Thursday, October 30, 2014

KHUTBAH JUMAAT - 31 OKTOBER 2014M/ 7 MUHARAM 1436H



UNDANG-UNDANG SYARIAH ADIL UNTUK SEMUA

Khutbah Pertama

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ 

أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَاللهِ! اتَّقُوا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى الله، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ

SIDANG JUMAAT YANG DIHORMATI SEKELIAN

Wahai hamba-hamba Allah! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian, agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala yang ditegah-Nya semoga peluang kita menemui hari Jumaat pada hari ini akan menemukan kita kepada janji pengampunan Allah SWT terhadap dosa-dosa kita selama tempoh seminggu yang lalu selama mana kita dapat menjauhi dosa-dosa besar. Janji ini terkandung dalam hadith Rasulullah SAW:

الصَّلواتُ الخمسُ والجُمُعَةُ إلى الجُمُعَةِ ، ورمضانَ إلى رمضانَ ، كفَّارةٌ لِما بَيْنَهُنَّ إذا اجْتُنِبَتِ الكبائرُ[1]



[1] الراوي: - المحدث: ابن تيمية - المصدر: منهاج السنة - الصفحة أو الرقم: 5/198
خلاصة حكم المحدث: صحيح

Bermaksud : Solat lima waktu , Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan penghapus dosa antara jarak masa berkenaan selama mana dijauhi segala dosa besar.

Marilah sama-sama kita mengekalkan stamina taqwa kita kerana ia adalah benteng yang memisahkan kita dari melakukan segala dosa besar mahupun yang kecil sehingga kita dapat meraih tawaran pengampunan dari Allah SWT.

SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI SEKELIAN,

Kita masih berada di awal bulan Muharam, satu bulan yang dikaitkan dengan hijrah Rasulullah SAW. Hakikatnya hijrah Rasulullah SAW adalah satu usaha praktikal untuk menubuhkan sebuah negara sehingga tertubuhnya negara Islam Madinah. Menubuhkan sebuah negara yang dapat menegakkan sistem Allah dalam pentadbirannya adalah sunnah Rasulullah SAW utama yang wajib diperjuangkan oleh setiap orang Islam tetapi malangnya tidak menjadi tumpuan utama umat Islam berbanding dengan sunnah-sunnah yang lain. Sebuah negara itu penting untuk melindungi Islam, bahkan ada beberapa arahan Allah hanya dapat dilakukan apabila tertubuh sebuah negara seperti hukum qisas dan hudud , jihad dan sebagainya. Ideologi komunis dilindungi oleh negara komunis, ideologi liberal demokratik dilindungi oleh kebanyakan negara barat. Maka sudah sepatutnya Islam juga dilindungi oleh sebuah negara Islam yang tulin. Oleh kerana kebanyakan negara umat Islam dijajah oleh negara-negara penjajah barat maka persoalan menubuhkan negara Islam hanya diambil perhatian oleh segelintir umat Islam yang sedar, sedangkan majoriti umat Islam lain tidak menyedarinya apatah lagi untuk memperjuangkannya.

MUSLIMIN YANG DIKASIHI SEKELIAN.

Ada beberapa kewajaran untuk umat Islam di Malaysia berusaha secara serius untuk memartabatkan Undang-undang Syariah di negara ini antaranya:-

KEWAJARAN PERTAMA : Menurut statistik 2012 penduduk Islam adalah seramai 17.375 juta orang yang mewakili 61.3% berbanding Kristian 2.617 juta (9.2%), Budha 5.62 juta (19.8%) , Hindu 1.77 juta (6.3%) dan selebihnya adalah agama-agama dan kepercayaan lain.

