Thursday, January 30, 2014

Khutbah Jumaat - 29 Rabi'ul Awwal 1435 / 31 Januari 2014



“MENEGAKKAN SUNNAH RASULILLAH SAW”

Khutbah Pertama

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَالتوبة : ٣٣
Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ  وَاَصْحَابِهِ  وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ،
أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ !   اِتَّقُواْ  اللَّهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ  وَلاَتَمُوْتُنَّ  إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْن

Sidang Jumaat yang dihormati,

Saya memperingatkan diri saya sendiri khususnya dan sidang Jemaah sekelian agar kita sentiasa menginsafi diri bahawa hakikatnya diri kita semua semakin hampir untuk dijemput menemui Allah SWT. Marilah kita berfikir sudah cukupkah bekalan kita untuk menemui Nya? Oleh sebab itu tiada cara lain untuk membuat persediaan ini dan janganlah bertangguh-tangguh lagi, marilah sama-sama kita meningkatkan usaha kita mentaati segala perintah Allah dan berusaha bersungguh-sungguh menjauhi dan meninggalkan segala larangannya.

Tuan-tuan sekelian,

Al Marhum Syeikh Muhammad al Ghazali menerusi kitabnya Feqh al-Seerah telah membuat teguran terhadap proses menegakkan sunah Rasulilllah SAW yang sekian lama disalah ertikan. Menurut beliau :

“Sesungguhnya berkaitan sirah Rasulillah SAW, umat Islam sekarang hanya mengetahui maklumat-maklumat “kulit” yang ringan, yang tidak mampu menggerakkan hati dan membangkitkan keazaman. Mereka memuliakan Nabi SAW dan para sahabat r.a secara warisan dan dengan pengetahuan yang sangat sedikit. Dalam memuliakan mereka, mereka berpada dengan penghormatan lisan atau dengan amalan yang kurang bebannya.”

Beliau menegur umat Islam yang hanya memilih sunnah-sunnah yang mudah-mudah sahaja dengan meninggalkan sunah-sunah Nabi SAW utama yang menuntut pengorbanan, keberanian, kecekalan dan sanggup memikul bebanan. Sunnah Nabi SAW mendaulatkan Islam tentu lebih berat daripada sunnah berselawat ke atasnya. Kedua-duanya sunnah dan berpahala tetapi ramai yang suka berselawat tetapi tidak ramai yang memperjuangkan cara hidup Nabi SAW secara keseluruhannya. Baginda teguh mempertahankan aqidah di hadapan orang kafir, tegas memperjuangkan sistem hidup Islam dalam politik, ekonomi, budaya, sukan dan sebagainya.

Tuan-tuan sekelian,

Khutbah hari ini akan membawa salah satu contoh sunnah yang wajib ditegakkan dalam konteks Negara ini. Sunnah ini perlu pengorbanan, keprihatinan dan keberanian. Firman Allah SWT :

هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ – الصف:٩
Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan ugama yang benar (ugama Islam), supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

Dalam ayat di atas, Allah menegaskan tiga perkara yang dianugerahkan dan wajib dijaga oleh umat ini menerusi pengutusan Nabi SAW :-

i. Hidayah Allah. Alhamdulillah seisi dewan solat ini dan mereka yang menghadiri solat Jumaat pada hari ini adalah manusia-manusia yang dipilih Allah SWT untuk mendapat hidayah Allah ini dan hidayah ini wajib dipertahankan oleh kita semua dengan menutup segala jalan-jalan yang membawa kepada fenomena mensyirikkan Allah termasuklah tidak sewenang-wenangnya membenarkan orang bukan Islam menamakan berhala dan mana-mana makhlukNya dengan nama khas yang hanya menjadi milik Allah.

ii. Agama dan cara hidup yang benar iaitu Islam. WAJIB ke atas kita semua menyesuaikan seluruh detik kehidupan kita dengan ajaran Islam. Seluruh system hidup ini samada bermasyarakat, politik, berekonomi dan sebagainya perlu di selaraskan dengan ajaran Islam. Mana yang haram dan berdosa WAJIB ditinggalkan dan yang disuruh WAJIB di amalkan.

iii. Memenangkan Islam dan sentiasa meletakkan Islam di tempat yang paling tinggi pada setiap masa dan keadaan.

لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ
supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-
orang musyrik tidak menyukainya.

Islam mesti sentiasa berada di atas agama-agama yang lain. Di Malaysia samada disedari ataupun tidak, usaha untuk menyamaratakan semua agama telah direncanakan sedikit demi sedikit. Antara usaha-usaha yang telah dimulakan adalah seperti berikut berikut :-

i. Menubuhkan IFC (suruhanjaya antara agama) pada 2005

ii. Menjalankan road show forum artikel 11 pada 2007

iii. Mempromosi idea global ethic pada 2006

iv. Cuba manfaatkan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian antara penganut agama.

Sidang Jumaat sekelian,

Walaupun usaha mereka ini tidak gagal sepenuhnya, mereka meneruskan usaha jahat mereka menerusi sebuah gabungan badan-badan bukan kerajaan (NGO) sebanyak 54 buah pertubuhan menubuhkan gabungan yang dinamakan COMANGO. Gabungan ini bukan sahaja haram dari segi Syarak umtuk dianggotai dan didokongi malah telah diisytiharkan haram dari segi undang-undang oleh Kementerian Dalam Negeri. Gabungan ini menuntut kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) agar memaksa Malaysia menerima beberapa ketetapan yang jelas berlawanan dengan sunnah Nabi SAW “meletakkan Islam mengatasi segala ugama” antaranya ialah :-

i. Kebebasan untuk murtad

ii. Menghalalkan seks songsang (LGBT)

iii. Menghapuskan hak istimewa orang melayu

iv. Menghapus kesalahan jenayah syariah seperti kes khlawat,zina dan sebagainya.

v. Menuntut penterjemahan God kepada Allah.

vi. Menuntut kebebasan beragama bagi ajaran sesat termasuk syiah.

vii. Menuntut agar mana-mana ibubapa yang memeluk Islam tidak diberi hak penjagaan anak.

