Thursday, January 29, 2015

KHUTBAH JUMAAT - 30 JANUARI 2015 / 09 RABI’UL AKHIR 1436H



“ISLAM DIHINA LAGI”

Khutbah Pertama

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقاَئِلِ:
وَلَقَدِ اسْتُهْزِئَ بِرُسُلٍ مِنْ قَبْلِكَ فَحَاقَ بِالَّذِينَ سَخِرُوا مِنْهُمْ مَا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُونَ 

Bermaksud: “Dan demi sesungguhnya! Telah diperolok-olok beberapa Rasul sebelummu, lalu mereka yang mengejek-ejek di antara mereka ditimpakan (balasan azab) bagi apa yang mereka telah perolok-olokkan itu. – Surah Al-An’am : 10

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ، 

أَمَّا بَعْدُ.. فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَ لَاتمَوُتُنَّ إِلَّاوَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kita mati melainkan kita benar-benar menjadi seorang Muslim yang beriman dan bertaqwa.

Tuan-tuan yang saya kasihi sekalian,

Dunia masih lagi segar dengan perbincangan mengenai isu keganasan terutamanya berkaitan kes serangan ke atas akhbar mingguan Perancis, Charlie Hebdo, yang dilakukan sebagai balasan terhadap perbuatan keji mereka yang berterusan melakukan penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhammad SAW. Walaubagaimanapun segala kutukan dan perbincangan hanya tertumpu terhadap serangan tersebut, tanpa menunjukkan perhatian yang serius terhadap sikap akhbar tersebut yang berterusan melakukan provokasi samada sebelum serangan malah selepas berlaku serangan tersebut. Inilah bezanya kaedah yang digunakan oleh Islam berbanding kaedah barat dalam menyelesaikan masalah yang sebegini mudah.

Apakah cerdiknya ibu bapa yang hanya menghukum anak yang memukul adik beradiknya setelah dia diganggu dengan berbagai gangguan. Dalam masa yang sama ibu bapa itu membiarkan sahaja perbuatan anak mereka yang mengganggu adik mereka. Ini menjadikan situasi semakin lama semakin parah kerana mereka akan membesar dengan sikap suka mengganggu orang lain sedangkan anak yang membalas hanya terlebih sedikit dalam membalas di samping membela diri daripada gangguan orang lain.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Walaupun tinggal di sebuah negara maju, masih ada lagi sekelompok manusia yang tidak bertamadun dan tidak layak hidup di kalangan masyarakat manusia. Kelompok yang hanya melaungkan hak asasi manusia untuk hidup sebebas-bebasnya bertindak dan berkata-kata tanpa memikirkan kesannya. Golongan ini tidak pernah mempedulikan kesan buruk daripada tindakan dan kata-kata mereka serta bahayanya kepada masyarakat, apabila ianya merosakkan perasaan orang lain dan menghuru-harakan masyarakat seluruhnya. Golongan seperti ini jika dihimpunkan bersama haiwan-haiwan ternakan sekalipun, pasti mereka akan merosakkan ketenangan masyarakat haiwan tersebut akibat kejahatan hati dan mulut busuk mereka sebagaimana Firman Allah swt dalam surah al-A’raf ayat 179 :

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالإِنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَ يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ 

Bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.”

Muslimin yang dirahmati Allah,

Di sinilah pentingnya peranan pemerintah dalam memastikan seluruh rakyatnya menghayati akhlak dan adab kesopanan yang bersesuaian dengan kehidupan bermasyarakat yang bertamadun. Pejuang hak asasi songsang ini antaranya mengatakan kerajaan tidak bertanggungjawab menjaga adab dan akhlak rakyatnya dan rakyat bebas berbuat apa sahaja walaupun menjejaskan hak orang lain. Di sinilah puncanya bahaya dan ancaman keselamatan yang sepatutnya bukan sahaja perlu ditangani oleh pihak berkuasa agama semata-mata malah ianya menjadi tanggungjawab pihak keselamatan bagi membenteras fahaman ekstrim dan melampau seperti ini.

Sidang Jumaat sekelian,

Jauh sangat bezanya kaedah Islam berbanding kaedah barat dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Namun malangnya kaedah barat jugalah yang digunakan oleh negara-negara Islam sehingga akhirnya mereka hanya menjadi pak turut barat dalam menganiaya umat Islam sendiri. Sekian lama barat hanya menumpukan kepada usaha mengekang keganasan, sedangkan keganasan hanya ditakrifkan menurut kaca mata mereka. Mereka bebas memerangi, menceroboh dan merampas hasil mahsul bumi umat Islam, sedangkan para pejuang yang mempertahankan negara Islam dicemuh sebagai pengganas. Inilah punca sebenar segala masalah peperangan dan keganasan yang berlanjutan pada hari ini. Negara barat yang banyak melakukan keganasan dan menindas negara Islam malah menjadi pendokong kuat keganasan Zionis Israel mengganyang rakyat Palestin masih dibiarkan berterusan tanpa ada sekatan. Begitu mudah mereka memperalatkan pemimpin-pemimpin negara Islam supaya merestui perbuatan jijik mereka agar mereka boleh berterusan mengganas ke atas negara Umat Islam selama-lamanya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Yakinlah bahawa isu keganasan ini hanya mampu diselesaikan melalui kaedah Islam, bukan kaedah barat. Selama mana dunia asyik membincangkan tindak balas pihak yang tertindas maka masalah ini tidak akan selesai selama-lamanya.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :


 وَلَقَدِ اسْتُهْزِئَ بِرُسُلٍ مِنْ قَبْلِكَ فَأَمْلَيْتُ لِلَّذِينَ كَفَرُوا ثُمَّ أَخَذْتُهُمْ فَكَيْفَ كَانَ عِقَابِ

Bermaksud: “Dan sesungguhnya telahpun diejek-ejekkan Rasul-rasul yang diutus sebelummu (wahai Muhammad), lalu aku biarkan mereka yang tidak percayakan Rasul-rasul itu ke suatu masa yang tertentu, kemudian Aku menimpakan mereka dengan azab; maka tidaklah terperi seksanya azabKu itu.” Ar-Ra’du : 23

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .

فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Pejuang hak asasi songsang seperti ini begitu cepat menular sehingga merebak ke negara kita. Mereka yang berselindung atas nama Badan-Badan Bukan Kerajaan dan memaparkan kelemahan-kelemahan dan kepincangan-kepincangan yang berlaku dalam masyarakat, lalu menonjolkan hak asasi sebagai jalan penyelesaian. Malangnya, hak asasi yang mereka perjuangkan adalah hak asasi yang melampaui batas dan melanggar tata susila keagamaan dan budaya bangsa yang selama ini begitu harmoni diamalkan. Sebelum mereka memusnahkan kerukunan hidup bermasyarakat, kesan buruk itu ditujukan kepada Islam dan penganutnya. Maka sebelum budaya bangsa runtuh kerana mereka, sistem hidup Islam yang syumul mesti dirosakkan. Maka kita melihat begitu banyak usaha golongan seperti ini menentang apa sahaja penerapan ajaran Islam dalam pentadbiran kerajaan dan kehidupan bermasyarakat. Mereka tanpa segan silu memusuhi apa sahaja yang diusahakan oleh para ulamak dan pendokong Islam walaupun sebahagian dari mereka turut menggunakan nama Islam pada pertubuhan mereka. Maka marilah kita sedarkan masyarakat agar menjauhi dan memusnahkan gerakan mereka sehingga ke akar umbi sebelum mereka memusnahkan Islam dari negara tercinta ini.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم .
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِىْ بِلَادِنَا هَذَا وَفِىْ الْعِرَاقِ وَفِىْ فَلَسْطِيْنِ وَفِىْ كُلِّ مَكَانٍ وَفِىْ كُلِّ زَمَانٍ.

اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ. اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،  وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ. اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Ya Allah! Muliakanlah Islam dan pendukung-pendukungnya, bantulah Islam dan perkembangannya, bantulah pendakwah-pendakwah Islam dan para mujahidinnya. Ya Allah, hancurkanlah kekufuran serta golongan munafik dan musyrikin, binasakanlah musuh-musuh agamamu dan segala sekutunya, engkau eratkanlah hubungan kami sesama Islam. Elakkan kami dari permusuhan yang boleh menyebabkan terlerainya persaudaraan Islam. Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur lah.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ.

فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.


Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com




Thursday, January 22, 2015

KHUTBAH JUMAAT - 23 JANUARI 2015/ 02 RABI’UL AKHIR 1436H



“MENJAGA KEMULIAAN ISLAM”

Khutbah Pertama


الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَنْعَمَ عَلَيْنَا بِنِعْمَةِ الإِيمَانِ وَالإِسْلاَمِ 
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ  
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ 
أَمَّا بَعْدُ.. فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Saya mengulangi pesanan taqwa ini untuk diri saya dan tuan-tuan sekelian. Pesanan ini sangat penting untuk diulang-ulang dan dihayati khususnya di zaman kita yang begitu mudah lupa kepada Allah. Bahkan hubungan kita lebih rapat dengan facebook, whatsapp, televisyen, dan sebagainya berbanding solat, al-Quran, zikir dan perkembangan nasib umat Islam seluruh dunia bahkan di negara kita sendiri.

Tuan-tuan yang saya kasihi sekalian,

Firman Allah SWT di dalam surah al-An’am ayat 114:

أَفَغَيْرَ اللهِ أَبْتَغِي حَكَمًا وَهُوَ الَّذِي أَنزَلَ إِلَيْكُمُ الْكِتَابَ مُفَصَّلًا ۚ وَالَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْلَمُونَ أَنَّهُ مُنَزَّلٌ مِّن رَّبِّكَ بِالْحَقِّ ۖ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ ﴿١١٤﴾

Bermaksud : (Katakanlah Wahai Muhammad): "Patutkah Aku (terpedaya dengan kata-kata dusta syaitan-syaitan itu sehingga aku) hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dia-lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu (tentang yang benar dan yang salah)?" dan orang yang Kami berikan al-kitab (Zabur, Taurat, Injil), mengetahui bahawa al-Quran itu adalah diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenar-benarnya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menjadi (salah seorang) dari golongan yang ragu-ragu.

Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa Nabi Muhammad SAW, tidak mudah terperdaya dengan kata-kata dusta, daripada syaitan-syaitan yang menyebabkan baginda mencari panduan atau hakim lain selain daripada Allah. Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada baginda kitab al-Quran yang jelas nyata isi kandungannya satu persatu, meliputi perkara yang halal dan juga perkara yang haram, hukum-hakam syarak, usul agama dan cabang-cabangnya. Tidak memerlukan penjelasan dan tiada yang lebih baik hukumannya. Kerana sesusungguhnya hukum-hukum Allah meliputi hikmah dan juga rahmat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Sesungguhnya dasar-dasar dalam agama Islam terdapat di dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Agama Islam telah diberitakan kehadirannya dalam kitab-kitab para rasul terdahulu. Kitab Zabur, Taurat dan Injil telah menceritakan kepada umat-umatnya tentang kedatangan agama Islam di akhir zaman nanti.

Setelah datangnya agama Islam kepada umat akhir zaman, Islam diamalkan dalam seluruh kehidupan manusia. Umat Islam mengamalkan segala perintah yang telah ditetapkan kepada mereka dan meninggalkan segala larangan yang dikenakan ke atas mereka. Seterusnya mereka menyeru kepada manusia yang lain untuk beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Kesungguhan umat Islam melaksanakan agama Islam telah membawa kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penduduk bumi ini.

Tuan-tuan yang dikasihi sekalian,

Akhir-akhir ini, kita dikejutkan dengan usaha-usaha terancang musuh-musuh Allah dan Rasul-Nya untuk melenyapkan Islam daripada muka bumi ini. Mereka mencanangkan Islam sudah tidak releven, malah sudah tidak sesuai pada zaman perkembangan sains dan teknologi. Di tambah pula dengan suara-suara lantang dengan mengatakan Islam menyekat kebebasan manusia. Mereka juga turut mencanangkan semua agama termasuk agama Islam, membawa kepada tuhan yang sama. Ini semua adalah suara-suara derhaka dan terkutuk yang cuba membisik di telinga umat Islam dengan niat dan matlamat menukar budaya dan cara hidup beragama seperti yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya.

