bersama kepimpinan ulamak




Thursday, June 13, 2013

Khutbah Jumaat - 14 Jun 2013 / 5 Syaaban 1434H



BERJIHADLAH MEMBANTU UMAT ISLAM DI SYRIA

Khutbah Pertama

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
إِنَّ فِرْعَوْنَ عَلاَ فِي الأَرْضِ وَجَعَلَ أَهْلَهَا شِيَعًا يَسْتَضْعِفُ طَائِفَةً مِنْهُمْ يُذَبِّحُ أَبْنَاءَهُمْ وَيَسْتَحْيِي نِسَاءَهُمْ إِنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ ﴿٤﴾ - سورة القصص
اَشْهَدُ اَنْ  لاَ الهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبـَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنـَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ اِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ.
اَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ فَاِنَّ اللهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Bertaqwalah kita kepada Allah dan janganlah kita mati kecuali dalam keadaan kita beriman. Ayat yang dibacakan tadi bermaksud :

Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta dia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Dia menindas segolongan dari mereka dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah dia benar-benar melakukan kerosakan – Surah Al-Qassas ayat 4.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh Firaun terhadap Kaum Bani Israel, kini terjadi terhadap saudara seagama kita. Kita pernah menyaksikan Umat Islam disembelih di Ambon, Umat Islam menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai di Rohingya, Umat Islam di bunuh dengan kejam di Shabra dan Shatila dan kini setiap hari Umat Islam menjadi mangsa pembunuhan kejam di Syria.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Dunia seolah-olah tidak menghiraukan nasib rakyat Syria yang sebenarnya telah berpuluh tahun hidup dalam penindasan kerajaan mereka sendiri. Namun nasib mereka tidak sebagaimana nasib rakyat di Negara Arab lain samada di Mesir, Libya dan Iraq kerana kekejaman terhadap mereka seolah-olah dibiarkan begitu sahaja. Sedar atau tidak mereka, malangnya nasib mereka, kerana mereka tidak di zalimi oleh Yahudi dan Nasrani, tetapi diperangi oleh pemerintah yang kononnya Islam tapi menganut fahaman sesat dan melampaui batas. Sekadar perbandingan yang boleh gariskan di sini, mangsa pembunuhan beramai-ramai oleh Yahudi Zionis di Shabra dan Shatila yang diketuai oleh Ariel Sharon hanya sekitar 5,000 orang sedangkan penyembelihan yang berlaku di Hama, Syria yang diketuai oleh Rifa’at Asad, Ketua Tentera merangkap Naib Presiden Syria menjangkau 40,000 orang. Tempoh masa pembunuhan beramai-ramai yang diambil oleh Ariel Sharon hanya sekitar 3 hari, tetapi tempoh masa yang diambil oleh Rifa’at menjangkau selama 27 hari.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Hakikatnya semua ini berlaku akibat permusuhan antara penganut agama Syiah yang begitu membenci Umat Islam. Walaupun Syiah hanya menjadi golongan minoriti di Syria, namun mereka menggunakan kuasa sepenuhnya bagi menghapuskan Umat Islam Ahli Sunnah. Tambahan pula sokongan daripada Syiah seluruh dunia merangkumi Iran, Hisbullah Lubnan dan Negara kuffar yang membantu mereka menghapuskan Umat Islam di seluruh dunia. Kemuncak kekejaman terhadap Umat Islam di Syria bermula apabila tempias Arab Spring melanda seluruh dunia Arab pada tahun 2011. Sheikh Khaled Hasan Hendawi, pembantu khas kepada Syeikh Yusuf Al-Qardhawi mendedahkan bagaimana sehari sebelum kebangkitan rakyat Syria pada 15 Mac 2011, sekumpulan pelajar di Daerah Hauran, telah menulis dan menconteng dinding dengan perkataan “Rakyat mahukan sistem dijatuhkan”. Akibatnya lebih dari 10 orang kanak-kanak itu ditangkap dan didera dengan dicabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Apabila ibu bapa dan keluarga mereka datang menuntut dikembalikan anak mereka, dikatakan kepada mereka oleh pasukan keselamatan Syria ; Lupakan sahaja anak-anak kamu dan buatlah anak yang baru. Jika kamu tidak dapat menerima kenyataan, hantarkan sahaja isteri-isteri kamu dan kami boleh memberikan anak baru untuk kamu.

