Friday, December 30, 2016

KHUTBAH JUMAAT - 30 RABIUL AWWAL 1438 / 30 DISEMBER 2016

SOLIDARITI UNTUK SYRIA

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ ۚ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ. أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. بَلَّغَ الرِّسَالَةَ وَأَدَّى الْأَمَنَةَ وَنَصَحَ لِلْأُمَّةَ وَجَهَدَ فِى اللهِ حَقَّ جِهَادِهِ وَتَرَكْنَا عَلَى الْمَحَجَّةِ الْبَيْضَآءِ لَيْلُهَا كَنَهَارِهَا لَا يَزِيْغُ عَنْهَا إِلَّا هَالِكٌ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أًجْمَعِينَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللَّهَ، اُوْصِيْكُمْ وَاِيّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. قَالَ اللهُ تَعَالَى:
الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ ﴿١٧٣﴾

Bermaksud: "Ada dalam kalangan mereka berkata sesungguhnya di sana terdapat musuh-musuh yang telah berkumpul untuk memerangi kita, maka ada yang merasa gerun dan takut, tetapi orang yang beriman, bertambahlah keimanan mereka kepada Allah dan mereka berkata: Cukuplah kami dengan Allah dan kepada-Nya kami berserah". (Surah Ali-'Imran Ayat 173)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan kepada sidang Jumaat sekalian, marilah sama-sama kita perbaiki diri dengan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah سبحانه وتعالى yakni dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Sebelum meneruskan khutbah, saya ingin berpesan kepada sidang jamaah sekalian agar menumpukan perhatian terhadap khutbah yang akan disampaikan. Mudah-mudahan kita akan beroleh manfaat untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Khutbah pada hari ini akan membicarakan tajuk, "Solidariti Untuk Syria".

Sidang hadirin yang berbahagia,

Pada hari ini 30 Rabiul Awwal 1438 hijrah merupakan hari terakhir dalam bulan Rabiul Awwal kerana bulan ini adalah bulan kelahiran Nabi junjungan besar Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Malah, dalam bulan ini juga dunia umat Islam sedih dan suram kerana saudara seIslam kita ditindas, disiksa, dihalau, dibantai dan dibunuh dengan kejam seolah-olah tiada nilai kemanusiaan di Myanmar dan baru-baru ini di Halab, Syria.

Hakikat yang perlu disedari, Syria merupakan sebahagian daripada "Tanah Yang Diberkati" sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah سبحانه وتعالى dalam Surah Al-Anbiya' Ayat 71:

وَنَجَّيْنَاهُ وَلُوطًا إِلَى الْأَرْضِ الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا لِلْعَالَمِينَ ﴿٧١﴾

Bermaksud: "Dan Kami selamatkan dia dan (sepupunya) Nabi Luth ke negeri yang Kami limpahkan berkat padanya untuk umat manusia".

Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم pernah berdoa yang bermaksud: "Ya Allah, berkatilah bumi Syam". (Shahih Imam Al-Bukhari). Sabda baginda lagi yang bermaksud: "Apabila telah musnah penduduk Syam, maka tiadalah lagi kebaikan kepadamu dan sentiasalah daripada umatku akan mendapat pertolongan dan tiadalah dapat menewaskan mereka oleh mereka yang menghina mereka hingga berlakunya kiamat". (Sunan Imam At-Tirmidzi)

Muslimin yang berbahagia,

Syria dipanggil Syam. Merupakan bumi anbiya' dan umat Islam yang penting di dalam lipatan sejarah. Bumi perjuangan menegakkan aqidah yang suci ini merupakan  tempat yang melihatkan pertembungan antara hak dan batil semenjak dahulu lagi. Kemenangan di dalam perang Muktah dan Yarmuk menunjukkan kekuatan dan kekentalan umat Islam dahulu yang bersungguh-sungguh menegakkan agama Islam. Sehingga kini perjuangan itu berterusan dengan darah para syuhada' demi membebaskan bumi Syam. Namun, umat Islam di Malaysia secara khususnya kini perlu bangkit dari lena yang berpanjangan dengan kesenangan dan kemewahan kesihatan, masa dan harta yang diberi oleh Allah سبحانه وتعالى kepada menghidupkan jiwa dan ruh mukmin sebenar yang sentiasa berkorban, berjihad dan meneropong pintu-pintu kebaikan dan amal soleh sebagai persediaan bekalan yang secukupnya di hari tiada lagi gunanya harta, pangkat dan anak pinak. Firman Allah سبحانه وتعالى dalam Surah As-Syu'arak Ayat 87 hingga 89:

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ ﴿٨٧﴾ يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ ﴿٨٨﴾ إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ ﴿٨٩﴾

Bermaksud: "Dan janganlah engkau menghinaku pada hari dibangkitkan. Iaitu hari yang tiada guna harta dan anak pinak kecuali mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera".

Sidang jamaah yang berbahagia,

Penderitaan dan penindasan yang berlaku ke atas umat Islam dan di negara umat Islam perlu direnungi dan difikirkan secara mendalam. Apakah dunia ini telah berada di penghujungnya? Apakah semua ini adalah bahana dan mala petaka kerana kealpaan dan kelalaian kita? Apakah semua ini adalah tanda kemurkaan Allah kepada hamba-hamba-Nya yang sering melakukan maksiat dan dosa-dosa besar yang dilakukan oleh manusia? Meninggalkan solat, tidak berzakat, melakukan zina, memakan rasuah, menipu dan berdusta, yang kesemua itu mengundang kemurkaan Allah سبحانه وتعالى.

