Wednesday, July 15, 2015

KHUTBAH 'EIDUL FITRI 1436 HIJRAH - PRESIDEN PAS



Khutbah Hari Raya Aidil Fitri 1436 Hijrah

“KHUTBAH PRESIDEN PAS”

Khutbah Pertama

ٱللَّهُ  أَكْبَرُ، ٱللَّهُ  أَكْبَرُ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ، ٱللَّهُ  أَكْبَرُ، ٱللَّهُ  أَكْبَرُ، ٱللَّهُ  أَكْبَرُ، ٱللَّهُ  أَكْبَرُ، ٱللَّهُ  أَكْبَرُ، ٱللَّهُ  أَكْبَرُ،كَبِيرًا، وَالْحَمْدُلِلَّهِ حَمْدًا كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا.
أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَيُحْيِيْ وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرِ. وَأَشْهَدُ أَنْ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، الْبَدْرِ الدُّجَى، وَالسِّرَاجِ الْمُنِيرَ.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمَ وَبَرِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ وَالتَّابِعِينَ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.
أَمَّا بَعْدُ.
فَيَا عِبَادَ ٱللَّهُ! اِتَّقُواْ ٱللَّهَ.

Wahai Hamba-Hamba Allah,

Bertaqwalah kamu semua kepada Allah dengan mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya.

Hari ini adalah hari yang mulia, setelah berakhirnya bulan Ramadhan yang diwajibkan berpuasa dan bermulanya bulan Syawal yang diwajibkan haji kepada sesiapa yang mampu menunaikannya dan mereka yang bermula untuk membuat persiapan untuknya. Kedua-duanya adalah ibadah yang besar kelebihan dan kedudukannya dan menjadi Rukun Islam.

Ibadah puasa dan haji menunjukkan ketaatan kepada Allah dengan jasad, ruh, akal dan harta; menunjukkan kepatuhan hamba kepada Tuhan-nya. Kesyukuran kepada Allah kerana semua nikmat dan rahmat-Nya yang tidak dapat dikira banyak dan tidak mampu dinilai harganya dalam hidup di alam dunia ini dan betapa banyak pahala yang dijanji Allah di hari Akhirat.

Firman Allah yang menyatakan nikmat manusia dijadikan:

قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ ﴿٢٣﴾ (سورة الملک : ٢٣)

Maksudnya: "Katakanlah wahai Muhammad SAW, dialah Tuhan yang telah menjadikan kamu dapat mendengar, melihat dan akal yang dapat berfikir. Sedikit sahaja di kalangan kamu yang bersyukur."

Maka hari raya adalah hari bahagia bagi orang-orang yang telah menunaikan puasanya kerana Allah, menjadikan dirinya hamba Allah yang ikhlas kepada Tuhan-Nya, menanamkan sifat sabar dalam jiwanya setelah tahan berlapar sepanjang siang hari sebulan Ramadhan dan menjadi orang yang bersyukur setelah merasa nikmat makan dan minum apabila berbuka puasa dan berhari raya, setelah hilangnya lapar dan dahaga di waktu siang selama sebulan. Ibadah puasa yang telah ditunaikan itu juga melahirkan sifat takwa yang berjadi harga diri manusia. Kerana Allah tidak memandang manusia kepada bangsa dan keturunan, rupa paras dan warna kulit dan pangkat. Firman Allah:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ﴿١٣﴾ (سورة الحجرات : ١٣)

Maksudnya: "Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan (Adam dan Hawa), berbangsa-bangsa dan bersuku kaum, supaya kamu berta'aruf (berkenalan dan berhubung) di antara satu sama lain. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui berkenaan diri kamu dan Maha Tahu berkenaan urusan kamu.”

Maka di hari raya tidak memberi apa-apa makna dan tujuan bagi orang yang tidak berpuasa dan tidak melahirkan sifat takwa di dalam dirinya. Hanyalah sekadar memakai pakaian baru dan bersuka ria dalam masa beberapa hari yang pendek di dunia ini sahaja.

Firman Allah Ta’ala:

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَـٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ ﴿١٧٩﴾ (سورة الأعراف : ١٧٦)

Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah sediakan neraka jahannam itu bagi manusia dan jin. Mereka yang ada akal tidak berfikir, yang ada mata tidak melihat tidak melihat mengambil pengajaran pengajaran, dan yang ada telinga tidak mendengar mengambil pengetahuan. Mereka seperti binatang, bahkan lebih sesat daripadanya, mereka itulah orang-orang yang lalai.”

Maka hari raya tidak memberi apa-apa keberkatan kepada orang yang tidak taat kepada Allah dan tenggelam dalam dosa dan maksiat dalam keadaan tidak bertaubat. Hanya sekadar mengenyangkan perut dengan makanan hari raya yang menjadi tahi najis sahaja.

