Friday, April 25, 2014

KHUTBAH JUMAAT - 25 APRIL 2014M / 25 JAMADIL AKHIR 1435H



“ADAB DALAM MENUNTUT ILMU”

Khutbah Pertama

اَلْحَمدُ للَّهِ الَّذِي أَعْلَى مَرَاتبَ العُلَمَاءِ وَجَعَلَهُمْ وَرَثَةَ الأَنْبِيَاءِ،
وأشهدُ أنْ لاَ إِلهَ إلاَّ اللهُ وحدَهُ لاَ شريكَ لهُ ، وأشهدُ أنَّ سيدَنَا مُحَمَّداً عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ البَشَيرُ النَّذِيرُ أمرَهُ مولاهُ بطلبِ الزِّيادةِ مِنَ العلمِ
فَقَالَ تَعَالَى : وَقُل رَّبِّ زِدْنِي عِلْماً
اللَّهُمَّ صلِّ وسلِّمْ وبارِكْ علَى سيدِنَا محمدٍ وعلَى آلِهِ وصحبِهِ أجمعينَ، ومَنْ تبِعَهُمْ بإحسانٍ إلَى يَوْمِ الدِّينِ
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللَّه، إِتَّقُوا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَاِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ

MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH,

Wahai hamba-hamba Allah! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian, agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala yang ditegah-Nya. Mudah-mudahan diberkati oleh Allah swt di dunia dan di akhirat.

MUSLIMIN SEKALIAN,

Dalam kehidupan kita ilmu adalah perkara yang sangat penting yang harus diterapkan dalam kehidupan kita. Namun khutbah hari ini ingin melihat satu sudut berbeza dalam konteks ilmu, iaitu adab-adab dalam menuntut ilmu. Firman Allah SWT di dalam surah al-Hujurat : 2 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَرْفَعُوا أَصْوَاتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ النَّبِيِّ وَلَا تَجْهَرُوا لَهُ بِالْقَوْلِ كَجَهْرِ بَعْضِكُمْ لِبَعْضٍ أَن تَحْبَطَ أَعْمَالُكُمْ وَأَنتُمْ لَا تَشْعُرُونَ ﴿٢﴾

Bermaksud : “Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.”

Para ulama meriwayatkan bahawa ayat ini turun ke atas seorang sahabat bernama Tsabit bin Qais bin Syammas. Menurut Anas Bin Malik, beliau seorang yang kuat dan keras suaranya. Ketika berbicara di hadapan Nabi SAW, suaranya tetap kuat dan keras. Maka ketika itu turunlah ayat ini yang menegur bagaimana adab supaya merendah dan melembutkan suara bila berhadapan dan berbicara dengan Rasulullah SAW. Qais setelah itu takut dan selalu menyembunyikan diri dari berhadapan dengan Rasulullah SAW, kerana takut suaranya yang kuat akan menyakiti Nabi SAW. Hinggalah Nabi SAW berjaya memujuknya. Setelah itu Qais sedaya upaya berusaha merendah dan melembutkan suaranya bila berhadapan dengan Rasulullah SAW.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Sesuatu yang sangat pelik, apabila sekolah dan institut pengajian tinggi semakin banyak dengan jumlah pelajar dan mahasiswa yang menuntut ilmu semakin bertambah dari tahun ke tahun, namun ilmu yang dituntut itu, rupa-rupanya masih tidak berupaya untuk menjadikan dirinya itu manusia yang lebih baik. Ilmu yang diperolehi kadang-kadang hanya sekadar masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Ilmu yang dipelajari hanya tinggal dalam buku atau kitab, hingga seorang pelajar itu tidak merasakan apa-apa penambahan ilmu atau kefahaman. Apatah lagi ilmu yang dipelajari langsung tidak menambah iman dan amal. Semakin ramai yang mendakwa dirinya terpelajar tapi kelakuan yang ditunjukkan seperti manusia yang tiada adab seperti jahil murakkab. Ayat dan huraian yang telah kita sebutkan di atas tadi menyatakan bagaimana adab para sahabat dengan Rasulullah SAW. Di sinilah pengajaran yang mahu kita ambil iaitu bagaimana Islam mengajarkan kita tentang adab dalam menuntut ilmu. Nabi SAW adalah sebesar-besar guru, pendidik atau pembimbing. Dalam erti kata lain Islam mengajarkan kepada kita supaya beradab ketika menuntut ilmu dari guru, yang merupakan sebahagian dari proses pendidikan dan pembelajaran. Perumpamaan adab dan ilmu adalah seumpama makanan yang disuapkan ke mulut tanpa dikunyah tapi terus ditelan. Makanan tidak terasa lazat dan enaknya, tidak terasa manis atau masinnya. Sebaliknya makanan itu terus masuk ke perut, hingga memudaratkan tekak dan perut yang dipaksa menelan bulat-bulat apa yang disuapkan. Akhirnya manusia itu tidak mahu makan lagi kerana katanya : “Makan membuatkan aku tersiksa.‟

Ilmu itu adalah makanan akal, panduan bagi hati, sumber dan tenaga dalam kehidupan. Ilmu itu adalah cahaya yang memandu ke arah hidayah Allah. Maka sudah tentu dalam menyantuninya perlu ada adab serta bersungguh-sungguh untuk merealisasikan tuntutannya. Dari Ubadah ibn Somit berkata. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :

لَيْسَ مِنْ أُمَّتِي مَنْ لَمْ يُجِلَّ كَبِيرَنَا وَيَرْحَمْ صَغِيرَنَا، وَيَعْرَفْ لِعَالِمِنَا حقَّهُ

“Bukan daripada umatku, orang yang tidak menghormati orang tua, tidak menyayangi budak kecil dan tidak mengetahui hak orang yang berilmu.” ( Hadis riwayat Thobrani : 148)

Imam Malik r.a, pernah menyatakan pesanan ibunya ketika beliau ingin belajar dengan gurunya bernama Rabiah dengan kata :

“Belajarlah darinya adab sebelum kau belajar ilmu darinya.” Imam al-Busyanji pernah menyatakan pula : “Sesiapa yang mahukan ilmu dan memahami agama tanpa adab, maka sesungguhnya dia telah menempuh pembohongan terhadap Allah dan Rasulnya.”