Islam sentiasa dimusuhi dan tidak oleh musuh-musuhnya sama ada secara terbuka atau secara halus. Kadang kala kita disibukkan dengan masalah khilafiyah. Kadang kala kita disibukkan dengan mengejar cita-cita yang tidak berkesudahan dan hanyut dalam kemewahan dunia. Kadang kala kita leka dalam dunia Facebook, What'sapp, Telegram, Instagram dan sebagainya. Kadang kala kita disibukkan oleh kehendak dan melayan anak cucu sehingga melupakan realiti kehidupan umat Islam yang lain. Musuh-musuh Islam kini hampir berjaya menjauhkan kita terutama anak muda daripada berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah dengan menyuntik hiburan yang melalaikan melalui telefon dan televisyen, fesyen-fesyen yang mengghairahkan, cerita dongeng dan cinta fantasi yang mengkhayalkan sehingga menutup mata dan minda anak muda daripada berfikir secara rasional. Apatah lagi berfikir tentang krisis perang dan penderitaan yang melanda saudara seagama mereka. Mimbar ingin menyeru agar kita semua muhasabah kembali, di manakah kita ketika saudara kita di Syria dihentam bertubi-tubi? Di amankah kita ketika Islam dan perundangannya di Malaysia diserang oleh golongan Liberal dan sekutunya? Di manakah Solahuddin Al-Ayubi masa kini? Di manakah Saiyidina Umar Al-Khattab dan Sultan Muhammad Al-Fateh? Apakah kisah perjuangan mereka ini hanya berada di dalam buku-buku yang termaktub di dalam lipatan sejarah sahaja? Atau adakah kita telah menjadi singa yang dijinakkan dan terikat dengan kehidupan dunia kita? Sedarlah kita mengenai peringatan Nabi صلى الله عليه وسلم:

فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهْنُ قَالَ حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ.

Bermaksud: "Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan Al-Wahan? Rasulullah menjawab: Cintakan dunia dan takut mati". (Sunan Abi Dawud)

Saudara kaum muslimin yang berbahagia,

Mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin mengajak sidang Jumaat sekalian untuk menghayati dan mengambil 'ibrah serta pengajaran daripada apa yang disampaikan sebagai pedoman di dalam kehidupan kita, antaranya:

Pertama: Syria adalah isu umat secara keseluruhannya dan wajib bagi kita untuk mengambil tahu dan berusaha membantu saudara kita di Syria dengan memberikan sumbangan seperti wang, pakaian dan menyebarkan di media sosial berkenaan keadaan di Syria dan usaha memberikan sumbangan melalui NGO-NGO yang ada. Kini mereka berhadapan dengan penyiksaan dan pembunuhan, penderitaan dan kemusnahan (tiada rumah untuk didiami), kelaparan, kedinginan di musim sejuk. Panjatkan doa dan munajat tuan-tuan kepada mereka agar mereka diberi ketabahan iman dan jalan keluar.

Kedua: Masyarakat Islam perlu membuka minda dan cara berfikir secara matang iaitu ke arah memperteguh dan memperkuat ikatan dan binaan sesama muslim. Oleh itu, neraca dan timbangan yang perlu diguna pakai adalah neraca Al-Quran dan As-Sunnah. Kesatuan dan perpaduan utuh dalam kalangan masyarakat Islam merupakan anak kunci utama kepada penegakkan syariat Islam di tanah air. Lihatlah betapa seia dan sekata mereka dalam kalangan orang bukan Islam apabila berdepan dengan isu-isu yang melibatkan kepentingan orang Islam.

Ketiga: Umat Islam di Malaysia perlu menolak pemikiran, ajaran dan NGO yang sesat seperti Liberal, Sekular, Syi'ah dan lain-lain yang difatwakan sesat. Fahaman-fahaman ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam dan boleh merosakkan aqidah umat Islam. Mengembalikan kehidupan dan sosio budaya kita berpandukan pedoman Ilahi. Didik dan bangunkan keperibadian anak-anak kita dengan didikan agama yang berteraskan tauhid kepada Allah سبحانه وتعالى dan akhlak-akhlak terpuji sebagai bukti kecintaan dan penerusan risalah baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.

Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَمَا أَمَرَ.  اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَأَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله! اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ.
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾

Bermaksud: "Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucaplah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya". (Surah Al-Ahzab: Ayat 56)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Mimbar tidak pernah berhenti menyeru marilah sama-sama kita menunaikan solat-solat fardhu secara berjamaah. Sesungguhnya solat secara berjamaah itu adalah lebih baik daripada solat secara bersendirian sepertimana sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صَلَاةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً.

Bermaksud: "Daripada 'Abdullah bin 'Umar رضي الله عنهما, telah menceritakan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah bersabda: Solat berjamaah lebih utama dua puluh tujuh bahagian daripada solat bersendirian". (Muttafaqun 'alaih)

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي الْعَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

Bermaksud: "Seandainya mereka mengetahui apa yang terkandung dalam Solatul 'Atamah (yakni solat Isyak) dan Subuh, nescaya mereka akan mendatanginya meskipun dengan merangkak". (Hadith riwayat Al-Bukhari)

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ،   اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِي كُلِّ مَكَانٍ وَفِي كُلِّ زَمَانٍ.  

Ya Allah, bantulah saudara Islam kami di Palestin, Syria, Myanmar dan negara umat Islam yang lain. Ya Allah, saudara kami itu dalam keadaan lemah maka kuatkanlah, mereka itu lapar maka kenyangkanlah, aurat mereka dicemari maka tutupkanlah, mereka dizalimi maka bantulah, bantulah segala kekurangan mereka, permudahkanlah segala urusan mereka. Tepatkanlah lemparan serangan mereka kepada musuh-musuh-Mu ya Allah يَا ذَاالْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ.

Ya Allah, berkatilah hidup hamba-Mu yang melaksanakan tuntutan zakat dan kurniakanlah rezeki yang berlipat ganda kepada para pewakaf serta sucikanlah harta dan jiwa mereka, kurniakanlah ketaqwaan dan kebijaksanaan serta keadilan kepada para pentadbir zakat, lindungilah golongan fuqara dan masakin daripada kekufuran dan kefakiran yang berpanjangan.

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata sekalian.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ، اِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. 

Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman Google Drive. Klik sini.

Thursday, December 29, 2016

KHUTBAH JUMAAT TUAN GURU PRESIDEN PAS - 30 DISEMBER 2016 / 30 RABIUL AWWAL 1438

PERINGATAN KEWAFATAN RASULULLAH صلى الله عليه وسلم

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا وَلَمْ يَكُن لَّهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُن لَّهُ وَلِيٌّ مِّنَ الذُّلِّ ۖ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا. أَشْهَدُ أَن لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحْدَهُۥ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، الْبَدْرُ الدُّجَى وَالسِّرَاجُ الْمُنِيرِ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدْوَتِنَا مُحَمَّدٍ، نَبِيِّ ٱلرَّحْمَةِ وَشَفِيعِ ٱلْأُمَّةِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُۥ وَنَصَرَهُۥ وَوَالَاهُ.
أَمَّا بَعْدُ:
فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah!

Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertaqwa. Maka demi sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Setelah kita memperingati peristiwa kelahiran Rasulullah صلى الله عليه وسلم, marilah pula kita mengambil peringatan dengan kewafatan Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Peristiwa kewafatan itu menjadi ujian yang sangat dahsyat dihadapi oleh para sahabat رضي الله عنهم yang sedang bergembira dengan kemenangan Islam setelah Makkah dapat dibebaskan daripada jahiliyyah, qabilah-qabilah arab berduyun-duyun menyerah diri dan menganut agama Islam. Kemenangan itu sangat menggembirakan. Tiba-tiba Allah سبحانه وتعالى telah menguji generasi awal umat Islam. Para sahabat Nabi رضي الله عنهم mengahadapi peristiwa kewafatan Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Bukan sahaja mereka menerima berita yang sedih, bahkan mereka mengalami ancaman yang sangat dahsyat apabila sebahagian besar qabilah-qabilah arab yang sudah masuk Islam murtad (yakni keluar daripada agama Islam) dan mengangkat senjata untuk menghapuskan Islam yang berpusat di Makkah dan Madinah. Kalangan orang-orang murtad ini disokong oleh kuasa-kuasa besar dunia Parsi dan Rom yang menganggap Islam adalah bahaya bagi mereka. Pada adatnya cahaya Islam dapat dipadamkan, tetapi Allah سبحانه وتعالى telah menjanjikan dengan firman-Nya dalam Ayat 8 Surah As-Shaff:

يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ ﴿٨﴾

Maksudnya: "Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)".

Di saat yang sangat mencabar ini, Abu Bakr As-Siddiq رضي الله عنه menunjukkan ketokohan dan kehebatannya mengganti dan memimpin negara selepas wafatnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Ketika semua para sahabat dalam kesedihan dan kebingungan, Abu Bakr رضي الله عنه bangkit menyampaikan ucapan di masjid Nabawi yang antara lain mengatakan:

اَيُّهَا النَّاسُ، فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ يَعْبُدُ مُحَمَّدًا فَإِنَّ مُحَمَّدًا قَدْ مَاتَ. وَمَنْ كَانَ يَعْبُدُ اللَّهَ فَإِنَّ اللَّهَ حَيٌّ لَا يَمُوتُ. وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ ٱلرُّسُلُۚ أَفَإِيْن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ ٱنقَلَبْتُمْ عَلَىٰٓ أَعْقَٰبِكُمْۚ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ ٱللَّهَ شَيْ‍ئًا ۚ وَسَيَجْزِي ٱللَّهُ ٱلشَّٰكِرِينَ.

Maksudnya: "Wahai manusia, sesiapa yang menyembah Muhammad, Muhammad sudah mati. Sesiapa yang menyembah Allah, Allah Maha Hidup, tidak mati sekali-kali. Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul yang sudah pun didahului oleh beberapa orang rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau dia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), Sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)”.

Abu Bakr رضي الله عنه yang dilantik menjadi khalifah yang pertama menyusun bala tentera menghadapi qabilah-qabilah yang murtad. Para sahabat رضي الله عنهم mengalahkan kumpulan yang murtad, termasuk yang diragui kemurtadannya apabila mereka mengatakan zakat tidak wajib, tetapi mereka masih mendirikan sembahyang. Mereka menentang pusat kerajaan Islam di Madinah. Bala tentera Islam yang ditugaskan untuk memerangi kawasan itu sebelum melancarkan peperangan mendengar azan Subuh yang dikumandangkan. Demi mendengar azan itu, mereka menjadi ragu untuk menghadapi kalangan mereka yang masih bersembahyang itu. Lalu mereka pulang ke Madinah menemui khalifah Rasulullah صلى الله عليه وسلم, Abu Bakr رضي الله عنه mengatakan, sesungguhnya Nabi Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:

أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلَّا بِحَقِّ الْإِسْلَامِ وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللَّهِ.

Maksudnya: "Aku diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak Islam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah". (Hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)

Abu Bakr رضي الله عنه menegaskan: "Sesungguhnya mereka telah membatalkan hak Allah yang diwajibkan kepada mereka. Sesungguhnya jika mereka menafikan hak yang diberi oleh Allah walaupun seharga tali unta yang kecil dan murah, nescaya aku memeranginya".

Maka para sahabat bangkit memerangi orang-orang yang murtad itu. Ia berakhir dengan Allah menyelamatkan Islam setelah pemerintahan diganti oleh pimpinan Umar bin Al-Khattab رضي الله عنه dan sahabat-sahabat yang kemudian daripadanya, Uthman dan 'Ali رضي الله عنهم.

Allah سبحانه وتعالى mengurniakan kemenangan menumbangkan dua kuasa besar dunia Parsi dan Rom. Islam berkembang ke seluruh pelusuk dunia, timur dan barat menjadi kuasa besar yang tunggal. Allah سبحانه وتعالى menjadikan kehidupan dunia ini mengalami pasang dan surut, rebah dan bangun, menang dan kalah.

Di zaman kerajaan 'Abasiyah, umat Islam mengalami serangan pemikiran. Lahirnya falsafah yang mencipta ajaran-ajaran yang merosakkan aqidah umat Islam. Lebih membahayakan, ajaran ini dianut oleh khalifah-khalifah Islam sendiri yang menjadi fahaman yang dianut oleh negara. Allah سبحانه وتعالى menyelamatkannya dengan bangkitnya ulamak-ulamak Islam. Walaupun ulamak-ulamak ini dihukum pancung, tetapi mereka silih berganti mempertahankan Islam. Ia berakhir dengan ajaran Islam yang sebenar diselamatkan oleh Allah سبحانه وتعالى.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Di zaman mutaakhir yang dialami oleh kita pada hari ini kejatuhan kuasa besar pemerintahan Islam menyebabkan tanahair umat Islam dijajah oleh musuh-musuh Islam. Umat Islam dilemah dan dilumpuhkan serta dilaga-lagakan dan diratah oleh musuh Islam. Berlaku apa yang dinyatakan oleh Nabi صلى الله عليه وسلم:

يُوشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزَعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمْ الْوَهْنَ فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهْنُ قَالَ حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ.