Muslimin Muslimat yang dikasihi,

Hari raya adalah pembawa berkat bagi orang yang berkasih sayang di antara sesama keluarga dan saudara mara dengan semangat ajaran Islam. Menimbulkan semangat bertolong menolong di antara satu sama lain. Yang kuat menolong yang lemah, yang kaya menolong yang miskin, yang tahu menunjukkan kepada yang tidak tahu.

Maka tidak ada makna hari raya bagi orang yang bermusuh dengan keluarga dan saudara maranya, dan orang yang tidak ada semangat bertolong menolong dengan ikhlas sesama manusia, tidak ada faedah bagi orang yang cerdik pandainya menipu orang lain, tidak ada guna bagi orang yang tidak berani mencegah kemungkaran yang berlaku di dalam masyarakatnya kerana membiarkan dirinya sama-sama tenggelam dalam permusuhan dan kemungkaran.

Firman Allah:

لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَىٰ لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ۚ ذَ‌ٰلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُوا يَعْتَدُونَ ﴿٧٨﴾ كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَن مُّنكَرٍ فَعَلُوهُ ۚ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ ﴿٧٩﴾ (سورة المائدة : ٧٩-٧٨)

Maksudnya: “Dikutuk (laknat) orang-orang kafir di kalangan kaum Bani Israel melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa bin Maryam, sebabnya kerana mereka melakukan derhaka kepada Allah dan telah berlaku melampaui batas (dalam perkara Agama Allah). Mereka juga tidak mencegah kemungkaran yang berlaku di kalangan mereka. Alangkah buruknya apa yang telah mereka lakukan itu.”

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Ketahuilah bahawa Allah menjadikan kehidupan di dunia ini tempat kita beribadah kepada-Nya dan memakmurkan dunia dengan petunjuk-Nya, supaya memberi kebahagiaan kepada manusia di dunia ini dahulu dengan segala kemudahan yang ada pada dirinya, tubuh badan, nyawa, akal dan anggota yang membezakannya dengan makhluk yang lain, sehingga manusia ini boleh mengguna dan memerintah makhluk yang lain. Amalannya yang baik menjadi jambatan kebahagiaan yang dijanjikan di hari Akhirat. Semuanya dengan petunjuk dari Allah. Firman Allah:

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَىٰ كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلًا ﴿٧٠﴾ (سورة الإسراٴ : ٧٠)

Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam (manusia) dan Kami tanggungkan mereka berada di darat dan laut dan Kami beri rezeki kepada mereka daripada yang baik-baik (halal) dan Kami beri kelebihan kepada mereka daripada makhluk lain yang telah Kami jadikan dengan selebih-lebihnya.”

Seterusnya Allah menurunkan kitab yang berakhir dengan Al-Quran yang diturunkan di bulan Ramadhan yang mengajar kita berpuasa supaya mengikut dengan patuh. Taat dan rasa malu dan takut kepada Allah yang menjadikan kita dan memberi rahmat dengan petunjuk-Nya yang dibawa oleh para Rasul ‘alaihimus sholatuwas salam yang berakhir dengan Nabi ShollallAllahu ‘alaihi wasallam.
Marilah kita menyambut hari raya ini dengan sedar dan insaf akan kejadian dan kedudukan kita. Maka apa makna hari raya kepada mereka yang derhaka kepada Allah?

Firman Allah:

كَيْفَ تَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَكُنتُمْ أَمْوَاتًا فَأَحْيَاكُمْ ۖ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يُحْيِيكُمْ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ ﴿٢٨﴾ (سورة البقرة : ٢٨)

Maksudnya: “Bagaimana kamu menjadi kufur (melawan) Allah? Padahal kamu dahulunya mati (tidak ada) kemudian Allah menghidupkan kamu (menjadi manusia yang hidup di atas dunia) kemudian Allah mematikan kamu, kemudian kamu dipanggil semula oleh Allah (dihidupkan semula pada hari kiamat).”

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Kita telah meninggalkan bulan Ramadhan yang penuh dengan perjuangan menentang hawa nafsu. Mereka yang telah berpuasa mencapai kemenangan melawan hawa nafsunya sehingga sanggup meninggalkan kehendak nafsunya kerana Allah, nafsu makan minum dan hawa nafsu yang dihalalkan di bulan yang lain pada waktu siang hari. Hari raya bermakna kita menyambut kemenangan, maka tiada kemenangan bagi mereka yang tidak berpuasa Ramadhan dan tidak meninggalkan maksiat.