Ini semua adalah serangan luaran daripada musuh-musuh Islam yang begitu hasad dengki dan benci kepada agama kita. Sedarilah kita semua, kita wajib membina dinding dan benteng yang menghalang kita dari kemurkaan dan azab seksa daripada Allah. Kita tidak boleh membiarkan agama Islam terus dipermain-mainkan oleh musuh-musuh Allah dan Rasul-Nya.

Sidang Jumaat sekalian,

Janganlah kita sendiri menjadi peluru dan bom yang cuba memusnahkan benteng-benteng Islam yang telah dikukuhkan oleh Rasulullah SAW, para sahabat baginda, para Tabien dan generasi-generasi selepas mereka. Adakalanya usaha meruntuhkan benteng dan dinding itu datang daripada dalam diri kita sendiri. Kita sudah tidak menghiraukan kewajipan-kewajipan agama yang ditaklifkan kepada kita, kita sudah tidak menganggap dosa-dosa kita sebagai penyebab musibah dan malapetaka kepada hidup kita.

Dosa-dosa yang kita lakukan seperti melakukan maksiat secara terang-terangan di khalayak ramai tanpa segan silu, memuja artis secara keterlaluan, membiarkan diri dipeluk cium bukan mahram dan menggadai maruah dan harga diri, kita hanya anggap seperti menepis lalat yang hinggap di muka kita sahaja. Walhal sepatutnya sebagai seorang Muslim, dosa-dosa yang kita lakukan dirasakan seperti sebuah gunung yang akan menghempap dan melenyapkan kita. Imam al-Ghazali di dalam Kitab Ihya Ulumiddin ada menyatakan :

كَمْ مِن اَكْلَةٍ مَنَعَتْ قِيَامَ الّلَيْلِ، وَكَمْ مِنْ نَظْرَةٍ مَنَعَتْ قِرَأَةَ السُّورَةِ، وإِنَّ الْعَبْدَ لَيَأْكُلُ أَكْلَةً أَوْ يَفْعَلُ فَعْلَةً، فَيُحْرَمُ بِهَا قِيَامُ سَنَةٍ، وكَمَا أَنَّ الصَّلاَةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ فَكَذَلِكَ الْفَحْشَاءُ تَنْهَى عَنِ الصَّلاَةِ وَسَائِرِ الْخَيْرَاتِ

Bermaksud : Betapa banyak makanan yang dimakan telah menghalang dari bangun malam, berapa banyak pandangan yang telah menghalang dari membaca surah al Quran. Dan sesungguhnya ada di kalangan hamba yang makan makanan mahupun membuat sesuatu perbuatan. Ia tertegah daripada bangun malam selama setahun. Dan seperti mana solat itu mencegah daripada kekejian dan kemungkaran, begitu jugalah sebaliknya kekejian itu akan menghalang daripada solat dan sekelian amal kebajikan.

Imam Sufyan al-Thaury berkata :

حُرِمْتُ قِيَامُ الّليَلِ خَمْسَةَ أَشْهُرٍ بِذَنْبٍ أَذْنَبْتُهُ. قِيلَ وَمَا ذَاكَ الذَّنْبُ ؟ قَال : رَاَيْتُ رَجُلاً يَبْكِى، فَقُلْتُ فِى نَفْسِى : هَذَا مُرَاء
Bermaksud : Aku terhalang daripada bangun malam selama 5 bulan disebabkan satu dosa yang aku lakukan. Ditanya apakah dosa itu? Ia menjawab : Aku pernah melihat seorang lelaki sedang menangis lantas aku berkata kepada diri ku bahawa ia sengaja menunjuk-nunjuk.

Adakalanya usaha meruntuhkan benteng dan dinding itu datang daripada luar yang sengaja dilakukan agar bergabung dengan faktor dalaman dalam diri kita sendiri. Contoh faktor luaran seperti maksiat dan kemungkaran yang ditaja dengan kos yang amat tinggi sehingga mengabaikan aspek-aspek yang lain. Api persengketaan sesama muslim yang sentiasa diperbaharui nyalaannya. Begitu juga, pesalah-pesalah syariah yang sering dilindungi dengan selimut hak asasi manusia.

Saudara-saudara sekelian,

Melihat betapa banyaknya ranjau dan rintangan dalam membina dan mempertahankan kemuliaan Islam, maka layak benarlah nilai kemuliaan seseorang itu letaknya pada kehebatan taqwanya. Allah berfirman dalam surah al-Hujurat ayat ke 13:

إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ 
Bermaksud : Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :


فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا ﴿٨﴾ قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا ﴿٩﴾ وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا ﴿١٠﴾ - سورة الشمس

Bermaksud : Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa manusia (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .

فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Ketahuilah dunia ini hanya tempat tinggal sementara kepada kita. Usia-usia kita yang berbaki hendaklah ditambah dengan amal ibadah sebagai bekalan menemui Allah kelak. Kita sering diingatkan, khususnya pada hari Jumaat untuk sentiasa bertaqwa kepada Allah dan Rasul-Nya, namun sebahagian daripada kita masih lagi memilih untuk alpa daripada bertaqwa kepada pemilik alam ini, bersikap fasiq dan derhaka kepada sang Penciptanya.

Di antara kita ada yang berikrar dan berazam dengan melakukan segala bentuk kebaikan tetapi hangatnya tidak sampai beberapa hari. Ada pula yang pada mulanya melakukan kebaikan tetapi akhirnya lalai sehinggalah Allah menimpakan bala bencana lalu menyedarkan mereka. Manakala ada juga sekumpulan manusia yang apabila ingin menzahirkan kegembiraan menyambutnya dengan acara dosa dan maksiat dan tidak merasa bersalah dan malu kepada Allah Taala.

Marilah kita terus istiqamah dalam menjaga batas-batas dan ketentuan Allah demi mencari keredhaan-Nya. Iman dan taqwa perlu dibentuk dan dipelihara supaya ianya membuahkan hasil yang baik di akhirat kelak. Hanya orang yang bertaqwa sahaja akan merasai keuntungan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Jika Allah mentaqdirkan kita memiliki umur yang panjang hingga kita mampu kembali kepada Allah dan Rasul-Nya pada masa-masa yang akan datang, maka itulah nikmat kurniaan yang amat besar darinya.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم .
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ فِىْ بِلَادِنَا هَذَا وَفِىْ الْعِرَاقِ وَفِىْ فَلَسْطِيْنِ وَفِىْ كُلِّ مَكَانٍ وَفِىْ كُلِّ زَمَانٍ.

اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ. اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،  وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ. اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

Ya Allah! Muliakanlah Islam dan pendukung-pendukungnya, bantulah Islam dan perkembangannya, bantulah pendakwah-pendakwah Islam dan para mujahidinnya. Ya Allah, hancurkanlah kekufuran serta golongan munafik dan musyrikin, binasakanlah musuh-musuh agamamu dan segala sekutunya, engkau eratkanlah hubungan kami sesama Islam. Elakkan kami dari permusuhan yang boleh menyebabkan terlerainya persaudaraan Islam. Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur lah.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ.

فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.

Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com




Thursday, January 15, 2015

KHUTBAH JUMAAT - 16 JANUARI 2015M/25 RABIUL AWWAL 1436H



MEMIKUL TANGGUNGJAWAB ISLAM SECARA BERSAMA

Khutbah Pertama

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ 
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ  
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ 

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، إِتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Sidang Jumaat Rahimakumullah,

Umur kita semakin bertambah dan hakikatnya kita semakin menghampiri garis penamat kehidupan yang sementara ini, maka jangan berlengah dan bertangguh lagi untuk mempersiapkan diri mencari bekal dalam perjalanan kita menemui Allah SWT. Dan sebaik-baik bekalan ialah kita mendisiplinkan diri kita mentaati perintah Allah dengan mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Sidang Jumaat Yang Dihormati,

Seperti kita maklumi , negara kita masih belum reda sepenuhnya dari musibah banjir, banyak harta benda yang musnah dan hanyut, tiba - tiba entah dari mana timbul gadis-gadis muslimah bertudung yang tenggelam dan hanyut dengan gelombang K-Pop selepas gangnam style rela diperlakukan dengan kelakuan yang tidak boleh diterima sama sekali oleh Islam dan budaya timur. Dipeluk dan dicium di atas pentas sambil disorak oleh hadirin. Ini satu tragedi kepada umat Islam di Malaysia tatkala orang lain bertungkus lumus memulihkan keadaan dan emosi mereka yang diuji oleh Allah SWT dengan musibah banjir.

Sesungguhnya tragedi ini telah membuktikan arus ganas liberalisme iaitu satu fahaman yang cuba memenuhi semua kehendak manusia walaupun dengan cara meruntuhkan nilai-nilai agama dan budaya ,telah berjaya meruntuhkan tembok-tembok pemisah jatidiri Islam yang telah dibina sebelum ini.

Seusai isu ini disebarluaskan di dalam media, maka antara perkara yang paling mudah dilakukan ialah menunjukkan jari telunjuk menyalahkan pihak itu dan pihak ini. Antara pihak yang sangat popular dipersalahkan dalam isu-isu ini ialah para Mufti, Jabatan Agama, Majlis Agama, para ulama dan para pendakwah. Walaupun tidak dinafikan mereka itu bukan maksum dan masih banyak perkara perlu diperbaiki, namun perkara asas yang wajib diinsafi ialah menegakkan Islam, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah tanggungjawab semua pihak, tidak hanya dibebankan 100% kepada pihak-pihak yang disebutkan tadi. Selalunya pihak-pihak ini hanya dirujuk selepas berlaku. Mengapa tidak dirujuk sebelum diadakan program tertentu? Sebagai contoh: JAKIM telah mengeluarkan satu garis panduan Hiburan Dalam Islam semenjak tahun 2007, tetapi berapa banyak pihak yang merujuk garispanduan ini sebelum mengadakan acara-acara hiburan.

Sidang Jumaat Sekelian,

Saya menyeru pihak yang sayang kepada Islam, syariat dan syiarnya, agar menilai sesuatu program yang akan diadakan mahupun bakal diluluskan samada ia membawa kebaikan dan keuntungan kepada Islam dan umat Islam atau sebaliknya. Janganlah kita menari mengikut rentak fahaman liberalisme yang menganggap apa jua garispanduan mahupun undang-undang yang mereka anggap menghadkan kebebasan individu akan dikritik dan ditentang dan semua agensi yang ditubuhkan untuk menguatkuasakan undang-undang ini akan dilabelkan dengan berbagai label sepertimana mereka menuduh JAKIM menganjurkan fahaman ekstremisme melalui khutbah-khutbah Jumaat.

Jika sesuatu tindakan undang-undang terpaksa diambil oleh pihak berkuasa agama terhadap individu mahupun pihak yang menganjurkannya, maka akan muncullah barisan peguam-peguam pejuang hak asasi atau pejuang nafsu manusia dan dalam masa yang sama masyarakat diajak untuk menganggap agensi agama hanyalah agensi penghukum sehingga tenggelam segala usaha diplomasi dan dakwah selama ini sedangkan penguatkuasaan undang-undang masih boleh dielak awal-awal lagi apabila pihak yang menganjurkan mahupun pihak yang meluluskannya merujuk terlebih dahulu kepada pihak berkuasa agama.

Kepada kementerian yang berkaitan, budaya Bollywood mahupun Hollywood ataupun budaya hiburan import dari Korea ini membawa pakej yang merbahaya kepada jati diri umat Islam jika tidak dikawal selia dengan baik. Kalau budaya bollywood membawa fahaman pluralism agama maka K-Pop membawa sekali fahaman liberalisme dan Kristianisasi. Kajian rambang yang dilakukan oleh A. Karim Omar mendapati hampir 80% dari artis K-Pop beragama Kristian . Selebihnya terdiri dari golongan atheis , budha dan kepercayaan animisme. Kebanjiran filem Korea di stesen tv di Malaysia juga menyumbang kegilaan remaja wanita kepada artis artis ini. Bukan setakat aksi remaja muslimah yang rela dipeluk oleh artis K-Pop ini kita minta supaya dihentikan bahkan adegan peluk cium para pelakon dan artis juga wajib diberhentikan.

Kepada ibu bapa awasi lah anak-anak daripada teruja dengan budaya asing seperti bollywood, hollywood, gangnam style serta k pop dan lain-lain. Orang Korea mempunyai banyak sifat yang boleh dicontohi seperti kuat kerja, disiplin tetapi mengapalah budaya negatif juga yang diminati.