Saudara-saudara sekelian,

Jika usaha mereka berjaya, Islam akan diletakkan samarata ataupun lebih rendah daripada agama-agama lain. Ini sudah menyongsang sunnah Nabi SAW :

لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ
supaya Ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala ugama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Atas dasar kewajipan dan tanggungjawab memelihara kesucian agama yang Maha suci ini, Jabatan Agama Islam Perak dengan kerjasama Persatuan Pegawai-Pegawai Agama Negeri Perak mengadakan kutipan tandatangan membantah tuntutan-tuntutan ini untuk menzahirkan dan meneruskan sunnah agung Nabi SAW meletakkan Islam melebihi agama-agama yang lain di tanah air kita sesuai dengan artikel (3) Perlembagaan Negara : ISLAM ADALAH AGAMA PERSEKUTUAN.

Janganlah ada seorangpun dari kita yang tidak menurunkan tandatangan agar kita mampu menjawab di hadapan Allah kelak bahawa kita amat mencintai Agama Allah ini, kita amat mencintai Rasulullah SAW dan kita merupakan hambaNYa yang sanggup berbuat apa sahaja demi mempertahankan agamaNya.

بَارَكَ اللهُ لِي وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَانِ الْعَظِيمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، أَقُولُ قَوْلِي هَذَا وَاسْتَغْفِرُوا اللهَ الْعَظِيمَ لِي وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، والْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ  وَالأَمْوَات، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ.

Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ ِللهِ  الْقاَئِلِ :

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (آل  عمران : ١٠٤)

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .


فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Dalam ayat yang dibacakan sebentar tadi, Allah memerintahkan bagi seluruih Umat Islam agar memastikan sentiasa ada sebilangan dari kita yang mengajak ke arah kebaikan dan menghalang daripada kemungkaran jika kita mahu menjadi umat yang berjaya. Kemungkaran yang amat besar di negara kita pada hari ini adalah tuntutan yang dibuat oleh mereka yang terlibat dengan Comango ini kerana ianya melibatkan pihak luar diperingkat antarabangsa. Kemungkaran ini bukan sahaja melibatkan pelanggaran Hukum Allah semata-mata malah mampu memusnahkan masa depan negara. Maka apakah kita tidak mahu terlibat sama dalam perjuangan menentang kemungkaran ini sekaligus menyelamatkan negara dari angkara pengkhianat ini. Marilah kita bersama menyatakan bantahan dan melibatkan ahli keluarga dan tanggungan kita dalam bantahan ini. Perbanyakkanlah borang-borang tandatangan ini, dan dapatkanlah tandatangan dari semua yang kita kenali dan kembalikanlah kepada pihak masjid. Pihak masjid hendaklah mengumpulkannya dan menyerahkan semua tandatangan bantahan ini kepada Pejabat Agama Islam Daerah agar dapat diserahkan kepada pihak IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) yang melaksanakan usaha pengumpulan tandatangan bantahan di seluruh negara. Mudah-mudahan dengan sedikit sumbangan yang kita laksanakan ini menjadi sebab untuk Allah memberi rahmat mengurniakan keredhaannya kepada kita.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .

فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .


Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com


Thursday, January 16, 2014

KHUTBAH JUMAAT - 17 JANUARI 2014 / 15 RABIULAWWAL 1435H



DOA RASULULLAH SAW

Khutbah Pertama

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ .
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ  وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ  الله .
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Sidang Jumaat yang dikasihi kerana Allah SWT,

Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa. Dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya. Tajuk khutbah jumaat pada hari ini ialah “DOA RASULULLAH SAW”.

Sidang Jumaat yang dimuliakan,

Terdapat di dalam hadis sohih:

الدُّعَا ءُ مُخُّ الْعِبَادَةِ
Maksudnya : “Doa itu merupakan otak ibadah”.

Demikian kerana pendoa yang sedar ialah apabila mereka menghayati makna-makna kalimahnya, mengulang-ulang dengan lidahnya, berdoa bersungguh-sungguh kepada-Nya maka berbekaslah makna itu di dalam jiwa lantas mengingatkan dia tentang kewajipan untuk melakukan kebaikan dan kebajikan, bersungguh-sungguh dan beramal, begitu juga untuk menjauhi perkara-perkara buruk dan dosa, sifat jumud dan malas. Maka segala pancaindera dan jiwa mengharap sungguh-sungguh perkenan dan bantuan Allah SWT sebagaimana yang dipohon di dalam doanya yang tulus. Maka doa pada ketika itu mempunyai roh yang menarik manusia tersebut untuk mentadabbur secara mendalam terhadap kalimah-kalimah doa, menjadikannya mengambil sebab-sebab yang dapat merealisasikan makna-makna doa yang dipohon. Maka jadilah dia orang yang dimustajabkan doanya seperti firman Allah SWT dalam surah ghafir ayat 60:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ

Maksudnya : Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

Allah SWT juga berfirman dalam surah al-baqarah ayat 186:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ ﴿١٨٦﴾
Maksudnya : Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

Seolah-olah Allah SWT berfirman kepada para hambanya sedangkan Dia Maha Mengetahui maksudnya: Berdoalah kepadaku, mintalah perkenan dariku, beriman denganku dan tempuh jalan hak kepadaku.

Hayati pula firman Allah SWT dalam surah al-anfal ayat 24:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلِه وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ ﴿٢٤﴾
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Dia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Rasulullah SAW mempunyai doa-doa yang banyak lagi mendalam maksudnya. Alangkah indahnya orang Islam sekiranya beramal dengan doa-doa tersebut, menghayati kehebatannya supaya mereka termasuk di dalam golongan yang mendapat hidayah berpandukan petunjuk penghulu, ketua, imam, pemimpin kita iaitu Rasulullah SAW. Di antara contoh doa baginda SAW yang menyeluruh maknanya ialah:

اَللَّهُمَّ اِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَع وَعَمَلٍ لَا يُرْفَع وَدُعَاءٍ لَا يُسْمَع

Maksudnya : “Ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadamu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat, amalan yang tidak diangkat dan doa yang tidak didengar” (hadis sahih riwayat Ahmad, Hakim dan Ibnu Hibban).

Inilah doa yang pendek tetapi menyeluruh maknanya. Padanya terdapat banyak hikmah dan peringatan. Ia dimulai dengan: “Ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadamu”.

