bersama kepimpinan ulamak




Friday, June 22, 2012

Khutbah Jumaat - 02 Sya’aban 1433 / 22 Jun 2012

PENGAJARAN DI SEBALIK SYA’ABAN

Khutbah Pertama


الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
سَيَقُولُ ٱلسُّفَهَآءُ مِنَ ٱلنَّاسِ مَا وَلَّىٰهُمْ عَن قِبْلَتِهِمُ ٱلَّتِى كَانُوا۟ عَلَيْهَا ۚ قُل لِّلَّهِ ٱلْمَشْرِقُ وَٱلْمَغْرِبُ ۚ يَهْدِى مَن يَشَآءُ إِلَىٰ صِرَ‌اطٍۢ مُّسْتَقِيمٍۢ ﴿البقرة:١٤٢﴾

''Akan berkata orang-orang yang bodoh di kalangan manusia: ''Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ''Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.''

أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ الاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ رَسَوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ .
اَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلاَّ وَاَنْتـُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Wahai hamba-hamba Allah sekelian,

Bertaqwalah kita kepada Allah kerana hanya orang-orang yang bertaqwa sahajalah yang akan mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di Akhirat.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Kita kini berada dalam Bulan Sya’aban, bulan kelapan dalam taqwim Hijriah dan merupakan yang penuh keberkatan selepas Rejab dan Ramadhan sebagaimana yang didoakan oleh Rasulullah saw: 

اَللَّهُمَّ باَرِكْ لَناَ فِيْ رَجَبٍ وَشَعْباَنَ وَبَلِّغْناَ رَمَضَانَ

"Ya Allah, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah hayat kami hingga kami menemui Ramadhan." (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Bulan Sya’aban mengingatkan kita tentang satu peristiwa penting yang cukup meninggalkan kesan mendalam di zaman Rasulullah saw iaitu Pertukaran Arah Kiblat. Peristiwa yang berlaku pada Bulan Syaaban tahun kedua hijrah. Allah swt telah mengarahkan Umat Islam berpindah kiblat daripada Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis kepada Kaabah di Masjidil Haram, Mekah. Firman Allah SWT :

قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِى ٱلسَّمَآءِ ۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةًۭ تَرْضَىٰهَا ۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا۟ وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُۥ ۗ وَإِنَّ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَـٰبَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَـٰفِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ ﴿البقرة :١٤٤﴾

“Kerap Kami melihat engkau (Muhammad), berulang-ulang menengadah wajahmu ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (perpindahan kiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan”.

Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,

Pertukaran kiblat ini menjadi isu besar di Madinah walaupun sepanjang Umat Islam berkiblatkan Baitul Maqdis, orang-orang Yahudi mengatakan kononnya Umat Islam mengadap ke arah tempat suci mereka. Allah SWT telah menggelarkan orang-orang yang mempertikaikan perpindahan kiblat ini sebagai orang-orang yang bodoh. Dia antara ungkapan orang-orang bodoh ini adalah seperti berikut :

a. Kata kaum Yahudi:

“Muhammad memutar kiblatnya ke Kaabah, padahal di sana berderet 360 buah berhala yang selalu dicela-celanya itu. Rupanya dia akan kembali kepada agama nenek moyang orang Quraisy.”

b. Kata kaum Musyrikin :

“Dialihnya kiblat ke Kaabah kerana dia hendak menarik-narik kita atau telah insaf atas kesalahannya”.

c. Kata kaum Munafiq :

“Memang pendiriannya tidak tetap. Sekejap begini, sekejap begitu”.

Ciri-ciri orang bodoh ini masih kekal sehingga ke hari ini. Antaranya adalah :

i. Mereka membuat bising seolah-olah terlalu prihatin dan mengambil berat dengan perintah Allah, tapi sebenarnya di hati mereka bermaksud agar perintah Allah itu tidak akan dilaksanakan.

ii. Mereka mempertikaikan apa sahaja perintah Allah walaupun mengetahui bahawa Allah Maha Berkuasa memerintahkan apa sahaja kepada manusia dan apabila Allah mengeluarkan perintahNya, mereka mendakwa bahawa perintah Allah dikeluarkan atas desakan mereka dan ianya pula menjadi sebab membolehkan mereka menghina agama Allah.

iii. Mereka tetap mengulangi kebodohan mereka walaupun telah diberikan kesedaran dan peringatan terhadap kebodohan mereka itu.

