Thursday, October 2, 2014

KHUTBAH JUMAAT - 3 OKTOBER 2014 / 8 ZULHIJJAH 1435H



“PERSIAPAN MENYAMBUT AIDIL ADHA”

Khutbah Pertama

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :
إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ ، فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ ، إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (Wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di Akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang membenci engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

اَشْهَدُ أَنْ لاَ أِلــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ ءالِــهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ. 
اَماَّ بَعْدُ أَيُّهَا النَّاسُ اِتَّقُوْا الله أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Di hari Jumaat yang penuh dengan kemuliaan serta keberkatan ini, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa iaitu dengan berusaha bersungguh-sungguh mematuhi segala yang diperintahkan Allah dan Rasul-Nya dan menjauhi segala yang dilarang. Semoga kita tergolong dari kalangan hamba-hambaNya yang bertaqwa. Rasulullah SAW bersabda :-

مَا تَقَرَّبَ إِلَىَّ عَبْدِى بِشَىْءٍ أَحَبَّ إِلَىَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ، وَمَا يَزَالُ عَبْدِى يَتَقَرَّبُ إِلَىَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِى يَسْمَعُ بِهِ، وَبَصَرَهُ الَّذِى يُبْصِرُ بِهِ، وَيَدَهُ الَّتِى يَبْطُشُ بِهَا وَرِجْلَهُ الَّتِى يَمْشِى بِهَا، وَإِنْ سَأَلَنِى لأُعْطِيَنَّهُ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِى لأُعِيذَنَّهُ

“Tidaklah hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan suatu (amal shaleh) yang lebih Aku cintai daripada amal-amal yang Aku wajibkan kepadanya (dalam Islam), dan senantiasa hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan amal-amal tambahan (yang dianjurkan dalam Islam) sehingga Aku-pun mencintainya. Lalu jika Aku telah mencintai seorang hamba-Ku, maka Aku akan selalu membimbingnya dalam pendengarannya, membimbingnya dalam penglihatannya, menuntunnya dalam perbuatan tangannya dan meluruskannya dalam langkah kakinya. Jika dia memohon kepada-Ku maka Aku akan penuhi permohonannya, dan jika dia meminta perlindungan kepada-Ku maka Aku akan berikan perlindungan kepadanya.” (HR. Bukhari).

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Sekarang ini kita berada pada hari-hari sepuluh awal Zulhijjah 1435H. Hari ini merupakan hari ke-8 bulan Zulhijjah. Antara kelebihan bulan Zulhijjah seperti Hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad RA dari Ibnu ‘Umar RA bahawa Baginda SAW bersabda:


مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ
“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan mengatasi hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil, takbir dan tahmid”

Menyedari kita masih lagi mempunyai hari-hari berbaki dalam mengejar kelebihan sepuluh hari awal Zulhijjah pada tahun ini, marilah sama-sama kita melakukan amalan-amalan sunat yang mempunyai kelebihan dan ganjaran yang banyak sebagai bekalan untuk kita bawa bertemu dengan Allah di akhirat kelak.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Daripada hari pertama sehingga hari ke-9 bulan Zulhijjah kita dituntut memperbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah, berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuan kita terutamanya pada hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah. Sabda Rasulullah SAW :

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ
Puasa pada hari arafah ini aku mengira Allah SWT akan mengampunkan dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang.” (Riwayat Muslim)

Di samping itu, kita dituntut memperbanyakkan amalan-amalan pada malam hari raya Aidiladha seperti membaca al-Quran, mendirikan solat-solat sunat, qiamullail dan bertahajjud, bertaubat memohon keampunan, berzikir membesarkan dan mengagungkan Allah SWT yang telah memberikan nikmat Iman dan Islam dalam hidup kita.

Muslimin Mukminin yang dikasihi sekalian,

Adapun pada pagi 10 Zulhijjah kita dituntut untuk melakukan amalan-amalan seperti berikut :-

1. Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.
2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
3. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
4. Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat sunat Aidil Adha.
5. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid, adalah lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
6. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah.
7. Mendirikan solat sunat Aidil Adha dan mendengar khutbah dengan penuh penghayatan.
8. Melakukan ibadah korban dengan menyembelih haiwan ternakan seperti unta, lembu, kerbau, biri-biri atau kambing. Ianya boleh dilakukan selama empat hari bermula 10 Zulhijjah, iaitu pada Hari Raya Haji dan pada hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