Istia’zah ialah berlindung dan minta tolong. Tidak boleh bagi orang Islam minta perlindungan dan keamanan melainkan dari Allah SWT yang bersifat Pengurnia. Oleh yang demikian Allah azza wa jalla mengajarkan kepada nabinya SAW untuk meminta perlindungan hanya semata-mata kepadanya. Firmannya dalam surah al-a’raf ayat 200:

وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللِه ۚ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٠٠﴾

Maksudnya : Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Firmannya lagi dalam surah an-nahl ayat 98:

فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللِه مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ ﴿٩٨﴾

Maksudnya : Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.

Sidang Jumaat yang dihormati,

Awal doa Rasulullah SAW di sini ialah: “Ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadamu daripada ilmu yang tidak memberi manfaat”. Demikianlah baginda SAW mengajar kita supaya memilih yang terbaik. Maka manusia perlu belajar ilmu yang memberi faedah dan manfaat kepadanya untuk agama dan dunia. Awasilah dari ilmu-ilmu yang buruk dan memberi mudarat seumpama sihir, bomoh, ilmu-ilmu sesat lagi menyesatkan serta membawa kepada kejahatan dan kebinasaan. Sekiranya muslim itu berlindung kepada Allah SWT daripada ilmu-ilmu tersebut juga ilmu-ilmu yang tidak memberi maslahat kepada individu dan masyarakat, maka wajiblah ke atasnya mempelajari ilmu yang baik lagi bermanfaat untuk kehidupan dunia dan akhirat. Sehinggakan Islam sendiri menjadikan menuntut ilmu itu merupakan satu kewajipan ke atas setiap muslim.

Rasulullah saw berdoa:

وَقُل رَّبِّ زِدْنِي عِلْمًا

Maksudnya : Dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku.

Seolah-olah doa ini juga memberi panduan kenabian kepada para pemimpin Islam supaya mengadun dan menyusun sungguh-sungguh manhaj pengajaran dan pengetahuan agar suci dari elemen-elemen yang merosakkan akal dan jiwa lantas memasukkan unsur-unsur kebaikan, keagamaan dan akhlak mulia yang mampu menyucikan jiwa dan hati nurani manusia untuk berdamping dengan Sang Penciptanya. Inilah jalan kebaikan di dunia dan akhirat selaras dengan Firman Allah didalam surah Asy Syu’ara’ ayat 88-89:

يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ ﴿٨٨﴾ إِلَّا مَنْ أَتَى اللهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ ﴿٨٩﴾

Maksudnya: Hari yang padanya harta benda dan anak pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatau apapun, kecuali (harta benda dan anak pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik).


بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ



Khutbah Kedua


الْحَمْدُ لِلِه الْقَائِلِ،
تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ
اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَفْضَلِ الْمَخْلُوقِيْنَ، وَعَلى أَلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله، إِتَّقُوا الله، أُوْصِيْكُمْ وَاِيَّايَ بِتَقْوَى الله،ِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang jumaat sekelian,

Doa yang kedua: “Ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadamu daripada amalan yang tidak diangkat”. Iaitu tidak diterima di sisi Allah bahkan dicampak semula kepada tuannya sepertimana dicampak baju kotor. Oleh kerana ilmu yang sohih lagi bermanfaat itu merupakan asas kepada iman maka mesti ada selepas daripada ilmu tersebut pelaksanaan dalam bentuk amalan soleh supaya diiktiraf ilmu tersebut sebagai ilmu yang bermanfaat kepada pemiliknya. Hinggakan orang yang sedemikian ilmu dan amalnya akan diangkat kepada makam al-qabul war ridha (kedudukan penerimaan dan redho dari Allah SWT). Al-quran telah menerangkan kepada kita bahawa amalan yang terangkat itu hanyalah amalan-amalan yang soleh.

Firman Allah swt dalam surah fathir ayat 10:

مَن كَانَ يُرِيدُ الْعِزَّةَ فَلِلَّهِ الْعِزَّةُ جَمِيعًا ۚ إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ ۚ وَالَّذِينَ يَمْكُرُونَ السَّيِّئَاتِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ ۖ وَمَكْرُ أُولَـٰئِكَ هُوَ يَبُورُ ﴿١٠﴾
Maksudnya : Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah dia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan) dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya) dan sebaliknya: Orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.

Sebagaimana Al-Quran juga menegaskan bahawa barangsiapa yang ingin bertemu Allah SWT dengan pertemuan yang mulia, membawa pahala yang melimpah ruah dan mengecapi nikmat yang tidak terhitung maka hendaklah dia melakukan amalan-amalan soleh.

Firman Allah dalam surah al-kahfi ayat 110:

فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا ﴿١١٠﴾
Maksudnya : Oleh itu, sesiapa yang berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.

Perlu difahami bahawa amal soleh bukan hanya terbatas kepada ibadah agama yang difardukan sahaja seperti solat, puasa, zakat dan haji walaupun ia merupakan intipati amal soleh, bahkan amal soleh itu sebenarnya meliputi setiap usaha yang bermanfaat untuk mendapatkan kebaikan terhadap diri, keluarga, negara dan manusia sejagat. Alangkah banyak dan luasnya pengertian amal soleh!

Doa yang ketiga: “Ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadamu daripada doa yang tidak didengar”. Iaitu: tidak diterima dan tidak diperkenankan di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Dan ketahuilah bahawa Allah tidak memustajabkan doa dari hati orang yang lalai lagi leka” iaitu sekiranya manusia itu berdoa sedangkan dia lalai dari melaksanakan kewajipannya, leka dari mentaatinya nescaya doanya tidak akan diterima.

Al-quran al-karim menegaskan dalam surah al-maidah ayat 27:

قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ ﴿٢٧﴾

Maksudnya : (Habil) menjawab: Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.

Wahai Pengikut Nabi Muhammad saw,

Ilmu yang bermanfaat, amal yang soleh, doa yang ikhlas…..sesungguhnya itulah tiga tunjang yang membangunkan kehidupan muslim. Maka belajarlah, beramallah dan berdoalah kepada Allah SWT dalam keadaan meyakini akan diperkenankan.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم . اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ . اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،  وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ . اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ .
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ . رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلِه رَبِّ الْعَالَمِيْنَ . إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ . فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .



Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com









Monday, January 13, 2014

SIDANG MEDIA: ISU PETISYEN PILIHANRAYA DUN LUBUK MERBAU

Dalam pilihanraya umum ke 13 yang lalu, kerusi Dun Lubuk Merbau telah ditandingi calon Pas, Haji Mohd Zainudin bin Mohd Yusof. Hasil dari keputusan pilihanraya tersebut di mana Suruhanjaya Pilihanraya telah mengisytiharkan bahawa calon Barisan Nasional, Dato' Siti Salmah binti Mat Jusak memenangi kerusi tersebut, seorang pengundi yang berdaftar di Dun Lubuk Merbau, Mohd Ridzuan bin Asit telah memfailkan petisyen pilihanraya mencabar kemenangan calon Barisan Nasional tersebut.

Pada peringkat awal di Mahkamah Pilihanraya, petisyen pilihanraya tersebut telah ditolak oleh hakim setelah pihak responden membangkitkan beberapa bantahan awal. Namun pempetisyen telah merayu ke Mahkamah Persekutuan. Pada 23.12.2013, Mahkamah Persekutuan telah membenarkan rayuan dan menghantar semula kes ke Mahkamah Pilihanraya untuk dibicarakan.

Dalam situasi kebanyakan petisyen pilihanraya yg difailkan oleh Pas dan Pakat

an Rakyat ditolak, keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut memberikan sinar terhadap persepsi masyarakat terhadap sistem kehakiman di negara ini.

Pas Perak turut mengikuti perkembangan perbicaraan kes yang dijalankan di Mahkamah Pilihanraya di hadapan Yang Arif Dato' Abdul Rahman bin Sebli dari 08,9 dan 10 Januari 2014.

Namun sesi perbicaraan yang diharapkan bermula dengan saksi-saksi sepatutnya memberikan keterangan tidak berlaku.

Pas Perak melahirkan rasa dukacita terhadap situasi ini dan berharap agar kes petisyen didengar berdasarkan merit kes. Pas Perak juga menzahirkan sokongan terhadap pempetisyen, Mohd Ridzuan bin Asit dan berharap keadilan diberikan kepadanya.

Haji Razman Zakaria

(Pesuruhjaya PAS Perak)

BUGHAH Dari Perspektif Fiqh

Dari suatu sudut pandang, bughah ini merupakan perbincangan di dalam jihad ataupun peperangan, dan ini merupakan pendapat yang rajih dan masyhur. Sebahagian fuqaha lainnya menganggap memerangi bughah ini sebagai salah satu had syar’ie, 
Pengertian Bughah
Bughah secara bahasa adalah bentuk plural daripada kata baghyun, yang ertinya adalah kezaliman dan semua perbuatan yang melampaui batasan yang telah ditetapkan. Bughah secara istilah adalah orang-orang yang menyimpang dan memberontak kepada imam/pemimpin dengan keluar dari kepatuhan kepada imam, dan enggan melakukan kewajipan yang telah ditetapkan kepada mereka.
Umat Islam yang bughah, adalah mereka yang menyimpang daripada imam yang merupakan pimpinan tertinggi negara dan muslimin dalam urusan agama dan dunia, baik ia adalah pemimpin yang adil, zalim, ataupun fasik. Penyimpangan ini diikuti dengan keluar dari kepatuhan, baik secara individual, tidak mematuhi segala perintahnya, ataupun diikuti dengan sikap enggan melaksanakan kewajipan-kewajipan yang telah ditetapkan kepada mereka ataupun yang beliau wajibkan kepada mereka, baik berupa hak harta benda kepada Allah seperti zakat, melaksanakan hudud, ataupun hak kepada manusia seperti qisas dan lain sebagainya. Lihat Al-Minhaj wa Mughni al-Muhtaj 4/123, al-Muhazzab 5/191-192, al-Majmu’ 21/21-31, al-Mahalli wa Qalyubi 4/170, al-Raudhah 10/50, al-Hawi 16/355 al-Anwar 2/477. Bagi mereka ini, terdapat beberapa syarat lain yang akan dibincangkan.
Pandangan  Syarak Terhadap Bughah
Perbuatan yang berbentuk memberontak adalah suatu perbuatan yang haram, kerana tidak dibolehkan keluar daripada imam. Hal ini dapat menimbulkan fitnah, kekacauan, memperlemah persatuan negara Islam, timbulnya peremehan terhadap negara di mata orang ramai, serta dapat menyemarakkan api peperangan saudara.
Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ كَرِهَ مِنْ أَمِيرِهِ شَيْئًا فَلْيَصْبِرْ عَلَيْهِ فَإِنَّهُ لَيْسَ أَحَدٌ مِنَ النَّاسِ خَرَجَ مِنَ السُّلْطَانِ شِبْرًا فَمَاتَ عَلَيْهِ إِلاَّ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً
Sesiapa yang tidak menyukai pemimpinnya pada suatu hal, maka hendaklah dirinya bersabar, sesungguhnya tidak ada seseorang yang keluar sejengkal daripada kekuasaan, kemudian dirinya mati, kecuali dirinya mati dalam keadaan mati jahiliah.[2]
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ خَرَجَ مِنَ الطَّاعَةِ وَفَارَقَ الْجَمَاعَةَ فَمَاتَ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً
Maksudnya: “Sesiapa yang keluar daripada ketaatan/kepatuhan, dan memisahkan diri daripada jemaah, lalu dirinya mati, maka dirinya sama seperti matinya orang jahiliah.[3]” Riwayat Muslim 12/238 (1848)

Ulamak/Kitab yang mensyaratkan ‘adil
 al-Raudhah, al-Umm dan al-Mukhtasar
Diceritakan oleh Ibn Qusyairi dari sebahagian sahabat Imam Syafie