Pesanlah kepada anak-anak kita agar sentiasa menjaga kehormatan diri dan maruah Islam dan jangan jadikan perbuatan kita sebagai fitnah kepada Islam dan mereka yang benar-benar taat kepada Allah. Perbuatan muslimah yang bertudung sanggup untuk dipeluk dan dicium oleh lelaki yang bukan mahram telah mencemar dan membawa fitnah kepada mereka yang benar-benar ikhlas menjalankan syariat Allah dengan bertudung.

وَإِذَا أَرَدْنَا أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا ﴿١٦﴾
Maksudnya: "Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya." (Surah al-Isra’ : 16)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ لِلهِ الْقَائِلِ،
كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَن مُّنكَرٍ فَعَلُوهُ ۚ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ ﴿٧٩﴾

Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah Al-Maidah ayat 79)

أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ  
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ 
أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Ini adalah hari yang paling mulia daripada tujuh hari di dalam seminggu. Hari Jumaat adalah hari yang Allah SWT berikan keafdhalan di dalamnya. Jadi hari ini jugalah hari yang terbaik saling nasihat menasihati dan tegur menegur sesama kita secara beradab dan berhemah. Kepada yang menegur, tegurlah dengan ikhlas dan yang ditegur, marilah sama-sama kita menerima dengan berlapang dada.

Peliharalah diri kita masing-masing daripada menjadi penyebab hubungan sesama Islam menjadi renggang disebabkan kata-kata kita mahupun tulisan-tulisan menerusi sms, what’sapp. Facebook dan sebagainya. Carilah lebih banyak titik-titik persamaan daripada kita menyelongkar semula titik-titik perbezaan. Gerunkanlah hati mereka yang berniat buruk kepada Islam dan muslimin dengan tentera kasih sayang sesama kita.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَات، إِنَكَ سَمِيعٌ قَرِيبٌ مُجِيبُ الْدَعَوَات، وَيَاقَاضِيَ الْحَاجَات. 

Ya Allah kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur lah.

Ya Allah, hanya padamu kami berserah memohon keampunan kepadaMU, redakanlah bencana yang kami alami, lindungilah kami semua dari murkamu, hindarkanlah kami dari bencana-bencana yang lebih besar yang tidak mampu kami tanggungi. Kasihanilah kami semua Ya Allah! Sesungguhnya engkaulah penentu segalanya, bantulah kami menghadapinya. Kami bermohon kepadamu dengan penuh kerendahan hati, engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Makbulkan lah doa kami Ya Allah..... Amin Ya Rabbal ‘alamin.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ.

Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com


Thursday, January 8, 2015

KHUTBAH - 09 JANUARI 2015M/18 RABIUL AWWAL 1436H



MEMBELI SYURGA DENGAN HARTA

Khutbah Pertama


اَلْحَمْدُ   لِلَّهِ الْقَائِلِ،
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٦١﴾

Bermaksud: “Bandingan (derma) mereka yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. (Ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya”. (al-Baqarah 261)

أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ  
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ 

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله. إِتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Muslimin yang dikasihi Allah,

Saya berpesan kepada sidang Jumaat sekalian apatah lagi diri saya sendiri, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa. Ketahuilah bahawa sesungguhnya tidak ada sesuatu yang lebih tinggi nilainya di sisi Allah SWT selain daripada ketaqwaan seorang hamba kepadanya. Mudah-mudahan, kita akan beroleh kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Sidang Jemaah yang dirahmati Allah

“Membeli syurga dengan harta”. Itulah tajuk khutbah pada hari Jumaat yang berbahagia ini. Nabi Muhammad S.A.W. pernah memberitahu kita di dalam satu hadis,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْ لَهُ، رواه مسلم

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda “Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga(perkara): Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak soleh yang mendoakannya.” (Hadith riwayat Imam Muslim)

Hadis yang masyhur ini seringkali disampaikan di mimbar-mimbar masjid, seringkali disampaikan daripada lisan khatib-khatib yang membaca khutbah, memberikan pengajaran yang sangat besar kepada kaum muslimin berkenaan hari selepas mati.

Seluruh anak Adam pasti akan menghadapi mati. Selepas mati tidak akan ada amal ibadah yang berterusan pahalanya kecuali tiga perkara. Di antaranya ialah sedekah jariah. Sedekah jariah adalah amalan yang tidak akan putus pahalanya sampai bila-bila, walaupun kita telah mati. Jadi sedekah bukanlah tajuk kecil di dalam Islam. Kalau kita periksa seluruh kitab-kitab hadis; Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, dan Ibnu Majah, pasti kita akan temui satu bab di mana imam-imam hadis menjadikannya satu bab khusus, yakni bab sedekah.

Sidang Jumaat rahimakumullah

Sedekah bukan tajuk kecil di dalam Islam. Lihatlah ketika mana Nabi Muhammad SAW dan para sahabat RA berada di dalam peristiwa Tabuk. Ketika itu kaum muslimin ingin melancarkan jihad ke atas Rom, tetapi mereka kekurangan dana. Baginda SAW berfikir bagaimana cara untuk menyelesaikan kemelut ekonomi dan kekurangan dana untuk berjihad. Lalu baginda SAW mengumpulkan hampir seluruh sahabat dan bangun menyampaikan khutbah khusus berkenaan sedekah untuk Tabuk. Baginda SAW menyampaikan khutbah tersebut dengan penuh semangat, membuka pintu tabarru’ seluas-luasnya untuk kaum muslimin pada ketika itu.

Kemudian baginda SAW duduk, lantas bangun seorang sahabat iaitu Uthman ibnu ‘Affan RA. Beliau berkata, “Wahai Rasulullah SAW, hari ini aku sedekahkan seratus ekor unta lengkap dengan pelananya pada jalan Allah.”

Ketika Tabuk juga, sebahagian sahabat yang menawarkan diri untuk berjihad bersama baginda tidak dapat turut serta kerana mereka tidak mempunyai binatang tunggangan dan kenderaan untuk ke Tabuk. Ketika itulah ‘Utsman menambahkan sedekahnya sehingga mencapai tiga ratus ekor unta lengkap dengan pelananya fi sabilillah untuk jihad di Tabuk. Subhanallah!!