مَا عَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلًا أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ مِنْ هِرَاقَةِ دَمٍ وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلَافِهَا وَأَشْعَارِهَا وَإِنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنْ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الْأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا
“Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya, dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.” Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ للهِ الْقاَئِلِ :
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْأَهِلَّةِ قُلْ هِيَ مَوَاقِيتُ لِلنَّاسِ وَالْحَجِّ وَلَيْسَ الْبِرُّ بِأَنْ تَأْتُوا الْبُيُوتَ مِنْ ظُهُورِهَا وَلَكِنَّ الْبِرَّ مَنِ اتَّقَى وَأْتُوا الْبُيُوتَ مِنْ أَبْوَابِهَا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya Ibadat Haji. dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya." (Surah al-Baqarah ayat 189)

أَشْهَدُ أَنْ لا إِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ,
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
أَمَّا بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kemuncak ibadah haji adalah melakukan wuquf di Arafah walaupun cuma sedetik. al-Sheikh Zainuddin bin Abdul Aziz dalam I’anatul Tolibin li Syarhil Fathul Mu’in berkata :

“Rukun ibadat haji yang kedua ialah wuquf di Arafah iaitu menghadirkan diri di mana-mana bumi Arafah, walaupun cuma sedetik berada di Arafah, samada dia dalam keadaan tidur atau berjalan seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi.”

Memandangkan kita umat Islam di Malaysia telah ditetapkan berdasarkan kaedah Rukyah dan Hisab, 1 Zulhijjah 1435H jatuh pada 26 September 2014H bermakna 9 Zulhijjah 1435 adalah pada 4 Oktober 2014 (Sabtu) berbeza dengan negara Arab Saudi 9 Zulhijjah 1435H adalah pada 3 Oktober 2014 (Jumaat). 9 Zulhijjah adalah hari jemaah haji melakukan wuquf di bumi Arafah.

Bagi umat Islam yang tidak berkesempatan menunaikan ibadah Haji, kita disunatkan berpuasa pada hari Wuquf 9 Zulhijjah. Sehubungan dengan itu, kita sebagai umat Islam di Malaysia yang mampu dan ingin merebut ganjaran pahala untuk berpuasa sunat pada 9 Zulhijjah 1435H, bolehlah berpuasa sunat pada 4 Oktober 2014 hari Sabtu iaitu hari esok. Perkara ini telah ditetapkan seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu kali ke-167 yang telah bersetuju menggunapakai kaedah Rukyah dan Hisab berdasarkan Imkanur Rukyah dalam penetapan hari raya Aidil Adha di negara ini Malaysia.

Sebelum itu, kita cuma berpandukan perisytiharan hari wukuf oleh kerajaan Arab Saudi. Berdasarkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam muzakarah kali-30 pada 20 Ogos 1992 menyatakan :

“Kaedah penetapan Aidil Adha di Malaysia yang berdasarkan tarikh hari wukuf di Arafah dipinda kepada kaedah rukyah anak bulan Zulhijjah kerana kaedah rukyah anak bulan Zulhijjah lebih sesuai diamalkan di negara ini.”

Sidang Jumaat sekalian,

Tidak ada nas yang jelas menerangkan bahawa hari raya Aidil Adha dan Puasa Sunat hari Wukuf di Malaysia perlu mengikut pengistiharan hari wukuf di Arafah. Perbezaan matlak dan jarak di antara Malaysia dan Arab Saudi menyebabkan umat Islam di Malaysia tidak boleh mengikut keputusan rukyah Arab Saudi. Keputusan Hari Raya Aidil Adha dan Puasa Hari Wukuf ditentukan berdasar keputusan rukyah awal Zulhijjah pada 29 Zulkaedah. Umat Islam di Malaysia perlulah mengikut keputusan rukyah di Malaysia dalam menentukan hari untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha dan Puasa Sunat Hari Arafah. Perkara ini bertepatan dengan Hadith Rasulullah SAW yang berbunyi :-

إِذَا رَأَيْتُمْ هِلالِ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ، فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعَرِهِ وَأَظْفَارِهِ

Apabila kamu melihat Hilal Zulhijjah dan di kalangan kamu yang mahu berqurban maka hendaklah dia (orang yang hendak melakukan qurban itu) jangan membuang rambut dan kukunya. (Riwayat Jamaah kecuali Bukhari)

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ،
اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سُلطان نزرين مُعِزُّالدِّين شاه ابن المرحوم سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّين شاه اَلْمَغْفُور لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ


Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com


No comments:

Post a Comment