TUAN-TUAN SEKALIAN,

Antara adab-adab yang disebutkan oleh para ulamak ialah :

1. Sabar dan merendah diri

Imam al-Syafie telah berkata : “ Janganlah kamu harap ilmu itu akan diperolehi dengan watak seperti raja dan jiwa bangga. Tetapi orang yang menuntut ilmu dengan kerendahan diri dan sabar menghadapi kesulitan hidup serta sudi berkhidmat dengan para ulama‟, pasti akan berjaya."  Beliau juga berkata : “Ilmu ini tidak diperolehi melainkan dengan sabar dan merendah diri.” Diceritakan khalifah Harun al-Rasyid pernah datang menemui Imam Malik di Masjid Nabawi. Melalui pertemuannya itu khalifah meluahkan hasrat hati untuk berguru dengan Imam Malik dengan menjemputnya ke istana khalifah. Dengan tegas Imam Malik berkata, "Ilmu itu tidak mendatangi, tetapi didatangi...". Akur dengan kehendak Imam Malik, akhirnya khalifah merelakan dirinya datang ke masjid untuk berguru.

2. Beradab dengan Guru

Imam al-Khatib berkata : “Panggillah gurumu dengan panggilan „Wahai Guruku‟, „wahai al-Hafiz. ‟Jika kamu bertanya, tanyalah dengan bahasa, "Apakah pandangan tuan guru dalam perkara begini?‟ dan sebagainya. Janganlah menyebut dengan namanya kecuali dengan panggilan yang sopan seperti : "Kata tuan guru kami," kata ustaz begini‟.

Diceritakan bahawa ada anak seorang khalifah bersama-sama penuntut ilmu yang lain berada dalam majlis Ilmu oleh Imam Syarik al-Nakhaie. Dengan bersandar dan sambil lewa anak khalifah itu memanggil Imam Syarik untuk bertanyakan soalan. Namun Imam Syarik tidak langsung mengendahkannya. Anak khalifah berang, kemudian memarahi Imam Syarik, dengan katanya : "Adakah kamu tidak kenal siapa aku? Aku anak khalifah.‟ Maka jawap gurunya : ‟Ya, aku kenal siapa kamu, tetapi sesungguhnya Ilmu itu lebih mulia dari kamu dan bapamu.‟ Imam Abu Hanifah pula dikatakan dalam memuliakan gurunya Imam Hammad beliau tidak pernah melunjurkan kakinya ke rumah gurunya, sedangkan rumah gurunya adalah sejauh 7 lorong.

3. Berusaha mendapat keredhaan Guru

Seseorang penuntut ilmu itu seharusnya berusaha menyenangkan hati gurunya. Perkara ini mungkin sangat asing dalam budaya pembelajaran kita di sekolah atau Institut Pengajian Tinggi mahupun di masjid atau surau. Imam al-Syafie dalam usaha beliau untuk menjaga hati gurunya Imam Malik, menyatakan ketika beliau sedang belajar dengan Imam Malik, beliau ingin menyelak helaian kitab, beliau akan menyelak helaian-helaian itu dengan teliti dan perlahan agar tidak kedengaran bunyinya, kerana risau bunyi itu akan menganggu tumpuan Imam Malik dalam menyampaikan kuliahnya.

4. Sentiasa Mendoakan Gurunya

Imam Abu Hanifah berkata : “Tiada aku solat semenjak kematian tuan guruku, Hammad melainkan aku meminta keampunan baginya bersama kedua orang tuaku. Begitu juga, aku tidak pernah lupa meminta ampun untuk orang yang pernah aku pelajari daripadanya atau orang yang pernah mengajarku suatu ilmu.” Imam Ahmad yang pernah berguru dengan Imam Syafie, berkata: “Selama 30 tahun sudah berlalu, aku tidak akan tidur kecuali pasti akan aku doakan Imam Syafie dan meminta ampun baginya.”

Antara amalan para salafussoleh, sebelum pergi ke majlis ilmu, mereka akan bersedekah terlebih dahulu dan berdoa kepada Allah SWT agar janganlah diperlihatkan kejanggalan dan kelemahan gurunya pada pandangan matanya, hingga menyebabkan hilang hormat pada gurunya.

5. Bersabar dengan karenah guru

Ketika seorang guru mungkin pada pandangan muridnya bersikap dengan sikap yang tidak disenangi oleh muridnya, maka ketika itu murid itu perlu banyak bersabar. Carilah alasan agar hati seorang murid itu tidak mudah mencela gurunya, memutuskan kasih seorang murid dengan gurunya, serta mintalah ampun kepada Allah SWT.

Diceritakan imam al-A'masy iaitu seorang seorang tabiin, imam, ahli membaca al-Qur'an, perawi hadits dan mufti, mempunyai 2 orang murid. Seorang darinya mengetahui banyak mengenai ilmu hadis sementara seorang lagi tidak. Satu ketika Imam al-A'masy memarahi muridnya yang alim mengenai hadis ini. Maka berkatalah seorang lagi kepada alim hadis tersebut : "Kalaulah tuan guru itu memarahiku seperti dia memarahi kamu, nescaya aku tidak akan menemuinya lagi."

‟Mendengar hal itu, Imam al-A'masy berkata : "Kalaulah kawanmu itu bersikap seperti sikapmu maka ini bermakna dia bodoh sepertimu juga, kerana sanggup meninggalkan sesuatu yang bermanfaat kerana kelemahanku.‟

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


Khutbah Kedua

الحَمْدُ للهِ اْلقَآئِلْ :
يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا العِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ  (سورة المجادلة: ١١)

“Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan.”