Ulama/Kitab yang tidak mensyaratkan ‘adil
al-Minhaj, Syarah Muslim
al-Qaffal
Al-Tahawi dalam al-Aqidah al-Tahawiyah
Tindakan Ke Atas Mereka
Apabila ada sekumpulan umat Islam keluar daripada pemimpinnya, atau menghalang hak yang diwajibkan kepadanya dengan alasan, serta mencegah dirinya dari kepatuhan dengan kekuatan, maka imam atau pemimpin wajib untuk menjalani perkara berikut:
  1. Menanyakan tuntutan mereka dan berdamai dengan mereka.
Imam wajib bergegas untuk mengutus seseorang kepada kelompok pemberontak, untuk menanyakan pendapat dan juga tuntutan mereka, mengenai sebab keluarnya mereka, apa yang mereka ingkari, dan perkara yang tidak mereka senangi dari pemimpin. Apabila mereka menyebutkan kezaliman, maka hendaknya imam menghilangkannya, apabila mereka memberikan pendapat mengenai sebab penyimpangan mereka, maka imam wajib bergegas mencari penyelesaian yang baik sehingga mereka tidak melakukan tindakan berbahaya dan menyimpang.
Kemudian, jika mereka menyebutkan adanya subahat, maka imam harus memecahkan masalah tersebut dan mencari penyelesaiannya. Dengan demikian ini, perdamaian dapat diwujudkan. Allah SWT berfirman:
وَإِنْ طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا ۖ فَإِنْ بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَىٰ فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّىٰ تَفِيءَ إِلَىٰ أَمْرِ اللَّهِ ۚ فَإِنْ فَاءَتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا ۖ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
MaksudnyaDan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya! Tapi kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sehingga surut kembali pada perintah Allah. Kalau dia telah surut, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil. (Surah al-Hujurat: 9)

Ayat ini menunjukkan adanya istilah dan perdamaian apabila berlaku perselisihan di dalam tubuh umat Islam, dan hal ini adalah penyelesaian terbaik untuk mencegah adanya pertumpahan darah di dalam tubuh umat Islam. Ini adalah suatu perbuatan yang pernah dilakukan Sayidina Ali RA terhadap kaum Khawarij, kepada Muawiyah dan juga lainnya. Kesemuanya ini bertujuan untuk mengembalikan mereka kepada ketaatan dan mencegah bahaya buruk yang mereka timbulkan.
  1. Menasihati dan Memberikan Peringatan kepada Mereka
Apabila perdamaian tidak berhasil dilakukan kepada kaum pemberontak, maka pemimpin ataupun wakilnya memberikan nasihat kepada mereka, dengan menyuruh mereka untuk kembali kepada ketaatan.[4] Juga mengingatkan mereka kepada ayat-ayat al-Quran dan hadis Rasulullah SAW, memberi peringatan kepada mereka akan bahaya mencabut bai’at, dan memberikan ancaman perang kepada mereka. Ibn Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ حَمَلَ عَلَيْنَا السِّلاَحَ فَلَيْسَ مِنَّا
Maksudnya: “Sesiapa yang membawa senjata kepada kita, maka ia bukanlah termasuk kepada golongan kita. Riwayat al-Bukhari 6/2520 (6480), Muslim 2/107 (98)
Apabila mereka meminta penangguhan, maka imam atau pemimpin harus berijtihad, dan melakukan tindakan yang menurutnya adalah benar, apakah menerima tuntutan mereka atau bersandar dengan cara perang, apabila dirinya memiliki kekuatan.
  1. Memerangi 
Apabila para pemberontak ini tetap berada pada sikap mereka dengan keluar daripada kepatuhan, maka pemimpin harus memerangi mereka. Firman Allah SWT:
وَإِنْ طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا ۖ فَإِنْ بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَىٰ فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّىٰ تَفِيءَ إِلَىٰ أَمْرِ اللَّهِ ۚ فَإِنْ فَاءَتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا ۖ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
MaksudnyaDan kalau ada dua golongan dari mereka yang beriman itu berperang hendaklah kamu damaikan antara keduanya! Tapi kalau yang satu melanggar perjanjian terhadap yang lain, hendaklah yang melanggar perjanjian itu kamu perangi sehingga surut kembali pada perintah Allah. Kalau dia telah surut, damaikanlah antara keduanya menurut keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.  (Surah al-Hujurat: 9)
Ayat ini bukan menyebutkan pemberontak yang keluar atau menyimpang daripada pemimpin, tetapi ianya merangkumi para pemberontak secara umum. Ini kerana apabila dituntut memerangi pemberontak di dalam suatu kelompok/ puak, maka pemberontak kepada pemimpin adalah lebih sesuai.
Ijmak menetapkan dibolehkan memerangi pemberontak. Imam al-Syafie berkata:
“Abu Bakar mengambil tauladan daripada Rasulullah SAW dalam perbuatan memerangi orang musyrik, dengan memerangi orang-orang murtad.
Demikian juga dengan Ali yang memerangi para pemberontak.”
Ali memerangi kaum Basrah pada perang Jamal (36H),
memerangi Muawiyah pada perang Siffin (37H),
memerangi Khawarij pada perang Nahrawan (38H),
Lihat Sunan al-Baihaqi 8/175, al-Talkhis al-Habir 4/44, al-Majmu’ 21/30 dan al-Hawi 16/357, 359.
Syarat-syarat Memerangi Pemberontak 
Dalam memastikan bentuk pemberontakan, dan adanya kewajipan peperangan, maka ada beberapa syarat yang harus diperhatikan.
  1. Kekuatan
Disyaratkan pada pemberontak mesti memiliki kekuatan untuk mengadakan perlawanan atau memiliki pasukan yang banyak, memiliki tempat perlindungan seperti benteng dan lainnya, sehingga dapat mengadakan perlawanan kepada pemimpin. Kemudian adanya keperluan mengeluarkan harta benda di dalam mengembalikan para pemberontak kepada kebenaran, mempersiapkan pasukan dan juga mengadakan peperangan.
Apabila pemberontak ini hanya berjumlah beberapa orang, yang dapat mudah di dalam mengalahkan dan mengembalikan mereka kepada ketaatan, maka mereka ini bukanlah dikategorikan sebagai pemberontak, kerana dapat diterapkan hak kewajipan kepada mereka ini, tanpa didahului oleh perang.
  1. I’tizal (Pengasingan Diri) 
Di dalam hal pemberontakan ini juga, para pemberontak telah mengasingkan tempat atau posisi mereka daripada para penduduk lainnya, baik di suatu wilayah ataupun lainnya seperti di pergunungan, di padang pasir dan sebagainya.
Apabila para pemberontak ini masih bersatu dengan penduduk lain yang berada di dalam pemerintahan pemimpin, dan mereka tidak mengasingkan di dalam suatu wilayah, maka mereka ini tidak perlu diperangi. Hal ini berdasarkan riwayat daripada al-Baihaqi bahawa ketika Ali RA berkhutbah, dan kemudian didengar oleh seseorang yang kemudian berkata: “Tiada hukum kecuali milik Allah SWT” Ucapan ini diucapkan orang ini sebagai penentangan kepada Ali, menentang keputusan Ali yang berlaku pada perang Siffin. Kemudian Ali berkata:
كَلِمَةُ حَقٍّ أُرِيدَ بِهَا بَاطِلٌ لَكُمْ عَلَيْنَا ثَلاَثٌ لاَ نَمْنَعُكُمْ مَسَاجِدَ اللَّهِ أَنْ تَذْكُرُوا فِيهَا اسْمَ اللَّهِ وَلاَ نَمْنَعُكُمُ الْفَىْءَ مَا كَانَتْ أَيْدِيكُمْ مَعَ أَيْدِينَا وَلاَ نَبْدَؤُكُمْ بِقِتَالٍ
Maksudnya: “Kalimat ini adalah suatu kalimat yang benar, namun tujuannya batil. Kamu memiliki tiga hak terhadap kami: Kami tidak melarang kamu (mendatangi) masjid-masjid kami untuk berzikir menyebut nama Allah SWT di dalamnya. Kami juga tidak melarang atau mencegah kamu daripada harta rampasan perang (pemberian daripada Baitul Mal), selama tangan kamu bersama kami dan tidak memulai peperangan.
Riwayat al-Baihaqi 8/184