Maksudnya: "Umat lain akan mengelilingi dan meratah kamu laksana orang-orang yang mengelilingi hidangan makanan yang lazat". Lalu sahabat bertanya: "Adakah bilangan kita pada masa itu sedikit?" Jawab Rasulullah صلى الله عليه وسلم: "Bahkan jumlah kamu ramai pada hari itu, tetapi kamu seperti buih yang dihanyutkan air banjir dan Allah menghilangkan dari dada musuh kamu terhadap kehebatan kamu dan Allah campakkan ke dalam hati-hati kamu penyakit Al-Wahan". Lalu sahabat bertanya: "Apakah Al-Wahan itu, wahai Rasulullah?" Jawab Rasulullah صلى الله عليه وسلم: "Kasihkan dunia dan bencikan mati".

Inilah penyakit yang melanda umat Islam di zaman mutaakhir sehingga mereka diratah dan dimamah oleh musuh-musuh mereka di seluruh pelusuk dunia. Namun Allah سبحانه وتعالى tidak mengizinkan cahaya Islam dipadamkan. Hanya mereka yang bersama dengan Islam sahaja yang selamat, yang sanggup rebah dan bangun bersama Islam serta tenggelam timbul bersama dengan Islam. Mereka yang menyeleweng daripada Islam, yang melarikan diri di masa surut atau di masa Islam dalam keadaan lemah, tidak selamat di dunia dan tidak akan selamat di hari akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita bersama dengan Islam, pusaka yang ditinggalkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Firman Allah سبحانه وتعالى dalam Ayat 33 Surah At-Taubah:

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ ﴿٣٣﴾

Maksudnya: "Dialah (Allah) yang telah mengutuskan Rasul-Nya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya".

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.

Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيْرًا كَمَا أَمَرَ. اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ عَبْدِكَ وَرَسُلِكَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أًجْمَعِينَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ. فَقَالَ اللهُ تَعَالَى:
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾

Bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad صلى الله عليه وسلم), wahai orang-orang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucaplah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya”. (Surah Al-Ahzab: Ayat 56)

Muslimin dan Muslimat sekalian,

Marilah pada hari penghulu segala hari ini kita merasakan betapa besarnya nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan kepada kita oleh Allah سبحانه وتعالى. Dan hanya kematian di dalam Iman dan Islam sahaja yang diredhai oleh Allah sebagaimana firman-Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ ﴿١٠٢﴾  

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan kamu di dalam keadaan beragama Islam”. (Surah Ali-Imran Ayat 102)

Pada hari ini juga hendaklah kita ingat betapa besarnya nikmat persaudaraan Islam yang dianjurkan di dalam Islam. Tanda iman seseorang ialah dia kasih kepada saudara seagama dengannya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Maksudnya: "Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana kasihnya kepada dirinya sendiri”. (Hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)

Sehubungan itu hendaklah lahir di dalam hati setiap orang Islam perasaan sedih terhadap bala bencana dan kesusahan yang menimpa umat Islam di serata dunia. Sama ada mereka yang ditimpa gempa bumi, dilanda peperangan, kemiskinan dan kebuluran di negara-negara Afrika, dan umat Islam yang sedang dijajah, dizalimi dan dibunuh serta ditindas seperti yang sedang berlaku di Palestin, Mesir, Syria, Iraq, Selatan Thailand, Rohinghya dan sebagainya.

Jika tidak mampu membantu mereka dengan wang ringgit dan tenaga, sekurang-kurangnya melalui doa dan munajat kepada Allah supaya Allah memberi pertolongan kepada mereka dan membebaskan mereka daripada penderitaan dan kezaliman manusia yang dihadapi mereka.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الْأَرْبَعَةِ الْحُلَفَاءِ الرَّشِدِينَ، سَادَاتِنَا أَبِى بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ بْنِ أَبِى طَالِبٍ، وَعَنْ أَزْوَاجِ نَبِيِّنَا الْمُطَهَّرَاتِ مِنَ الْأَدْنَاسِ، وَعَنْ أَهْلِ بَيْتِهِ وَقَرَابَتِهِ وَسَائِرِ الصَّحَابَةِ وَالتَّابِعِينَ وَمَنْ تَبِعَهُمْ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ، وَارْضَ عَنَّا بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِينَ.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.  اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِي بِلَادِنَا هَذَا وَفِي رُوْهِيغيَا وفِي الْعِرَاقِ وَفِي فَلَسْطِينِ وَفِي كُلِّ مَكَانٍ وَفِي كُلِّ زَمَانٍ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ.

 اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ. اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Ya Allah! Muliakanlah Islam dan pendukung-pendukungnya, bantulah Islam dan perkembangannya, bantulah pendakwah-pendakwah Islam dan para mujahidinnya. Ya Allah, hancurkanlah kekufuran serta golongan munafik dan musyrikin, binasakanlah musuh-musuh agamamu dan segala sekutunya, engkau eratkanlah hubungan kami sesama Islam. Elakkan kami dari permusuhan yang boleh menyebabkan terlerainya persaudaraan Islam.

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata sekalian.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ، ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ.

عِبَادَ اللهِ، اِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.

Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari laman Google Drive. Klik sini - https://drive.google.com/open?id=0B_U6Muz3zhXMUnlTUzgzM3UzWkk

Friday, December 23, 2016

KHUTBAH JUMAAT TUAN GURU PRESIDEN PAS - 23 DISEMBER 2016 / 23 RABIUL AWWAL 1438

KECINTAAN KEPADA RASULULLAH TINGGI,
UMAT DIBERKATI

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ ۚ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ. أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. 
أَمَّا بَعْدُ: 
فَيَاعِبَادَ اللهِ! اِتَّقُوْا اللهَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah!

Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala yang ditegah-Nya.

Sidang Jumaat yang dirahmati sekalian,

Firman Allah dalam Ayat 21 Surah Al-Ahzab:

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا ﴿٢١﴾

Maksudnya: "Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah صلى الله عليه وسلم, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya". 

Rabi'ul Awwal menjelang lagi bersama catatan sejarah gemilang dengan sama-sama mengingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم nabi akhir zaman yang telah membawa rahmat kepada seluruh alam yang selama ini tenggelam dalam kejahilan. Hadirnya bersama wahyu Al-Quran mengubah keadaan alam yang dulunya diselubungi suasana jahiliyyah yang penuh dengan kesesatan dan penindasan.