وأشهدُ أنْ لاَ إلهَ إلاَّ اللهُ وحدَهُ لاَ شريكَ لهُ ، وأشهدُ أنَّ سيدَنَا محمَّداً عبدُهُ ورسولُهُ ، اللَّهُمَّ صلِّ وسلِّمْ وبارِكْ علَى سيدِنَا محمدٍ وعلَى آلِهِ وصحبِهِ أجمعينَ، ومَنْ تبِعَهُمْ بإحسانٍ إلَى يومِ الدِّينِ .
أمَّا بعدُ : فاتقُوا اللهَ عبادَ اللهِ واحرصُوا علَى العلمِ والتعلمِ ففِي ذلكَ الخيرُ العظيمُ،

SIDANG JUMAAT SEKELIAN,

Sesungguhnya kedudukan seorang yang berilmu mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT. Maka wajarlah penghormatan diberikan kepada orang yang berilmu. Berdasarkan adab-adab yang telah kita sebutkan dalam khutbah yang pertama tadi, maka wajarlah kita berusaha samada pelajar, mahasiswa atau diri kita sendiri untuk melaksanakan adab-adab tersebut ketika berada dalam majlis ilmu di sekolah, universiti atau di masjid/surau. Semoga Allah swt memudahkan urusan kita untuk terus mencari ilmu hanya kepada Allah swt.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم .
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ.
اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،  وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ.
اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ.
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.



Teks asal khutbah ini boleh juga dimuatturun dari laman sesawang www.4shared.com

Thursday, April 17, 2014

Khutbah Jumaat - 18 Jamadil Akhir 1435H / 18 April 2014



"KEPUTERAAN DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK"

Khutbah Pertama
الْحَمْدُ للهِ الْقَائِلِ،

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ  فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَالِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا- النساء : ٥٩

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisihan dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Kitab Allah (Al-Quran) dan RasulNya (Sunnah,) jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.

أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ الاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.
اَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلاَّ وَاَنْتـُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah sekelian,

Marilah kita bersyukur dengan nikmat Islam dan Iman yang telah kita kecapi selama ini dengan berusaha menambahkan ilmu dan amal serta ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Marilah kita melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Marilah kita memperbanyakkan zikir kepada Allah S.W.T dan memperbanyakkan selawat dan salam ke atas Rasulullah saw serta berusaha mengamalkan segala sunnahnya, mudah-mudahan ianya akan memberikan manfaat kepada kita di dunia dan di akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Pada 19 April 2014 ini, sebagaimana tahun-tahun yang lalu, kita meraikan Sambutan Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, sebagai Raja dan Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan yang tercinta ini. Sultan, Raja atau Khalifah adalah penyambung kepada tugas kenabian dalam menjaga agama dan mentadbir negara. Di saat kewafatan baginda Rasulullah saw, sebahagian besar sahabat meninggalkan pengurusan jenazah baginda untuk diuruskan oleh ahli-ahli bait semata-mata untuk membincangkan perlantikan khalifah bagi menggantikan tugas Rasulullah sebagai Ketua Negara. Inilah gambaran betapa pentingnya khalifah dalam sesebuah negara dan rakyat tidak seharusnya hidup tanpa pemerintah walaupun sedetik dalam hidupnya. Atas dasar amanah yang besar inilah menyebabkan martabat raja dan pemerintah diangkat oleh Allah melebihi kedudukan rakyat biasa. Golongan yang paling utama akan mendapat naungan Allah di Akhirat kelak adalah Sultan, raja atau pemerintah yang memerintah dengan adil. Rasulullah saw bersabda sebagaimana yang dirakamkan dalam Sohih Imam Bukhari :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ إِمَامٌ عَادِلٌ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ اللهِ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ فِي خَلاَءٍ فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسْجِدِ وَرَجُلاَنِ تَحَابَّا فِي اللهِ وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ إِلَى نَفْسِهَا قَالَ إِنِّي أَخَافُ اللهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا صَنَعَتْ يَمِينُه-  رواه البخاري

Daripada Abu Hurairah yang meriwayatkan dari Nabi saw bersabda; 7 golongan yang akan mendapat naungan Allah di hari yang tiada naungan lain selain dari naungan Allah iaitu Pemerintah yang adil, lelaki yang membesar dalam pengabdian diri terhadap Allah, lelaki yang mengingati Allah dalam keadaan berseorangan lalu bercucuran air matanya, lelaki yang hatinya terikat kepada masjid, 2 lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, lelaki yang diajak melakukan maksiat oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan lalu dia mengatakan, sesungguhnya aku takut kepada Allah dan lelaki yang bersedeqah dengan cara menyembunyikan perbuatannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Institusi Kesultanan Melayu telah memainkan peranan penting dalam mengembang dan mempertahankan Islam dan perpaduan rakyat di negara ini. Sejarah telah membuktikan kasih sayang dan ketaatan Bangsa Melayu terhadap raja-raja mereka, dimana apabila Raja-raja Melayu memeluk agama Islam, maka berduyun-duyunlah rakyat semuanya memeluk agama Islam. Raja-raja Melayu jugalah yang telah memperkenankan pelaksanaan undang-undang Islam seperti Risalah Iskandar, Hukum Kanun Melaka, Undang-undang 99 Perak, Kanun Islam Terengganu, Majallah Al-Ahkam Al-Adliyah Negeri Johor dan sebagainya. Dengan izin Alah jikalau tidak kerana ketaatan nenek moyang kita terhadap raja-raja mereka, apakah kita hari ini akan berada di rumah Allah yang mulia ini. Jika tidak kerana raja-raja Melayu, sebahagian dari kita mungkin sedang berada di mana-mana kuil menyembah dewa-dewa bersama penganut-penganut agama Hindu.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Pada 5 Ogos 1957, Duli-Duli yang Maha Mulia, 9 Raja-Raja Melayu sebagai pemerintah bagi 4 “Negeri Melayu Bersekutu” dan 5 Negeri Melayu Tidak Bersekutu telah memberikan perkenan menurunkan tandatangan persetujuan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan memahat 7 wasiat raja-raja Melayu yang berbunyi :

Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera.

7 perkara itu adalah :

1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (Yang kini dikenali sebagai Malaysia).

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan Melayu sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama–sama kaum lain.

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

6. Kami tetapkan Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu.

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (Kemudian ditambah dengan kedudukan istimewa anak Negeri Sabah dan Sarawak).

