bersama kepimpinan ulamak




Program Terdekat




Friday, July 25, 2014

Khutbah Hari Raya Aidil Fitri 1435 Hijrah



“SOLAT JAMAAH SEBAGAI PERISAI”

Khutbah Pertama

Wahai Hamba-Hamba Allah,

ٱللَّهُ أَكْبَرُ ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ ، 
ٱللَّهُ أَكْبَرُ ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ ، 
ٱللَّهُ أَكْبَرُ ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.
ٱللَّهُ  أَكْبَرُ كَبِيْرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيْرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا.
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا  
أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَيُحْيِيْ وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرِ.
وَأَشْهَدُ أَنْ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، الرَّحْمَةُ الْمُهْدَاةُ ، وَالسِّرَاجُ الْمُنِيرُ.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمَ وَبَرِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ نَّبِيِّ الرَّحْمَةِ ، وَشَفِيعِ الْاُمَّةِ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالَاهُ. أَمَّا بَعْدُ.
فَيَا عِبَادَ ٱللَّهُ! اِتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ ، وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ.
Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam.

ٱللَّهُ أَكْبَرُ ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah,

Kehadiran Syawal menjadi simbol kemenangan kita berperang dengan hawa nafsu yang membelenggu saban tahun. Hasil tarbiyah sebulan Ramadhan membolehkan kita lahir sebagai insan yang beriman dan bertaqwa. Maka sebagai manusia yang bertaqwa. Maka sebagai manusia yang bertaqwa, ibadah kita seharusnya lebih tekun daripada sebelumnya, persaudaraan sesama kita seharusnya lebih erat daripada sebelumnya, ilmu dan amal kita seharusnya lebih menetap daripada sebelumnya dan semangat juang kita seharusnya lebih hebat daripada sebelumnya.

ٱللَّهُ أَكْبَرُ ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Sidang hadirin sekalian,

Kita melihat kebanyakan manusia menjadi insan yang berbeza tatkala memasuki bulan Ramadhan. Kita melihat berlakunya perubahan yang ketara samada dari segi akhlak, tutur kata dan amalan kita yang menjadi begitu hampir untuk menepati kehendak Allah. Ramadhan menjadi satu bulan yang mesra ibadah kerana kita hanya berhadapan dengan hawa nafsu sendiri. Syaitan tidak lagi mengganggu dan menguasai manusia kerana mereka semuanya dibelenggu oleh Allah.

Hadirin yang dirahmati Allah,

Dengan kehadiran Syawal, kita berhadapan dengan sangat pembebasan syaitan dari belenggu. Maka sebahagin dari kita gagal mengawal nafsu mereka sendiri. Kita kembali menjadi manusia yang amat berat untuk melakukan ibadah. Maka hilanglah semangat Ramadhan yang kita raikan selama sebulan.

Muslimin Muslimat sekalian,

Kita memerlukan senjata yang mampu membiasakan nafsu kita dari diganggu dan dikuasai syaitan sepanjang tahun sementara kita menanti Ramadhan yang akan datang. Dalam hal ini Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadith riwayat Abu Dardak:

مَا مِنْ ثَلَاثَةَ فِي قَرْيَةٍ وَلَا فِي بَدْوٍ لَا تُقَامُ فِيهِمْ الْجَمَاعَةُ إِلَّا اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَعَلَيْكَ بِالْجَمَاعَةِ فَإِنَّمَا يَأْكُلُ الذِّئْبُمِنَ الْغَنَمِ الْقَاصِيَةِ

“Tidak ada tiga orang di dalam sesebuah kampung atau penempatan yang tidak didirikan solat jamaah di dalamnya kecuali mereka akan dikuasai oleh syaitan. Maka wajib ke atas kamu berjamaah. Sesungguhnya serigala itu akan memakan kambing yang berjauhan dari kumpulannya.”