Pengutusan sebagai penghulu segala nabi telah melenyapkan kebatilan dengan cahaya kebenaran Islam, memadam kekufuran dengan siraman keimanan serta membanteras kezaliman dengan keadilan sistem Islam. Sekiranya umat Islam mahu mengubah semula keadaan daripada umat yang dijajah kepada umat yang memerintah, umat yang dipandang hina kepada umat mulia, umat yang lemah kepada umat yang gagah, maka segala kebaikan dan tauladan yang ditunjukkan oleh Nabi bukan setakat disebut tetapi diikut, bukan setakat dikata tetapi dikota, bukan setakat dilaung tetapi dijunjung, bukan setakat dicerita tetapi dilaksana dalam kehidupan seharian, barulah segala yang diidamkan akan tercapai.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam Ayat 31 Surah Ali-'Imran:

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿٣١﴾

Maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad صلى الله عليه وسلم): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani".

Mencintai Nabi صلى الله عليه وسلم merupakan kewajipan bagi setiap muslim. Oleh itu wajib atas setiap muslim mengetahui bukti dan tanda kecintaan kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan mengamalkan serta merealisasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Semakin banyak memiliki bukti dan tanda tersebut maka semakin tinggi dan sempurna kecintaannya kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Di antara bukti dan tanda-tanda kecintaan dan kasih kita kepada Nabi صلى الله عليه وسلم ialah:

Pertama: Mencontohi dan mengamalkan sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم di mana yang mencintai Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah orang yang sentiasa bersemangat, berpegang teguh dan menghidupkan ajaran baginda. Ianya dizahirkan dengan mengamalkan sunnahnya, melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya dalam perkataan dan perbuatan serta mendahulukan itu semua daripada hawa nafsu dan kelazatannya. Menghidupkan sunnah dan mengikuti Rasulullah صلى الله عليه وسلم dalam setiap langkah kehidupannya adalah bukti kecintaan kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebagaimana juga menjadi bukti kecintaan kepada Allah. Berdasarkan hal ini, kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya menuntut natijah mengamalkan hal-hal yang dicintai dan menjauhi yang dilarang dan dibenci oleh baginda صلى الله عليه وسلم.

Tidak mungkin ada orang yang mencintai Rasulnya sedangkan dia tidak mahu mengikuti sunnahnya apatah lagi melakukan perkara yang bercanggah dengan ajaran Nabi dengan sengaja. Antara sunnah yang terbaik adalah meringankan bebanan orang lain terutama ketika menghadapi bebanan kos sara hidup yang tinggi seperti hari ini, terutama ketika subsidi minyak, elektrik, pengajian ditarik ketika hidup mewah dan pembaziran pemimpin terus berlaku. Begitu juga ketika menghadapi musim banjir yang melanda yang perlu diberikan perhatian, di samping kita banyak berdoa sampai Allah menjauhkan kita semua daripada musibah yang besar.

Kedua: Banyak mengingati dan menyebut nama Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, kerana orang yang mencintai sesuatu tentu akan sentiasa mengingat dan menyebutnya. Sentiasa ingat kepadanya merupakan tanda kesinambungan kecintaan yang berterusan.

Ketiga: Sentiasa mengucap selawat dan salam kepada Nabi صلى الله عليه وسلم. Hadits riwayat Imam Muslim yang berbunyi:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرًا

Maksudnya: "Daripada Abu Hurairah رضي الله عنهُ , Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: Sesiapa yang berselawat ke atas aku sekali, maka Allah berselawat (iaitu memberi rahmat dan gandaan ganjaran) ke atasnya sepuluh kali".

Ulamak menyatakan faedah yang boleh di dapati dari selawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم adalah: Seorang ketika banyak menyebut kekasihnya, mengingatinya di hati, mengingati kebaikan-kebaikan dan perkara-perkara yang boleh melahirkan perasaan cinta kepadanya maka semakin berlipat ganda kecintaannya kepada kekasihnya tersebut dan bertambah rindu kepadanya. Apabila dia tidak menyebutnya sama sekali, tidak mengingatinya dan kebaikannya, maka akan berkuranganlah rasa cinta di hatinya.

Apabila keadaan ini kuat di hatinya maka lisannya terus memuji dan menyebut kebaikan-kebaikannya. Bertambah dan berkurangnya keadaan ini sesuai dengan perasaan cinta di hatinya dan anggota menjadi saksi kebenaran itu dengan mengamalkan sunnah Nabi dalam pelbagai aspek kehidupan.

Keempat: Menyebut keutamaan dan kemuliaan serta sifat, akhlak dan perilaku utama yang Allah berikan kepada Nabi صلى الله عليه وسلم, juga mukjizat serta bukti kenabian untuk mengenal kedudukan dan martabat baginda صلى الله عليه وسلم. Demikian juga untuk mengenalkan orang lain dan mengingatkan mereka tentang hal itu agar mereka semakin beriman dan bertambah kecintaan kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam Ayat 63 Surah An-Nur:

لَّا تَجْعَلُوا دُعَاءَ الرَّسُولِ بَيْنَكُمْ كَدُعَاءِ بَعْضِكُم بَعْضًا ۚ قَدْ يَعْلَمُ اللَّهُ الَّذِينَ يَتَسَلَّلُونَ مِنكُمْ لِوَاذًا ۚ فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَن تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ ﴿٦٣﴾

Maksudnya: "Janganlah kamu jadikan panggilan (kepada) Rasulullah صلى الله عليه وسلم di antara kamu seperti panggilan sesama kamu. Sesungguhnyha Allah telah mengetahui orang-orang yang yang menarik diri (dari majlis nabi صلى الله عليه وسلم) di antara kamu secara berselindung dan bersembunyi, maka hendaklah orang-orang yang mengingkari perintah-Nya beringat serta berjaga-jaga, jangan mereka ditimpa bala bencana atau ditimpa azab yang pedih".

Tanda cinta kepada Nabi صلى الله عليه وسلم yang Kelima: Bersopan santun dan beradab dengan Nabi صلى الله عليه وسلم baik dalam menyebut nama atau memanggilnya. Kata ulamak; Adab yang tinggi terhadap Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah menerima sepenuhnya serta tunduk patuh kepada perintahnya. Menerima perkhabarannya dengan penuh penerimaan dan membenarkannya tanpa ada penentangan dengan pemikiran logik akal, syubhat, keraguan atau mendahulukan pendapat para intelektual dan pemikiran yang tidak betul, kepada hanya berhukum dan menerima tunjuk ajar baginda صلى الله عليه وسلم sahaja.