Muslimin Mukminin yang dirahmati,

Tidak sama di sisi Allah martabat di antara seorang raja dengan seorang raja kerana nilaiannya adalah sejauhmana mereka menunaikan amanah dalam menjaga kebajikan rakyat dan membawa rakyatnya mendekati Allah dan Rasulnya. Ada raja dan pemerintah yang mendapat pertolongan dari Allah untuk melaksanakan kebaikan dan ketaatan kepada Allah kerana mereka sentiasa berusaha membawa rakyatnya kepada kehidupan beragama. Ada juga pemerintah yang dilaknat oleh Allah ketika di dunia dan disingkirkan dari rahmat Allah ketika di akhirat lantaran mereka mengajak rakyat jelata mengamalkan budaya penghuni neraka. Firman Allah dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 73 dan Surah Al-Qasas ayat 41-42:

وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَإِقَامَ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءَ الزَّكَاةِ ۖ وَكَانُوا لَنَا عَابِدِينَ ﴿٧٣﴾   

Dan Kami jadikan mereka pemerintah, yang memimpin (manusia ke jalan yang benar) dengan perintah Kami dan Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan dan mendirikan sembahyang, serta mengeluarkan zakat dan mereka pula sentiasa beribadat kepada Kami.

وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَدْعُونَ إِلَى النَّارِ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يُنْصَرُونَ ﴿٤١﴾ وَأَتْبَعْنَاهُمْ فِي هَـٰذِهِ الدُّنْيَا لَعْنَةً ۖ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ هُم مِّنَ الْمَقْبُوحِينَ ﴿٤٢﴾ 

Dan Kami jadikan mereka pemerintah, yang mengajak rakyatnya ke Neraka dan pada hari kiamat pula mereka tidak mendapat sebarang pertolongan. Dan Kami timpakan kepada mereka dengan laknat di dunia ini dan pada hari kiamat pula adalah mereka dari orang-orang yang tersingkir (dari rahmat Kami) dengan keadaan sehina-hinanya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Rasulullah saw menetapkan garis kasar sempadan ketaatan rakyat kepada pemerintah. Lihatlah bagaimana taatnya para sahabat kepada ketua mereka walaupun menempuh risiko kehilangan nyawa dan lihatlah pula bagaimana kesannya jika ketaatan ini dicurahkan tanpa bersandarkan ketentuan Allah sehingga boleh menyebabkan mereka kekal di dalam neraka. Dalam sebuah hadis nabi saw bersabda :

عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ بَعَثَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَرِيَّةً وَاسْتَعْمَلَ عَلَيْهِمْ رَجُلاً مِنْ الأَنْصَارِ قَالَ فَلَمَّا خَرَجُوا قَالَ وَجَدَ عَلَيْهِمْ فِي شَيْءٍ فَقَالَ قَالَ لَهُمْ أَلَيْسَ قَدْ أَمَرَكُمْ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ تُطِيعُونِي قَالَ قَالُوا بَلَى قَالَ فَقَالَ اجْمَعُوا حَطَبًا ثُمَّ دَعَا بِنَارٍ فَأَضْرَمَهَا فِيهِ ثُمَّ قَالَ عَزَمْتُ عَلَيْكُمْ لَتَدْخُلُنَّهَا قَالَ فَهَمَّ الْقَوْمُ أَنْ يَدْخُلُوهَا قَالَ فَقَالَ لَهُمْ شَابٌّ مِنْهُمْ إِنَّمَا فَرَرْتُمْ إِلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ النَّارِ فَلاَ تَعْجَلُوا حَتَّى تَلْقَوْا النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِنْ أَمَرَكُمْ أَنْ تَدْخُلُوهَا فَادْخُلُوا قَالَ فَرَجَعُوا إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْبَرُوهُ فَقَالَ لَهُمْ لَوْ دَخَلْتُمُوهَا مَا خَرَجْتُمْ مِنْهَا أَبَدًا إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ مسند احمد

“Dari Ali radhiallahu anhu, dengan dia berkata bahawa Rasulullah saw telah mengutuskan satu ketumbukan tentera yang diketuai oleh seorang lelaki Ansar. Kata Ali; ketika mereka keluar, maka timbul suatu yang tidak memuaskan hati ketua tersebut, lalu dia berkata kepada sahabat yang lain; Bukankah Rasulullah saw telah memerintahkan kamu semua agar mentaatiku. Kata Ali; maka jawab sahabat lain, ya, bahkan. Maka katanya, kumpulkanlah kayu api dan nyalakan api dengannya dan kemudian masuklah kamu semua ke dalamnya. Kata Ali; maka ragu-ragulah para sahabat untuk melakukan arahan tersebut. Lantas berkata seorang sahabat; kita melarikan diri kepada Rasulullah saw agar tidak disentuh api neraka. Maka janganlah kamu semua gopoh untuk memasukinya sebelum kita bertemu dengan Rasulullah saw. Jika Rasulullah saw memerintahkan kita memasukinya maka kita semua akan memasukinya. Kata Ali, tatkala mereka kembali dan menceritakan kisah tersebut kepada Rasulullah, maka sabda baginda; jika sekiranya kamu memasukinya maka kamu tidak akan keluar darinya selama-lamanya. Sesungguhnya ketaatan hanyalah dalam urusan kebaikan semata-mata.”

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ  بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ  اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا  وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.

Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :

وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا ۖ وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ  ﴿٢٤﴾ السجدة 

Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.

اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
 اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Tidak seharusnya mana-mana pihak mencemarkan nama baik institusi Raja. Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pernah bertitah :

Peranan raja-raja dalam urusan negara bukan sekadar pelengkap kepada adat negara beraja kerana mereka bukannya daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan. Selaras dengan semangat Raja Berperlembagaan yang biasa diamalkan, peranan Raja adalah memerintah dan bukan mentadbir. Raja hendaklah berada di atas segala urusan politik dan urusan pentadbiran harian yang melibatkan banyak kerenah dan pelbagai kontroversi. Dengan berada di takhta yang lebih tinggi, Raja hanya terlibat pada waktu dan ketika yang diperlukan.