Hadirin yang dirahmati Allah,

Hanya dengan melazimi solat berjamaah sahajalah akan mampu menghalang penguasaan syaitan terhadap masyarakat Islam. Tanpa penguasaan syaitan akan membolehkan kita melaksanakan amal ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah sebagaimana di bulan Ramadhan. Maka tidak dapat tidak kita mesti menggunakan solat jamaah sebagai senjata bagi melawan penguasaan syaitan terhadap diri kita. Jika solat jamaah menjadi amalan umat Islam secara berterusan, pasti kita akan bebas sepenuhnya daripada penguasaan syaitan dan kita akan mampu membangunkan umat mengikut kehendak Allah. Inilah merupakan kemenangan sebenar bagi umat Islam.

Muslimin Muslimat sekalian,

Malang bagi umat Islam sejagat kerana kedatangan Syawal setiap tahun tidak banyak mencerminkan kemenangan bagi umat Islam malah memperlihatkan penindasan, pembnunuhan dan kezaliman dunia yang amat melampau terhadap umat Islam. Rakyat Palestin sekali lagi terus dibedil dan diperangi tanpa belas kasihan oleh zionist yahudi. Kita melihat dunia hanya mampu melahirkan simpati sahaja melihat kerakusan mereka meratah umat Islam tanpa peri kemanusiaan. Dunia seolah-olah telah menerima bahawa kekejaman yang dilakukan terhadap umat Islam sebagai perkara biasa dan tanggungjawab dunia hanya sekadar merawat, memberi bantuan kemanusiaan dan menyempurnakan pengkebumian jenazah mereka dengan sebaiknya.

ٱللَّهُ أَكْبَرُ ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Sidang hadirin sekalian,

Israel hanya akan merasa takut dan gentar kepada umat Islam jika mereka melihat umat Islam betul-betul berpegang kepada ajaran Islam. Gambaran ini diperllihatkan dengan kehadiran umat Islam berjamaah di masjid dan di surau. Jika bilangan kehadiran berjamaah bagi solat waktu Subuh tidak sebagaimana jamaah solat Jumaat maka ini bermakna kita masih terlalu jauh dengan kemenangan dan selamanyalah kita akan terus ditindas dan diperlakukan semahunya oleh musuh-musuh Islam.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بِالقُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ. 


Khutbah Kedua

ٱللَّهُ أَكْبَرُ ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ ، 
ٱللَّهُ أَكْبَرُ ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ
أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنْ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَزُخْرِنَا وَقُدْوَتِنَا وَأُسْوَتِنَا مُحَمَّدٍ إِمَامِ الْمُتَّقِينَ وَقَائِدِ الدُّعِاةِ الْمُجَاهِدِينَ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَبِهِ وَمَنْ سَارَ عَلَى نَهْجِهِ وَجَاهَدَ جِهَادَهُ  إِلَى يَوْمِ الدِّينِ. أَمَّا بَعْدُ،
فَيَا عِبَادَ اللهِ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّاىَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقوْنَ. وَتَزَوَّدُوْا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى. 

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah sekalian,

Saya berpesan kepada kamu dan juga kepada diri saya sendiri supaya bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertaqwa. Carilah bekalan, kerana sesungguhnya bekalan yang baik ialah bertaqwa kepada Allah.

Pada Hari Raya ‘Eidul Fitri yang mulia ini, kita berkumpul di rumah Allah untuk membesarkan Allah, bertahmid dan bertakbir menandakan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah yang telah mengurniakan nikmat Iman dan Islam. Kita juga bersyukur dan bergembira kerana berjaya menjalani satu ibadah, iaitu ibadah puasa yang penuh dengan ujian. Diharapkan begitulah juga dengan ibadah-ibadah yang lain kita laksanakan dengan penuh ikhlas kepada Allah.

ٱللَّهُ أَكْبَرُ ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ ، ٱللَّهُ أَكْبَرُ ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Muslimin dan Muslimat sekalian,

Marilah kita menguat dan mengukuhkan lagi persaudaraan sesama kita dengan kita membinanya di atas asas persaudaraan Islam yang lebih kukuh jalinannya, lebih kukuh daripada hubungan darah dan keturunan. Persaudaraan inilah yang diumpamakan oleh Rasulullah SAW sebagai satu badan, apabila salah satu anggotanya sakit, maka seluruh anggota yang lain merasai sakitnya.

