Saturday, May 28, 2011

Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Perak

Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri Perak telah diadakan pada 14 Mei 2011 di Markas Tarbiyah Air Kuning, Perak. Muktamar ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Dato' Haji Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

Muktamar kali ini telah mengukir sejarahnya yang tersendiri di mana seluruh kawasan Air Kuning telah mengalami gangguan bekalan elektrik sejurus selepas selesai majlis perasmian berlangsung. Muktamar diteruskan dalam keadaan gelap dengan hanya diterangi dengan cahaya lilin.

Pemilihan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Negeri Perak sesi 2011-2013 telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 114 perwakilan telah menunaikan hak mereka untuk mengundi.

Sebanyak 2 usul telah diluluskan sebulat suara iaitu :

  • Usul agar diluluskan penubuhan Dewan Ulamak PAS Peringkat Kawasan sebagaimana Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.


  • Usul agar Ustaz Kazim Alias dipecat keanggotaannya dari PAS. Ini disebabkan beliau telah bertindak sebagai duri dalam daging dengan menghentam PAS secara terang-terangan terutamanya dalam isu berkaitan  penglibatan PAS dalam Pakatan Rakyat. Tindakan ini amat penting agar beliau tidak merosakkan fahaman Umat Islam termasuk sebahagian ahli PAS sendri yang terpengaruh dengan kepetahannya berpidato. Muktamar bersetuju bahawa beliau telah menggunakan hujah yang begitu dangkal dan tidak langsung mengambilkira dasar Tahalluf Siasi yang telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak. Beliau juga sebelum ini pernah dikesan menghuraikan hukum dan mentafsir Al-Quran tidak berdasarkan tafsiran ulamak mufassirin. Adalah diharapkan agar semua Kawasan dan Cawangan PAS di seluruh Negeri Perak tidak lagi menggunakan khidmat beliau dalam  semua program anjuran parti.   

57 comments:

  1. Biaq pi la dia. Klu kita asyik dok pikir nk pecat org tu nk pecat org ni spi bila p.a.s nk moving foward. Nk bepolitik biar bfikiran terbuka ikut masa la ni. -generasi ke.2 p.a.s

    ReplyDelete
  2. Tu lah PAS. bukan boleh orang kritik. Konon berlagak maksum. bila kena kritik, melenting. bodoh sungguh. harap berserban je atas kepala. sampai kiamat pun jangan mimpi PAS nak perintah negara. harap2 Mat sabu menang. Itu adalah satu HADIAH untuk rakyat malaysia. haha

    ReplyDelete
  3. hu3..
    kalo Ustaz kazim sampaikan da'wah tidak berdasarkan tafsiran ulamak mufassirin or kurang tepat, apalah salahnya menegur silap beliau. Perlu ye nak pecat2 sume ni?hu3...
    nway saya salah seorang peminat ustaz(in terms of his ceramah ofkos.)tq

    ReplyDelete
  4. hormati keputusan syura xperlu berkata2 di luar..

    ReplyDelete
  5. Mengambil tindakan disiplin terhadap ahli yang melanggar disiplin tidak boleh dikatakan sebagai tak berfikiran terbuka. Sesiapa yang nak mengetahui hujjah dan alasan sewajarnya merujuk sendiri kepada Dewan Ulamak kerana ianya tidak boleh dinyatakan secara terbuka bagi menjaga maruah beliau

    ReplyDelete
  6. Apa salahnya dipecat dari PAS, bukannya keluar dari Islam pun. Dah jelas memang dia tak nak dah bersama PAS dan lebih suka pada UMNO...

    ReplyDelete
  7. tahniah ler...kami org2 batu kurau amat bersetuju agar ust kazim di pecat...lg pun ust kazim mmg dah tahu perangai2 buruk pimimpin pas...kbnykan pemimpin pas hanya pandai bercakap tp tak pandai membuat kerja @ pergurusan negara...pemimpin2 pas hanya pandai menfitnah @ memburuk buruk kan org sj...terutama nya pemimpin pas larut iaitu ketua pemuda pas larut pun tak pandai utk mentadbir pemuda nya sendiri...minta2 la ust kazim jd AHLI UMNO,demi Agama Bangsa & Negara...aminnn

    ReplyDelete
  8. Ahli-ahli PAS Batu Kurau juga mengalu-alukan pemecatan beliau demi Agama, Bangsa & Negara.