Dalam keadaan ini, mereka masih berada di dalam pemerintahan seorang pemimpin dan berada dalam kekuasannya, dan pada keadaan ini pemimpin ini tidak melakukan peperangan kepada mereka, dan beliau ini juga memberikan hukuman kepada mereka atas tindakan yang telah mereka lakukan, sebagai pelajaran kepada mereka. Berbeza halnya dengan kaum Khawarij yang mempersiapkan pasukan mengasingkan diri, dan keluar daripada ketaatan pemimpin. Lihat Al-Raudhah 10/51, al-Muhazzab 5/203, al-Majmu’ 21/52, al-Minhaj wa Mughni al-Muhtaj 4/124, al-Mahalli wa Qalyubi 4/171 al-Hawi 16/374 al-Anwar 2/477.
Apabila mereka tidak keluar daripada ketaatan ini, maka mereka tidak akan diperangi kerana Rasulullah SAW juga tidak memerangi kaum munafik yang ada bersama di Madinah. Demikian juga dilakukan kepada kaum pemberontak, lebih-lebih lagi mereka adalah orang-orang muslimin.
  1. Adanya Seruan Membawa Kepada Bughah
Para pemberontak ini disyaratkan memiliki seruan dan pendapat yang terdapat penakwilan di dalamnya, yang dapat menjadi pedoman bagi mereka akan bolehnya melakukan sikap derhaka, keluar daripada imam, atau enggan melakukan kewajipan yang dibebankan kepada mereka. Seperti seruan para penolak zakat, bahawa mereka hanya mengeluarkan zakat kepada Nabi, sebab doa beliau yang menenteramkan para pezakat dalam suatu nas ayat. Adapun doa Baginda sahajalah mustajab, sedangkan doa yang lainnya tidak.
Demikian juga seruan para pelaku perang di perang Jamal dan perang Siffin dengan menuntut balas atas kematian Usman, dan Ali mengetahui mengenai pembunuhan ini, dan beliau mampu untuk memberikan hukuman, tetapi Ali tidak mahu mengqisasnya kerana menyokong mereka.
Seruan ini sudah cukup dengan hanya berbentuk dugaan, namun apabila kebatilan seruan tersebut menjadi pasti, maka tidak dianggap lagi dugaan. Apabila para pemberontak ini tidak memiliki seruan, dan hanya keluar daripada ketaatan dengan sikap keras kepala dan pembangkangan, atau mencegah diri mereka atas kewajipan mereka tanpa ada seruan, baik itu pada qisas, had, ataupun hak Allah SWT atau hak manusia, maka mereka ini tidak berhak masuk dalam hukum-hukum pemberontak.
Akan tetapi mereka ini dianggap sebagai orang fasik, yang wajib diperangi untuk menyatakan ketaatan, melakukan kewajipan dengan paksaan dan adanya hukuman bagi yang tidak melakukannya. Demikian juga dengan orang murtad, yang tidak memiliki penakwilan, dan bagi mereka ini diaplikasikan hukuman murtad atau disebabkan mereka memiliki pentakwilan yang batil.
  1. 4.      Ditaati dan Diikuti (yang berpengaruh)
Mestilah ada para pengikut dan orang-orang yang taat dan disyaratkan adanya jemaah barulah boleh digolongkan bughah iaitu adanya orang yang ditaati, yang boleh mengumpulkan suara mereka, meskipun dia bukanlah imam tetapi mereka memegang pendapat-pendapatnya, kerana mereka tiada kekuatan jika suara mereka semata, maka mereka tidak berada pada kedudukan orang yang ditaati. Lihat Al-Minhaj wa Mughni al-Muhtaj 4/142-143, al-Muhazzab 5/212-215, al-Majmu’ 21/72-75, al-Mahalli wa Qalyubi 4/178, al-Raudhah 10/75-81, al-Hawi 16/417, 421, 426, 429, 17/354-359, al-Anwar 2/494-495.
Cara Memerangi Mereka (jika disabitkan)
Maksud memerangi mereka adalah mengembalikan mereka kepada ketaatan, menolak kejahatan mereka, tanpa adanya usaha pembunuhan. Sama seperti pencegahan orang yang melakukan kezaliman, dengan melakukan tindakan yang lebih ringan hingga kepada tindakan yang berat. Apabila dilakukan penawanan, maka mereka ini tidak dibunuh, apabila boleh dilukai dengan luka ringan, maka tidak boleh dilukai dengan luka parah.
Namun apabila terpaksa dilakukan perang, diusahakan untuk menawan mereka. Apabila mereka kalah dalam satu kelompok, maka semuanya harus disatukan dan  diminta untuk bertaubat dan taat kepada pemimpin. Kewajipan memerangi mereka ini sesuai dengan hadis-hadis yang telah dijelaskan, sesuai dengan keadaan syarie.
Memerangi pemberontak ini berbeza dengan memerangi orang kafir kerana memerangi pemberontak adalah untuk mencegah mereka daripada perbuatan pemberontakan. Adapun tujuan memerangi orang kafir adalah untuk menghilangkan dan membasmi kekafiran mereka. Antara perbezaan memerangi pemberontak dengan orang kafir adalah:
1. Wajib mengikuti langkah-langkah yang disebutkan sebelumnya terhadap kaum pemberontak, iaitu dengan mengirimkan utusan yang dipercayai, untuk menasihati dan mencari penyelesaian atas tuntutan mereka. Kemudian menasihati mereka agar mereka kembali kepada ketaatan. Apabila mereka tetap pada pendirian mereka (baca memberontak), maka dibolehkan memerangi mereka, tetapi memerangi perkara ini tidak dibolehkan dilakukan, tanpa adanya sikap perang yang mereka tunjukkan sebelumnya.
2. Apabila ada salah seorang daripada mereka yang melarikan diri daripada pemberontak, maka orang ini tidak boleh dikejar dan dibunuh. Demikian juga jika ada orang yang meletakkan senjata, maka orang ini tidak boleh dibunuh. Demikian juga apabila mereka kalah, dan kehilangan kekuatan, maka mereka ini tidak dibolehkan untuk dibunuh, kecuali jika mereka tetap membangkang di bawah bendera pemimpin mereka, maka mereka ini harus tetap diawasi dan diminta untuk bertaubat. Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:
وَإِنْ طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا ۖ فَإِنْ بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَىٰ فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّىٰ تَفِيءَ إِلَىٰ أَمْرِ اللَّهِ ۚ فَإِنْ فَاءَتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا ۖ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ.
Maksudnya: Jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah SWT.   (Surah al-Hujurat: 9) 
3. Apabila ada seorang daripada mereka yang terluka, maka orang ini tidak dibolehkan dibunuh, sebab orang ini masih dalam golongan muslim. 
4. Apabila ada di antara mereka yang menjadi tawanan, maka tidak dibolehkan membunuh tawanan ini. (al-Hawi 16/388)
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Ibn Mas’ud, apakah hukuman orang yang memberontak daripada umatku?” Aku menjawab: “Allah SWT dan Rasulullah SAW lebih mengetahui.” Kemudian Rasulullah SAW bersabda:
