bersama kepimpinan ulamak




Thursday, August 8, 2013

Khutbah Aidil Fitri 1434 Hijrah - Dewan Ulamak Pas Perak



YAKINKAH KITA DENGAN AMALAN SEPANJANG RAMADHAN?

Khutbah Pertama


اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَِلله ِالْحَمْدُ
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا، وَالْحَمْدُ لله كَثِيْرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً.
اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَنْزَلَ عَلَى عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجًا
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالاَهُ.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ، وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai Hamba-Hamba Allah,

Bertaqwalah kita kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan jangan kita mati melainkan dalam keadaan kita benar-benar sebagai orang-orang Islam.


اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلله ِالْحَمْدُ،

Sidang Hadirin Sekalian,

Pada hari yang mulia ini, semua umat Islam di seluruh dunia menyambut hari yang merupakan hari kemenangan bagi kita semua kerana telah berjaya menempuh satu ujian yang amat berat, sebulan lamanya.

Kita telah berpuasa dengan penuh keikhlasan dan kesabaran dalam menempuh pelbagai ujian dan dugaan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Sesungguhnya tidak ada yang lebih menggembirakan kita melainkian apabila puasa yang kita laksanakan itu diterima oleh Allah S.W.T. Kita sentiasa berdoa semoga Allah S.W.T menjadikan segala amalan puasa kita pada tahun ini dengan lebih baik dari tahun-tahun yang sudah. Maka pada hari ini kita tambahkan lagi kegembiraan itu dengan ucapan pujian serta kesyukuran kepada Allah iaitu dengan menunaikan zakat fitrah, melakukan sembahyang sunat hari raya, bersedekah, mengeratkan silatur rahim dan sebagainya. Inilah pengisian penting di hari raya dan inilah yang dimaksudkan dengan kegembiraan bagi orang yang berpuasa. Hal ini dijelaskan dalam hadits Rasulullah S.A.W yang berbunyi:

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضَعْفٍ، قَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ : إِلاَّ الصَّوْمُ فَإِنَّهُ لِيْ وَأَنَا أَجْزِيْ بِهِ، يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِيْ، لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ : فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ، وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبَّهِ، وَلَخُلُوْفُ فِيْهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ مِنْ رِيْحِ الْمِسْكِ. - رواه البخاري ومسلم

Maksudnya: “Semua amalan anak Adam A.S digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya sehingga tujuh ratus kali ganda. Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman: “Melainkian berpuasa, kerana ianya untuk-Ku dan aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanan kerana-Ku. Bagi orang-orang yang berpuasa, mereka mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan di ketika berbuka puasa dan kegembiraan di ketika menemui tuhannya dan bau busuk kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah Ta’ala daripada bau kasturi.” - Riwayat Bukhari dan Muslim.

،اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلله ِالْحَمْدُ

Muslimin Muslimat Yang Dirahmati Allah,

Marilah kita mengekalkan segala ibadah yang kita lakukan sepanjang Ramadhan yang lalu sebagai persiapan menghadapi 11 bulan yang mendatang yang penuh dengan ujian dan cabaran. Jika di bulan Ramadhan kita hanya takutkan Allah, kita menahan lapar dan dahaga walaupun tidak dilihat oleh sesiapa semata-mata takutkan Allah. Kita tidak bersama isteri walaupun tidak ada sesiapa yang boleh melarang kita berbuat sesuatu terhadapnya semata-mata kerana takutkan Allah. Maka ketakutan dan ketaatan kita itu hanya kepada Allah sepanjang Ramadhan yang lalu wajib kita kekalkan 11 bulan mendatang kerana segala tegahan Allah sudah begitu banyak diringankan. Kita sudah tidak ditegah daripada makan dan minum sebagaimana di bulan Ramadhan melainkan makanan dan minuman yang diharamkan oleh Allah sepanjang zaman termasuk di bulan Ramadhan. 11 bulan yang mendatang , kita dilarang oleh Allah menggauli perempuan sebagaimana di bulan Ramadhan melainkan dibenarkan melakukan apa sahaja bersama bersama isteri-isteri tercinta. Apakah yang menghalang kita daripada menundukkan hawa nafsu kita sepanjang 11 bulan yang mendatang, sedangkan kita kenyang dan bertenaga berbanding sebulan di bulan Ramadhan.

،اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلله ِالْحَمْدُ

Muslimin Muslimat Yang Dirahmati Allah,

Apakah kita yakin telah berjaya mendapat apa yang Allah janjikan setelah habis ibadah puasa Ramadhan? Sebahagian dari kita begitu bergembira dengan kedatangan Aidil Fitri yang menandakan kejayaan kita dalam meningkatkan ibadah kita menuju kepada martabat taqwa. Namun apakah kita begitu yakin dengan segala amalan ibadah yang kita laksanakan sepanjang bulan Ramadhan ini benar-benar diterima oleh Allah? Apakah kita begitu yakin sehingga begitu bergembira dengan ganjaran yang begitu besar yang disediakan oleh Allah sepanjang Ramadhan? Jika di bulan yang begitu banyak diturunkan rahmat oleh Allah, maka masih mampukah kita berterusan bergembira dan bersuka ria sehingga kita berpada dengan ibadah kita sebulan yang lalu. Rasulullah S.A.W bersabda:

عَنْ أَنَسٍ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: هَذَا رَمَضَانُ قَدْ جَاءَ تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجِنَانِ، وَتُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ النَّارِ، وَتُغَلُّ فِيهِ الشَّيَاطِينُ، بُعْدًا لِمَنْ أَدْرَكَ رَمَضَانَ لَمْ يُغْفَرْ لَهُ فِيهِ، إذَا لَمْ يُغْفَرْ لَهُ فِيهِ فَمَتَى؟ - ابن أبي شيبة.

“Daripada Anas katanya, sabda Rasulullah S.A.W: “Ini lah Ramadhan yang telah datang, di bukakan padanya pintu-pintu syurga, ditutup padanya pintu-pintu neraka, dibelenggu padanya syaitan-syaitan. Maka makin jauh dari rahmat Allah bagi yang mendapat Ramadhan tapi tidak diampuni dosa-dosanya. Apabila tidak diampuni baginya dalam bulan Ramadhan maka bilakah lagi?” - Ibnu Abi Syaibah.

،اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلله ِالْحَمْدُ

Muslimin Muslimat Yang Dirahmati Allah,

Ramadhan yang lalu tidak menunjukkan perubahan yang ketara terhadap nasib umat Islam sedunia. Kita masih bersedih dengan trajedi yang menimpa saudara kita di merata dunia termasuk di Palestin, Syria dan Mesir. Namun hakikatnya ini semua adalah salah satu janji Allah yang telah dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W bakal menimpa umat Islam akibat perbuatan kita sendiri. Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ أَقْبَلَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا مَعْشَرَ الْمُهَاجِرِينَ خَمْسٌ إِذَا ابْتُلِيتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ تُدْرِكُوهُنَّ لَمْ تَظْهَرِ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلاَّ فَشَا فِيهِمْ الطَّاعُونُ وَالأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلاَفِهِمُ الَّذِينَ مَضَوْا وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلاَّ أُخِذُوا بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلاَّ مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنْ السَّمَاءِ وَلَوْ لاَ الْبَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوا وَلَمْ يَنْقُضُوا عَهْدَ اللَّهِ وَعَهْدَ رَسُولِهِ إِلاَّ سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوا بَعْضَ مَا فِي أَيْدِيهِمْ وَمَا لَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ وَيَتَخَيَّرُوا مِمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلاَّ جَعَلَ اللَّهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ   - سنن ابن ماجه.

Dari Abdullah bin Umar berkata: “ Rasulullah S.A.W. telah menemui kami dan bersabda: “Wahai kaum Muhajirin, (awaslah) lima perkara (dari) menimpa kamu dan aku berlindung kepada Allah, semoga kamu tidak ditimpanya, iaitu:

Tidak berlaku dengan jelas maksiat di kalangan sesuatu kaum sehingga mereka melakukannya secara terbuka kecuali tersebarlah penyakit ta’un dan kelaparan yang tidak pernah berlaku kepada orang-orang terdahulu.

Tidak mengurangkan sukatan dan timbangan kecuali dibala dengan kemarau bertahun-tahun dengan kesukaran hidup serta kezaliman penguasa ke atas mereka.

Tidaklah mereka enggan mengeluarkan zakat kecuali dihalang turunnya hujan ke atas mereka dan kalaulah tidak kerana binatang-bintang, mereka tidak akan menerima hujan.

Tidak melanggar janji Allah dan janji Rasul-Nya kecuali Allah akan menjadikan musuh mereka berkuasa ke atas mereka dan mengambil hak-hak mereka.

Dan tidak berhukum pimpinan mereka dengan Kitab Allah dan memilih selain dari apa yang diturunkan oleh Allah, Allah akan menjadikan pertelingkahan di kalangan mereka.” - Sunan Ibnu Majah.

،اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلله ِالْحَمْدُ

Muslimin Muslimat Yang Dirahmati Allah,

Sedar atau tidak umat Islam sedunia sudah pun mendapatkan kelayakan bagi menerima bala yang diancam oleh Allah. Maksiat sudah dilakukan secara terang-terangan dan sudah ada yang tanpa segan silu berjuang mempertahankan maksiat, demi peragaan aurat, maruah dan harga diri melalui pertandingan ratu cantik menyebabkan ada yang sanggup menghina syari’at Allah. Walaupun sukatan dan timbangan tidak dikurangkan namun kenaikan harga barangan yang tidak pernah berhenti telah mengurangkan hak para pembeli. Zakat hanya dibayar oleh mereka yang mempunyai kesedaran dan kerajaan tidak mampu berbuat apa-apa kepada mereka yang masih enggan. Segala janji Allah dan janji Rasul tidak lagi menjadi perkara besar dalam kehidupan kita. Dan tidak ada lagi mana-mana negara yang menjalankan hukum sepenuhnya dengan syari’at Allah.

