Thursday, April 23, 2015

KHUTBAH JUMAAT - 24 APRIL 2015M / 05 REJAB 1436H



“HAKIKAT ZIKIR”

Khutbah Pertama


الحمدُ للهِ ذِي الجَلَالِ وَالإِكْرَامِ، المُتَفَضِّلِ عَلَى جَمِيعِ الأَنَامِ،
وأشهدُ أنْ لاَ إلهَ إلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لهُ القَائِلُ فِي كِتَابِهِ : 
فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلاَ تَكْفُرُونِ وأشهدُ أنَّ سَيِّدَنَا محمَّداً عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ القَائلُ صلى الله عليه وسلم :« أَفْضَلُ الذِّكْرِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ . اللهمَّ صَلِّ وسَلِّمْ وبَارِكْ عَلَى سيدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ الطَّيِّبِينَ الطَّاهِرِينَ وأَصْحابِهِ أجمعينَ والتَّابعينَ لَهُمْ بإحسانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.

أَمَّا بَعْدُ…فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْن.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya serta sidang Jumaat sekalian, marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah, dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya, semoga kita akan mendapat keredhaan dan kemuliaan hidup di dunia dan di akhirat. Tuan-tuan sekelian. Kebelakangan ini masyarakat disibukkan dengan polemik zikir dalam keadaan menari dan berbagai.

Khutbah hari ini tidak akan membicarakan secara khusus mengenai hukum hakam isu berkenaan tetapi khutbah hari menegaskan bahawa berzikir merupakan satu keperluan dalam hidup ini sepertimana tubuh badan kita memerlukan makan dan minum untuk meneruskan kehidupan. Berzikir berarti mengingati Allah samada dengan hati mahupun disertai dengan lidah. Dan berzikir dengan sebenarnya akan menghasilkan kesan yang menakjubkan. Ia bukan lakunan dan kosmetik tetapi ia akan membawa perubahan besar dalam tingkah laku sesorang dan tingkah laku umat menghadapi cabaran semasa.

Berzikir adalah salah satu arahan daripada Allah SWT:

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). (Ayat 152 Surah Al-Baqarah)

عَنِ الْحَارِثِ الأَشْعَرِيِّ رضيَ اللهُ عنهُ أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ إِنَّ الْعَبْدَ أَحْصَنُ مَا يَكُونُ مِنْ الشَّيْطَانِ إِذَا كَانَ فِي ذِكْرِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

Daripada al Harith al Asy’ari (r.a) bahawa Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya benteng hamba yang paling ampuh ketika menghadapi syaitan ialah apabila ia dalam keadaan berzikir. (HR Ahmad)

Kita di masjid ini , tidak perlu lah sampai ke peringkat berzikir menari-menari. Berzikir selepas solat pun kita sering tinggalkan. Kalau berzikir selepas solat pun kita tak mampu, apatah lagi berzikir di waktu-waktu biasa sedangkan berzikir selepas solat adalah sunnah Nabi SAW dan disediakan ganjaran yang besar. Berzikirlah samada berseorangan ataupun bersama jamaah.

مَن سَبَّحَ في دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِيْنَ، وحَمِدَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِيْنَ، وكَبَّرَ ثَلَاثَا وَثَلَاثِينَ، وقَالَ تمَاَمِ المائَةِ: لا إله إلا الله وحده لا شريك لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، غُفِرَتْ خَطَاياَهُ وإِنْ كانَتْ مِثْلَ زَبَدِ البَحْرِ. 

“Barangsiapa yang bertasbih selepas solat 33 kali, bertahmid 33 kali dan bertakbir 33 kali dan melengkapkannya 100 dengan zikir لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير di ampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.(HR Muslim)

عن رسولِ الله صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ كان إذا سَلَّمَ مِن صَلاَةِ الْفَريِضَةِ قال:أَسْتَغْفِرُ الله، أَسْتَغْفِرُ الله، اللهمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ، تَبَارَكْتَ يا ذا الجَلالِ والإِكْرَامِ.

Rasulullah SAW membaca zikir ini selepas tiap kali solat.

أستغفر الله، أستغفر الله، اللهم أنت السلام ومنك السلام، تباركت يا ذا الجلال والإكرام 

Tetapi mungkin kita terlalu sibuk sehingga sunnah berzikir kita lalaikan walaupun ia adalah anjuran Rasulullah SAW. Peliknya kita boleh pula menghabiskan masa yang banyak untuk kita melayani handphone kita menjawab, mengongsi dan melaporkan apa yang berlaku di alam maya kita.

Sidang Jumaat yang dihormati,

Berzikir bukan ibadat luaran dan kosmetik tetapi sebenarnya boleh membawa reformasi dan revolusi kepada kehidupan ini difahami falsafah mengapa berzikir itu kita lakukan.

Kita menilai sesuatu ubat itu berkesan apabila kesakitan kita sembuh dengan pengambilan ubat itu, begitu juga zikir kita berkesan apabila ia menyampaikan kita kepada matlamat sebenar berzikir. Jika tidak, ia hanya berbentuk luaran dan hanya keseronokan melodi sahaja. Apa matlamat berzikir?

1- Berzikir akan lebih mendorong kita untuk lebih taat perintah Allah. Kita gunakan segala pancaindera kita untuk melakukan ketaatan kepada Allah.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُسْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ شَرَائِعَ الإِسْلامِ قَدْ كَثُرَتْ عَلَيَّ فَأَخْبِرْنِي بِشَيْءٍ أَتَشَبَّثُ بِهِ. قَالَ :« لاَ يَزَالُ لِسَانُكَ رَطْبًا مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ.