لاَ يتبعُ مدبرهُمْ، ولاَ يُجاَزُ علىَ جَرِيْحِهِمْ، وَلاَ يُقْتلُ أَسَرِهِمْ، وَلاَ يُقْسَمُ فَيْئِهِمْ
Maksudnya: “Tidak boleh dikejar orang yang melarikan diri daripada anggota mereka, tidak boleh menyeksa di antara mereka yang terluka, tidak boleh membunuh mereka yang jadi tawanan, dan tidak membahagi harta rampasan perang mereka.” Riwayat al-Baihaqi: Dhaif 8/182, al-Hakim dan sahih 2/155
Hadis ini adalah hadis yang lemah, tetapi ada perincian di dalam masalah ini yang akan dibincangkan. Ali RA berkata:
لاَ تُجِيْزُوا عَلىَ جَرِيْحٍ، وَلاَ تُتْبَعُوا مُدْبِرَا
Maksudnya: “Janganlah kamu melampaui batas atas mereka yang terluka, dan janganlah kamu mengejar mereka yang melarikan diri. Athar sahih daripada daripada Ali secara mauquf, riwayat Ibn Abi Syaibah dan al-Hakim, al-Majmu’: 21/37.
Diriwayatkan daripada Abu Umamah RA, ia berkata:
شَهِدْتُ صِفِّينَ فَكَانُوا لاَ يُجِيزُونَ عَلَى جَرِيحٍ وَلاَ يَقْتُلُونَ مُوَلِّيًا وَلاَ يَسْلُبُونَ قَتِيلاً
 Maksudnya: “Aku menyaksikan peperangan Siffin, dan mereka tidak melampaui batas atas mereka yang terluka, tidak mengambil hamba mereka, dan tidak menyalib mereka yang gugur.”  Riwayat al-Baihaqi 8/182
Ini kerana memerangi mereka adalah untuk mencegah dan juga mengembalikan mereka kepada ketaatan, tanpa adanya peperangan. Oleh sebab itu, tidak dibolehkan untuk memerangi mereka, tanpa adanya keperluannya. Lihat Al-Minhaj wa Mughni al-Muhtaj 4/126, al-Muhazzab 5/194 dan selepasnya, al-Majmu’ 21/36 dan selepasnya, al-Mahalli wa Qalyubi 4/172, al-Raudhah 10/57 dan selepasnya, al-Hawi 16/359,373,388, al-Anwar 2/479.
5. Mereka tidak boleh diperangi dengan senjata pemusnah, kerana ia banyak memberikan pengaruh kepada mereka. Mereka juga tidak boleh dibunuh dengan munjanik, api dan sebagainya, kecuali jika ada hajat yang memaksa, ataupun mereka terlebih dahulu menggunakan senjata ini.
6. Tidak dibolehkan juga meminta bantuan kepada orang kafir, dalam membunuh mereka, sebab tidak boleh memberikan kekuasaan bagi orang kafir terhadap kaum muslim.
7. Apabila kaum pemberontak ini meminta bantuan kepada orang kafir dalam memerangi kekuasaan pemimpin, dan memberikan keamanan dan zimmah bagi mereka untuk ikut berperang bersama mereka, maka keamanan dan zimmah ini tidak terlaksana bagi pemimpin dan pasukannya. Dengan kata lain, orang yang melarikan diri kepada kaum kafir ini boleh dibunuh. 
8. Apabila kaum pemberontak meminta bantuan kepada ahli zimmah untuk memerangi umat Islam, padahal pemberontak ini mengetahui tidak dibolehkan ahli zimmah ini memerangi umat Islam, maka bagi mereka ini dapat diterapkan hukum bagi ahli harbi, atau dengan kata lain diputuskan perjanjian yang ada antara mereka dengan umat Islam.  Lihat Al-Minhaj wa Mughni al-Muhtaj 4/124-125, al-Muhazzab 5/199-202, al-Majmu’ 21/41, 49 dan selepasnya, al-Mahalli wa Qalyubi 4/171, al-Raudhah 10/53-56, al-Hawi 16/362, 391, 393, al-Anwar 2/479.
Pelbagai Hukum yang Berkaitan dengan Pemberontak
Maksudnya di sini adalah hukum-hukum syarie yang diterapkan kepada mereka pada selain keadaan perang. Antara hukum tersebut ialah:
  1. Apabila pemberontak menguasai negeri atau suatu wilayah, maka hukumnya adalah hukum negeri Islam, maka diterapkan kepada mereka hukum-hukum negeri Islam pada perkara-perkara tersebut.
  2. Kaum pemberontak bukanlah kaum kafir, kerana mereka keluar dari kekuasaan pemimpin dengan adanya takwil mengikut       pandangan mereka, tetapi mereka ini adalah orang-orang yang salah dalam tindak tanduk mereka tersebut.
  3. Kaum pemberontak ini juga bukan kaum fasik. Maka oleh sebab itu dapat diterima kesaksian mereka di hadapan hakim. Mereka ini dapat dikatakan sebagai orang yang derhaka, kerana bukan semua orang yang derhaka adalah fasik.
  4. Apabila salah satu daripada kaum pemberontak ini menjadi hakim, dan telah memenuhi syarat untuk menjadi hakim, maka dapat diterima keputusannya, sebagaimana diterimanya keputusan hakim yang adil, sebab mereka memiliki takwil yang merupakan ijtihad mereka. Kecuali jika keputusannya tersebut menghalalkan darah kaum adil ataupun menghalalkan harta benda mereka. 
  5. Adapun tindakan kaum pemberontak di dalam suatu wilayah yang mereka kuasai, seperti pelaksanaan had kepada orang yang berhak mendapatya, mengambil zakat dari pemberi zakat, mengambil cukai daripada ahli zimmah adalah terlaksana. 
  6. Diterapkan kepada kaum pemberontak hukum-hukum yang berkaitan dengan jaminan jiwa ataupun harta benda. Maka jiwa yang mereka bunuh, ataupun sikap permusuhan, penglukaan, ataupun harta benda orang penduduk adil yang mereka rosakkan adalah berada dalam tanggungjawab mereka. Adapun semua dirosak kaum adil atas harta benda ataupun jiwa kaum pemberontak pada selain keadaan perang, adalah merupakan tanggung jawab kaum adil ini secara pasti. Adapun apabila kerosakan dilakukan ketika memerangi kaum pemberontak, maka tidak ada tanggungjawab kaum adil dirinya. Sebab realiti yang berlaku di zaman sahabat seperti peperangan Jammal dan Siffin tidak ada tuntutan antara sebahagian mereka dengan yang lainnya baik dalam bentuk jiwa mahupun harta benda.
  7. Harta benda yang diambil di dalam peperangan harus dikembalikan kepada kaum pemberontak setelah selesainya peperangan kepada para pemiliknya, sebagaimana juga diwajibkan bagi kaum pemberontak untuk mengembalikan harta benda milik kaum adil kepada para pemiliknya apabila selesai perang antara keduanya. Tidak dibolehkan menggunakan harta benda mereka tanpa keizinan daripada mereka, dan tanpa ada sebarang darurat yang memaksa.
  8. Apabila kaum pemberontak terbunuh atau gugur di dalam pertempuran ataupun lainnya, maka jenazah mereka wajib dimandikan, dikafani, disembahyangkan dan dikuburkan di pemakaman umat Islam, sebagaimana umat Islam lainnya. Ini kerana mereka termasuk golongan muslimin, yang meninggal disebabkan suatu hal yang hak dan pentakwilan, sama seperti pelaku zina. Mereka ini lebih berhak disembahyangkan, kerana pelaku zina termasuk orang yang fasik, sedangkan mereka berada dalam lingkungan kefasikan dan keadilan.