Maka keluarlah 1,000 orang ke jalan-jalan raya sehingga dihantar helikopter polis melepaskan tembakan dari udara sehingga membunuh 14 orang dan mencederakan puluhan yang lain. Selepas dari itu sehingga kini berlakulah berbagai kekejaman terhadap Umat Islam termasuk penderaan, perkosaan, pembakaran masjid dan kubur para nabi sehinggakan kencing dan menjirus arak ke atas Al-Quran.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Tidak ramai yang mengetahui bencana di Syria adalah angkara penganut agama Syiah yang cuba menghapuskan Umat Islam yang mewakili majoriti rakyat Negara tersebut. Tidak hairanlah apabila Iran, Hizbullah di bawah pimpinan Hasan Nasrullah dan Tentera Al-Mahdi pimpinan Moqtadar As-Sadar di Iraq menyokong kejahatan tentera Syria di samping Israel, Rusia dan China yang mempunyai kepentingan perniagaan dengan kerajaan Bashar al-Asad. Walaupun zohirnya sebelum ini, mereka memerangi Yahudi dan Nasrani, namun tatkala berhadapan dengan Ahli Sunnah Wal jamaah mereka bekerjasama dengan Yahudi dan Nasrani untuk memerangi Umat Islam. Mereka sebenarnya hanya Islam atas nama namun hakikatnya adalah munafiq yang memusuhi Islam dan lebih bahaya daripada Yahudi dan Nasrani. Syiah bukanlah satu mazhab di dalam Islam tetapi agama sesat yang terkeluar sepenuhnya daripada Islam.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Syiah telah menjadikan Taqiyyah (berpura-pura) sebagai senjata mereka dalam memerangi ahli sunnah. Mereka menganggap Saidina Ali sebagai tuhan yang telah menciptakan Nabi Muhammad dan para sahabat. Wanita bagi mereka setaraf dengan haiwan dan halal disetubuhi. Mereka juga menghalalkan arak dan hubungan sesama jenis. Ibadat solat, puasa dan haji mengikut kaedah mereka tersendiri. Perayaan hari kebesaran mereka dicampur aduk antara perayaan Islam, Yahudi, Nasrani, Yunani Kuno dan Majusi. Ahli Sunnah bagi mereka adalah sesat dan halal dibunuh. Maka tidak hairanlah kita melihat mereka berpura-pura beramal dengan amalan agama di hadapan kita, namun apabila mendapat kuasa mereka akan mengorbankan kita sesuka hati mereka.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Kejahatan mereka boleh dilihat melalui media massa yang ada di hadapan kita. Begitu mudah kita melihat rakaman di internet bagaimana rakyat Syria, lelaki atau wanita, anak kecil atau dewasa, disembelih, disiksa dan dibunuh semahunya. Namun dunia hanya memejamkan mata. Kita tidak akan mampu mengharapkan belas ihsan mereka. Jika kita tidak menguatkan umat ini, maka tidak akan ada masa depan bagi kita. Bantulah saudara kita Syria di mana di bumi itulah bersemadinya jasad para sahabat seperti sayyidina Bilal bin Rabah, Muawiyah Bin Abi Sufyan, Abu Darda’, Khalid Al-Walid dan Abu Hurairah. Di sana juga bersemadinya mujahid Islam seperti Ibnu Arabi dan Salahuddin Al-Ayyubi. Dari sanalah lahirnya ulamak besar seperti Ibnu Kathir, Imam Az-Zahabi, Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim Al-Jauzi. Di sana jugalah munculnya tokoh besar masa kini seperti Said Hawa, Abdullah Nasih Ulwan, Sheikh Mustafa As-Siba’ie, Sheikh Wahbah Az-Zuhaili dan Sheikh Mohammad Ali As-Sobuni.