Adakah salah, orang Islam yang berjumlah 17 juta ini dan mewakili 61% meminta hak mereka untuk diadili dengan undang-undang syariah dan ia adalah tuntuan agama seperti mana tuntutan-tuntutan kewajipan agama yang lain. Bayangkan jika semua umat Islam , meruntuhkan tembok-tembok pemisah di antara mereka bersepakat menuntut perlaksanaan undang-undang syariah. Malangnya umat Islam tidak melihat kepentingan perlaksanaan undang-undang ini bahkan mempunyai pandangan yang berbeza-beza sedangkan ia adalah tuntutan agama berdasarkan firman Allah SWT:

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى ٱللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ ٱلْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ ۗ وَمَن يَعْصِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَـٰلًا مُّبِينًا ﴿٣٦﴾
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. (Surah al ahzab ayat 36)

SIDANG JEMAAH SEKELIAN,

KEWAJARAN KEDUA : Umat Islam di negara ini mesti merasa cemas dengan berbagai-bagai bentuk jenayah dengan kadar peningkatan yang tidak nampak tanda-tanda surutnya seperti penyalahgunaan dadah, sumbang mahram, buang anak, bohsia, arak, zina, judi, rogol, pornografi, metroseksual , lumba haram, lesbian, gay, murtad, mencaci agama dan sebagainya. Kebanyakan pelakunya pula dari kalangan umat Islam. Di samping usaha mengukuhkan keimanan, berikanlah peluang hukuman seperti pancung, potong tangan, sebat dan rejam menurunkan statistik jenayah-jenayah berkenaan.

حَدٌّ يُعْمَلُ في الْأَرْضِ  خَيْرٌ لِأهْلِ الْأَرْضِ مِنْ أَنْ يُمْطَرُوا أَرْبَعِيْنَ صَبَاحًا[1]



[1] الراوي: أبو هريرة المحدث: السيوطي - المصدر: الجامع الصغير - الصفحة أو الرقم: 3689
خلاصة حكم المحدث: صحيح

Maksudnya: “satu hukum hudud yang diamalkan di bumi lebih baik bagi penduduk bumi daripada hujan yang turun selama 40 pagi”. Bermaksud perlaksanaan hudud akan membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada masyarakat termasuk mereka yang bukan Islam”.

TUAN-TUAN SEKELIAN,

KEWAJARAN KETIGA : Dari sudut perlembagaan orang yang bukan Islam telah lama menerima kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan. Tinggal berbaki lagi penerangan tentang kebaikan undang-undang syariah secara aktif oleh setiap orang islam dalam bentuk penerangan yang asli bukan penerangan untuk hanya untuk ambil hati. Bagaimana mereka boleh menerima sistem perbankan Islam , begitu juga mereka boleh menerima undang-undang syariah kerana sistem hidup Islam adalah membawa rahmat kepada seluruh alam sebagaimana firman Allah SWT:

وَمَآ أَرْسَلْنَـٰكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَـٰلَمِينَ ﴿١٠٧﴾ سورة الأنبياء

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ  بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.


Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ للهِ حَمْدًا كَثِيرًا كَمَا أَمَر، أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَاللهِ! اتَّقُوا اللهَ, أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى الله، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

MUSLIMIN YANG DIKASIHI ALLAH SWT,

Marilah kita mengambil iktibar dari kedegilan sekumpulan manusia yang hanya memilih-milih peraturan Allah SWT. Mengamalkan apa yang disukai dan meninggalkan apa yang tidak digemarinya sedangkan kita sebagai hambanya diminta taat kepada peraturannya secara keseluruhannya. Akibatnya mereka hidup dalam kehinaan semasa hidup dan azab yang pedih sedang menanti mereka selepas kematian nanti.

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ ٱلْكِتَـٰبِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ ۚ فَمَا جَزَآءُ مَن يَفْعَلُ ذَٰلِكَ مِنكُمْ إِلَّا خِزْىٌ فِى ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا ۖ وَيَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ يُرَدُّونَ إِلَىٰٓ أَشَدِّ ٱلْعَذَابِ ۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَـٰفِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ ﴿٨٥﴾  سورة البقرة

Maksudnya: “Maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.”

Nabi SAW meminta kita jangan sesekali meniru mereka hatta dalam ibadat sekalipun. Contohnya di dalam bulan Muharram ini kita dianjurkan untuk berpuasa pada 9 dan 10 Muharram bersamaan 2 dan 3 November iaitu hari Ahad dan Isnin akan datang. Imam Nawawi menyatakan Nabi SAW menganjurkan untuk berpuasa pada 9 dan 10 Muharram sebagai menyalahi perbuatan orang Yahudi yang hanya membesarkan 10 Muharram kerana Nabi Musa a.s dan Bani Israel diselamatkan Allah dari tentera Firaun namun mereka meninggalkan ajaran Nabi Musa a,s.