Sidang Jumaat sekelian,

Bangsa Melayu hanya akan kuat dan mampu mempertahankan Islam jika ada kerjasama yang erat antara Raja dan rakyat jelata. Semangat permuafakatan yang sekian lama termeterai di antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun – satu kontrak sosial antara Raja dengan rakyat serta rakyat dengan Raja. Dalam keadaan yang begitu mencabar seperti hari ini, kita mesti meyakini kemampuan Raja-Raja untuk mempertahankan Agama dan Bangsa. Asas keyakinan ini boleh kita sandarkan kepada titah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang pernah bertitah :

Dalam mengharungi perjalanan dan memungut pengalaman memenuhi tanggungjawab institusi itu, Beta senantiasa mengambil pedoman akan amanat yang diturunkan turun temurun bahawa:

• Bapa kepada Raja adalah Syariat ajaran Rasul;

• Ibu kepada Raja adalah adat dan undang-undang;

• Saudara kepada Raja adalah segala Menteri Besar dan Kecil;

• Anak kepada Raja adalah segala rakyat jelata;

• Bahawa Raja itu bagaikan tiada bapa, ibu dan anak;

• Tidak diutamakan oleh Raja kepentingan lain melainkan rakyat jelata;

• Malah ungka siamang di hutan jua adalah di bawah jagaan Raja;

• Menjalankan pemerintahan dengan adil;

• Memelihara agama – Menjamin keamanan;

• Menunaikan kewajipan dengan penuh iltizam;

• Jika Raja gagal menjunjung kebenaran ini;

• Maka hancur musnahlah negara; dan

* Semoga Raja Kita Selamat Bertakhta.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ،
وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ. اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ .
اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ. اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ. اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ. 

Ya Allah kurniakanlah sepenuhnya taufiq dan hidayahmu terhadap raja kami Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.

رَبَّنَا آتنِاَ فِيْ الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِيْ اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرْوْهٌ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ. 

Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com

Friday, April 11, 2014

KHUTBAH JUMAAT - 11 APRIL 2014M / 11 JAMADIL AKHIR 1435H



“MUHASABAH SEMPENA MUSIBAH”

Khutbah Pertama

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ اْلأَكْبَرِ، خَلَقَ الْكَوْنَ وَدَبَّرَ، خَلَقَ اْلإِنْسَانَ ثُمَّ أَمَاتَهُ ثُمَّ أَقْبَرَ، وَأَرْسَلَ الرُّسُلَ وَأَخْبَرَ، وَأَنْزَلَ الْقُرْآنَ الْكَرِيْمَ فِيْهِ الْعِظَاتُ وَالْعِبَرُ، فَهَدَى وَأَحَلَّ وَأَمَرَ، وَنَهَى وَحَرَّمَ وَزَجَرَ،
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ وَأَشْهَدُ أَنْ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ وَهُوَ خَيْرُ الْبَشَرِ، وَصَاحِبُ الْحَوْضِ الْكَوْثَرِ،
اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وَعَلَى آلِهِ الْمُطَهَّرِ، وَعَلَى مَنْ صَاحَبَهُ وَأَزَرَهُ وَوَقَرَ، وَعَلَى التَّابِعِيْنَ لَهُمْ بِإِحْسَانٍ فِيْ كُلِّ أَثَرٍ، إِلَى يَوْمِ الْمَحْشَرِ.
أَمَّا بَعْدُ؛ عِبَادَ اللهِ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ، فَاتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُمْ مُّسْلِمُوْنَ.

Sidang Jumaat Sekalian,

Pertama dan tidak jemu-jemu saya selaku khatib bertugas hari ni mengajak Jamaah sekalian termasuk diri saya sendiri untuk bersyukur yang tiada terhingga kepada Allah SWT, karena Dia telah mengurniakan kita nikmat yang tidak terhitung. Umur yang panjang, kesihatan yang baik, dan kesempatan sehingga kita semua mampu hadir di sini untuk mendirikan solat Jumaat pada hari ini. Semoga seluruh amal ibadah kita diterima oleh Allah Taala dan mendapatkan Ridha-Nya. Amin. Oleh sebab itu salah satu bentuk rasa syukur kita terhadap semua nikmat Allah ini, saya menyeru agar tidak ada jemaah yang sampai tertidur atau berbicara satu sama lainnya ketika khutbah Jumaat sedang dibacakan, agar kita semua mampu mengambil hikmah dan pelajaran yang bermanfaat. Rasa mengantuk memang merupakan fitrah sebagaimana juga rasa lapar dan dahaga namun semua bentuk kefitrahan ini janganlah menjadi penghalang dari mendengarkan firman-firman Allah yang akan disampaikan.

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Dan apabila dibacakan Al-Qur’an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat (Al-A’raf: 204)

Sidang Jemaah sekalian,

Mari kita tanya pada diri kita masing-masing, dalam tempoh seminggu yang telah kita lalui, apakah yang paling sering kita lakukan, kebaikankah atau keburukan?

Sekali lagi kita tanya diri kita dan biarkan hati kita yang menjawabnya: benarkah dalam seminggu yang lalu kita selalu berada dalam keimanan? Konsistenkah kita dalam keimanan yang sering kita sebut-sebut di mulut kita dan kita pamer-pamerkan pada orang lain itu selama seminggu yang lalu? Biarkan hati kecil kita yang menjawabnya, berapa kali kita meninggalkan solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib ataupun Isyak? Berapa kalikah kita sengaja melewat-lewatkannya? Berapa kali dalam seminggu kita melakukan solat dengan rasa malas dan terpaksa? Berapa kali dalam seminggu kita salah dalam membaca tajwid dalam solat-solat kita kerana terburu-buru? Berapa kali dalam seminggu ini kita membaca bacaan solat dengan tartil, tenang dan dihayati?

Ini baru sedikit saja dari sekian banyak pertanyaan yang boleh digali dalam rangka mempersoalkan diri kita untuk seminggu saja kita lalui. Kita insaf fenomena diri kita sendiri yang selalu dipengaruhi oleh unsur fujur, iaitu sifat jahat yang sering mendominasi hidup kita sehari-hari.

