bersama kepimpinan ulamak




Akan Datang




Friday, February 20, 2015

KHUTBAH JUMAAT - 20 FEBRUARI 2015M/01 JAMADIL AWWAL 1436H



“TAQWA”

Khutbah Pertama

إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْهُ فَلاَ هَادِيَ لَهُ.
أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، إِتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Saya menyeru diri saya sendiri dan sidang Jemaah sekalian marilah kita berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ketaatan kepada Allah dan menjauhi segala larangannya. Sekiranya kita mulia pada pandangan manusia, belum tentu kita mulia di hadapan Allah, jika kita kaya hari ini, sebenarnya kita miskin di sisi Allah dan akan menghadap Allah hanya berbalut kafan. Sekiranya kita masyhur, satu hari kelak kita akan bersendirian berhadapan dengan Allah, sekiranya kita petah berhujjah, satu hari nanti mulut kita terkunci dan anggota-anggota kita akan berbicara.

Muslimin yang dimuliakan sekalian,

Masa terus berlalu dan meninggalkan kita dan sedar atau tidak kita telah berada di awal bulan Jamadil awwal. Marilah kita bermuhasabah adakah pesanan taqwa yang kita ulangi saban minggu memberi kesan kepada jiwa kita atau ia sekadar menjadi rukun khutbah jumaat yang wajib disebut. Taqwa menjadi asas kejayaan umat Islam di dunia dan di akhirat. Tanpa taqwa, manusia tiada nilai di sisi Allah SWT meskipun dia mulia dan disanjung di khalayak ramai.

Muslimin yang dihormati,

Dari segi “bahasa” Taqwa bermaksud mengambil tindakan penjagaan dan memelihara dari sesuatu yang mengganggu dan memudaratkan. Manakala menurut istilah “Syara’”, Taqwa bermaksud:

“Menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah Ta’ala dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat”.

Rasulullah saw. juga pernah menjelaskan hakikat taqwa dengan sabda baginda :

أَنْ يُطَاعَ  فَلَايُعْصَى  وَأَنْ يُذْ كَرَ فَلَايُنْسَى وَأَنْ يُشْكَرَ فَلَايُكْفَرَ

Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintahNya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepadaNya dan tidak mengkufuri nikmatNya.- Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas rha

Sidang Jumaat Sekelian,

Maksud kalimah at-Taqwa dalam ayat di atas ialah kalimah لاإله إلا الله محمد رسول الله atau dua kalimah syahadah. Kalimah ini merupakan kalimah iman yang menjadi asas atau punca kepada taqwa.

Martabat Kedua : Menjauhkan diri dari segala perkara yang membawa kepada dosa.

Martabat Ketiga : Membersihkan batin (hati) dari segala yang menyibukkan atau melalaikan diri dari Allah Taala.

Martabat yang ketiga inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ ﴿١٠٢﴾

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan kamu benar-benar sebagai seorang Islam - Surah Ali Imran. Ayat : 102

Muslimin yang berbahagia,

Di dalam meneruskan kehidupan seharian di zaman serba moden yang menyaksikan keruntuhan akhlak, moral dan aqidah ummah yang kini di paras yang amat membimbangkan, tingkatan taqwa yang tinggi amat diperlukan bagi membina kembali struktur asas umat Islam yang kian runtuh. Sebagai umat Islam kita berkewajipan memperjuangkan dan mengembalikan umat Islam ke landasan asal.

Taqwa adalah penawar bagi memulihkan kecederaan iman yang sangat parah dewasa kini, khasnya di kalangan mereka yang mengaku sebagai seorang Islam. Kecederaan teruk di bahagian iman inilah yang meletakkan umat Islam turut terjebak dalam kancah pergolakan akhlak, moral dan aqidah. Saksikanlah, bagaimana dunia kini amnya dan Negara kita khasnya dilanda kehancuran peradaban keinsanan, sehingga hilang perikemanusiaan sebaliknya ciri-ciri kebinatangan yang menguasai minda sebahagian besar umat manusia.

Muslimin mukminin yang dikasihi sekelian,

Firman Allah swt:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ ٱلْقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلْأَرْضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَـٰهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ ﴿٩٦﴾

Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya. - Surah Al A’raf:96

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ  بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.


Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ للهِ الْقاَئِلِ:

وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَىٰ ۚ وَاتَّقُونِ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ ﴿١٩٧﴾

dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).

أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَاللهِ! اتَّقُوا اللهَ, أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى الله، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Muslimin yang dikasihi Allah SWT,

Menyedari realiti dunia dan ummah hari ini, marilah kita bersama-sama mengambil tanggungjawab untuk membina syakhsiyyah muslim yang bertaqwa dengan mendidik jiwa, minda dan seluruh pancaindera agar tunduk dan patuh kepada Allah swt. Kita wajib bersedia menjunjung tinggi segala tanggungjawab mempertahan dan memperjuangkan Islam di persada alam ini. Kitalah selayaknya memikul tanggungjawab sebagai pejuang untuk menyelamatkan diri, ummah dan dunia dari cara hidup yang menyimpang jauh dari Manhaj Ilahi. Kita wajib menjadi pejuang yang dilengkapi sifat taqwa sebagai alat keselamatan dan asas kekuatan diri demi memenangi pertembungan antara iman dan kufur, hak dan batil serta Islam dan Jahiliyyah.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ،الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَات،إِنَكَ سَمِيعٌ قَرِيبٌ مُجِيبُ الْدَعَوَات،وَيَاقَاضِيَ الْحَاجَات. 

Ya Allah!! kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur lah.

Tunaikanlah hasrat dan hajat kami untuk menjadi insan yang cemerlang dan berkesan, berikanlah kami hidayah, kekuatan, kesihatan, ketaatan yang tidak berbelah bagi kepadaMu. Pemudahkanlah segala urusan kami, limpahkanlah kami rezeki yang engkau redhai. Limpahkanlah juga segala kedamaian, keamanan, keharmonian, kemakmuran dan rahmatMu kepada negeri dan Negara kami ini secara khususnya, dan juga kepada semua Negara umat Islam di seluruh dunia secara amnya.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. 


Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com


No comments:

Post a Comment

KULIAH SETIAP AHAD MINGGU KEDUA




Kempen Tiga B