    ReplyDelete
  9. salam...kalaulah betul Ustaz Kazim melakukan kesaklahan seperti yang diprrkatakan di dalam muktamar iaitu :
    1. Muktamar bersetuju bahawa beliau telah menggunakan hujah yang begitu dangkal dan tidak langsung mengambilkira dasar Tahalluf Siasi yang telah diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak.
    2. Beliau juga sebelum ini pernah dikesan menghuraikan hukum dan mentafsir Al-Quran tidak berdasarkan tafsiran ulamak mufassirin.

    Persoalannya disini ialah mengapa tiada wakil2 dari Dewan Ulama Pas Perak sendiri tampil berjumpa dengan Ustaz Kazim bagi menyatakan rasa tidak puas hati tersebut..Buat program debat antara Dewan Ulama Pas vs Ustaz Kazim,buat d stadium perak ka,markas Pas air kuning pun boleh....ada berani ka....????kalau setakat bercakap di pentas sendiri baik x payah....setakat ini x da seorang wakil dari Pas yg berani tampil bersemuka dengan Ustaz Kazim...

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar kata kamu...

      Delete
    2. sebab PAS pembohong! Taak sanggup terima kebenaran! Dia riak dan takabbur! Dia la paling betul.

      Delete
  10. wahai brother-brother ku di dalam PAS...please be a gentleman la....jangan cakap belakang2...
    kalau lu orang x puas hati jumpa la Ustaz Kazim face to face....duduk semeja n slawtalk....nie x,lu orang sembang belakang2...bikin orang lain jadi panas la brother....gua cadang lu orang face to face ngan Ustaz Kazim....gua boleh arrange kan...contact gua 013-581 7879( amin )

    ReplyDelete
  11. Hai..Si Kazim tu gentleman sangat ke. Ada dia berani jumpa pimpinan Pas kalau dia kata Pas tak betul.
    Silap banyak le nak suruh dewan ulamak jumpa dan debat ngan dia.

    Takkan pendakwa raya atau ketua hakim nak debat ngan penjenayah yang dihukum.

    ReplyDelete
  12. Kazim nak debat pakai kitab apa..kitab arab boleh ke

    ReplyDelete
  13. orang yang macam ini paling aku benci.... asyik hendak pertikai status keilmuan seseorang...kalau dah suka dan taksub macam-macam gelaran diberikan..ustaz,mursyid,maulana,tuan iman,tok guru,ulama.....bila tak sehaluan dengan dengan diri sendiri .....aku sendiri tak sanggup nak tulis kat sini...lu fikirlah sendiri dan sendiri mau ingat

    ReplyDelete
  14. hahaha........apa salahnya,merendahkan diri....dewan ulama ka sapa ka...kita semua manusia...hamba Allah,sama ja....x perlu nak gaduh2...kalau ada yg x betul kita betulkan...kalau ada yang keruh kita jernihkan...kalau ada yg x elok kita elokkan....jangan pandang pada darjat kita di dalam dewan ulama,kalau pertelingkahan sesama umat islam pun kita x dapat selesaikan,apa guna berbangga dengan status di dalam dewan ulama...kata ikut prinsip dakwah Rasulullah...Rasulullah pun berjumpa dengan kafir quraisy...nie kan kita sesama umat islam...

    ReplyDelete
  15. salam bro2 ku dalam pas....
    persoalan kitab apa nak digunakan,x jadi masalah....kitab melayu ka,arab ka,apa ka semua boleh....
    persoalannya lu orang ada berani ka????
    013-581 7879....
    call gua....
    gua tunggu lu orang....

