UCAPAN TAHNIAH DARI KAMI

UCAPAN TAHNIAH DARI KAMI

Thursday, January 24, 2013

KHUTBAH JUMAAT - 25 JANUARI 2013 / 13 RABI’UL AWWAL 1434H



“MENJADI PENGIKUT RASULULLAH SAW”

Khutbah Pertama

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَهْدِيْهِ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئاَتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِىَ لَهُ.
أَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، أَرْسَلَهُ بِالْحَقِّ بَشِيرًا وَنَذِيرًا بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ، مَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ رَشَدَ، وَمَنْ يَعْصِهِمَا فَقَدْ غَوَى.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ !! اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُم وَإيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Bertakwalah kita kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa, dengan mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Sesungguhnya kita dituntut dan diperintahkan untuk bertaqwa, dan mati dalam keadaan bertaqwa kepada Allah dan Rasul-Nya.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Insan yang bernama Muhammad bin Abdullah merupakan utusan Allah untuk manusia akhir zaman. Baginda merupakan nabi dan Rasul yang terakhir yang diutuskan oleh Allah untuk memberi khabar gembira dan ancaman seksa kepada manusia sehingga datangnya hari kiamat. Baginda juga merupakan penutup segala nabi dan rasul dan merupakan makhluk yang paling mulia di atas muka bumi ini. Allah Taala telah memerintahkan dan mencabar kita, jika kita mencintai Allah, hendaklah kita mengikut Rasulullah SAW sebagaimana Firman-Nya dalam surah Ali Imran ayat 31 yang berbunyi:

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿٣١﴾

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu, dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Menurut Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullahu Taala ‘anhu di dalam kitabnya Fathul Bari (فتح البارى)yang bermaksud : kecintaan kepada nabi SAW merupakan salah satu pegangan dalam keimanan, dan ia selari dengan kecintaan kepada Allah SWT. Allah telah menjelaskan keselarian ini, dan memberi janji buruk kepada mereka yang mendahulukan kecintaan terhadap perkara lain berbanding kedua-kedua kecintaan ini, sama ada kecintaan terhadap ahli keluarga, harta, tanahair dan sebagainya.

Begitu juga, Al-‘Allamah Sheikh Prof Dr Ali Jum’ah di dalam bukunya al-Bayan lima yashghulu al-azhan (البيان لما يشغل الأذهان ) (Penerangan yang tepat untuk memperbetulkan beberapa fahaman yang keliru dalam bab kenabian Rasulullah SAW) ketika diminta untuk mengulas mengenai perayaan atau sambutan kelahiran Nabi Muhammad SAW atau Maulidur Rasul, beliau menjelaskan bahawa sambutan perayaan sempena mengingati kelahiran baginda SAW merupakan satu amalan yang baik, dan semulia-mulia cara menghampirkan diri. Ini kerana ia merupakan aplikasi kepada kegembiraan dan kecintaan kepadanya. Bahkan, kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW merupakan salah satu pegangan dalam keimanan.

Daripada penjelasan di atas, merayakan sambutan kelahiran Nabi Muhammad SAW, bukanlah merupakan perkara bid’ah dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan ianya diiktiraf sebagai salah satu bentuk kecintaan ke atas baginda SAW.

Saban tahun kita menyambut dan merayakan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, yang merupakan salah satu daripada tanda kecintaan kita kepada baginda. Adakah ini sahaja yang sanggup kita lakukan sepanjang hidup selain daripada berselawat ke atas baginda??? Adakah perkara ini sahaja yang dituntut kepada kita sebagai tanda cinta dan kasih kita kepada sebaik-baik makhluk di atas muka bumi ini??? Sesungguhnya, ketahuilah kita semua, bahawa kita sebenar dituntut untuk melakukan lebih daripada itu, sebagai tanda keimanan kita kepada Rasulullah.