Sidang Jumaat sekalian,

Maka jangan hairan bila musibah menimpa Negara kita, jangan hairan bila peperangan di Timur Tengah seakan tidak pernah berhenti. Jangan hairan banyak doa-doa kita yang tidak terkabulkan. Jangan hairan bila semakin banyak para penyesat muncul. Ternyata tidak mustahil kita sendiri ikut menjadi penyebabnya di samping faktor-faktor yang lain.Kita sering lalai dalam menggunakan waktu yang ada. Rasanya tidak hanya sekali dua bencana terjadi di negeri ini. Mulai dengan banjir berulangkali gelombangnya , diikuti dengan kemarau dan jerebu, kehilangan secara misteri MH370, kemunculan sekelompok manusia yang berjerubu pemikiran mereka seperti anti hadith dan promoter-promoter hiburan seiring dengan promoter-promoter khurafat dan tahyul.

Mengapa bencana demi bencana senantiasa melanda? Para ilmuwan barangkali memiliki alasan-alasan ilmiah yang tersendiri. Namun apapun itu, kita harus percaya bahwa semua bencana tersebut tidak terlepas dari kehendak Allah Subhanahu wa Ta’ala. Hanya dengan izin Allah sajalah semua boleh terjadi.

Ketika terjadi bencana alam, paling tidak ada tiga analisa yang sering diajukan untuk mencari penyebab terjadinya bencana tersebut. Pertama, azab dari Allah karena banyak dosa yang dilakukan. Kedua, sebagai ujian dari Allah. Ketiga, Sunnatullah dalam erti gejala alam yang biasa terjadi.

Untuk kes Malaysia ketiga analisa tersebut semuanya mempunyai kemungkinan yang sama besarnya. Jika bencana dikaitkan dengan dosa-dosa umat ini, ya mungkin saja benar, sebab kemaksiatan sudah menjadi kebanggaan baik di peringkat segelintir rakyatnya dan segelintir penguasa, perintah atau ajaran agama banyak yang tidak diindahkan.

Maka ingatlah firman Allah:

وَإِذَا أَرَدْنَا أَنْ نُهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا

”Jika Kami menghendaki menghancurkan suatu negeri, Kami perintahkan orang-orang yang hidup mewah (berkedudukan untuk taat kepada Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan daiam negeri tersebut, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya”. (Al-Isra’: 16)

Apabila dikaitkan dengan ujian, boleh jadi sebagai ujian kepada umat ini, agar semakin kuat dan teguh keimanannya dan berani untuk menampakkan jatidirinya. Sebagaimana firman Allah:

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan begitu saja mengatakan: Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi?”(Al-Ankabut: 2)

Akan tetapi, jika dikaitkan dengan gejala alam pun ada kemungkinannya, karena secara keseluruhan bumi yang ditempati manusia ini tidak terkecuali akan terjadinya bencana, sebab hukum alam yang telah ditetapkan Allah SWT atas bumi ini dengan berbagai hikmah yang terkandung di dalamnya.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِيْ وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرّحِيْمِ

Khubah Kedua

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
أَلَمْ يَرَوْا كَمْ أَهْلَكْنَا مِن قَبْلِهِم مِّن قَرْنٍ مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ مَا لَمْ نُمَكِّن لَّكُمْ وَأَرْسَلْنَا السَّمَاءَ عَلَيْهِم مِّدْرَارًا وَجَعَلْنَا الْأَنْهَارَ تَجْرِي مِن تَحْتِهِمْ فَأَهْلَكْنَاهُم بِذُنُوبِهِمْ وَأَنشَأْنَا مِن بَعْدِهِمْ قَرْنًا آخَرِينَ : سورة الأنعام ﴿٦﴾

Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .
فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat yang dihormati

Menyingkapi terjadinya berbagai macam bencana, janganlah sekali-kali kita berburuk sangka kepada Allah. Dia tidak akan sekali-kali berbuat zalim kepada hamba-hamba-Nya. Setiap yang Allah kehendaki pasti penuh dengan hikmah dan kebijaksanaan. Apalagi terhadap hamba-hamba-Nya yang mukmin, Allah pasti selalu memberikan yang terbaik, meski seringkali hal tersebut dianggap tidak menyenangkan.

وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui. (Al-Baqarah: 216)

Ketika bencana telah terjadi, salah satu hal penting yang harus kita lakukan adalah melakukan melihat diri dan kelaku umat kita . Bagaimanapun juga, segala macam bencana tidak terlepas dari tingkah pola kita juga. Dalam hal ini, kita hendaknya memahami bencana sebagai peringatan dari Allah Subhanahu wa Taala. Karena itu, marilah kita semua tanpa kecuali menghitung diri , menghitung keluarga kita, menghitung masyarakat kita, menghitung penguasa kita . Sudah seberapa taatkah kita kepada Allah? Apakah kita selama ini telah menaati aturan-aturan Allah? Ataukah sebaliknya kita gemar menerajang larangan-larangan-Nya? Marilah kita semua kembali kepada Allah, bertaubat kepada-Nya.

Marilah kita sesali segala perbuatan buruk yang selama ini kita lakukan, dan kita berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Jangan sampai kita melakukan kesalahan demi kesalahan tanpa henti, seolah-olah tidak peka dengan peringatan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Kita tentunya amat cemas dengan tambahan murka Allah terhadap tindakan sebagian orang yang ketika bencana telah menimpa, mereka justru melakukan ritual syirik dengan alasan untuk menolak bala. Padahal semestinya bencana justru menjadi peringatan dan menjadikan kita semua kembali kepada Allah.

Ketika suatu bencana melanda, jangan sampai kita yang tidak terkena bencana merasa bahwa kita selamat karena kita lebih baik daripada mereka yang dilanda bencana. Kita harus selalu merasa khawatir kalau-kalau Allah memberikan istidraj kepada kita, yakni menunda siksa atas diri kita karena Allah ingin menyempurnakan siksa tersebut kelak di akhirat. Tidakkah kita lihat betapa banyak para pelaku kemaksiatan dan kejahatan yang hidup dengan enak dan bergelumang dengan kemewahan? Itulah istidraj yang harus senantiasa kita waspadai.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .


Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com

Saturday, April 5, 2014

PERJUANGAN ISLAM DI MALAYSIA (TAJDID UNTUK KEMENANGAN)


1.0       MUKADDIMAH

Sejarah gerakan Islam menyaksikan pelbagai gerakan tajdid berlaku di seluruh alam Islam. Gerakan-gerakan ini dapat dilihat selepas perang dunia yang pertama (1916-1919) atau lebih khusus selepas kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniah (1924). Di Mesir telah muncul gerakan Ittiba’ Al Sunnah (1919) dan Ikhwanul Muslimin (1928). Sebelumnya ialah gerakan yang di pimpin oleh Syed Jamaludin Al afghani dan Syeikh Mohd Abduh. Di Indonesia, Parti Syarikat Islam (1909) dan di Tanah Melayu gerakan pembaharuan oleh Syed Sheikh Al Hadi (1918) dan gerakan Parti Syarikat Islam 1926. Di India gerakan oleh Sheikh Waliyullah Al Dahlawi dan mutakhir oleh Abul A’la Al Maududi. Di Malaysia, kebangkitan Islam secara teratur dan berterusan adalah di bawah gerakan PAS yang sehingga hari ini telah berlalu selama 62 tahun.
Meneliti liku-liku perjuangan PAS selama lebih enam dekad, penilaian seharusnya dilakukan dalam rangka meningkatkan lagi keupayaan PAS. Justeru kertas ini mengemukakan tiga tajuk perbincangan, iaitu Kejayaan Semasa PAS, Gerakan Kesedaran Baru dan Peranan tarbiyyah PAS. 

2.0       KEJAYAAN SEMASA

2.1        Sebagai sebuah gerakan Islam PAS telah berjaya mengemukakan alternatif bagi menyelesaikan permasalahan masyarakat dan ummah ke arah membangunkan  sebuah negara yang adil dan generasi yang bermaruah pada masa hadapan. Dato’ Sri Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS pernah menyebut seperti berikut: “Menjadi kewajipan kita Menarik keluar manusia daripada gelap kepada cerah. Gelap ini bermacam-macam; gelap riba, gelap rasuah, gelap seks, salah guna seks, salah guna kuasa dan bermacam-macam lagi. Kita sebagai gerakan Islam perlu menarik orang ini keluar supaya menuju kepada nur yang satu iaitu Islam” (Kelantan Universiti Politik Terbuka: 221).

            Tugas-tugas ini telah dijalankan dalam kerangka Muajahah Silmiyah yang dilakukan oleh PAS.

2.2       PAS telah berjaya membangunkan dasar institusi dan badan yang menjaga kepentingan ummat. Lembaga-lembaga ini telah berjaya menjana perubahan masyarakat dalam pelbagai bidang justeru PAS dapat menyusun tenaga kerja dalam masyarakat dan melaksanakan (tanfiz) ajaran Islam sekurang-kurangnya dalam bidang kemampuan PAS. Di antaranya ialah;

a)              Membangunkan di dalam negara ini sebuah jemaah Islam dan gerakan Islam.

b)              Membangunkan dasar-dasar di peringkat negeri seperti meminda undang-undang tubuh kerajaan Negeri Terengganu dengan meletakkan Al-Quran, Assunnah, Al-Ijma’ dan Al-Qias sebagai rujukan tertinggi (digazetkan pada 2003) dan meluluskan undang-undang jenayah bagi Negeri Kelantan

c)              Penubuhan institusi-institusi tarbiah dan pendidikan seperti ILHAM dan penubuhan institusi-institusi pendidikan bermula daripada peringkat pra-sekolah (PASTI), Penubuhan pasukan kerja Amal, Penubuhan institusi Latihan dan perkaderan (ILHAM), dan Pembangunan institusi ekonomi koperasi
d)             Membangunkan persatuan-persatuan (NGO) sebagai nukleus gerakan umat seperti penubuhan Institut amar makruf dan nahi mungkar atau Sukarelawan Pendidikan Rakyat (KAWAN)

2.3       Gerakan kebangkitan dan pembaharuan
a)         Gerakan pemulihan demokrasi (BERSIH) sudah diperjuangkan oleh PAS dan ternyata gerakan ini mendatangkan perubahan.
b)         Gerakan kebangkitan seperti ANAK dan PENDIDIK.
2.4       Menyemarakkan kepimpinan ulamak PAS sentiasa menyahut cabaran perjuangan dengan semangat dedikasi. Pilihan Raya Umum ke-12 (2008) menyaksikan kegagalan komponen BN mempertahankan majoriti 2/3 di Parlimen. PAS telah memimpin sebuah perubahan untuk masyarakat majmuk dan menjadikan Islam berdaulat dalam negara ini.
2.5       Mendokong gerakan perpaduan umah; PAS telah memasuki pelbagai rundingan di peringkat  antarabangsa untuk penyatuan dan perpaduan umat dalam isu-isu Acheh, Afghanistan, Iraq, Yaman dan lain-lain. 
2.6       Membina jatidiri masyarakat melalui kepimpinan masjid dan kariah.

3.0       MEMIMPIN KEBANGKITAN

Semenjak lebih dua dekad mutakhir, Muktamar PAS membicarakan soal keperluan memimpin ummah melalui kaedah mujahah silmiyyah; kejayaan yang dicapai adalah setakat menguasai negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah dan bersama rakan pakatan di Negeri Selangor, Pulau Pinang dan Perak. Dominasi UMNO ke atas orang Melayu masih belum dipecahkan. Sehubungan dengan itu maka sebuah gerakan kesedaran yang  baru (Tajdid) hendaklah dipelopori di peringkat akar umbi oleh PAS bagi menjayakan sebuah perubahan dalam masyrakat Melayu.

