bersama kepimpinan ulamak




Friday, April 5, 2013

KHUTBAH JUMAAT - 5 APRIL 2013 / 24 JAMADIL AWAL 1434H



“KEPENTINGAN KESAKSIAN”

Khutbah Pertama

اَلْحَمْدُ للهِ القَائِلِ :
وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ – التوبة : ١٠٥



Dan Katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan. 

أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحدَهُ   لا شَريِكَ له وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ



Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Mari lah sama-sama kita membuktikan iman dan Islam kita dengan kita bersungguh-sungguh meneliti segenap tindakan, perbuatan serta tuturkata kita samada mendatangkan pahala ataupun mengundang dosa. Sesungguhnya setiap tindakan, perbuatan serta tuturkata yang kita keluarkan akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah di akhirat kelak. Tapislah dulu setiap kehendak kita untuk berbicara, menulis, menyebar berita dan bertindak dengan neraca iman dan timbangan pahala ataupun dosa, in sya Allah kita akan selamat dunia dan akhirat. Pastikan kita tidak berbicara , menulis, menyebar berita dan bertindak atas landasan sangkaan semata-mata tanpa kita mendapat bukti dan fakta yang betul.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Khutbah minggu ini kita mulakan dengan satu kejadian yang berlaku semasa hayat Nabi SAW seperti yang direkodkan oleh Imam Muslim:

مُرَّ بِجَنَازَةٍ فأُثنِيَ عَلَيْهاَ خَيْرًا . فَقاَلَ نَبِيُّ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ "وجَبَتْ وَجَبَتْ وَجَبَتْ " . ومُرَّ بِجَنَازَةٍ فأُثْنِيَ عَلَيْهاَ شَرًّا . فَقاَلَ نَبِيُّ اللهِ صلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " وَجَبَتْ وَجَبَتْ وَجَبَتْ " . قاَلَ عُمَرُ : فَدَى لَكَ أَبي وَأُمِّي ! مُرَّ بِجَنَازَةٍ فأُثْنِيَ عَلَيْهاَ خيَْرًا فَقُلْتَ : وَجَبَتْ وَجَبَتْ وَجَبَتْ . ومُرَّ بِجَنَازَةٍ فأُثْنِيَ عَلَيْهاَ شَرًّا فَقُلْتَ : وَجَبَتْ وَجَبَتْ وَجَبَتْ ؟ فَقاَلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " مَنْ أَثْنَيْ تُمْ عَلَيْهِ خَيْرًا وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ. وَمَنْ أَثْنَيْتُمْ عَلَيْهِ شَرًّا وَجَبَتْ لَهُ النَّارُ. أَنْتُمْ شُهَدَاءُ اللهِ فِيْ الأَرْضِ. أَنْتُمْ شُهَدَاءُ اللهِ فِيْ الأَرْضِ. أَنْتُمْ شُهَدَاءُ اللهِ فِيْ الأَرْضِ.
الراوي: +%D9%85%D9%88%D9%82%D8%B9+%D8%A7%D9%84%D8%AF%D8%B1%D8%B1+%D8%A7%D9%84%D8%B3%D9%86%D9%8A%D8%A9+-+%D8%A7%D9%84%D9%85%D9%88%D8%B3%D9%88%D8%B9%D8%A9+%D8%A7%D9%84%D8%AD%D8%AF%D9%8A%D8%AB%D9%8A%D8%A9+-+%D9%85%D9%86+%D8%AD%D8%AF%D9%8A%D8%AB+%D8%A3%D9%86%D8%B3+%D8%A8%D9%86+%D9%85%D8%A7%D9%84%D9%83 أنس بن مالك المحدث:مسلم - المصدر: صحيح مسلم - الصفحة أو الرقم: ٩٤٩
خلاصة حكم المحدث: صحيح 