Muslimin yang dirahmati sekalian,

Allah SWT ketika menyatakan ciri-ciri pengikut Rasulullah SAW sebagaimana ayat 29 surah al-Fath iaitu :-

مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ ۚ ذَ‌ٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ ۚ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ ۗ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا ﴿٢٩﴾

Maksudnya : Muhammad adalah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.

Daripada ayat di atas, saya ingin menyenaraikan ciri-ciri pengikut Rasulullah sebagaimana berikut :-

1. Bersikap tegas dan keras kepada orang kafir. Dalam perkara-perkara berkaitan perkara usul atau aspek keimanan iaitu berkaitan rukun-rukun iman seperti iman kepada Allah dengan tidak mensyirikkan Allah dengan segala sesuatu selain-Nya, kita tidak boleh bertolak ansur dengan orang kafir yang sentiasa mencuba untuk memesongkan akidah dan keimanan kita. Sebagai contoh, kita sebagai umat Islam di Malaysia telah mencapai kata sepakat untuk tidak membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah kepada tuhan mereka.

2. Bersikap kasih sayang dan belas kasihan kepada sesama muslim. Kita mestilah memiliki perasaan kasih sayang dan belas kasihan kepada saudara sesama muslim walaupun berlainan warna kulit, bahasa, adat resam, budaya dan seumpamanya. Elakkan melakukan permusuhan yang berpanjangan yang boleh merugikan diri kita sendiri dan umat ini. Ketahuilah, kita semua diibaratkan seperti sebuah bangunan saling menguatkan antara satu sama lain. Setiap daripada kita mempunyai keistimewaan dan fungsi tertentu di dalam masyarakat dan negara.

3. Beribadat ruku’ dan sujud kerana mengharap limpah kurnia dan keredhaan Allah. Sentiasa melakukkan ibadah dengan mengikut petunjuk-petunjuk daripada Rasulullah dan orang-orang saleh seperti solat tahajjud, puasa sunat, menjaga kebajikan anak yatim, memuliakan tetamu, menghormati alim ulama dan sebagainya.

4. Di muka mereka terdapat kesan-kesan sujud. Mereka banyak melakukan amal ibadah, hati dan jiwa mereka sentiasa tenang, zahir di wajah mereka ketenangan walaupun alam sekeliling mereka kacau bilau dan seumpamanya. Jiwa mereka sentiasa tenang kerana sentiasa mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk atau tidur.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah sama-sama kita menjadi pengikut Rasulullah dengan memiliki dan mengamalkan keempat-empat perkara seperti di atas, untuk melayakkan kita mendapat syafaat Nabi Muhammad di akhirat kelak.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.   

Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ للهِ القَائِل :
أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَـَٔاوَىٰ ﴿٦﴾ وَوَجَدَكَ ضَآلًّا فَهَدَىٰ ﴿٧﴾ وَوَجَدَكَ عَآئِلًا فَأَغْنَىٰ ﴿٨﴾ فَأَمَّا ٱلْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ ﴿٩﴾ وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنْهَرْ ﴿١٠﴾ وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ ﴿١١﴾

Maksudnya : Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? Dan didapati-Nya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan Al-Quran)? Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan? Oleh itu, adapun terhadap anak yatim, maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik; Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepada-Nya. (Surah ad-Dhuha : ayat 6-11)

أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kesimpulan dari khutbah pertama tadi ialah :

1. Mengikut Rasulullah merupakan tanda keimanan kepada Allah Taala.

2. Merayakan sambutan kelahiran Rasulullah merupakan tanda kegembiraan dan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

3. Mengamalkan ciri-ciri pengikut Rasulullah iaitu Bersikap tegas dan keras kepada orang kafir, Bersikap kasih sayang dan belas kasihan kepada sesama muslim, Beribadat ruku’ dan sujud kerana mengharap limpah kurnia dan keredhaan Allah dan di muka mereka terdapat kesan-kesan sujud.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم .
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ.
اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،  وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ.
اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ.
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ.
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.

Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com

No comments:

Post a Comment