Pada Hari Raya ‘Eidul Fitri yang berkat ini juga, bersamalah kita membuat perhitungan dan muhasabah terhadap diri kita sendiri sejauh manakah kita beriman dan beramal dengan ajaran Islam. Di samping itu jangan kita lupa juga untuk melihat adakah keluarga, masyarakat dan negara kita berada di landasan yang diredhai Allah sebagaimana panduan yang terdapat di dalam Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah SAW.

Perhitungan ini wajib dibuat sebelum kita semua bertemu dan menghadap Allah SWT pada hari yang dinyatakan oleh Allah Ta’ala di dalam Firman-Nya:

يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ ﴿٨٨﴾ إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ ﴿٨٩﴾ [الشعراء : ٨٩ - ٨٨]

“Hari yang sudah tidak memberi guna oleh harta benda dan anak-pinak, kecuali sesiapa yang datang (menghadap) Allah dengan hati yang sejahtera.”

Untuk bertemu dengan Allah pada hari Kiamat dalam keadaan hati yang sejahtera, marilah kita beramal dengan ajaran Islam yang sebenar terkandung di dalam Al-Quranul Karim dan Sunnah Rasulullah SAW, kerana Allah mensyaratkan tanda cinta dan kasih seseorang hamba Allah ialah apabila patuh kepada Allah dan Rasul-Nya. Firman-Nya:

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ ... ﴿٣١﴾ ] آل عمران : ٣١ [

“Katakanlah (kepada mereka wahai Muhammad), sekiranya kamu (mengaku) cinta kepada Allah kepada Allah, maka ikutlah (ajaranku) nescaya kamu dikasihi oleh Allah.”

Pada hari ini juga jangan kita lupa untuk mengucapkan selawat dan salam kepada Rasulullah SAW kerana perintah Allah Ta’ala di dalam Al-Quranul Karim :

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾   ] الأحزاب : ٥٦ [

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam ke atasnya dengan sebenarnya.”

اللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ ، وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ ، فِي الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ ، وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ.
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْف عَنَّا وَعَنْ وَالِدِينَا وَعَنْ جَمِيعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِينَ.
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ إِيْمَانًا كَامِلاً وَيَقِيْنًا صَادِقًا وَلِسَنًا ذَاكِرًا وَقَلْبًا خَاشِعًا وَعَمَلًا صَالِحًا مُتَقَبَّلًا.
اللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا الْإِيمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوبِنَا وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّشِدِينَ.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الْإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ ، وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِيْنَ ، وَالنِّفَاقَ وَالْمُنَافِقِيْنَ وَالظُّلْمَ وَالظَّالِمِيْنَ ، وَدَمِّرِ الْكَفَرَةَ أَعْدَآءَكَ  أَعْدَآءَ الدِّينِ.
اَللَّهُمَّ أَصْلِحْ سُلْطَانَنَا السُّلْطَانَ نزرين مُعِزُّالدِّين شاه ابن المرحوم سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّين شاه اَلْمَغْفُور لَهُ ، كَمَا نَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ أَنْ تُصْلِحَ أَئِمَّتَنَا وَوُلَاتَ أُمُورِنَا ، وَاجْعَلْ وِلَايَتَنَا فِيمَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا. رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ الله ! إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .

Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari lama sesawang www.4shared.com


Thursday, July 24, 2014

KHUTBAH JUMAAT - 25 JULAI 2014M / 27 RAMADHAN 1435H



“MEMPERINGATI BADAR KUBRA”

Khutbah Pertama

الحَمْدُ للهِ اْلقَآئِلْ :
وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنتُمْ أَذِلَّةٌ ۖ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ﴿١٢٣﴾
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَريِكَ لَهُ  وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ  الله .
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah sekelian !

Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT teristimewanya di akhir bulan Ramadan yang padanya terdapat Malam Qadar yang lebih baik dari seribu bulan dengan kita melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Tajuk khutbah jumaat pada hari ini ialah “MEMPERINGATI PERANG BADAR”.

Wahai Pengikut Nabi Muhammad SAW,

Pada hari jumaat bersamaan 17 Ramadan tahun kedua hijrah telah berlaku peperangan Badar Kubra yang mempertemukan dua kumpulan; satu kumpulan berperang di jalan Allah manakala satu kumpulan lagi ialah kumpulan kafir berperang di jalan taghut. Sedang kita berada di bulan yang mulia ini sangat perlu kita mengimbau sejarah ini lantaran banyaknya pengajaran hebat yang mampu diteladani sekiranya kita meneliti peristiwa ini dengan mata hati dan sinar iman. Sesungguhnya pengamatan yang berkaitan dengan peperangan Badar juga merupakan satu bentuk tafaqquh fiddin sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Dan barangsiapa yang Allah SWT berkehendak kebaikan terhadapnya nescaya Allah SWT akan memberikannya kefahaman di dalam agama” (HR Bukhari).

Sidang Jumaat yang dikasihi kerana Allah SWT,

Peperangan badar bukan semata-mata peperangan yang melibatkan dua kumpulan manusia, bahkan ia merupakan sebahagian daripada agama dan akidah kerana Allah tabaraka wa taala telah merakamkan sirah perjuangan ini di dalam dua surah al-quran iaitu surah al-anfal dan surah ali imran. Sungguh menakjubkan, Allah SWT menjadikan bagi orang Islam hubungan yang cukup erat di antara sejarah dan agama. Maka lembaran-lembaran sejarah pada umat-umat terdahulu memberikan banyak pengajaran untuk kita memahami agama.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT,

Di antara intipati peperangan Badar ialah:

Pertama: supaya kita menghargai akan susah-payah Rasulullah SAW di dalam menyebarkan agama Allah. Justeru mengenang sirah yang amat hebat ini merupakan suatu penghormatan yang tinggi kepada Rasulullah SAW. Itulah Nabi yang bersusah-payah sepanjang hidupnya supaya kita mendapat hidayah, berjihad supaya kita hidup bahagia meskipun baginda sendiri terpaksa menempuh jalan yang sukar di sepanjang perjuangannya. Firman Allah SWT di dalam Surah at-Taubah ayat 128:

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ ﴿١٢٨﴾
Maksudnya : “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman”

Kemudian bersamanya para sahabat yang ikhlas terhadap dakwahnya, berjihad di jalan Allah dengan mengorbankan harta dan jiwa turut menempuh kesusahan yang sama. Justeru itu adalah sesuatu yang wajar kita mengetahui akan kedudukan mereka, kita mengingati sejarah dan mengenang sirah mereka khususnya bahawa hidup mereka telah terikat sejak mereka beriman dengan ikatan yang seerat-eratnya dengan nabi yang mulia ini yang telah mengeluarkan manusia dengan limpah kurnia tuhan-Nya daripada kegelapan kepada cahaya.

Kedua: Kesanggupan mereka menghadapi segala kesusahan dan penderitaaan dalam mempertahankan agama Allah. Maka dengan berkat kesabaran mereka akhirnya mereka beroleh kejayaan dan kemenangan. Sedangkan kita pada hari ini turut menempuh keadaan yang hampir sama seolah-olah sejarah lama berulang kembali, namun natijahnya jauh berbeza. Perkara batil pula menjadi seumpama harimau yang menerkam mangsa, kebenaran menjadi asing dan tersia-sia. Mereka yang berpegang teguh dengan agama, hak atau prinsip seperti orang yang menggenggam bara api. Sekiranya kita meneladani kisah ini, kemudian kita lakukan gerak kerja sebagaimana golongan awal Islam lakukan nescaya kita akan berjaya sepertimana mereka berjaya dan kita akan menang sebagaimana mereka menang. Urusan ini telah dijelaskan oleh Al-Quran dalam Surah al-Baqarah ayat 249:

