Friday, May 23, 2014

Khutbah Jumaat - 23 Mei 2014 M / 23 Rajab 1435 H



“PERLAKSANAAN SYARIAT ISLAM SECARA MENYELURUH”

Khutbah Pertama

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :

لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْءَانَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ اْلأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ(الحشر:٢١)

Jika kami turunkan Quran ini kepada sebuah bukit, nescaya kamu melihat bukit tersebut tunduk dan berkecai akibat takutkan Allah. Dan demikianlah perumpamaan yang kami jadikan bagi manusia mudah-mudahan kamu berfikir.

اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat Sekalian,

Hari ini perlaksanaan syariat Islam secara menyeluruh begitu hebat diperkatakan oleh segenap lapisan masyarakat. Di mana sahaja dan sesiapa sahaja umat Islam malah orang bukan Islam begitu ghairah membicarakannya walaupun sebahagiannya amat tandus pengetahuan mengenainya malah cara sebutan merekapun mengambarkan kecetekan ilmu mereka mengenainya.

Sidang Jumaat Sekalian,

Islam sahaja agama yang paling lengkap merangkumi segala sistem hidup manusia samada ibadatnya, ekonomi dan muamalatnya, munakahatnya dan sistem kehakimannya . Oleh kerana Allah SWT yang telah mencipta dan menjadikan manusia, maka Allahlah yang Maha Mengetahui mengenai sikap dan perangai manusia. Maka tidak ada sistem yang lebih baik melainkan sistem ciptaan Allah termasuk sistem perundanganNya. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 208, Allah SWT mengarahkan :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ ﴿البقرة: ٢٠٨﴾

Wahai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan adalan musuh kamu yang nyata.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Undang-undang ciptaan Allah adalah hak Allah yang diciptakan untuk makhluknya bertindak demi mewujudkan kemakmuran di muka bumi ini sesuai dengan tujuan penciptaan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Namun sama ada disedari atau pun tidak apabila isu ini ditimbulkan sama ada ianya berbentuk idea pelaksanaanya atau sekadar perbincangan, terdapat suara-suara terutamanya di kalangan umat Islam yang seolah-olah terlupa mereka sedang mengkritik kebijaksanaan Allah SWT yang mengatur kehidupan hambanya. Jika sekadar menyebut belum sedia, kurang prasarana, bukan keutamaan (aulawiyat) mungkin boleh dimaafkan namun kalau enggan melaksanakan dengan mengaitkan dengan kepentingan tertentu sehingga menafikan hak Allah dan kuasa Allah SWT, ianya amat merbahaya khususnya dari sudut akidah. Keadaan ini lah amat dibimbangi kerana rosak dan gugur akidah boleh berlaku akibat daripada perkataan. Nabi Muhammad S.A.W mengambil masa 23 tahun bagi melaksanakan keseluruhan syariat Allah SWT yang selengkapnya. Kesempurnaan syariat Allah hanya dapat dirasai dan dihayati di penghujung kehidupan baginda dan berkembang di zaman Khalifah Ar-Rashidin. Kesannya masih menjadi igauan dan impian terindah seluruh umat Islam sehingga kini walaupun berbagai tohmahan dilemparkan terhadapnya.

Sidang Jumaat Sekelian,

Segala penentangan terhadap Hukum Allah bukanlah kerana kelemahan hukum itu sendiri. Segalanya berlaku akibat kejahilan manusia terhadap ketetapan Allah, pencipta mereka sendiri. Hanya mereka yang jahil dan prejudis terhadap Islam sahaja yang tidak menyokong perlaksanaannya.

Barat menganggap ianya sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana melibatkan hukuman mati umpamanya, sedangkan mereka sendiri menggunakan hukuman mati terhadap berbagai kesalahan di merata dunia. Malah hukuman mati dilaksanakan sewenang-wenangnya terhadap para pejuang Islam sehingga mereka syahid kerananya.

Jika dikatakan bahawa hukuman Allah tidak mampu menghapuskan jenayah, tidak ada sebarang kejayaan dalam menurunkan kadar jenayah dengan menggunapakai undang-undang ciptaan manusia.