Ya Rasulullah sesungguhnya syariat Islam sangat banyak untuk aku amalkan. Khabarkan kepada ku satu perkara yang aku akan pegang bersungguh-sungguh dengannya. Sabda Nabi SAW “lidah mu sentiasa basah dengan zikir”. (HR al Tirmizi)

Lidah yang sibuk berzikir akan memelihara seseorang dari mengumpat, menfitnah, mengungkap ucapan lucah, berbohong, mengadu domba, menyanyi yang tak berfaedah dan lain-lain. Apa ertinya zikir apabila lidah kita terus-terusan menuai dosa lidah.

Apabila Nabi SAW meletakkan bilangan 33 kali tasbih,tahmid dan takbir serta beberapa wirid lain secara tidak langsung kita dapat menyibukkan tangan kita untuk taat perintah Allah daripada terus-terusan jari jemari meraih dosa dalam bentuk moden seperti kongsi maklumat, komen, menulis perkara-perkara yang fitnah dan belum pasti sahih dalam media massa kita. Apa ertinya zikir apabila jari jemari kita terus-terusan menuai dosa tangan dan jari.

2. Apabila kita berzikir, contohnya bertasbih سبحان الله kita taqdiskan (menyucikan) Allah dari sebarang kekurangan. Maka apabila Allah pilihkan Islam kepada kita sebagai cara hidup dengan undang-undangnya, cara berekonominya, cara berhiburnya, cara bersukannya dengan meletakkan Islam lebih tinggi dari agama-agama lain, sepatutnya kita dan lautan manusia yang kuat berzikir, tidak ragu-ragu lagi menerima semua system Islam tanpa berdalih lagi.

Orang yang berzikir dengan takbir الله اكبر ertinya Membesarkan Allah. Allah lebih Agung daripada direlakan untuk bergabung dengan al masih dan ruhul Qudus. Hak mutlak Allah jauh lebih agung dari perjuangan Hak Asasi Manusia. Sepatutnya orang yang kuat berzikir adalah orang yang kuat mempertahankan agama Islam apabila cuba diperkotak katikkan dan di ancam. Syeikh Abdul Qadir Jailani terkenal di alam Melayu sebagai tokoh tasauf, tetapi di dunia Arab beliau dikenali sebagai pejuang Islam.Begitu juga dengan Ibrahim bin Adham dan Imam Ghazali. Mereka dikenali oleh orang Melayu dengan amalan-amalan sufi sedangkan mereka juga adalah faqih dalam agama dan berjihad menentang musuh.Beginilah gambaran yang sepatutnya dipegang oleh umat Islam yang menjaga aspek tasauf dalam kehidupan di samping berjihad untuk agama Islam.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ  بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.



Khutbah Kedua


اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ ذِكْرَهُ طَمَأْنِيْنَةً لِلْقَلْبِِ، وَمَرْضَاةً للرَّبِّ، وَمَغْفِرَةً لِلذَّنْبِ، وأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَه، يَذْكُرُ مَنْ ذكَرَهُ وَيَزِيدُ مَنْ شَكَرَهُ, وأَشْهَدُ أنَّ سيِّدَنا محمَّداً عبدُهُ ورسولُهُ، خيْرُ مَنْ ذكَرَ وَشكَرَ، اللهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ علَى سيدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ الطَيِّبِيْنَ الطَاهِرِينَ وَعَلَى أَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ، والتَّابِعِينَ لَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.

أمَّا بَعْدُ: فاتقُوا اللهَِ عَبْادَ اللهِ حَقَّ التَّقْوَى. 

Sidang Jumaat yang dihormati sekelian,

Generasi awal Islam faham maksud mengapa kita digalakkan berzikir. Lantaran itu Islam menjadi kuat kerana zikir-zikir yang diungkap membekalkan kekuatan kepada umat, lembut di lisan tetapi menggegarkan lawan. Tidak gegak gempita tetapi di pandang oleh musuh Islam dengan senyuman. Maksiat dalam perbuatan seperti perlanggaran hokum syara dan maksiat dalam cara berfikir seperti menerima ideology liberalism dan pluralism akan terpencil apabila zikir bukan sekadar diungkap di bibir dan bukan sekadar dendangan dan alunan tetapi ia merupakan semboyan perang memerangi syaitan di dalam diri dan system-sistem hidup tajaan syaitan dalam kehidupan. Maimun bin Mehran berkata:

الذِّكْرُ ذِكْرَانِ: ذِكْرُ اللَّهِ بِاللِّسَانِ حَسَنٌ، وَأَفْضَلُ مِنْ ذَلِكَ أَنْ يَذْكُرَ الْعَبْدُ اللَّهَ عِنْدَ الْمَعْصِيَةِ، فَيُمْسِكَ عَنْهَا

"Zikir ada dua jenis: Mengingati Allah dengan lidah , dia adalah amalan yang baik; dan yang terlebih baik daripada itu ialah ia mengingati Allah tatkala hendak melakukan maksiat, lantaran itu ia menghentikan maksiat itu."

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم .
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِىْ بِلاَدِنَا هَذَا وَفِىْ الْعِرَاقِ وَفِىْ فَلَسْطِيْنِ وَفِىْ كُلِّ مَكَانٍ وَفِىْ كُلِّ زَمَانٍ.

اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ. اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،  وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ. اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Ya Allah! Muliakanlah Islam dan pendukung-pendukungnya, bantulah Islam dan perkembangannya, bantulah pendakwah-pendakwah Islam dan para mujahidinnya. Ya Allah, hancurkanlah kekufuran serta golongan munafik dan musyrikin, binasakanlah musuh-musuh agamamu dan segala sekutunya, engkau eratkanlah hubungan kami sesama Islam. Elakkan kami dari permusuhan yang boleh menyebabkan terlerainya persaudaraan Islam. Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur lah.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ.

فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.

Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com

No comments:

Post a Comment