قَالَ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَاقُو اللَّهِ كَم مِّن فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٢٤٩﴾
Maksudnya: Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Sesungguhnya kita melihat pada hari ini pertembungan yang berlaku di antara hak dan batil, demikianlah situasi pada peperangan Badar. Pada hari ini berlaku pertembungan di antara kufur dan iman, demikianlah juga berlaku pada peperangan Badar sehingga Rasulullah SAW berdoa kepada Tuhannya yang bermaksud: “Ya Allah Ya Tuhanku sekiranya kumpulan dari kalangan orang Islam ini binasa nescaya Engkau tidak akan disembah di mukabumi lagi” (HR Ahmad).

Pada hari ini golongan yang memusuhi Islam menguasai dunia, mereka menzalimi ke atas orang-orang beriman, mereka merampas hak-hak golongan lemah . Peperangan Badar merupakan simbolik penindasan orang zalim ke atas mereka yang dizalimi sehinggakan Nabi SAW berdoa kepada Tuhannya untuk pengikutnya pada peperangan Badar : “Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnya mereka tidak berkasut maka tanggunglah mereka, Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnya mereka tidak berpakaian maka berikanlah mereka pakaian, Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnya mereka lapar maka berikanlah mereka makanan (HR Baihaqi). Maka Allah SWT telah memperkenankan doa Rasulnya lantas kaumnya kembali dengan membawa harta rampasan perang dan pahala bersama-sama:

ذَ‌ٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ ﴿٢١﴾

Surah Al-Hadid ayat 21. Maksudnya: yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِيْ الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنَيْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّيْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ، إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا، وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَألْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.

Khutbah Kedua

الحَمْدُ للهِ اْلقَآئِلْ :
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ﴿١٨٥﴾
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ  وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ  الله .
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Sidang Jumaat Sekelian,

Yang menakjubkan lagi ganjil bahawa orang muslimin keluar bersama Nabi SAW pada Hari Badar sedangkan mereka tidak mempunyai niat untuk keluar berperang. Hanya yang mereka inginkan ialah kafilah perniagaan Quraish milik kuffar Mekah sebagai timbal balas harta dan hak-hak mereka yang telah diambil oleh golongan tersebut di Kota Mekah. Juga untuk memintas jalan perniagaan orang-orang Quraish ke Syam supaya mereka tunduk, tidak takabbur dan tidak melampaui batas. Sehinggakan Rasulullah SAW tidak mewajibkan sesiapa pun untuk keluar bersama baginda juga tidak memarahi mereka yang tidak ikut serta malahan tidak mempersiapkan apa-apa kelengkapan perang untuk ke sana. Bersama yang demikian, Allah SWT menghendaki perkara yang lain sehingga orang Islam bertemu dengan mereka tanpa ada sebarang senjata yang mencukupi atau persiapan yang rapi. Namun mereka tetap menghadapi takdir peperangan yang ditentukan itu dengan penuh sabar lagi meyakini bantuan Allah. Mereka tetap teguh sehingga mereka menjadi golongan yang menang lantas memberitahu kepada dunia bahawa maju terus itu lebih baik daripada berundur, kematian yang mulia itu lebih baik daripada kehidupan yang hina dan bahawasanya Allah bersama orang-orang yang ikhlas.

Di hadapan golongan sedikit yang beriman ini yang menuju ke medan perang berdasarkan qada’ dan qadar Allah. Golongan kafir pula keluar dalam keadaan megah dan sombong. Pemimpin kafir ketika itu iaitu Abu Jahal bertegas untuk keluar ke medan Badar sambil menyembelih binatang, meminum arak, mendengar nyanyian dan menyaksikan tarian sehingga terdengar pesta mereka dari kejauhan. Maka apakah akibat kesudahan mereka? Allah SWT menghinakan golongan kafir yang terpedaya dan menimpakan mereka dengan kehinaan meskipun mereka mempunyai kelengkapan perang yang banyak dan Allah SWT memberikan kemenangan kepada golongan mukminin yang khusyuk meskipun mereka itu sedikit dari segi bilangan dan kelengkapan perang. Firman Allah SWT pada Surah Ali-Imran: 123:

وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنتُمْ أَذِلَّةٌ ۖ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ﴿١٢٣﴾
Maksudnya: Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).