Antara hujjah yang sering ditimbulkan oleh para penentang adalah kurangnya kefahaman rakyat mengenai undang-undang Islam sehingga suasana menjadi tidak condusif (sesuai) untuk dilaksanakan. Sedangkan pada hakikatnya undang-undang baratpun tidak difahamai oleh sesiapa ketika mula dilaksanakan dahulu.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Undang-Undang Allah adalah undang-undang terbaik yang dicipta oleh Allah bagi manfaaat manusia. Wajarkah kita menyebut zalim, penginayaan, ketinggalan zaman dan sebagainya. Antara bukti keistimewaannya adalah keupayaannya menggerunkan hati manusia, bukan sahaja para penjenayah, malah bagi yang tidak pernah terniat untuk melakukannya. Berbeza dengan undang-undang manusia yang bukan sahaja tidak memberi kesan apa-apa, malah membuka ruang bagi berbagai penyalahgunaan dan penyelewengan sehingga hukuman yang ada bukan lagi menjadi ancaman kepada pesalah, malah menjadi mainan dan bahan sendaan semata-mata. Mimbar ingin mengigatkan umat Islam agar berhati-hati dalam memperkatakan sesuatu yang merupakan hak Allah yang bijak mengatur kehidupan hambanya.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ  بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ  اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ  ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.

Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :

 وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ ۗ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا ﴿الأحزاب: ٣٦﴾

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.

اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
 اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat Sekalian,

Walaupun terlalu sukar melembutkan hati bangsa Arab namun Rasulullah S.A.W berjaya mengubah mereka sepenuhnya dalam masa 23 tahun. Namun Negara-negara Islam hari ini masih gagal menguatkuasakan hukum Allah walaupun telah mencapai kemerdekaan berpuluh-puluh tahun. Jika ada umat Islam memberikan idea berusaha melaksanakan maka wujud pula di kalangan umat Islam yang mencari kelemahan dan cuba menghalangnya. Inilah ruang dan peluang yang dicari oleh musuh Islam. Kita tidak punya masa lagi untuk berbahas mengenai keindahan syariat Islam kerana orang bukan Islam pun ramai yang telah mengakuinya. Apa yang tinggal adalah untuk kita berusaha untuk melaksakannya. Sesiapa sahaja yang mahu mengusahakannya wajib kita bantu dan segala kekurangannya harus sama-sama ditampung. Media massa dan media cetak boleh berperanan menjalankan tugasnya bagi menjelaskannya kepada masyarakat bukannya menambahkan kekeliruan dalam masyarakat. Maka marilah kita semua bersatu tenaga, fikiran dan idea bagi memulakan usaha-usaha ini tanpa menimbulkan sebarang konflik. Jika semua pihak memang berniat untuk melaksanakannya walaupun pendekatannya berbeza, maka tiada alasan bagi kita berbalah kerananya kerana ini adalah tanggungjawab kita bersama. Letakkan kepentingan Allah mengatasi segala galanya namun dalam setiap perencanaan, pelaksanaan sesuatu urusan Allah SWT ini hendaklah dilakukan secara penuh hikmah dan bijaksana agar tidak membangkitkan fitnah terhadap agama yang kita anuti ini. Semoga Allah SWT memberkati dan membantu hambanya yang ikhlas berusaha untuk memertabatkan Islam di muka bumi ini.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ.اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ
اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ . اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ. اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ. 

Ya Allah kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Ibni Al-Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah, Ghafarullah Lahu.

رَبَّنَا آتنِاَ فِيْ الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِيْ اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ.
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ. 
وَاشْكُرْوْهٌ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ.  

Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com



Thursday, May 15, 2014

KHUTBAH JUMAAT - 16 MEI 2014M / 16 REJAB 1435H


“GURU PENCETUS KREATIVITI PENJANA INOVASI”

16 MEI 2014M / 16 REJAB 1435H

Khutbah Pertama


اَلْحَمْدُ للهِ ذِي الْجَبَرُوتِ وَالْمَلَكُوتِ، الْهَادِي إِلَى سَبِيلِ الْهُدَى والرَّشَادِ،  الْقَائِلِ فِي مُحْكَمِ تَنْزِيلِه :
يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ
أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَه وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa serta melaksanakan segala perintahnya dan menjauhi segala larangannya, mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah

Menuntut ilmu merupakan satu tuntutan agama. Ia memerlukan komitmen dan kesungguhan untuk mendapatkannya. Maka ilmu dan guru mempunyai hubungkait yang sangat rapat. Islam meletakkan darjat yang tinggi kepada orang yang berilmu, seperti firman Allah SWT dalam surah Al Mujadalah ayat 11:

يَرْفَعِ اللهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ وَاللهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ ﴿١١﴾

Maksudnya: “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darajat, dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sambutan Hari Guru 16 Mei pada tahun ini bertemakan “Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi”. Guru memainkan peranan penting sebagai penggerak agen perubahan yang sentiasa kreatif dan inovatif, mempunyai keterampilan yang tinggi. Sentiasa membudayakan inovasi dalam gelombang transformasi pendidikan bagi melahirkan generasi muda yang bersedia mencapai kecemerlangan dalam kehidupan. Warga pendidik berkeupayaan menyediakan peluang kepada murid bagi mendapat pengalaman pembelajaran lebih bermakna, kreativiti yang mampu meningkatkan kemahiran murid dalam mendepani persekitaran kehidupan sebenar.

Dewasa ini semua pihak menyedari bahawa kerjaya sebagai guru merupakan tugas yang penuh dengan cabaran. Antaranya ialah kekangan masa, ancaman gejala sosial serta berhadapan dengan karenah pelbagai pihak. Hakikatnya tugas guru sejak dahulu hingga kini sentiasa dipenuhi ujian dan dugaan.

Selain itu guru juga berhadapan dengan cabaran mendidik murid yang pelbagai ragam dan karenah. Murid-murid kini terdedah dengan bermacam-macam anasir luar seperti hiburan yang melampau dari barat dan sebagainya. Maka terdapat sebilangan mereka yang terpengaruh dan terikut-ikut budaya asing seperti hedonisme iaitu budaya berhibur secara melampau, seks bebas, arak dan sebagainya. Sebahagian pula leka dengan media sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya. Ini menjadikan proses mendidik mereka berhadapan dengan kesukaran dan memerlukan masa yang panjang. Fenomena ini bertambah parah apabila rasa hormat kepada guru semakin terhakis dalam kalangan murid.

Dalam masa yang sama, guru juga terpaksa berhadapan dengan sebahagian ibu bapa yang kurang menghormati guru dan terlalu membela kesalahan anak tanpa usul periksa. Situasi sebegitu memberikan sedikit kesan terhadap usaha guru dalam membentuk peribadi anak-anak. Seharusnya ibu bapa menyedari bahawa merekalah yang memainkan peranan utama dalam mendidik anak-anak. Peranan mendidik anak-anak tidak harus diletakkan seratus peratus di bahu guru-guru, bahkan guru hanya membantu untuk melengkapkan proses pendidikan tersebut. Maka akan ada keharmonian antara guru dan ibu bapa dengan agenda yang sama iaitu melahirkan anak-anak yang teguh imannya di samping mantap keilmuannya. Benarlah sabda Nabi SAW yang berbunyi:

"كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ"

Maksudnya: Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu Islam, maka ibu bapanyalah yang mendidik anaknya menjadi seperti Yahudi atau Nasrani atau Majusi. Riwayat Bukhari dan Muslim

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Masyarakat perlu memainkan peranan dengan meletakkan guru di tempat yang selayaknya. Ikon dan ikutan anak-anak hari ini perlu diperhatikan dan diperhalusi agar tidak tersasar hingga meletakkan mereka yang tidak sepatutnya sebagai ikutan.

Guru merupakan agen perubah masyarakat yang terus istiqamah menyambung tradisi penyampai ilmu yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW iaitu sebaik-baik guru yang patut kita contohi. Firman Allah SWT dalam surah Al Jumuah ayat 2:

هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ ﴿٢﴾

Maksudnya: "Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata".