Ganjaran bagi mereka yang berpuasa pada 10 Muharram sangat besar iaitu tawaran pengampunan Allah:

 و صِيامُ يومِ عاشُوراءَ ، إِنِّي أحْتَسِبُ على اللهِ أنْ يُكَفِّرَ السنَةَ التِي قَبْلَهُ[1]



[1] الراوي: أبو قتادة المحدث: الألباني - المصدر: صحيح الجامع - الصفحة أو الرقم: 3853
خلاصة حكم المحدث: صحيح   

Bermaksud: Puasa pada hari A’syura (10 Muharram), aku mengharapkan agar Allah mengampunkan dosa setahun yang lalu.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ،الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَات،إِنَكَ سَمِيعٌ قَرِيبٌ مُجِيبُ الْدَعَوَات،وَيَاقَاضِيَ الْحَاجَات. 

Ya Allah ya Tuhan Kami; Ampunkanlah dosa dan kesalahan kami semua kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Ya Allah! Ampunkanlah secara khusus dosa-dosa dan kesalahan kedua ibubapa kami, limpahkanlah segala kesejahteraan, segala kedamaian, segala kebahagiaan kepada mereka dalam kehidupan di dunia ini lebih-lebih lagi di hari akhirat kelak.

Ya Allah!! kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur lah. Ya Allah, Ya dzal jalali wal ikram; Tunaikanlah hasrat dan hajat kami untuk menjadi insan yang cemerlang dan berkesan, berikanlah kami hidayah, kekuatan, kesihatan, ketaatan yang tidak berbelah bagi kepadaMu. Pemudahkanlah segala urusan kami, limpahkanlah kami rezeki yang engkau redhai. Limpahkanlah juga segala kedamaian, keamanan, keharmonian, kemakmuran dan rahmatMu kepada negeri dan Negara kami ini secara khususnya, dan juga kepada semua Negara umat Islam di seluruh dunia secara amnya.

Ya Allah! Semoga umat Islam semuanya, dari utara hingga ke selatan, dari timur hingga ke barat dapat menjadi hamba yang sentiasa mendapat keampunan dan seterusnya mendapat kejayaan hakiki di dunia ini, apatah lagi pada kehidupan di akhirat yang kekal abadi. Amin, ya Rabbal Alamin.

اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.  



Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com


Friday, October 17, 2014

KHUTBAH JUMAAT - 17 OKTOBER 2014M/22 ZULHIJJAH 1435H



“BERSATULAH MENTAATI PERINTAH ALLAH”

Khutbah Pertama

الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذَلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَمَثَلُهُمْ فِي الإِنْجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا (الفتح:٢٩)

Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka, kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari karunia Allah dan keridaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar.

أَشْهَدُ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَاللهِ! اتَّقُوا اللهَ, أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى الله، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Umat Islam pada hari ini berada dalam keadaan terancam dari berbagai sudut. Di seluruh alam kita melihat Umat Islam di ancam dengan peperangan dan kelaparan yang melampau. Di negara ini kita melihat ancaman terhadap Islam dari berbagai sudut kehidupan. Walaupun Umat Islam di negara ini tidak menghadapi masalah peperangan dan kelaparan namun tidak ada jaminan bagi kita merasa selamat daripadanya jika berbagai kelemahan berterusan melanda kita.

Akibat kelemahan Umat Islam seluruh dunia, kita melihat begitu ramai saudara kita menjadi mangsa. Sekian lama Umat Islam dianiaya dan diperlakukan semahunya oleh penganut agama lain, Islam masih lagi dianggap sebagai penyebar keganasan tanpa diberi ruang untuk membela diri. Berbagai kejahatan dan kezaliman yang dilakukan oleh penganut agama lain terhadap Islam, namun Umat Islam juga yang dipandang serong walaupun tidak melakukan sebarang kesalahan apatah lagi untuk membalas dendam. Inilah hakikat yang terjadi kepada golongan yang lemah di persada dunia, kerana dunia tanpa ketundukan kepada Syariat Allah akan menjadi medan bagi manusia melempiaskan serakah nafsu mereka.