Maka layakkah kita membiarkan bumi suci ini berterusan menumpahkan darah para syuhada tanpa ada usaha yang bersungguh dari kita saudara seagama mereka. Apakah wajar kita membiarkan mereka bergelut dengan air mata dan darah, sedangkan kita di sini berterusan dengan kehidupan santai yang meninggalkan Syariat Allah.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.


Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :

أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ﴿ آل عمران : ٨٣﴾


أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ

وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .

فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kita wajib mempertahankan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana hanya itulah pegangan yang diterima oleh Allah dan rasulNya. Pengaruh Syiah yang sudah meresap sekian lama di kalangan umat Islam di Negara ini wajib dihentikan segera sebelum mereka berkuasa dan memerangi memerangi kita. Rasulullah SAW bersabda:

وَإِنَّ بَنِي إِسْرَائِيلَ تَفَرَّقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلاَثٍ وَسَبْعِينَ مِلَّةً كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلاَّ مِلَّةً وَاحِدَةً قَالُوا وَمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِي -  رواه الترميذي

Sesungguhnya Bani Israel telah terpecah kepada 72 golongan. Umatku pula akan terpecah kepada 73 golongan. Kesemuanya akan masuk neraka kecuali satu golongan. Tanya sahabat siapakah yang satu itu. Rasulullah menjawab; Golongan yang mengikut cara hidupku dan para sahabatku.

Sidang Jumaat Sekelian,

Adalah suatu yang pasti bahawa golongan Syiah ini terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mereka adalah salah satu daripada 72 golongan yang bakal menjadi ahli neraka. Selain daripada mengkafir dan memaki hamun para sahabat, tindakan mereka memerangi Umat Islam juga jelas menunjukkan bahawa mereka bukan dari kalangan kita. Kelemahan pemimpin-pemimpin Islam hari ini yang tidak berpegang teguh dengan Syariat Allah telah menyebabkan kita tidak mampu berbuat apa-apa terhadap mereka. Kita masih gagal mengambil tindakan dan menyekat penyebaran ajaran sesat mereka di Negara-Negara Islam. Mereka masih lagi dibenarkan masuk ke tanah haram untuk beribadat bersama kita dan mengambil kesempatan mencaci dan melaknat maqam khalifah Ar-Rasyidin tatkala menziarahi maqam rasulullah. Namun itu semua tidak langsung boleh dijadikan bukti bahawa aqidah dan ajaran mereka masih diterima oleh Allah dan Rasulnya.

Sidang Jumaat Sekelian,

Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh Prof. Dr.Yusuf Al-Qardhawi dalam kenyataan media terbaru menyeru seluruh umat Islam di dunia ini menjadikan hari ini, Hari Jumaat bersamaan 14 Jun 2013 sebagai "Hari untuk Syria". Bagi tujuan ini satu kutipan derma secara besar-besaran akan dibuat melalui masjid dan surau dan pihak Jawatankuasa Kariah akan menyerahkan bantuan ini kepada pihak yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Perak. Maka marilah kita bersama membantu saudara kita di Syria dengan apa sahaja kemampuan yang ada pada kita.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ 

Ya Allah,
Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam di muka bumi ini. Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam yang prihatin terhadap nasib saudara seagama mereka. kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada Umat Islam yang menunaikan zakat bagi membantu saudara-saudara mereka.

Ya Allah Ya Rahim,
Kurniakanlah keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah kepada mereka sehingga mereka mampu untuk meningkatkan zakat dan bantuan yang mereka sumbangkan selama ini. Berilah hidayahMu kepada mereka yang masih belum terbuka hati untuk menunaikan tanggungjawab kepada Allah dan kepada sesama saudara seagama ini.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .

فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .


Segala sumbangan hendaklah disalurkan terus kepada Akaun Gabungan Selamatkan Syria, Maybank : 5622-1820-7666.

Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari lama sesawang www.4shared.com


No comments:

Post a Comment

KULIAH SETIAP AHAD MINGGU KEDUA




Kempen Tiga B