    ReplyDelete
  16. PAS BELUM TENTU BETUL LAGI....!!!
    ISLAM SUDAH TENTU BETUL....!!!
    LEBIH BAIK IKUT ISLAM...!!!
    IKUT PAS BELUM TENTU KE SYURGA,KALAU DAH TERLAMPAU TAKSUB...IKUT ISLAM SUDAH TENTU KE SYURGA...
    PERSOALANNYA:BETULKAH PAS BENAR-BENAR MENGIKUT GARIS PANDUAN ISLAM....????

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye..PAS memang dr dulu hingga sekarang meletakkan islam sbg perjuangan utama..UMNO plak macm mane?tlg perjelas sket...

      Delete
    2. ape bukti PAS letak islam sebagai perjuangan???.. klu guna islam untuk perjuangan ade laa... bagi fakta sikit bro... jgn ikut style pemimpim PAS bercakap xde fakta

      Delete
    3. takyah nak kona kot umno la der.. jawab sudah soalan atas tu. ni sikit2 umno camner umno camner?

      Delete
  17. wahai bro2 ku dalam pas...
    lu orang ada berani ka debat ngan ustaz kazim nie...lu orang jangan hanya berani cakap ja...kata PAS mengamalkan sistem yang adil..kalau adil,panggil la bersemuka ka nasihat ka,bukan main pecat ja.....lu orang x berani ka....
    013-581 7879...call gua

    ReplyDelete
  18. wahai bro2 ku dalam pas...
    dulu ada pemuda Pas larut kata nak hantar surat debat pada ustaz kazim,kenapa sampai sekarang x hantar...???gua dengar lu orang cakap masa tue d pekan selasa batu kurau....x kan berani cakap ja,x berani buat....
    013-581 7879....call gua

    ReplyDelete
  19. salam , terpulanglh pada pas samada nak pecat atau x, tapi bagi saya ustaz kazim dah banyak berubah , waktu saya dengar ceramah beliau mengenai keputusan 5 hakim mengenai kes mb perak saya rasa ada yang x kena dengan beliau , beliau kata pas kalh sebab bershabat dengan orang kafir ,maksud beliau dap , tapi bukankah umno pun bersahabat dengan mca ,mic dan lain 2 , sejak hari tu kebanyakan ceramah beliau lebih menyokong kepada kerajaan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba selidik perbezaan DAP, MCA dan MIC awak akan dapat jawapan mana satu kafir Harbi...

      Delete
    2. anon June 14. bukan pas ke yg label org umno kafir dulu? sudah tarik hand brake ke? paroh camni... flip flop..

      Delete
  20. wahai bro2 ku dalam pas dan tanpa nama di atas
    jangan hanya dengar ceramah tue sikit2 ja....ada ke dengar sampai habis apa yang disampaikan oleh ustaz kazim elias....jangan hanya dengar sedutan-sedutan atau potongan-potongan ceramah dia ja....cuba dengar ceramah tue sampai habis....

    ReplyDelete
  21. kpd tanpa nama juga , saya dengar sampai habislh , bermula dengan kewajiban kita untuk memulakan balik sistem khalifah sampailh kpd tntg mb perak , yang saya pelik knp beliau tidak menegur kerajaan walaupun pada mula ayat beliau adalah satu kewajiban kita sebagai umat islam untuk menegakkan kembali sistem khalifah yang telah digulingkan oleh kamal atatuk , (yang najib beri penghormatan pada kuburnya ) kenapa beliau tidak menegur kerajaan yg tidak menegakakan hukum islam , mungkin sebab abangnya skrg ni org pntg dkt zambry tu dia sekarang ni dh berubah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tinggalkan syiah.itu sahaja yg aku boleh tegur kau.

      Delete
  22. Diriwayatkan Kazim ni pernah kena terajang oleh kawan satu batch kat Maahad tahfiz sebab pijak gambar Nik Aziz. Ada sapa2 boleh sahkan cite ni

    ReplyDelete
  23. Kes tu aku tak tau, tapi aku dengo dia tak lulus temuduga tauliah mengajar yang pertama

    ReplyDelete
  24. kepada ustaz kazim alias...saya yakin ustaz sbg pendakwah islam, saya amat bangga dengan pencapaian ustaz dalam membangunkan maahad tahfiz anak yatim dan sy ada dgr ramai juga yg masuk islam atas dakwah ustaz,sy mmg peminat CD ustaz.mmg akhir zaman...UJIAN yg allah turunkan terhadap para-para ulamak adalah berasa dengki dgn kehebatan ulamak yg lain. kepada Muktamar PAS kedah,islam kita islam ahli sunnah wal jamaah bukan islam PAS. wassalam...