Sidang Jumaat Sekelian,

Apa yang berlaku terhadap Umat Islam di seluruh dunia, juga akan melanda Umat Islam yang ada di negara ini. Jika beginilah keadaan kita di negara ini pada hari ini, maka kita akan lebih mudah dipermainkan oleh musuh-musuh Islam. Satu demi satu kita kita dicabar dan satu demi satu kita terpaksa melepaskan hak kita. Di saat kita masih dianggap pemegang majoriti, di saat orang kita masih dominan dalam hieraki pemerintahan dan tatkala Islam masih menjadi agama Persekutuan, Umat Islam masih mendapat layanan yang tidak sewajarnya di negara ini. Kita dituntut menghormati hak penganut agama-agama lain, dalam masa yang sama setakat manakah mereka menghormati agama kita. Kita didesak memberikan kebebasan kepada mereka untuk mengamalkan agama mereka, sedangkan kita sendiri dipandang serong bila berhasrat untuk melaksanakan agama kita sepenuhnya. Lihat sahajalah apa yang berlaku dalam kes penganjuran Pesta Arak “Oktoberfest” yang diadakan baru-baru ini. Walaupun tidak ada mana-mana agama yang mengatakan adanya kebaikan dalam penganjuran pesta mabuk seperti itu, namun ianya tetap diadakan dengan alasan kebebasan mengamalkan agama masing-masing. Apa yang lebih malang, ada sebahagian dari Umat yang menjadi pengkhianat dalam mempertahankan penganjurannya.

Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah,

Suasana seperti tidak akan berlaku sekiranya Umat Islam dihormati oleh penganut agama lain. Namun penganut agama lain tidak sama sekali akan menghormati kita jika kita sentiasa berpecah belah dan berbalah sesama sendiri. Daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah urusan menentukan siapa menjadi Menteri Besar, kita gagal bersatu dalam mempertahankan Syariat Allah. Kita masih meletakkan pemikiran dan hawa nafsu dalam membuat keputusan. Kita masih lagi memilih-milih dalam mentaati Allah dan Rasul pada perkara yang kita sukai dan kita meletakkannya ke tepi pada perkara yang tidak kita gemari.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Perpaduan amat penting dalam kita menghadapi saat yang amat genting ini. Kegagalan kita untuk bersatu padu telah diambil kesempatan oleh musuh-musuh Allah untuk menambahkan lagi kelemahan kita. Musuh-musuh Allah ini kebanyakannya tidaklah sekuat mana. Kita pernah menguasai mereka sebelum mereka merasai kemajuan tamadun yang mereka kuasai pada hari ini. Namun apabila umat Islam tidak bersatu padu maka mereka tidak langsung merasa gerun dengan kita. Untuk kembali menguasai mereka, kita mesti bersatu untuk saling menguatkan antara sesama kita, bukan tekan menekan antara satu sama lain. Kita perlu mewujudkan rasa gerun di hati mereka bukan sekadar mengambil hati mereka. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam surah Al-Anfal ayat 60:

وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ ۚ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ ﴿٦٠﴾

"Dan bersedialah untuk menghadapi mereka (musuh-musuh Islam) dengan segala jenis kekuatan yang termampu, daripada kuda-kuda perang yang ditambat untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedangkan Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dizalimi".

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ  بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.



Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ للهِ الْقاَئِلِ :
عَسَى اللَّهُ أَنْ يَجْعَلَ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ الَّذِينَ عَادَيْتُمْ مِنْهُمْ مَوَدَّةً وَاللَّهُ قَدِيرٌ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (الممتحنة:٧)
Semoga Allah akan menjadikan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi dari kerabat kamu itu dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani.

اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.

عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Saudara Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Marilah kita berdoa agar Allah akan memberi kekuatan kepada kita bagi menyemai benih-benih kasih sayang antara sesama kita samada yang sentiasa berkawan apatahlagi yang sering bermusuhan. Sesungguhnya Allah Maha BerKuasa melakukannya dan Allah Maha Pengampun bagi yang melakukan kesilapan. Kasih sayang adalah asas dan teras kepada perpaduan yang hakiki dan diredhai.