Begitu pula Abu Bakar RA yang melihat keadaan itu terus pulang ke rumahnya dan kembali membawa empat ribu dirham. Beliau letakkannya di pangkuan Rasulullah SAW. Jika dilihat daripada satu segi tidaklah sedekah Abu Bakar itu lebih banyak daripada sedekah ‘Uthman, tetapi tetap sahaja apa yang Abu Bakar sedekahkan ini lebih banyak daripada sedekah sahabat-sahabat yang lain. Empat ribu dirham yang Abu Bakar sedekahkan pada waktu itu adalah seluruh hartanya. Sehingga Nabi Muhammad S.A.W. tanyakan kepada beliau:

“Wahai Abu Bakar, apa yang engkau tinggalkan untuk isteri dan anak-anakmu di rumah?” Abu Bakar menjawab, “Jangan khuwatir wahai Rasulullah, Allah dan Rasul-Nya aku tinggalkan untuk mereka di rumah.” Subhanallah!

Sahabat-sahabat lain seperti ‘Abdurrahman bin ‘Auf bersedekah beberapa ratus uqayyah perak. ‘Umar bin Al-Khattab bersedekah separuh daripada hartanya. Dalam erti kata yang lain, semua turut menyumbang berdasarkan kemampuan yang ada. Begitu juga para sahabat wanita menanggalkan barang-barang kemas yang mereka pakai dan menginfakkannya dengan setulus hati.

Tuan-tuan Sekalian,

Cuba kita perhatikan mengapa begitu serius sahabat-sahabat radhiyallahu ‘anhum ajma’in dalam mengeluarkan harta mereka untuk sedekah. Ketahuilah bahawa mereka membeli syurga dengan harta. Syurga yang luasnya lebih luas daripada langit dan bumi itu, kalau boleh mereka mahu membelinya dengan sebahagian daripada harta mereka.

Seringkali kaum muslimin melihat bahawasanya mengeluarkan harta untuk sedekah merupakan satu bentuk pengurangan harta . Harta yang mereka ada, contohnya RM100 apabila disedekahkan sebahagiannya, mereka melihat baki yang tinggal hanya RM50. Tetapi sebaliknya Nabi Muhammad S.A.W bersabda di dalam sebuah hadis yang bermaksud:

“Tiga perkara ini aku khabarkan kepada kalian dan kalian peliharalah ia. Pertama, tidak akan kurang harta yang dikeluarkan untuk sedekah, bahkan akan bertambah….” (Riwayat Imam Termizi)

Celikkanlah mata, lihatlah di luar sana. Para ahli sedekah itu makin berkurang atau makin bertambah harta mereka? Lihatlah dengan mata zahir disertai pengamatan dengan mata hati. Namun kenapa kita masih lagi tidak mahu merebut peluang syurga yang dijanjikan.

Jemaah yang dirahmati Allah sekalian

Rasulullah SAW adalah ikon paling unggul dalam sedekah. Di dalam sirah, baginda SAW dilihat seolah-olah seorang yang miskin. Baginda wafat hanya meninggalkan beberapa dinar emas. Beberapa hari sebelum baginda wafat, isteri baginda terpaksa menggadaikan baju besi milik baginda untuk membeli makanan buat keluarga mereka. Seolah-olah tergambar kepada kita bahawa Nabi SAW adalah orang miskin. Namun sekiranya kita amati dan cermati, kita akan dapati bahawa baginda adalah manusia yang sangat kaya, bahkan luar biasa kekayaannya.

Bukankah baginda menikahi seorang wanita saudagar Quraisy bernama Khadijah binti Khuwailid? Jawapannya ialah ya. Bahkan hasil perniagaan dan dagangan mereka menghasilkan pulangan yang amat lumayan. Namun semua laba itu telah digunakan untuk dakwah pada permulaan Islam hingga langsai semuanya hinggakan juga Islam yang sampai ke dalam hati kita pada hari ini ada hubungkait dengan harta infak tersebut.

Rasulullah S.A.W berhijrah ke Madinah dan menjadi ketua negara di Madinah. Ketua negara selalunya tidak lepas dari kekayaan harta dan pelbagai. Lihatlah bagaimana Rom, ada tinggalan istana kerajaan Rom. Lihatlah di Parsi, ada tinggalan istana kerajaan Parsi. Lihatlah di China, kekayaan di China mempunyai tembok besar China yang kita semua boleh melihatnya. Cuba lihat di Madinah, di mana tinggalan istana Rasulullah S.A.W? Sedangkan Rasulullah S.A.W adalah ketua negara. Di mana singgahsana Rasulullah S.A.W? Di mana mahkota kebesaran Rasulullah S.A.W. sebagai seorang maharaja? Di manakah baju kebesaran Nabi SAW? Sampai mati pun kita cari di bumi Madinah itu pasti kita tidak akan jumpa.

Lalu di manakah harta Nabi SAW yang banyak? Di manakah harta rampasan perang? Ketika Nabi SAW menjadi ketua kerajaan Madinah, 1/5 harta rampasan perang adalah milik Rasulullah SAW. Di mana harta Nabi? Inilah kata ulamak, “Tangan kanan Rasulullah S.A.W. umpama air yang mengalir dalam berbuat kebaikan sedekah. Tangan kiri Nabi S.A.W. umpama udara yang berhembus dalam memberikan hartanya pada golongan miskin dan fakir. Tidaklah orang yang bakhil duduk bersama-sama Nabi kecuali orang itu pulang menjadi ahli sedekah, kerana terkesan dengan perbuatan sedekah Nabi S.A.W.”

Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu berkata, “Nabi S.A.W. adalah manusia yang paling dermawan.” (riwayat Imam al-Bukhari)

Inilah yang diikuti oleh para sahabat R.Anhum. Setapak demi setapak mereka mengikuti Rasulullah S.A.W., menganggap sedekah sebagai satu kaedah yang paling unggul dalam menguruskan harta-harta mereka.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن.


Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ   لِلَّهِ الْقَائِلِ،
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنفِقُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُم مِّنَ الْأَرْضِ ۖ وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنفِقُونَ وَلَسْتُم بِآخِذِيهِ إِلَّا أَن تُغْمِضُوا فِيهِ ۚ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ ﴿٢٦٧﴾ 

Wahai orang-orang Yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu Yang baik-baik, dan sebahagian dari apa Yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. dan janganlah kamu sengaja memilih Yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil Yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali Dengan memejamkan mata padanya. dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji. (Al-Baqarah Ayat 267)


أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ  
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ 
أَمَّا بَعْدُ..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْن.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah

Ini adalah hari yang paling mulia daripada tujuh hari di dalam seminggu. Hari Jumaat adalah hari yang Allah SWT berikan keafdhalan di dalamnya. Jadi hari ini jugalah hari yang terbaik sekiranya kita ingin mengeluarkan infaq yakni sedekah.