Setelah mencapai kemenangan ini maka wajiblah kita berjuang melawan musuh Allah daripada seluruh pelusuk dunia yang menyekat dan menghalang Islam satu-satunya petunjuk yang menyelamatkan manusia di dunia dan di Akhirat. Bulan Syawal ini adalah ketika bala tentera Ahzab (barisan) bersekutu kaum yahudi, musyrikin dan orang-orang munafik berusaha untuk menghapuskan Islam di zaman Rasulullah ShollallAllahu ‘alaihi wasallam, akhirnya Allah memberi kemenangan kepada Islam dan membinasakan musuh-musuh-Nya yang lebih ramai jumlahnya, banyak senjatanya dan kaya hartanya.

Muslimin dan Muslimat yang dikasihi,

Hari ini Islam telah diserang oleh musuh-musuh yang ramai, melalui senjata yang membunuh dan fitnah yang merosakkan iman dan akhlak. Disebabkan lemahnya ilmu agama menjadikan umat Islam tidak sedar diri sehingga boleh dilagakan oleh musuh-musuh, menyebabkan mereka membunuh sesama sendiri dengan senjata yang dijual oleh musuh dengan harga yang mahal dan dibayar pula dengan harta umat Islam.

Permusuhan terhadap Islam kerana dengki melihat Islam diterima kerana benarnya bukan kerana salahnya, apabila agama-agama lain ditolak oleh penganutnya di negerinya sendiri. Begitu juga ajaran dan undang-undang rekaan manusia sangat lemah dan tidak mampu mewujudkan keamanan, keselamatan dan keadilan yang sebenar kepada manusia. Menyebabkan para cerdik pandai bukan Islam, ada yang menerima Islam setelah membaca dan mengkaji Al-Quran yang diterjemah ke dalam berbagai bahasa, dan ilmu Islam yang diberi petunjuk oleh Kitab Allah dan kebijaksanaan Rasulullah ShollallAllahu ‘alaihi wasallam sebenarnya menyelesaikan semua masalah manusia. Maka Islam difitnah dan dituduh dengan tuduhan yang jahat dan zalim.

Jamaah islam yang berjuang untuk menegakkan Islam di tanahair umat Islam sendiri menjadi mangsa kezaliman oleh pemimpin-pemimpin yang menjadi alat kepada musuh-musuh Islam yang menghalang Islam diamalkan sepenuhnya. Kerana takut adanya contoh Islam yang berjaya dilihat sehingga sekali memberi peluang kepada Islam memimpin dunia.

Dalam masa yang sama ramai kalangan umat Islam yang jahil berkenaan ajaran agama mereka sendiri. Sehingga ada yang boleh menjadi halangan kepada kebangkitan semula Islam kerana perpecahan disebabkan salah faham terhadap ajaran Islam dan tidak boleh menjadi contoh kepada umat yang lain.

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,

Semua yang berlaku adalah pasang surut dalam kehidupan manusia yang ditetapkan oleh Allah bagi menguji manusia di alam dunia ini sebelum dibicarakan di alam Akhirat. Maka mereka yang beribadat dengan ikhlas dan mencari kebenaran dengan bersungguh diselamatkan Allah di dunia dan Akhirat. Walaupun tidak ada Nabi dan Rasul dengan wafatnya Rasulullah ShollallAllahu ‘alaihi wasallam, Allah mewajibkan adanya kumpulan Islam yang ditegaskan sifat-sifatnya oleh Allah:

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ ﴿١٠٤﴾ (سورة آل عمران : ١٠٤)

Maksudnya: “Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu umat (kumpulan di kalangan umat Islam yang ramai), mereka berdakwah kepada kebajikan, mereka menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran. Merekalah orang-orang yang mendapat kemenangan.”

Allah telah menetapkan adanya tiga syarat kepada kumpulan Islam itu:

Yang Pertama: Berdakwah kepada kebajikan, iaitu semua ajaran Islam yang sempurna.

Yang Kedua: Menyuruh kepada yang baik.

Yang Ketiga: Mencegah kemungkaran.

Maka kumpulan yang tidak memenuhi tiga syarat-syarat ini bukannya kumpulan yang menyambung perjuangan Rasulullah ShollallAllahu ‘alaihi wasallam dan para sahabatnya yang setia.

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ ﴿٦٩﴾ (سورة العنکبوت : ٦٩)

Maksudnya: “Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh mencari keredhaan Allah daripada agama-Nya nescaya Kami menunjukkan kepadanya jalan-jalan Kami, sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang berbuat baik.”

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي الْكِتَابِ وَالسُنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.



Khutbah Kedua

ٱللَّهُ أَكْبَرُ، ٱللَّهُ  أَكْبَرُ، ٱللَّهُ  أَكْبَرُ، ٱللَّهُ  أَكْبَرُ، ٱللَّهُ  أَكْبَرُ، ٱللَّهُ  أَكْبَرُ، ٱللَّهُ  أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنْ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَلَاهُ. أَمَّا بَعْدُ،
فَيَا عِبَادَ اللهِ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّاىَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقوْنَ. وَتَزَوَّدُوْا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى. 