Didikan hebat oleh baginda Rasulullah SAW telah melahirkan sahabat-sahabat hebat seperti Saidina Abu Bakar As Siddiq, Saidina Umar bin Al Khattab, Saidina Othman bin Affan, Saidina Ali bin Abi Talib dan sahabat-sahabat lain yang memiliki sifat keimanan yang kukuh, keperibadian yang mulia dan ketokohan yang tiada tandingannya.

Sejarah juga telah melakarkan lahirnya ulamak-ulamak besar seperti Imam Syafie dan Imam Al Ghazali adalah hasil tarbiah dan didikan seorang yang bernama guru.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kehebatan Sultan Muhammad Al Fateh yang disebut di dalam hadith Nabi SAW iaitu

"لَتُفْتَحَنَّ القُسْطَنْطِيْنِيَّةُ وَلَنِعْمَ الأَمِيْرُ أَمِيْرُهَا وَلَنِعْمَ الْجَيْشُ ذَلِكَ الْجَيْشُ"

Maksudnya: "Akan dibebaskan Kota Kostantinopel itu, maka sebaik-baik raja, itulah rajanya, dan sebaik-baik tentera, itulah tenteranya." Hadis riwayat Imam Ahmad.

Kota Kostantinopel akhirnya dapat ditawan oleh seorang raja semuda 21 tahun hasil didikan dan asuhan ulama tersohor yang menjadi murabbi beliau. Masyarakat perlu sedar bahawa pentingnya kewujudan guru dalam kehidupan komuniti seharian. Pepatah arab ada mengatakan:

"كَادَ الْمُعَلِّمُ أنْ يَكُونَ رَسُوْلاً"

Maksudnya: “Tugas seorang guru itu hampir-hampir menyamai tugas seorang Rasul.”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Di kala ini, kita melihat betapa masyarakat generasi kini semakin lama semakin terpesong dari akhlak dan budaya Islam. Sebahagian murid tidak lagi melihat guru sebagai individu yang patut dihormati, bahkan segelintir dalam kalangan mereka berani mengherdik, mengugut bahkan memukul guru. Keadaan ini disebabkan oleh kurangnya berkat ilmu yang diperolehi oleh murid, sedangkan mereka saban hari didedahkan dengan ilmu agama dan akhlak. Di manakah silapnya semua ini?

Seandainya kita menyingkap kisah sejarah yang dilalui oleh generasi salafus solih terdahulu, maka kita akan dapati betapa generasi terdahulu sangat menitikberatkan persoalan adab di dalam menuntut ilmu. Justeru, mereka berjaya mengecap nikmat barakah ilmu yang akhirnya melahirkan generasi Islam yang digeruni di seluruh pelusuk dunia, termasuk oleh pihak musuh Islam itu sendiri.

Ini adalah suatu bentuk kekuatan hasil daripada keberkatan ilmu yang dikecapi oleh mereka. Keberkatan ilmu itu terhasil daripada adabnya seorang murid terhadap guru, diantaranya ialah dengan cara melihat gurunya itu dengan pandangan hormat serta memuliakannya.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Kedua

الحَمْدُ للهِ اْلقَآئِلْ :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
﴿ سورة آل عمران٢٠٠﴾
 أَشْهَدُ أَنْ لآ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، إِتَّقُوا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَاِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Menyedari kepentingan menuntut ilmu dengan berguru, maka perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian sebagai kesimpulan khutbah pada hari ini,

Pertama : Ilmu menjadi penyuluh kepada iman dan taqwa;

Kedua : Profesion keguruan menuntut kesabaran dan keikhlasan dalam mendepani cabaran dan karenah masa kini;

Ketiga : Rasulullah SAW merupakan qudwah terbaik sebagai pendidik yang patut dicontohi;

Keempat : Kerjasama di antara semua pihak samada pihak kerajaan, pihak sekolah, guru, ibu bapa dan masyarakat seluruhnya perlu digembeling seiring matlamat melahirkan umat yang seimbang jasmani dan rohani; dan

Kelima : Hubungan di antara guru dan murid mestilah dibina atas rasa hormat dan kasih sayang untuk mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم. اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ. رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ . فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.  

Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com