Antara pengajaran penting lain di dalam perang Badar ialah baginda SAW tidak memutuskan sesuatu keputusan dengan pendapat sendiri, tidak bersendirian melakukan tindakan, tidak memaksa orang lain menerima keputusan bahkan baginda bermesyuarat dengan kaumnya, maka berkatalah seorang sahabat muhajirin : “Wahai Rasulallah, laksanakan apa yang Allah perintahkan kepadamu maka kami tetap bersamamu. Demi Allah! Kami tidak akan mengatakan kepadamu sebagaimana Bani Israel katakan kepada Musa: Pergilah kamu dan Tuhanmu dan perangilah mereka, sesungguhnya kami menunggu di sini. Tetapi kami akan berkata: Pergilah kamu dan Tuhanmu dan perangilah mereka, sesungguhnya kami akan turut berperang bersamamu”. Bukan itu sahaja bahkan baginda turut berkongsi menunggangi seekor unta bersama dua orang sahabat lain sehinggakan mereka berkata: “Tunggangilah wahai Rasulallah dan biarkan kami berjalan”. Namun baginda enggan sebaliknya bersabda: “Tidaklah aku terkaya (tidak memerlukan) pahala berbanding kamu berdua”. Maha benarlah firman Allah pada Surah Al-Ahzab: 33:

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا ﴿٢١﴾  
Maksudnya: Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Wahai pengikut Nabi Muhammad SAW,

Sejak 8 Julai 2014 hingga khutbah ini ditulis, serangan tentera Yahudi ke atas saudara-saudara Islam kita di Gaza, Palestin telah mengorbankan 435 nyawa manakala kira-kira 3,000 orang tercedera. Gerakan HAMAS telah berjuang bersungguh-sungguh dengan roh peperangan Badar sebagaimana tentera Islam dahulu berperang melawan tentera kafir Quraish. Ya Allah Ya tuhan kami! Bantulah umat Islam di seluruh dunia dengan keizzahan dan kekuatanmu. Marilah juga kita panjatkan doa untuk saudara-saudara kita yang terkorban dalam tragedi MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada hari Khamis lalu.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سُلطان نزرين مُعِزُّالدِّين شاه ابن المرحوم سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّين شاه اَلْمَغْفُور لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .

فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .

Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari lman sesawang www.4shared.com


Thursday, July 17, 2014

KHUTBAH - 18 JULAI 2014M / 20 RAMADHAN 1435H



"NUZUL QURAN"

Khutbah Pertama

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
حم ﴿١﴾ وَالْكِتَابِ الْمُبِينِ ﴿٢﴾ إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُّبَارَكَةٍ ۚ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ ﴿٣﴾ فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ ﴿٤﴾ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا ۚ إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ ﴿٥﴾ رَحْمَةً مِّن رَّبِّكَ ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ﴿٦﴾

[1] Haa, Miim. [2] Demi Al-Quran Kitab yang menerangkan kebenaran. [3] Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). [4] (Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar). [5] Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul. [6] (Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya). ( Al Dukhan ayat 1-6 )

أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَريِكَ لَهُ  وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ  الله .
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Para hadirin yang beriman,

Pada kesempatan yang penuh dengan keberkatan ini, saya mengajak diri saya dan sidang Jumaat sekelian supaya meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dalam apa jua bidang yang diceburi dan segala aktiviti yang dilaksanakan. Semoga dengan peningkatan tersebut, akan dapat memelihara diri kita daripada kemurkaan Allah SWT di dunia dan akhirat serta terselamat daripada bakaran api neraka Allah SWT.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Bersyukur ke hadrat Allah SWT atas nikmat dariNya, kita diberi kesempatan untuk menikmati kesegaran bulan Ramadhan dengan pelbagai tawaran, ganjaran serta lambakan amal soleh untuk dilaksana dan diraih sebanyak mungkin oleh para hambaNya yang beriman. Sesungguhnya kesempatan sebegini adalah suatu rahmat dan kasih sayang Allah SWT untuk kita agar kita menjadi lebih dekat kepadaNya.