Muslimin Muslimat yang dirahmati Allah,

Marilah kita mencontohi kehidupan Rasulullah saw dan para sahabat yang sentiasa berkasih sayang sesama mereka atas dasar ketaqwaan. Namun apabila berhadapan dengan dengan orang-orang kafir mereka begitu tegas dan mempertahankan Syariat Allah. Keghairahan mereka berdakwah tidak pernah dijadikan alasan untuk menuruti kehendak nafsu orang-orang kafir. Mereka menjadikan Islam dihormati dan digeruni bukan Islam yang boleh dipersendakan semahunya. Marilah kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dengan mengambilnya daripada Para Ulamak pewaris nabi.

اللهم اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ. اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ
اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ . اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ. اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ. 

Ya Allah kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur lah.

اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرْوْهٌ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ.  



Teks asal klhutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com


Thursday, October 9, 2014

KHUTBAH - 10 OKTOBER 2014 / 15 ZULHIJJAH 1435H



“RIBA: JALAN PINTAS KE NERAKA”

Khutbah Pertama

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :
وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا ۖ وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ ﴿٧٧﴾ سورة القصص

اَشْهَدُ أَنْ لاَ إلَــهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ ءالِــهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ. 
اَماَّ بَعْدُ أَيُّهَا النَّاسُ اِتَّقُوْا الله أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Marilah kita memperkasakan ketakwaan kita kepada Allah SWT, dengan mengerjakan segala suruhan-Nya, dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan, kita mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya, di dunia mahupun di akhirat. Khutbah pada hari ini membicarakan tajuk: "RIBA’ : JALAN PINTAS KE NERAKA".

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Islam merupakan agama yang syumul, yang merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Islam juga telah menggariskan peraturan dan sistem yang sangat tepat dengan fitrah manusia tentang cara untuk berinteraksi sesama mereka sama ada interaksi ekonomi, politik dan sosial. Salah satu cabang Muamalat ialah ekonomi yang melibatkan urusniaga, hutang-piutang, pinjaman dan sebagainya, di mana ianya bertujuan mencapai kehendak dan keperluan masing-masing.

Sidang Jumaat Yang Dimuliakan Allah,

Keharusan di dalam Muamalat tidak semestinya membenarkan manusia untuk melakukan apa sahaja demi untuk mengaut keuntungan semata-mata, kerana manusia masih terikat dengan pelbagai hukum muamalat yang telah digariskan oleh Allah S.W.T dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Penipuan, rasuah, dan riba adalah di antara larangan Allah S.W.T, firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah Ayat 275:

الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ۚ ذَ‌ٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا ۗ وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا ۚ فَمَن جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىٰ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللَّهِ ۖ وَمَنْ عَادَ فَأُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ﴿٢٧٥﴾

Maksudnya: “Mereka yang memakan (mengambil) riba itu, tidak dapat berdiri dengan betul, melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan, dengan terhuyung-hayang, kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian, ialah disebabkan mereka mengatakan:, “bahawa sesungguhnya, berniaga itu sama sahaja seperti riba”, padahal Allah, telah menghalalkan berjual-beli (berniaga), dan mengharamkan riba, oleh itu, sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari tuhannya, lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu, (sebelum pengharaman itu), adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi, (perbuatan mengambil riba itu), maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Pengharaman RIBA bukan hanya semata-mata HARAM, malah Allah dan RasulNya telah memberikan ANCAMAN DAN PERINGATAN KERAS kepada mereka yang terlibat dengannya, di antaranya:

1) PERTAMA; Pengisytiharan perang daripada Allah dan RasulNya. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 278-279 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ﴿٢٧٨﴾ فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ ۖ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ ﴿٢٧٩﴾

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba itu, jika benar kamu orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan, (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu, akan adanya peperangan dari Allah dan Rasul-Nya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu. (dengan yang demikian), kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa".

Imam Malik Bin Anas pula berkata: Ertinya : “Telahku buka lembaran-lembaran kitab Allah dan Sunnah Nabi S.A.W dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari riba, kerana Allah S.W.T mengisytiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya.”