Khatib ingin berpesan pada hari ini agar setiap jamaah yang hadir di masjid pada hari ini sebelum melangkah meninggalkan masjid ini, keluarkanlah dan infaqkanlah harta kita di jalan Allah. Belilah syurga dengan harta. Masukkanlah sebahagian harta kita ke dalam tabung-tabung yang masjid yang disediakan. Mudah-mudahan hari ini menjadi titik tolak bermulanya kesedaran kita untuk bersedekah, berinfaq di jalan Allah, mengikuti jejak-jejak Nabi Muhammad SAW dan sahabat radhiyallahu ‘anhum ajma’in.

Tuan-tuan sekalian, percayalah bahawa syaitan tidak akan datang kepada kita membisikkan ke telinga-telinga kita supaya kita jangan bersedekah. Tetapi syaitan akan datang kepada kita membisikkan ke telinga-telinga kita supaya kita menangguhkan sedekah, supaya kita bersedekah esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan, dan akhirnya kita akan mati sebelum sempat bersedekah.

Allah SWT menjelaskan kepada kita dengan firmannya dalam Surah Al-Munafiqun ayat 10:

وَأَنفِقُوا مِن مَّا رَزَقْنَاكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ الصَّالِحِينَ ﴿١٠﴾

Bermaksud : Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki Yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadaNya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu Dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa Yang sedikit sahaja lagi, supaya Aku dapat bersedekah dan dapat pula Aku termasuk golongan yang soleh ".


اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ،الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَات، إِنَكَ سَمِيعٌ قَرِيبٌ مُجِيبُ الْدَعَوَات، وَيَاقَاضِيَ الْحَاجَات. 

Ya Allah kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur lah.

Ya Allah, hanya padamu kami berserah memohon keampunan kepadaMU, redakanlah bencana yang kami alami, lindungilah kami semua dari murkamu, hindarkanlah kami dari bencana-bencana yang lebih besar yang tidak mampu kami tanggungi. Kasihanilah kami semua Ya Allah! Sesungguhnya engkaulah penentu segalanya, bantulah kami menghadapinya. Kami bermohon kepadamu dengan penuh kerendahan hati, engkaulah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Makbulkan lah doa kami Ya Allah..... amin ya rabbal ‘alamin.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ.


Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com


Thursday, January 1, 2015

KHUTBAH JUMAAT - 02 JANUARI 2015M/ 11 RABIUL AWAL 1436H



MUHASABAH DI AWAL TAHUN

Khutbah Pertama

اَلْحَمْدُ  لِلَّهِ الْقَائِلِ،
أَلَمْ يَرَوْا كَمْ أَهْلَكْنَا مِن قَبْلِهِم مِّن قَرْنٍ مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ مَا لَمْ نُمَكِّن لَّكُمْ وَأَرْسَلْنَا السَّمَاءَ عَلَيْهِم مِّدْرَارًا وَجَعَلْنَا الْأَنْهَارَ تَجْرِي مِن تَحْتِهِمْ فَأَهْلَكْنَاهُم بِذُنُوبِهِمْ وَأَنشَأْنَا مِن بَعْدِهِمْ قَرْنًا آخَرِينَ ﴿٦﴾

Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain - Al-An’am : 6.

أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
فيا عِبَادَ الله اِتَّقُوْا اللهَ اُوْصِيْكُمْ وَاِيّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah sekelian!

Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita memanjatkan kesyukuran ke Hadrat Allah kerana memberi kesempatan kepada kita menyedut udara 2015 M yang baru beberapa hari kita kecapi. Kita juga bersyukur dengan berbagai kurnian Allah sama ada untuk orang yang beriman ataupun mereka yang kufur. Namun hakikatnya tidak ada satu jaminan pun yang diberikan oleh Allah untuk kita kekal mendapat nikmat tersebut kecuali dengan cara mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang boleh menyebabkan Allah menarik kembali segala nikmat tersebut. Pelbagai amaran yang diberikan oleh Allah dalam bentuk ujian, musibah dan seumpamanya yang direncanakanNya bagi menguji keimanan manusia. Bagi mereka yang beriman dan bertaqwa, ujian ini semakin menguatkan dan meneguhkan keimanan mereka terhadap Allah. Firman Allah SWT surah Al-Ankabut:

أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ ﴿٢﴾

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan begitu saja mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi?"

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Bagi mereka yang memilih jalan hidup yang bercanggah dengan kehendak Allah maka dijanjikan dengan kesempitan hidup di dunia dan di akhirat. Allah menjelaskan dalam Surah Taha ayat 124:

وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى ﴿١٢٤﴾

Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatanku maka sesungguhnya layaklah bagi mereka kehidupan yang sempit dan Kami himpunkan mereka di Hari Kiamat kelak dalam keadaan buta.

Muslimin yang berbahagia,

Kita amat merasa sedih dengan bencana yang baru sahaja melanda negara. Walaupun banjir bukanlah perkara yang begitu asing dengan rakyat di negara ini, namun apa yang berlaku baru-baru ini adalah fenomena yang begitu luar biasa. Ini menunjukkan kekuasaan Allah mengatasi segala-galanya. Walaupun manusia mampu menyediakan sistem perparitan dan pengairan yang canggih, namun jika Allah sudah menetapkan, mana mungkin kita mampu menahan daripada banjir berlaku. Walaupun kita mampu menempatkan mangsa di pusat-pusat pemindahan, walaupun begitu ramai rakyat yang begitu budiman menghulurkan bantuan, namun untuk memastikan segala bantuan tersebut sampai kepada sasaran adalah tertakluk kepada kudrat dan iradat Allah. Maka tidakkah wajar kita bersyukur dan menundukkan kegoan kita selama ini, dengan tunduk dan pasrah kepada ketentuan Allah. Tidakkah wajar bagi kita sebagai hambaNya yang serba kekurangan ini, menyerahkan segala ketaatan dan pengharapan kita kepada Pencipta, tuhan Rabbul Jalil.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Bagi mereka yang ikhlas membantu mangsa-mangsa banjir dengan berbagai kaedah masing-masing, kita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan. Mungkin hari ini hari mereka, entah bila pula hari kita menerima nasib yang serupa. Semoga segala jasa baik yang kita sumbangkan menjadi bekalan kepada kita di hari Kemudian.

Bagi mangsa-mangsa yang terlibat, kita mengucapkan takziah dan memanjatkan doa agar mereka sentiasa diberikan kekuatan dan kesabaran dalam mengharungi segala kesulitan. Di sebalik segala bencana yang menimpa tersembunyi hikmah dan rahsia yang hanya Allah mengetahui segalanya. Kesabaran dan keredhaan kita dalam menerima ujian Allah akan diberikan ganjaran sewajarnya dan digantikan oleh Allah dengan yang lebih baik di akhirat kelak.

Muslimin yang berbahagia,

Bencana yang mendatang ini adalah ujian yang mengandungi hikmah yang besar di dalam hidup kita di antaranya:

1. Membentuk hati supaya lebih kuat dan tabah, sebab kesulitan akan meneguhkan hati.

2. Sedar dengan segala kekurangan dan kesalahan sehingga kita bertaubat dan dosa kita diampuni.

3. Kesulitan dan musibah adalah teguran langsung dari Allah SWT untuk mematangkan jiwa.

4. Supaya kita tidak lalai dan sentiasa ingat kepada Allah SWT.

5. Ujian adalah latihan dari Allah SWT untuk kita memahami hakikat kehambaan yang sebenar.

Sidang Jemaah Sekelian,

Walau bagaimanapun mimbar ingin menarik perhatian sidang Jemaah sekelian, janganlah dijadikan bencana ini sebagai sumber melemparkan dan menyebarkan fitnah dan maklumat yang tidak benar melalui sms, whatsapp, dan media sosial yang lain kerana ini bukanlah waktunya kita menunding jari dan memburukkan mana-mana pihak tetapi sebaliknya hendaklah kita bersatu-padu dan tolong-menolong membantu mangsa-mangsa banjir yang terlibat.

Sidang Jumaat Sekelian,

2014 telah meninggalkan kita dengan seribu satu kisah suka dan duka. Tidak ada siapa di antara kita yang menyangka akan berlakunya mala petaka yang begitu hebat yang melanda negara. Bermula dengan kehilangan pesawat yang masih belum ditemui sehingga kini, pesawat ditembak oleh pihak yang tidak diketahui, kemarau panjang pada awal tahun, banjir besar yang melumpuhkan sebahagian negeri dan di akhiri dengan pesawat Air Asia yang ditemui terhempas. Segala kejadian ini adalah musibah yang boleh menimpa sesiapa sahaja dan tiada siapa yang mampu mengelaknya. Tidak ada mana-mana manusia yang mampu menafikan bahawa hanya Allah sahaja yang mampu menyelamatkan kita. Marilah kita bersama memanjatkan doa kepada Allah agar tahun-tahun yang mendatang, kita tidak lagi diuji sebegini berat. Jadikanlah tahun ini sebagai titik tolak untuk kita mendekatkan diri kepada tuhan.

Sidang Jumaat Sekelian,

Manusia terlalu banyak bersandiwara dengan Allah seolah-olahnya mereka menyangka Allah terlupa janji dan azam mereka untuk mentaatiNya. Manusia mungkin boleh memperdayakan sesama mereka kerana kita sering cuai dan alpa. Tidak perlulah kita menanti datangnya musibah sebelum kembali mengingati Allah. Sebaliknya, buatlah persiapan sebelum musibah didatangkan oleh Allah.

Tinggalkanlah segala dosa dan maksiat di samping berusaha memartabatkan Hukum Hakam Allah. Bersyukurlah kerana Allah hanya memberikan amaran kecilnya dengan musibah-musibah yang melanda agar kita kembali kepada ketentuanNya. Kita masih belum lagi dibinasakan sepenuhnya walaupun berbagai bentuk kemungkaran yang kita lakukan selama ini. Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat ke 4 dan 5:

وَكَمْ مِنْ قَرْيَةٍ أَهْلَكْنَاهَا فَجَاءَهَا بَأْسُنَا بَيَاتًا أَوْ هُمْ قَائِلُونَ ﴿٤﴾ فَمَا كَانَ دَعْوَاهُمْ إِذْ جَاءَهُمْ بَأْسُنَا إِلاَّ أَنْ قَالُوا إِنَّا كُنَّا ظَالِمِينَ ﴿٥﴾

Dan berapa banyak negeri yang Kami binasakan, iaitu datang azab seksa Kami menimpa penduduknya pada malam hari atau ketika mereka berehat pada tengah hari. Maka tidak ada yang mereka katakan ketika datangnya azab Kami kepada mereka, melainkan mereka (mengakui dengan) berkata: Sebenarnya kami adalah orang-orang yang zalim.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ


Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ ِللهِ  الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .
فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita jadikan tahun ini sebagai tahun untuk kita mencari keredhaan Allah. Seluruh rakyat jelata menjunjung kasih atas keperihatinan DYMM Tuanku Sultan yang menitahkan agar sebarang konsert atau acara berunsur hiburan sempena sambutan tahun baru dibatalkan. Semoga titah perintah ini dapat menginsafkan seluruh rakyat jelata dan tidak hanya terhenti sekadar tahun ini semata-mata. Mudah-mudahan pengajarannya dapat diingati buat selamanya dan tidak hanya kerana menghormati mangsa-mangsa banjir dan bencana alam semata-mata, tetapi diteruskan bagi menghindari bala bencana yang dijanjikan oleh Allah bagi mereka yang mengingkariNya.

Muslimin Yang Dikasihi Allah,

Sekali lagi mimbar ingin memaklumkan kepada sidang jemaah sekelian marilah sama-sama kita mengadakan solat sunat hajat selepas solat jumaat sebentar lagi kita memohon kepada Allah supaya meringankan beban sahabat-sahabat kita yang ditimpa musibah banjir. Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir berupa wang ringgit, pakaian, makanan dan sebagainya bolehlah diserahkan sumbangan tersebut kepada agensi-agensi bukan kerajaan yang boleh dipercayai atau ke masjid daerah masing-masing atau masjid-masjid utama.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ
اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ . اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ.
 اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ.

Ya Allah kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur lah.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ ، وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ، وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.

Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com