Kita telah berkesempatan untuk meraikan sambutan “Nuzul Al Quran” dalam suasana penuh penghayatan serta diiringi dengan pelbagai aktiviti kerohanian yang melambangkan bahawa, hari tersebut merupakan suatu hari yang amat bermakna bagi ummat manusia keseluruhannya. Hari yang tercatat dalam Taqwim Islam sebagai berlakunya penurunan Al-Quran sepertimana firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 185:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ

“Bulan Ramadan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran...”

Menurut Al Imam Ibn Kathir rahimahullah di dalam tafsirnya “Tafsir Al A’zim” menyatakan bahawa Allah SWT di dalam ayat di atas telah memuliakan bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain. Ini kerana di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Allah SWT telah menurunkan Al-Quran. Malah, Al Imam Ibn Kathir telah menyatakan bahawa bulan Ramadhan jugalah bulan dimana kitab-kitab sebelumnya diturunkan. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, hadis bilangan 16370, dari Wasilah Ibn Asqa’ r.a bahawa Nabi SAW bersabda :

عَنْ وَاثِلَةَ بْنِ الأسْقَعِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أُنْزِلَتْ صُحُفُ إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلام فِي أَوَّلِ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ وَأُنْزِلَتْ التَّوْرَاةُ لِسِتَّةٍ مَضَيْنَ مِنْ رَمَضَانَ وَالإِنْجِيلُ لِثَلاثِ عَشْرَةَ خَلَتْ مِنْ رَمَضَانَ وَأُنْزِلَ الْفُرْقَانُ ِلأرْبَعٍ وَعِشْرِينَ خَلَتْ مِنْ رَمَضَانَ

“Diturunkan suhuf Nabi Ibrahim pada malam pertama Ramadhan, Taurat hari keenam terakhir Ramadhan, dan Injil setela berlalunya tiga belas hari Ramadhan, dan Allah menurunkan al-Quran pada hari kedua puluh empat Ramadhan.”

Manakala dalam satu hadis lain dari Jabir ibn Abdillah bahawa Nabi saw bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya Kitab Injil itu diturunkan pada 12 Ramadhan.”

Berdasarkan kenyataan Al-Imam Ibn Kathir bahawa Al-Quran diturunkan secara jumlah wahidah (sekaligus) pada malam Al-Qadr di bulan Ramadhan ke Baitul Izzah di langit dunia. Ini berdasarkan kepada surah AL-Qadr ayat 1 :

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿١﴾

“Sesungguhnya kami telah menurunkan Al-Quran pada malam al-Qadr”.

Kemudian penurunan Al-Quran dilakukan secara beransur-ansur berdasarkan situasi yang dihadapi ummat ketika itu.

Saudara-saudaraku yang beriman,

Allah SWT telah menganugerahkan kepada ummat Nabi Muhammad SAW Al Quran sebagai panduan paling tepat dan lurus untuk rujukan manusia. Apakah masih ada lagi pernyataan paling baik atas muka bumi ini selain daripada Al-Quran? Apakah terdapat kekurangan di dalam Al Quran sehingga manusia berpaling mencari panduan selain daripadanya? Sesungguhnya amat rugi manusia apabila mata berkemampuan melihat, telinga berkemampuan mendengar, aqal berupaya berfikir serta seluruh pancaindera berkemampuan membaca, meneliti, mempelajari dan menggali khazanah Al Quran, tetapi tidak mempedulikan Al Quran dalam hidupnya. Firman Allah swt dalam surah Al A’raf ayat 157 :

وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَاتَّبَعُوا النُّورَ الَّذِي أُنزِلَ مَعَهُ ۙ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ ﴿١٥٧﴾

“Dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Quran), mereka itulah orang yang beruntung”.