2) KEDUA; Dilaknat oleh Rasulullah SAW:

عن جابر رضي اللَّه عنه قال :لَعَنَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آكِلَ الرِّبَا وَمَؤْكِلَهُ وَكَاتِبَهُ وَشَاهِدَيْهِ، وَقَالَ : هُمْ سَوَاءَ

Maksudnya: "Daripada Jabir R.A berkata: Rasulullah S.A.W melaknat pemakan riba, pemberi makannya, penulisnya, dua orang saksinya. Rasulullah S.A.W bersabda: "Kesemua mereka itu sama sahaja." (Hadis Riwayat Muslim)

3) KETIGA; Mengundang bala daripada Allah S.W.T:

عن جابر رضي اللَّه عنهما, قال رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
(إِذَا ظَهَرَ الزَّنَا وَالرِّبَا فِي قَرْيَةٍ فَقَدْ أَحَلُّوْا بِأَنْفُسِهِمْ عَذَابَ اللهِ)

Maksudnya: “Apabila riba dan zina, menjadi-jadi di sesebuah kampung (negeri), maka sesungguhnya, mereka telah membenarkan mereka itu diazab oleh Allah.” (Riwayat Hakim)

4) KEEMPAT; Dicabut keberkatan dalam kehidupan:

يَمْحَقُ اللَّهُ الرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ ﴿٢٧٦﴾

Maksudnya: "Allah susutkan, (kebaikan atau keberkatan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba', dan ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang, yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa." (Surah Al-Baqarah 276)

5) KELIMA; Dosa orang yang terlibat dengan riba sama seperti berzina dengan ibunya sendiri:

Abdullah bin Mas’ud R.A meriwayatkan, Rasulullah S.A.W bersabda:

الرِّبَا ثَلاَثَةٌ وَسَبْعُوْنَ بَابًا أَيْسَرُهَا مِثْلُ أَنْ يَنْكِحَ الرَّجُلُ أُمَّهُ

Maksudnya: “Riba itu (memiliki) tujuh puluh tiga pintu, yang paling ringan daripadanya adalah seperti (dosa) seorang laki-laki yang berzina ibunya (sendiri).” (Hadis Riwayat Al-Hakim)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


Khutbah Kedua

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ 
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ  
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ 
أَمَّا بَعْدُ.....فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتَمُوتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ 

Muslimin Yang Dirahmati Allah,

Umat Islam di Malaysia sangat mengambil berat soal halal dan haram dalam pemakanan agar tidak mengandungi elemen-elemen haram yang ditegah oleh syarak. Namun, adakah mereka turut sedar akan halal dan haramnya sumber pendapatan mereka? Terdapat sebilangan umat Islam menjadikan aktiviti dan perniagaan haram sebagai sumber pendapatan. Tidak kurang juga, pendapatannya halal, tetapi pada masa yang sama terlibat dengan amalan riba, rasuah, dan pecah amanah. Mereka membelanjakan wang, untuk memenuhi keperluan hidup dengan membuat pinjaman yang berteraskan riba. Umpamanya pinjaman rumah, kereta, dan pinjaman peribadi daripada institusi kewangan yang berteraskan riba. Begitu juga dalam bidang perniagaan, sumber modal yang diperolehi adalah berteraskan Perbankan Riba. Malah, ada yang terlibat dengan along dan ceti haram.

Sesungguhnya seorang mukmin tidak layak untuk memilih di antara kebenaran dan kebatilan. Apabila Allah S.W.T. telah berkata ’benar’ maka benarlah ia, dan jika Allah mengatakan batil maka batillah ia. Ianya bukan lagi pilihan bagi kita untuk memilih di antara benar dan batil. Berbeza pula seorang mukmin yang benar-benar kukuh iman dan takwanya. Mereka akan taat dan patuh kepada apa sahaja, malah hati-hati mereka sentiasa bergetar apabila dibacakan ayat-ayat Allah.

Hadirin Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Mengakhiri khutbah hari ini, mimbar ingin menyeru marilah kita sama-sama berusaha menjadikan ajaran dan nilai-nilai Islam sebagai teras dalam kehidupan kita supaya kehidupan dunia tenang dan berkat, seterusnya kehidupan akhirat beroleh syurga.

اللَّهُمَّ أَرِنَاالْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ وَأَرِنَاالْبَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ

Maksudnya: “Ya Allah tunjukkanlah kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan mudahkan kami untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah kami kebatilan itu sebagai kebatilan, dan mudahkan kami untuk menjauhinya.”

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ،
اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سُلطان نزرين مُعِزُّالدِّين شاه ابن المرحوم سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّين شاه اَلْمَغْفُور لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari lama sesawang www.4shared.com