Muslimin dan Muslimat sekalian,

Marilah pada hari raya ini kita merasakan betapa besarnya nikmat Iman dan Islam yang dikurniakan kepada kita oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala, dan hanya kematian di dalam Iman dan Islam sahaja yang diredhai oleh Allah sebagaimana Firman-Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ ﴿١٠٢﴾ (سورة آل عمران : ١٠٢)

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan kamu di dalam keadaan beragama Islam.”

Pada hari ini juga hendaklah kita ingat betapa besarnya nikmat persaudaraan Islam yang dianjurkan di dalam Islam. Tanda iman seseorang ialah dia kasih kepada saudara seagama dengannya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri. Sabda Rasulullah ShollallAllahu ‘alaihi wasallam:

لَايُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحَبُّ لِنفْسِهِ

Maksudnya: “Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana kasihnya kepada dirinya sendiri.”

Sehubungan itu hendaklah lahir di dalam hati setiap prang Islam perasaan sedih terhadap bala bencana dan kesusahan yang menimpa umat Islam di serata dunia, samada mereka yang ditimpa gempa bumi, dilanda peperangan, kemiskinan dan kebuluran di negara-negara Afrika, dan umat Islam yang sedang dijajah,dizalimi dan dibunuh serta ditindas seperti yang sedang berlaku di Palestin, Iraq, Syria, Selatan Thailand, Rohingya dan sebagainya.

Jika tidak mampu membantu mereka dengan wang ringgit dan tenaga, sekurang-kurangnya melalui doa dan munajat kepada Allah supaya Allah memberi pertolongan kepada mereka dan membebaskan mereka daripada penderitaan dan kezaliman manusia yang dihadapi mereka.

Muslimin dan Muslimat sekalian,

Pada hari yang mulia dan penuh barokah ini, marilah kita membanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad ShollallAllahu ‘alaihi wasallam yang telah menyampaikan Islam kepada kita setelah melalui berbagai bentuk jihad dan pengorbanan. Tanda kasih kita kepada baginda dirakamkan melalui ucapan selawat dan salam sebagaimematuhi perintah Allah di dalam Al-Quran:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾ (سورة الأحزاب : ٥٦)

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas Nabi, maka wahai orang-orang beriman ucapkanlah selawat dan salam ke atasnya dengan sesungguh-sungguhnya.”

اللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ ، وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ ، فِي الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ. رَبَّنَا اغْفِرْ  لَنَا ذُنُوبَنَا وَالِدينَا وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَارًا، رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الْإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ ، وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِيْنَ ، وَالنِّفَاقَ وَالْمُنَافِقِيْنَ وَالظُّلْمَ وَالظَّالِمِيْنَ ، اَللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِأَعْدَائِنَا وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ، اللهم رُدَّ كَيْدَهُمْ عَلَى نُحُرِهِمْ، اللّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَقِلَّ عَدَدَهُمْ وَسِلاحَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاِبكَ، اللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا الْمُجَاهِدِينَ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ فِى فَلَسْطِينَ، وَفِى غَزَّةِ، وَفِى الْعِرَاقِ، وَفِى كَشْمِير، وَفِى جَنُوبِ تَايْلنْد، وَفِى كُلِّ مَكَانٍ. اَللَّهُمَّ قَوِّ عَزَئِمَهُمْ، وَاجْمَعْ كَلِمَتَهُمْ، وَثَبِّتْ أَقْدَامَهُمْ، وَانْصُرْهُمْ عَلَى أَعْدَائِهِمْ.
اَللَّهُمَّ آتِ أَنْفُسَنَا تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّهَا، أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا،  اَللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ، وَأَرِنَا الْبَاطِلًا وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ. اللَّهُمَّ وَفِّقْ سُلْطَان نَزْرِين مُعِزُّالدِّينِ شاه ابْنِ الْمَرْحُوم سُلْطَان أَزْلَن مُحِبُّ الدِّين شاه الْمَغْفُورُلَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ وَكَذَلِكَ توانكو زَارَ سَالِم، كَمَا نَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ أَنْ تُصْلِحَ أَئِمَّتَنَا وَوُلَاتَ أُمُورِنَا، وَاجْعَلْ وِلَايَتَنَا فِيمَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ. رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ.
ٱللَّهُ  أَكْبَرُ، ٱللَّهُ  أَكْبَرُ، ٱللَّهُ  أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ


Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang Terengganukite.com



No comments:

Post a Comment