[1] Kertas ini dibentangkan oleh Ust. Azhar Yahya al-Batawi, Ketua Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan dan juga Timbalan Ketua Ulama Pelapis Dewan Ulama PAS Pusat untuk pembentangan dalam Liqa’ ‘Ilmi , di Markaz PAS Lembah Pantai, Kg Pasir pada 12hb Januari 2014. Anjuran Lajnah Penerangan BPPWP dengan kerjasama Lajnah Penyelidikan DUPWP.
[2] Al-Aini dalam Umdatu al-Qari berkata: Hendaklah ia bersabar atas apa yang dia tidak suka dan tidak menderhakainya. Ini adalah untuk memelihara pertumpahan darah dan membendung fitnah, kecuali pemimpin itu kufur dan memperlihatkan amalan yang menyalahi seruan Islam, maka tiada ketaatan untuk makhluk ke atasnya. Di dalamnya ada dalil yang menunjukkan bahawa pemimpin tidak terlucut jawatannya dengan perkara fasik dan zalim dan tidak juga harus membantahnya dalam kekuasaan dengan perkara tersebut.
[3] Dalam Bahjah al-Nufus (4/357) menyebut: Ibn Abi Jamrah berkata: Berpisah daripada jemaah ini bermaksud kamu berusaha untuk merungkai bai’ah kamu bagi pemimpin sekalipun dengan perkara yang mudah. Rasulullah SAW menggambarkan keadaan itu dengan kadar sejengkal kerana usaha untuk merungkai bai’ah itu adalah bercanggah dengan jemaah orang Islam yang melakukan bai’ah. Perkara ini akan membawa kepada pertumpahan darah secara tidak hak.
[4] Al-Tahawi dalam al-Aqidah al-Tahawiyah berkata: Dan kami tidak berpengalaman untuk menentang kepada pemimpin-pemimpin kami sekalipun mereka melakukan kezaliman dan kami tidak berdoa untuk kebinasaan mereka. Begitu juga kami tidak keluar daripada ketaatan mereka. Kami berpandangan bahawa ketaatan kepada mereka adalah sebahagian daripada ketaatan kepada Allah. Ia adalah wajib selagi mereka tidak menyuruh melakukan kemaksiatan. Kami juga berdoa kebaikan dan kemaafan untuk mereka.

Yang Benar :
Al-Fadhil Ustaz Azhar Bin Yahya
(Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan)