredhaan Allah سبحانه وتعالى. Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk; "Memburu Kemerdekaan Hakiki".

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Bebasnya negara ini daripada penjajahan asing yang datang ke negara ini secara silih berganti adalah satu nikmat yang Allah سبحانه وتعالى anugerahkan kepada kita. Bebasnya negara umat Islam dari cengkaman penjajahan asing adalah sebagai salah satu anak tangga kita untuk meraih kemerdekaan yang sebenar sepertimana yang dikehendaki oleh Islam. Kemerdekaan hakiki dalam Islam hanya berlaku apabila seseorang hamba berjaya memerdekakan dirinya dari sebarang ikatan yang menyebabkan ia gagal mengabdikan dirinya hanya kepada Allah سبحانه وتعالى. Seseorang itu gagal dianggap sebagai merdeka jika ia masih rela kekal menjadi hamba kepada hawa nafsunya. Sesebuah masyarakat itu masih belum merdeka apabila masih tidak total ketundukannya dengan sistem kehidupan sepertimana yang dikehendaki oleh Allah sama ada dari sudut sistem kemasyarakatannya, ekonominya, undang-undangnya dan sebagainya. 

Namun, jangan sesekali disangkal bahawa kemerdekaan negara ini secara rasmi pada 31 Ogos 1957 adalah asas anak tangga penting untuk kita menuju ke arah kemerdekaan yang hakiki. Itu pun sejauh mana umat Islam mengambil kesempatan terhadap nikmat kemerdekaan ini untuk melangkah lebih jauh lagi merealisasikan semua tuntutan kemerdekaan yang hakiki. Asasnya sudah ada, modalnya pun tersedia iaitu Islam sebagai Agama Persekutuan dan peruntukan-peruntukan lain di dalam Perlembagaan Malaysia yang memberi ruang dan peluang untuk Islam lebih dominan dalam kehidupan masyarakat di Malaysia.

Kesedaran umat Islam perlu sentiasa disegarkan selalu tentang kefahaman ini. Tidak sepatutnya merasa puas dengan pencapaian yang ada, bahkan mesti merasa setiap masa bahawa ia bertanggungjawab mengisi kemerdekaan negara dengan bersungguh-sungguh, menggunakan semua peluang yang ada untuk meraih kemerdekaan yang hakiki.

Sidang Jumaat yang dimuliakan,

Kita umat Islam di Malaysia mesti sentiasa sedar bahawa kesedaran begini sangat penting untuk mengimbangi antara dua ekstrim pemikiran, yang pertama menafikan langsung kepentingan merdeka dari penjajahan asing serta tidak langsung menghargainya. Manakala satu lagi ekstrim ialah sangat rasa memadai dengan kemerdekaan yang disambut tiap-tiap tahun, lantaran itu tidak berusaha memaknakan kemerdekaan mengikut piawai kemerdekaan yang hakiki di sisi Allah sepertimana yang dinyatakan tadi. Musuh kepada kesedaran ini ialah kelalaian. Kelalaian berlaku sama ada ia diprojekkan supaya terus berlaku kelalaian di kalangan masyarakat mahupun kelalaian yang tidak disedari berlaku, lantaran berada dalam zon keselesaan dalam tempoh masa yang agak lama.

Umat Islam di Malaysia perlu dijauhkan dengan perkara-perkara yang boleh melalaikan mereka. Namun realitinya, kita terpaksa mengakui bahawa terlalu banyak perkara yang boleh melalaikan cara berfikir umat ini. Bukan tidak ramai para cendikiawan dan mereka yang baik-baik di kalangan kita tetapi tidak ramai yang menjadi pemikir-pemikir yang akan mencari formula menyelesaikan masalah umat. Apa yang dibaca, apa yang ditonton, apa yang dibualkan, amat sedikit yang menghala kepada mencari kemerdekaan yang hakiki. Lebih selesa dengan isu-isu picisan dan ringan-ringan.

Itulah rahsianya apabila Islam mengharamkan sesuatu yang boleh menyebabkan manusia tidak mampu menggunakan akal fikirannya, emosinya, deria rasanya sepertimana yang sepatutnya. Islam mengharamkan arak, judi juga sesuatu yang memabukkan walaupun menggunakan berbagai jenama dan istilah kerana ia merosakkan pertimbangan dan akal yang sihat.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Dalam situasi terkini, maka tepatlah para ulamak senada dengan majoriti ahli masyarakat yang lain sudah menyatakan kerisauan terhadap cadangan menjadikan tanaman daun ketum sebagai tanaman komersil. Walaupun dikatakan ada manfaat, namun potensi untuk disalah gunakan itu lebih besar.

Begitu juga dengan keterujaan seluruh dunia dengan permainan Pokemon Go. Banyak pihak termasuk para ulamak sudah menzahirkan rasa bimbang dengan kelalaian yang bakal timbul dan telah dilaporkan berlaku di beberapa buah negara di dunia ini. Cukup-cukuplah dengan ubat-ubat "pelalian" yang telah berjaya membius pemikiran kebanyakan umat Islam hari ini sehingga melupai kehendak kemerdekaan hakiki yang sebenar. Kemerdekaan hakiki apabila berani berkata "tidak" kepada semua sistem yang tidak "sujud" kepada Allah سبحانه وتعالى seperti yang diisyaratkan dalam Al-Quran, Surah Al-'Alaq Ayat 19:

كَلَّا لَا تُطِعْهُ وَاسْجُدْ وَاقْتَرِب ۩ ﴿١٩﴾

Bermaksud: "Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!".

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.


Khutbah Kedua


الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيْرًا كَمَا أَمَرَ. أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أًجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ. وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللهَ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى أَمَرَكُمْ بِأَمْرٍ بَدَأَ فِيهِ بِنَفْسِهِ وَثَنَّى بِمَلآئِكَتِهِ الْمُسَبِّحَةِ بِقُدْسِهِ. فَقَالَ اللهُ تَعَالَى :
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾

Bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucaplah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya". (Surah Al-Ahzab: Ayat 56)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. 
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ. 

Ya Allah, bukakanlah hati kami untuk melaksanakan ibadat zakat sebagaimana yang telah Engkau fardhukan. Berkatilah hidup hamba-Mu yang melaksanakan tuntutan zakat dan para pewakaf yang telah menginfaqkan harta mereka ke jalan-Mu. Sucikanlah harta dan jiwa mereka, lindungilah golongan fuqara dan masakin daripada kekufuran dan kefakiran yang berpanjangan.

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata sekalian.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. 


Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang Google Drive. Klik sini.

KULIAH SETIAP AHAD MINGGU KEDUA




Kempen Tiga B