Muslimin mukminin yang dirahmati,

Allah memberikan keputusan dan jalan penyelesaian bagi Umat Islam menghadapi orang-orang bodoh seperti ini. Allah swt. Menjelaskan kaedahnya dalam surah Al-Baqarah ayat 145:

وَلَئِنْ أَتَيْتَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَـٰبَ بِكُلِّ ءَايَةٍۢ مَّا تَبِعُوا۟ قِبْلَتَكَ ۚ وَمَآ أَنتَ بِتَابِعٍۢ قِبْلَتَهُمْ ۚ وَمَا بَعْضُهُم بِتَابِعٍۢ قِبْلَةَ بَعْضٍۢ ۚ وَلَئِنِ ٱتَّبَعْتَ أَهْوَآءَهُم مِّنۢ بَعْدِ مَا جَآءَكَ مِنَ ٱلْعِلْمِ ۙ إِنَّكَ إِذًۭا لَّمِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ ﴿البقرة :١٤٥﴾

“Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, segala bukti dan keterangan mereka tidak akan menuruti kiblatmu dan engkau pula tidak akan sekali-kali menurut kiblat mereka dan di antara engkau dan mereka tidak ada yang mengikut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya! Kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu ilmu pengetahuan, sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah terdiri daripada golongan orang-orang yang zalim.” 
 
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ  بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ  اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ , أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا  وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ  ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.


KhutbahKedua

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah: ayat 153)
 
اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Manusia-manusia bodoh seperti yang digambarkan oleh Allah dalam ayat yang dibacakan dalam khutbah pertama tadi, tetap ada sepanjang zaman sehingga ke hari kiamat. Walaupun mereka marah dan tersinggung dengan gelaran yang dilemparkan kepada mereka, namun sikap dan tindakan mereka tetap sama sesuai dengan kebodohan mereka. Mereka bukan sahaja mempertikaikan perpindahan kiblat, malah mempertikaikan apa sahaja titah perintah Allah. Jika di hadapan kita mereka seolah-olahnya amat mengambil berat dengan Syariat Allah dan berjuang mempertahankan agama Allah sedangkan dalam hati mereka amat benci dengan Syariat Allah dan bermaksud agar Syariat Allah tidak akan dilaksanakan.

Mereka seolah-olah menghina Syariat Allah walaupun mengetahui bahawa Allah Maha Bijaksana menyediakan Undang-undang dan Peraturan yang terbaik bagi manusia dan mereka berdolak dalih dengan mengatakan bahawa Syariat Allah bukanlah menjadi matlamat Allah untuk dilaksanakan terhadap manusia melainkan sekadar contoh agar manusia boleh mencipta peraturan yang mampu memuaskan kehendak nafsu mereka sendiri.

Mereka tetap berterusan menentang Syariat Allah walaupun telah diberikan kesedaran dan peringatan terhadap azab Allah akibat perbuatan mereka itu. Maka bagi para pejuang Agama Allah, ingatlah !

Allah mengingatkan kita bahawa orang-orang bodoh ini tidak sekali-kali akan bersama kita memperjuangkan agama Allah, dan kita jangan sekali-kali tunduk dan berundur walau setapak meraikan musuh-musuh Allah. Laksanakanlah apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah samada disukai mereka atau tidak kerana kita hanya akan menzalimi diri kita sendiri jika kita mengikut jejak langkah mereka.
 
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ،
وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ
اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ .
اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ.
اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ
اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ.

Ya Allah kurniakanlah sepenuhnya taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.
 
رَبَّنَا آتنِاَ فِيْ الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِيْ اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ.
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ.




Teks asal khutbah ini juga boleh dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com

No comments:

Post a Comment

KULIAH SETIAP AHAD MINGGU KEDUA




Kempen Tiga B