3.1       Tajdid Ijtima’i

Gerakan ini boleh diistilahkan sebagai Tajdid Ijtima’i. Iaitu sebuah gerakan kesedaran untuk menyatu padukan kekuatan Islam dan kekuatan demokrasi. Dalam mengungkap kepentingan tersebut, saya memetik Dr. Sidik Fadzil dalam bukunya ‘Islam dan Melayu’ seperti berikut;

‘Memang untuk merealisasikan aspirasi politik selamanya memerlukan kekuatan, terutama kekuatan kepimpinan. Dalam konteks Malaysia hari ini, kita memerlukan kepimpinan yang mampu memperjuangkan aspirasi politik masa kini: sebuah negara demokratik yang sejahtera, adil dan beradab berasaskan nilai-nilai luhur kemanusiaan dan keislaman. Kita memerlukan politik baru yang mengakomodasi kedua-dua arus besar: demokrasi dan islamisasi. Kedua-dua aspirasi tersebut tidak seharusnya dibiarkan bertembung dan berkonflik hancur-hancuran. Dalam menangani isu demokrasi dan Islam, pilihan kita bukan either...or, samada negara demokratik yang tidak Islamik, atau negara Islamik yang tidak demokratik. Yang harus di perjuangkan adalah sebuah negara demokratik yang sekaligus Islamik. Persoalan yang selalu di timbulkan, apakah dua kekuatan ini (demokratic force dan Islamic  force) dapat bertaut dan berganding secara harmonis? Titik pertemuan tetap ada, andainya sistem politik Islam dapat mengekalkan ciri dinamiknya, berkembang secara luas mengikut keperluan realiti zaman dan lingkungan, tidak membeku dalam bentuk tertentu; dan andainya demokrasi juga tidak di bekukan dalam definasi dan bentuk tertentu.

            Gerakan kesedaran ini atau Tajdid Itima’i seharusnya dapat dibangunkan melalui :-

a)                Gerakan Dakwah dan Pendidikan Masyarakat
b)          Gerakan Amar Makruf Dan Nahi Mungkar
c)          Gerakan Pemerkasaan sosial ekonomi ummat

3.2       Tajdid Haraki

Iaitu suatu gerakan tarbiyyah bagi mencapai matlamat di bawah ;

a)         Mengekalkan perpaduan melalui ikatan ukhwah islamiyah
b)         Mendaulatkan perjuangan Islam melalui kaedah amal jama’i
c)         Membangunkan saf kekuatan Islam dikalangan ummah di seluruh dunia

4.0       PERANAN TARBIYYAH

 4.1      Peranan PAS melahirkan para nuqaba’, para amilin dan para ansar.

PAS berusaha untuk melahirkan pemimpin-pemimpin yang mampu memimpin perancangan untuk menghasilkan gerak kerja sebelas perkara seperti yang dinyatakan dalam Fasal 6 perlembagaan PAS. Fasal-fasal ini menuntut PAS membangunkan assafwatul almukhtarah dalam setiap bidang kehidupan yang hendak digunakan oleh PAS dan dibangunkan bersama-sama Islam. Sebelas perkara ini dikira sebagai bidang-bidang kegiatan dalam kehidupan masyarakat di Malaysia yang mesti dipimpin oleh PAS menurut ajaran Islam. Pemimpin mestilah mengetahui sebaik-baiknya ajaran Islam dan tasawwur Islam dalam pembangunan bidang berkenaan agar ianya dapat dibudayakan secara Islam.

Persoalannya mengapa tarbiyyah? kerana tarbiyyah sahaja memampukan seseorang mempunyai kekuatan kerohanian dan keilmuan sehingga dia lahir sebagai seorang yang berilmu, berakhlak dan pandai bekerja. Dengan kata lain, peranan tarbiyyah itu ialah mengadunkan kemampuan ilmu akhlak dan kemahiran dalam diri sesorang manusia sehingga menjadi fakulti yang mampu memimpin dan menggerakkan orang lain untuk kemakmuran di muka bumi Allah dan mendapat keredhaan Allah di hari akhirat.

4.2       Aplikasi Tarbiyyah dalam aktiviti PAS

Ahli-ahli PAS seharusnya dapat memperolehi impak daripada semua kegiatan yang dilakukan. Sebagai contoh adalah seperti yang dikemukakan di bawah :-

PROGRAM
PENYERTAAN
HASIL
Kuliah Umum

Pemimpin, petugas, penyokong, ahli dan orang ramai
Pentakrifan Islam dan keilmuan

Usrah TAK
Semua ahli PAS (sesuai dengan peringkat masing-masing)
Memahami tarbiyyah diperingkat ta’rif , takwin dan tanfiz

Tamrin
Pimpinan/pekerja dan penyokong PAS
Pendisiplinan dan kemahiran

Kuliah Haraki
Pimpinan/pekerja dan ahli PAS
Pengukuhan kepada usrah dan tamrin

Liqa’ Fikri
Pimpinan, petugas dan penyokong
Pembinaan fikrah berjamaah dan keilmuan

Mukhayam
Pimpinan, petugas dan pendokong (mana yang berkenaan)
Pembudayaan hidup berjamaah dan

Kursus Kepimpinan Dan Organisasi
Petugas dan pendokong
Pembangunan sumber
Kursus Perguruan
Petugas dan pendokong
Pembangunan sumber

Lawatan Sambil Belajar/Ziarah
Pemimpin, petugas, pendokong/ahli

Pembangunan sumber


Kegiatan Khitabah Dan Imamah
Petugas
Pembangunan sumber
Himpunan
Pemimpin
Pembudayaan

Demontrasi
Pemimpin, petugas, penyokong, ahli dan orang ramai

Pembudayaan
Aktiviti NGO
Pemimpin, pekerja dan penyokong dan orang ramai
Program perlaksanaan ta’rif , takwin dan tanfiz (TAK)

                                                                             

5.0             HARAPAN
Semoga program yang diadakan ini akan menjana pembangunan sumber manusia melalui kaedah tarbiah islamiah PAS demi meninggikan Islam dan mencari keredhaan Allah SWT

 



Kertas ini disediakan untuk program Liqo’ul Fikr Air Kuning Perak pada 4 April 2014 Oleh Ustaz Dato’ Hj. Abu Bakar Bin Chik, (Timbalan Pengerusi Lajnah PAS Pusat)