Maka tidak hairanlah berbagai penyakit dan kelaparan menimpa ke atas kebanyak rakyat di negara Islam di seluruh dunia. Kesukaran akibat kemarau dan kezaliman. Sebahagian dari kita langsung tidak menerima hujan kecuali sekadar untuk menghidupkan tumbuh-tumbuhan dan binatang ternakan. Musuh sewenang-wenangnya berbuat sesuka hati mereka terhadap umat Islam tanpa ada yang mampu membela. Perbalahan sesama sendiri semakin menjadi-jadi akibat kegagalan kita dalam mengamalkan sepenuhnya syari’at Allah dalam kehidupan.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ  بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ  اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.




Khutbah Kedua

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ ،
اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ ، اللهُ أَكْبَرُ ،
اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ.
هُوَ الَّذِي الَّذِى أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُوْنَ 
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ  وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكَ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَذُخْرِنَا وَقُدْوَتِنَا وَأُسْوَتِنَا مُحَمَّدٍ إِمَامِ الْمُتَّقِيْنَ وَقَائِدِ الدُّعَاةِ الْمُجَاهِدِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ سَارَ عَلَى نَهْجِهِ وَجَاهَدَ جِهَادَهُ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. أَمَّا بَعْدُ.
فَيَا عِبَادَ اللهِ، أُوْصِيكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ. وَتَزَوَّدُوْا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى.

Muslimin Muslimat Yang Dirahmati Allah,

Bertaqwalah kepada Allah Ta’ala dengan sebenar-benar taqwa. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertaqwa di dunia dan di akhirat. Carilah bekalan, kerana sesungguhnya bekalan yang paling terbaik ilah bertaqwa kepada Allah.

Pada hari raya Aidil Fitri yang mulia ini, kita berkumpul di rumah Allah untuk membesarkan Allah, bertahmid dan bertakbir menandakan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah yang telah mengurniakan nikmat iman dan Islam.

،اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلله ِالْحَمْدُ

Sidang Hadirin Sekalian,

Sesungguhnya nafsu sentiasa akan mengajak manusia melakukan kejahatan. Manusia yang berjaya dan mampu memimpin manusia ke arah kejayaan adalah mereka yang diberi rahmat oleh Allah kerana kejayaan mereka mengekang hawa nafsu. Dalam perjuangan menegakkan kebenaran ada kalanya kita terpaksa menempuh berbagai penderitaan sama ada dicaci dan dihina, difitnah dan diadu domba, dibelasah dan dipenjara, atau akhirnya kta syahid kerananya. Jika kita berjaya mengekang hawa nafsu, maka kita berhak menuntut sesuatu amanah bagi menyelamatkan daripada terus berada di tangan golongan yang dikuasai nafsu.

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آَلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آَلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آَلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آَلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَّجِيْدٌ.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ اْلأَحْيَآءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ. اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا وَعَنْ وَالِدِيْنَا وَعَنْ جَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
 اَللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ.
اَللَّهُمَّ لاَ تُؤَآخِذْنَا بِمَا فَعَلَ السُّفَهَآءُ مِنَّا، وَلاَ تَحْرِمْ عَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا فَضْلَكَ، وَلاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا بِذُنُوْبِنَا مَنْ لاَ يَخَافُكَ وَلاَ يَرْحَمُنَا.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ. وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَالنِّفَاقَ وَالْمُنَافِقِيْنَ، وَالظُّلْمَ وَالظَّالِمِيْنَ، وَدَمِّرِ الْكَفَرَةَ أَعْدَآءَكَ أَعْدَآءَ الدِّيْنِ.
 اَللَّهُمَّ أَصْلِحْ سُلْطَانَنَا السُّلْطَان أزلن محب الدين شاه ابن المرحوم سلطان يوسف عز الدين شاه غَفَرَ اللهُ لَهُ، كَمَا نَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ أَنْ تُصْلِحَ أَئِمَّتَنَا وَوُلاَتَ أُمُوْرِنَا، وَاجْعَلْ وِلاَيَتَنَا فِيْمَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُريَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ. رَبَّنَا آَتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
عِبَادَ اللهِ! إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَآءِ ذِىْ الْقُرْبَى، وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَآءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْىِ. يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. وَاذْكُرُوا اللهَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْا عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ. وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ. وَاللهَ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ.


Teks asal Khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com

No comments:

Post a Comment

KULIAH SETIAP AHAD MINGGU KEDUA




Kempen Tiga B