Keenam: Berharap dan rindu untuk melihat dan berjumpa dengan Rasulullah صلى الله عليه وسلم walaupun terpaksa membayarnya dengan harta dan keluarga. Hadits riwayat Imam Muslim yang berbunyi:

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مِنْ أَشَدِّ أُمَّتِي لِي حُبًّا نَاسٌ يَكُونُونَ بَعْدِي يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ رَآنِي بِأَهْلِهِ وَمَالِهِ.

Maksudnya: "Di antara umatku yang paling mencintaiku adalah orang-orang yang hidup selepasku, salah seorang dari mereka sangat ingin melihatku walaupun terpaksa menebus dengan keluarga dan harta".

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Tanda cinta kepada Nabi صلى الله عليه وسلم yang Ketujuh: Menyampaikan nasihat untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya dan rasul-Nya. Hadits riwayat Imam Muslim yang berbunyi:

قَالَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الدِّينُ النَّصِيحَةُ. قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُولِهِ، وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ، وَعَامَّتِهِمْ.

Maksudnya: "Agama itu adalah nasihat. Sahabat bertanya; Kepada siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya dan rasul-Nya dan pemimpin kaum muslimin serta kaum muslimin seluruhnya".

Maksud nasihat untuk Nabi صلى الله عليه وسلم dalam hadits ini adalah beriman kepadanya, mentaati perintahnya, mengikuti sunnahnya dan mencintainya.

Kelapan: Belajar Al-Quran, istiqamah membacanya dan memahami maknanya. Demikian juga belajar sunnahnya, mengajarkannya dan mencintai ahlinya (ahli sunnah). Imam Al-Qadhi 'Iyyadh رحمة الله menyatakan: "Di antara tanda-tanda mencintai Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah mencintai Al-Quran yang diturunkan kepadanya dan baginda صلى الله عليه وسلم mengambil petunjuk dan membimbing manusia dengan Al-Quran serta berakhlak dengan Al-Quran".

Ibnu Mas'ud رضي الله عنه berkata: "Janganlah seseorang menanyakan untuk dirinya kecuali Al-Quran, apabila ia mencintai Al-Quran maka ia mencintai Allah dan Rasul-Nya".

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Tanda cinta kepada Nabi صلى الله عليه وسلم yang Kesembilan: Mencintai orang yang Rasulullah صلى الله عليه وسلم cintai, antaranya:

- Ahlul Bait (keluarga)

Imam Al-Baihaqi رحمة الله berkata: "Termasuk dalam lingkungan mencintai Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah mencintai Ahlul Bait. Ahlul Bait Rasulullah صلى الله عليه وسلم memiliki hak-hak yang wajib dipelihara, kerana Allah menjadikan mereka hak dalam al-khumus, al-fa'ie (harta rampasan perang) dan memerintahkan berselawat untuk mereka bersama selawat untuk Rasulullah صلى الله عليه وسلم".

Ulamak juga menyatakan: Di antara kewajipan kita adalah mencintai Ahlul Bait Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan memberikan keutamaan kepada mereka serta menjaga wasiat Rasulullah صلى الله عليه وسلم tentang mereka.

- Para isteri baginda صلى الله عليه وسلم.

Menjaga keutamaan dan hak-hak mereka dan meyakini mereka tidak sama seperti para wanita lainnya. Menjadikan mereka sebagai ibu kaum mukminin sehingga wajib bagi kita menjaga hak-hak mereka walaupun setelah mereka wafat, berselawat untuk mereka bersama Nabi صلى الله عليه وسلم dan memohon keampunan bagi mereka serta menzahirkan pujian dan keutamaan mereka.

- Para sahabat baginda صلى الله عليه وسلم.

Imam Al-Baihaqi رحمة الله menyatakan: "Termasuk dalam kecintaan kepada Nabi صلى الله عليه وسلم adalah cinta kepada para sahabat baginda صلى الله عليه وسلم. Apabila para sahabat Nabi telah mendapat kedudukan ini, maka mereka memiliki hak dari kaum muslimin untuk mencintai mereka dan dapat mendekatkan diri kepada Allah dengan kecintaan kepada mereka. Ini kerana apabila Allah meredhai seseorang, maka dia mencintai-Nya dan wajib atas seseorang hamba untuk mencintai orang yang Allah cintai".

Umat Islam wajib mencintai sahabat, meredhai mereka dan mendoakan kebaikan untuk mereka. Hadits riwayat Imam Al-Bukhari, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

لَا تَسُبُّوا أَصْحَابِي فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلَا نَصِيفَهُ

Maksudnya: "Janganlah kamu sekalian mencela para sahabatku, demi Allah! Seandainya salah seorang dari kamu berinfaq emas sebesar bukit Uhud, tidak akan menyamai satu mud (cupak) mereka dan tidak juga separuhnya".

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Tanda cinta kepada Nabi صلى الله عليه وسلم yang Kesepuluh: Membenci orang yang Allah dan Rasul-Nya benci, memusuhi orang yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya, menjauhi orang yang menyalahi sunnahnya dan syariat Islam, serta membenci semua perkara yang menyalahi syariat sebagaimana firman Allah Ayat 22 Surah Al-Mujadilah:

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
لَّا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ ۚ أُولَـٰئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الْإِيمَانَ ... ﴿٢٢﴾

Maksudnya: "Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu ialah bapa-bapa atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka...".

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.

Khutbah Kedua

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيْرًا كَمَا أَمَرَ. اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ، وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ عَبْدِكَ وَرَسُلِكَ سَيِّدِنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أًجْمَعِينَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ. فَقَالَ اللهُ تَعَالَى:
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾

Bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad صلى الله عليه وسلم), wahai orang-orang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucaplah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya”. (Surah Al-Ahzab: Ayat 56)

Muslimin dan Muslimat sekalian,

Marilah pada hari penghulu segala hari ini kita merasakan betapa besarnya nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan kepada kita oleh Allah سبحانه وتعالى. Dan hanya kematian di dalam Iman dan Islam sahaja yang diredhai oleh Allah sebagaimana firman-Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ ﴿١٠٢﴾  

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan kamu di dalam keadaan beragama Islam”. (Surah Ali-Imran Ayat 102)

Pada hari ini juga hendaklah kita ingat betapa besarnya nikmat persaudaraan Islam yang dianjurkan di dalam Islam. Tanda iman seseorang ialah dia kasih kepada saudara seagama dengannya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Maksudnya: "Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana kasihnya kepada dirinya sendiri”.

Sehubungan itu hendaklah lahir di dalam hati setiap orang Islam perasaan sedih terhadap bala bencana dan kesusahan yang menimpa umat Islam di serata dunia. Sama ada mereka yang ditimpa gempa bumi, dilanda peperangan, kemiskinan dan kebuluran di negara-negara Afrika, dan umat Islam yang sedang dijajah, dizalimi dan dibunuh serta ditindas seperti yang sedang berlaku di Palestin, Mesir, Syria, Iraq, Selatan Thailand, Rohinghya dan sebagainya.

Jika tidak mampu membantu mereka dengan wang ringgit dan tenaga, sekurang-kurangnya melalui doa dan munajat kepada Allah supaya Allah memberi pertolongan kepada mereka dan membebaskan mereka daripada penderitaan dan kezaliman manusia yang dihadapi mereka.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
وَارْضَ اللَّهُمَّ عَنِ الْأَرْبَعَةِ الْحُلَفَاءِ الرَّشِدِينَ، سَادَاتِنَا أَبِى بَكْرٍ وَعُمَرَ وَعُثْمَانَ وَعَلِيِّ بْنِ أَبِى طَالِبٍ، وَعَنْ أَزْوَاجِ نَبِيِّنَا الْمُطَهَّرَاتِ مِنَ الْأَدْنَاسِ، وَعَنْ أَهْلِ بَيْتِهِ وَقَرَابَتِهِ وَسَائِرِ الصَّحَابَةِ وَالتَّابِعِينَ وَمَنْ تَبِعَهُمْ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ، وَارْضَ عَنَّا بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِينَ.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.  اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِي بِلَادِنَا هَذَا وَفِي رُوْهِيغيَا وفِي الْعِرَاقِ وَفِي فَلَسْطِينِ وَفِي كُلِّ مَكَانٍ وَفِي كُلِّ زَمَانٍ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ.

 اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ. اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Ya Allah! Muliakanlah Islam dan pendukung-pendukungnya, bantulah Islam dan perkembangannya, bantulah pendakwah-pendakwah Islam dan para mujahidinnya. Ya Allah, hancurkanlah kekufuran serta golongan munafik dan musyrikin, binasakanlah musuh-musuh agamamu dan segala sekutunya, engkau eratkanlah hubungan kami sesama Islam. Elakkan kami dari permusuhan yang boleh menyebabkan terlerainya persaudaraan Islam.

Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata sekalian.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ، ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ.

عِبَادَ اللهِ، اِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.

Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman Google Drive. Klik sini.

Friday, December 16, 2016

KHUTBAH JUMAAT TUAN GURU PRESIDEN PAS - 16 DISEMBER 2016 / 16 RABIUL AWWAL 1438

"CAHAYA ISLAM TIDAK BOLEH DIPADAMKAN"

Khutbah Pertama

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِيٓ أَنۡزَلَ عَلَى عَبۡدِهِ الۡكِتَابَ لِيَكُونَ لِلۡعَالَمِينَ نَذِيرًا. أَشۡهَدُ أَن لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحۡدَهُۥ لَا شَرِيكَ لَهُۥ، لَهُ الۡمُلۡكُ وَلَهُ الۡحَمۡدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ. وَأَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبۡدُهُۥ وَرَسُولُهُۥ، أَرۡسَلَهُ ٱللَّهُ بَشِيرًا وَنَذِيرًا بَيۡنَ يَدَيِ ٱلسَّاعَةِ، فَأَدَّى ٱلۡأَمَانَةَ، وَبَلَّغَ ٱلرِّسَالَةَ، وَنَصَحَ ٱلۡأُمَّةَ، وَجَاهَدَ فِى ٱللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِۦ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمۡ وَبَارِكۡ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدۡوَتِنَا مُحَمَّدٍ، نَبِيِّ ٱلرَّحۡمَةِ وَشَفِيعِ ٱلۡأُمَّةِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَمَنۡ تَبِعَهُۥ وَنَصَرَهُۥ وَوَالَاهُۥ.
أَمَّا بَعۡدُ، فَيَا عِبَادَ ٱللَّهِ، ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ. وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيۡرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقۡوَى، فَقَدۡ فَازَ ٱلۡمُتَّقُونَ.

Wahai hamba-hamba Allah,

Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebai-baik bekalan itu adalah bertaqwa. Maka demi sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita memahami peringatan daripada Allah سبحانه وتعالى dalam Surah As-Shaff Ayat 8:

يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ ﴿٨﴾

Maksudnya: “Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)”.

Kita memperingati bulan kelahiran Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Rasul yang diutuskan untuk seluruh manusia, menamatkan kerasulan, tidak ada lagi rasul selepas Muhammad صلى الله عليه وسلم, setelah Allah سبحانه وتعالى menentukan untuk menamatkan alam dunia bila-bila masa sahaja.

Rasul yang dipilih ini adalah dipilih daripada zuriat Nabi Ibrahim عليه السلام yang diletakkan di Makkah al-Mukarramah yang disebut oleh Allah سبحانه وتعالى dalam Surah Ibrahim Ayat 37:

... وَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ ... ﴿٣٧

Maksudnya: “Lembah (tanah suci Makkah) yang tidak ada tanaman padanya”.

Semua tumbuhan tidak boleh di lembah itu, namun Allah سبحانه وتعالى memilih rasul Akhir zaman di tempat yang kering begini rupa, tidak dipilih di bumi yang subur, tidak dipilih di negeri-negeri yang bertamaddun yang kaya raya dengan harta bendanya. Ini adalah untuk menyatakan permulaan akhir zaman itu dengan pembangunan manusia. Dibina jasadnya dengan makanan-makanan yang halal. Dibina rohnya dengan iman dan akhlak yang mulia. Dibina akal fikirannya dengan ilmu yang memberi manfaat. Diwahyukan Al-Quranulkarim sepertimana firman Allah dalam Surah Al-Israk Ayat 9:

إِنَّ هَـٰذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا ﴿٩﴾

Maksudnya: “Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar”.

Lagi firman-Nya Surah Al-Baqarah Ayat 2:

ذَ‌ٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ ﴿٢﴾

Maksudnya: “Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa”.

Kekuatan dan kemuliaan manusia itu dengan bertaqwa kepada Allah سبحانه وتعالى. Firman Allah تعالى pada Surah Al-Hujurat Ayat 13:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ ﴿٩٦﴾

Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu)”.

Allah سبحانه وتعالى telah menjanjikan manusia yang telah dibina dengan taqwa ini menegakkan negara yang bertaqwa. Allah سبحانه وتعالى berfirman dalam Surah Al-A’araf Ayat 96:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ ﴿٩٦﴾

Bermaksud: “Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (rasul Kami), lalu kami timpakan mereka dengan azab siksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan”.

Melalui kumpulan pertama yang dibentuk oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم digabungkan mereka yang telah beriman di Makkatul Mukarromah yang melakukan hijrah dikenali dengan golongan muhajirin dan orang-orang Madinah yang beriman yang dinamakan anshar. Dengan dua kumpulan yang dibentuk diri mereka dengan Islam, mendirikan sebuah kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah سبحانه وتعالى.

Allah menyempurnakan manusia dan kerajaan yang didirikan itu dengan Islam yang sempurna. Sebelum diwafatkan Nabi صلى الله عليه وسلم, Allah سبحانه وتعالى mengisytiharkan dalam Surah Al-Maidah Ayat 3:

... الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ ... ﴿٣﴾

Maksudnya: “Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) daripada agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepada Aku. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikma-Ku kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu”.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Islam petunjuk Allah سبحانه وتعالى, diusahakan untuk dipadamkan oleh orang-orang musyrikin di seluruh semenanjung tanah arab menyerang Negara Islam yang ditegakkan. Serangan berikutnya oleh bala tentera Ahzab yang menggabungkan golongan musyrikin dan ahli kitab untuk memadamkan cahaya agama Allah سبحانه وتعالى. Semua kumpulan itu dikalahkan. Cahaya Islam tidak boleh dipadamkan.

Setelah Islam disempurnakan, Allah سبحانه وتعالى mewafatkan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Sebaik sahaja mendengar berita kewafatan Nabi صلى الله عليه وسلم, kabilah-kabilah arab sebahagian besarnya murtad (keluar daripada agama Islam). Kumpulan yang murtad ini disokong oleh dua kuasa besar dunia Parsi dan Rom. Mengikut adatnya, padamlah cahaya Islam. Di saat yang mencabar ini, Allah سبحانه وتعالى menunaikan janji-Nya di dalam Surah Al-Maidah Ayat 54:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚ ذَ‌ٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٥٤﴾

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; kerana Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi meliputi Pengetahuan-Nya”.

Di saat yang mencabar ini, sebaik sahaja mendengar berita kewafatan Rasulullah صلى الله عليه وسلم, ketika sebahagian sahabat dalam kesedihan setelah bergembira dengan kemenangan Islam (pembukaan Makkah), tiba-tiba sedih dengan kewafatan Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Mereka dikepung oleh golongan yang murtad bersama dengan kuasa besar dunia. Abu Bakr As-Siddiqرضي الله عنه  bangkit menyampaikan ucapan:

اَيُّهَا النَّاسُ، فَمَنۡ كَانَ مِنۡكُمۡ يَعۡبُدُ مُحَمَّدًا فَإِنَّ مُحَمَّدًا قَدۡ مَاتَ. وَمَنۡ كَانَ يَعۡبُدُ اللَّهَ فَإِنَّ اللَّهَ حَيٌّ لَا يَمُوتُ. وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدۡ خَلَتۡ مِن قَبۡلِهِ ٱلرُّسُلُۚ أَفَإِيْن مَّاتَ أَوۡ قُتِلَ ٱنقَلَبۡتُمۡ عَلَىٰٓ أَعۡقَٰبِكُمۡۚ وَمَن يَنقَلِبۡ عَلَىٰ عَقِبَيۡهِ فَلَن يَضُرَّ ٱللَّهَ شَيۡ‍ئًا ۚ وَسَيَجۡزِي ٱللَّهُ ٱلشَّٰكِرِينَ.

Maksudnya: “Wahai manusia, sesiapa yang menyembah Muhammad, Muhammad sudah mati. Sesiapa yang menyembah Allah, Allah Maha Hidup, tidak mati sekali-kali. Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul yang sudah pun didahului oleh beberapa orang rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau dia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), Sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)”.

Para sahabat رضي الله عنهم bangkit menentang golongan murtad. Cahaya Islam bukan sahaja tidak boleh dipadamkan, bahkan cahaya Islam telah berjaya menghanguskan dua kuasa besar dunia, Parsi dan Rom.

Begitulah Allah سبحانه وتعالى menunaikan janji-Nya, cahaya Islam tidak boleh dipadamkan oleh mulut-mulut manusia dan oleh makhluk-Nya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Hari ini kita menyaksikan kejatuhan khilafah Islamiyyah (pemerintahan Islam yang besar) yang memimpin dunia. Negeri-negeri umat Islam dipecah dan diperintah oleh kuasa-kuasa penjajah yang bukan Islam. Mereka membahagi-bahagikan negeri-negeri umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Setelah mereka melancarkan serangan ketenteraan untuk membaham umat Islam habis-habisan, mereka melanyak pemikiran umat Islam. Kita menyaksikan bagaimana cahaya Islam tidak padam juga, cahaya Islam tidak boleh dipadamkan, agama Islam tidak boleh dimatikan, bukan sahaja Islam yang sudah berada di negeri-negeri umat Islam, bahkan cahaya Islam masuk ke seluruh pelusuk dunia di negeri-negeri yang bukan Islam di timur dan barat membenarkan apa yang dijanjikan oleh Allah سبحانه وتعالى yang ditegaskan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم:

لَيَبۡلُغَنَّ هَذَا الۡأَمۡرُ مَا بَلَغَ اللَّيۡلُ وَالنَّهَارُ. [رواه أحمد]

Maksudnya: “Akan sampai urusan (agama Islam) ini di mana sampainya siang dan malam”. (Hadits riwayat Imam Ahmad)

Marilah kita bersama dengan Islam, hidup dan mati, cahaya yang menunjuk kita ke jalan yang benar dari dunia sehingga hari akhirat.

أَعُوذُ بِٱللَّهِ مِنَ ٱلشَّيۡطَانِ ٱلرَّجِيمِ.
هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ ﴿٣٣﴾

Maksudnya: “Dialah yang telah mengutuskan rasul-Nya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikan-Nya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya”.