Satu jenazah sedang diusung dan orang yang hadir ketika itu menyebut-nyebut kebaikan jenazah berkenaan. Nabi SAW pun bersabda layak beliau ke syurga sebanyak tiga kali. Kemudian satu lagi jenazah diusung dan orang yang hadir ketika itu menyebut-nyebut keburukan jenazah berkenaan. Nabi SAW pun bersabda layak beliau ke neraka sebanyak tiga kali. Saidina Omar r.a bertanya hal berkenaan kepada Nabi SAW. Nabi SAW menjelaskan “ Barangsiapa yang engkau puji dan persaksikan bahawa dia seorang yang baik maka layaklah ia masuk syurga sebaliknya sesiapa yang engkau saksikan ia dengan keburukan maka layak ia masuk neraka. Kalian adalah saksi-saksi Allah di atas muka bumi ini. Kalian adalah saksi-saksi Allah di atas muka bumi ini. Kalian adalah saksi-saksi Allah di atas muka bumi ini.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Bayangkanlah jika jenazah yang diusung tadi adalah diri kita sendiri dan apa yang akan diperkatakan oleh orang lain kepada kita selepas kematian kita selepas itu. Alangkah indahnya jika orang ramai memperkatakan kita sebagai orang yang baik perangai, kaki masjid, ahli ibadah, baik tutur kata, lemah lembut pergaulan, tidak suka mencari musuh, tidak suka berdendam, suka berbaik sangka, kuat berjuang untuk agama dan segala sifat-sifat mahmudah yang terpuji. Insya Allah kita menjadi calon ahli syurga.

Sebaliknya jika kita dikenali ramai sebagai orang yang buruk perangai, ahli maksiat, buruk tutur kata, kasar pergaulan, suka berburuk sangka , gemar mencari musuh, suka berdendam, kuat menentang agama, maka persaksian-persaksian itu akan menyukarkan episode selepasnya dalam perjalanannya menuju Allah.

Pujian mahupun cercaan manusia kepada kita semasa kita hidup mestilah dihadapi dengan tenang kerana yang tahu hakikat sebenar tentang benar ataupun tidak pujian mahupun cercaan itu adalah rahsia kita dengan Allah SWT. Syukur, taubat, istighfar dan sabar adalah ubat yang paling mujarab tatkala kita menghadapi suasana itu. Di sinilah sangat besarnya peranan kita mengharapkan keredhaan Allah dalam segenap tindakan kita, bukan kerana harapkan pujian makhluk mahupun untuk mengelak cercaan makhluk.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Hadith yang kita dengar tadi menggambarkan peri pentingnya seluruh hidup ini kita bina atas ketaatan kepada Allah SWT sehingga ia mendarah daging dan sebati dengan aliran darah tubuh ini. Sebaliknya kita wajib menghentikan sifat-sifat buruk kita agar sifat-sifat itu tidak “lekat” sebagai identiti kita sehingga selepas kita meninggalkan dunia ini. Sejarah Islam telah menyenaraikan senarai panjang orang-orang hebat yang telah memahat namanya dalam sejarah seperti sahabat-sahabat Rasulillah SAW, dan pejuang-pejuang kebenaran. Begitu juga sejarah telah mengabadikan nama-nama seperti Abu Jahal, Abu Lahab, Mustafa Kamal Atartuk dan sebagainya sebagai watak-watak yang sangat tidak dikehendaki Islam dan penganutnya.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Marilah kita bermuhasabah diri kita sendiri. Hisablah diri kita sendiri. Cerminlah akhlak kita sendiri. Timbanglah tuturbicara kita. Sementelahan kita masih bernyawa ini. Jika kita rasa ada orang lain itu kurang daripada kita, soallah diri kita, hebat sangat kah aku di sisi Allah. Jika ramai orang puji diri kita, soallah diri kita layak atau pun tidak pujian itu. Adakah Allah juga turut memuji tindakan kita. Kalau kita dicerca manusia, soallah diri samada memang betul cercaan itu dituju kepada kita. Bersabar lah jika ia hanya sangkaan semata-mata dan doakan orang yang mencerca itu agar kembali ke pangkal jalan. Tetapi jika betul cercaan itu kepada kita, bersegeralah bertaubat kepada Allah SWT.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.   

Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ - الحجرات : ١٢


Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .
فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم . اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ.
اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،  وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ،  إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ


Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com

No comments:

Post a Comment

KULIAH SETIAP AHAD MINGGU KEDUA




Kempen Tiga B