Sidang hadirin yang beriman,

Sempena peristiwa Nuzul Al Quran yang kita sambut ini, sebenarnya terlalu besar kesannya terhadap jiwa kita orang beriman. Ia seperti suatu anjakan semula terhadap pembinaan kesedaran seluruh lapisan warga muslim terhadap kalam Allah SWT yakni Al Quran. Ia sebagai penerang jiwa, penjelas yang rumit, penghapus yang batil, penolak yang syubhat, penunjuk kepada yang kebingungan dalam mencari hala tuju kehidupan. Kitab yang serba lengkap dan sarat dengan ilmu dan maklumat yang diperlukan manusia. Dr.Solah Abdul Fatah Al Khalidi seorang Mufassir dan pengarang kitab (مَفَاتِيْحُ لِلتَّعاَمُلِ مَعَ الْقُرْآنِ) dengan jelas telah menggariskan empat tujuan asasi penurunan Al Quran iaitu :

Pertama : Sebagai hidayah menuju kepada Allah SWT

Kedua : Melahirkan saksiah Islamiah yang sempurna dan seimbang.

Ketiga : Mewujudkan masyarakat Qurani yang sejati.

Keempat : Meneguhkan kepimpinan umat Islam di dalam memerangi jahiliyah di sekelilingnya.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
وَهَـٰذَا كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ مُبَارَكٌ مُّصَدِّقُ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَلِتُنذِرَ أُمَّ الْقُرَىٰ وَمَنْ حَوْلَهَا ۚ وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ يُؤْمِنُونَ بِهِ ۖ وَهُمْ عَلَىٰ صَلَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ ﴿٩٢﴾

“Dan ini ialah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang mengandungi berkat (banyak faedah-faedah dan manfaatnya), lagi mengesahkan kebenaran (Kitab-kitab Suci) yang diturunkan sebelumnya, dan supaya engkau memberi peringatan kepada penduduk “Ummul-Qura” (Makkah) serta orang-orang yang tinggal di kelilingnya; dan orang-orang yang beriman kepada hari akhirat, mereka beriman kepada Al-Quran, dan mereka tetap mengerjakan dan memelihara sembahyangnya”. (An’am ayat 92)

أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَه وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ

Sidang Jumaat sekelian,

Persoalan yang ingin mimbar lontarkan pada kali ini ialah, apakah peranan kita dalam mengembalikan diri, keluarga, masyarakat dan pemimpin dalam menjadikan Al Quran sebagai rujukan induk dalam kehidupan? Apakah kita sekadar menjadi pemerhati terhadap kepincangan sistem hidup yang jauh dari landasan Al Quran? Marilah kita bersama-sama memainkan peranan masing-masing dalam menghidupkan semula Al Quran dalam jiwa kita dan seluruh warga muslim agar kita semua terselamat dari azab Allah SWT. Di dalam bulan yang mulia ini, marilah kita sama-sama bermunajat kepada Allah SWT memohon bantuannya untuk saudara-saudara seakidah kita di Palestin. Infakkanlah sebahagian harta kita untuk membantu mereka yang memerlukan . Pihak Jabatan Agama Islam Perak akan mengadakan kutipan di seluruh masjid Negeri Perak untuk disalurkan ke Gaza, Palestin melalui akaun Muslim Care, no akaun 564490211159 Maybank Muslim Care (Viva Palestine).

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سُلطان نزرين مُعِزُّالدِّين شاه ابن المرحوم سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّين شاه اَلْمَغْفُور لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .

فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .


Khutbah ini boleh juga boleh dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com

KULIAH SETIAP AHAD MINGGU KEDUA




Kempen Tambah Keahlian Baharu