    ReplyDelete
  25. saya sokong kata-kata diatas...beliau bagus dalam kerja dakwahnya...tak macam org lain duk kutuk sana sini...pernah islam kan org??, apatah lagi nk menghambakan diri dgn membela nasib anak yatim... sabar jela ustaz.. kena terima ujian dari Allah..mungkin ini semua untuk menaikkan kan martabat ustaz...biar hina disisi manusia tetapi jangan hina disisi ALLAH>>>>>TAKBIRRRR>>>ALLAHHUAKBAR!

    ReplyDelete
  26. Alahai..sian penyokong2 tegar si Kazim ni. Ramai lagi orang yang bela anak yatim, Islamkan orang tapi tak kecoh2pun. Tanya2lah orang Ipoh kalau nak kenal dia ni. Setakat dengo kaset...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya org Ipoh.. ustaz kazim memang bagus.. syukur dikurniakan ustaz yang menegakkan kembali ISLAM. Alhamdulillah.. Di kampung manjoi sekarang ni dah bermacam2 aktiviti keislaman diadakan semenjak Ustaz ada.. Alhamdulillah..

      Delete
  27. Hmm....PAS ni tak habis2, tak boleh ditegor ka...orang dalam PAS takan terkecuali dengan dosa (apa cerita fasal penggunaan nama Allah dalam Bible Kristian, isu Nabi junjungan Muhamad s.a.w sama je status ngan mana2 mamat yang beranak?, bersengkokol ngan DAP yang terangan musuh islam, tukar halatuju negara islam kpd negara kebajikan, no komen fasal video Anwar,,,apa nak jadi...dulu dah cantik perjuangan, kena sabar sikit ...tapi sekarang - hancus punah harapan islam, PAS syok sendiri...

    ReplyDelete
  28. Penyakit PAS - tak dapat nak gunakan populariti ustaz kazim - itu aje, alangkan Bob Lokman masuk PAS pun nak kompang, kalau ustaz kazim masuk PAS - ikut telunjuk je....PAS suka la, bila neutral - biasalah "jadi org salah" sebab tak ikut PAS...PAS, bila la nak matang.....hmmmm

    ReplyDelete
  29. Puak Umno bodoh mana lak cakap ikut sedap rasa. Kazim tu yang terhegeh2 masuk ahli seumur hidup PAS tahun 2009. Nak tumpang populariti PAS le cadangnya. Tapi ilmu tak cukup, tu yang ceramah merapu tu..

    ReplyDelete
  30. sepanjang ana dengar ceramah dia ana betul2 terkesan.. mulut ana jadi lebih diam dan hati tambah tenang.. Pas akan menyesal ngan tindakan dorang memecat ustaz kazim.. jangan sekali2 mensinonimkan pas dengan Islam... Islam itu sempurna dan datang dari Allah sedangkan Pas dari manusia yg terdedah kepada cacat celah..

    ReplyDelete
  31. Orang pas bodoh sbb dia kata cctv tu besi..hehehe

    ReplyDelete
  32. apa ler yg kome dpt dgn mengutuk dan memfitnah sesama ISLAM... cubalah bersatu wahai umat ISLAM

    ReplyDelete
  33. ruginye pecat orang yang takde salah dan silap. Ustaz Kazim berusaha utk tolong sedarkan ahli2 PAS, tapi dia pulak dipecat. mika mmg tak guna akai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokong %.Setiap org bkn sempurna ada slah dan silap..xkira lh ulamak ka or biasa..Kn berguna kalau da salah silap ditegur bkn dipecat.......

      Delete
  34. Mengapa tak pecat org yang mengatakan Rasulullah kita macam mamat2 biasa je masa kecik. Bukankah itu penghinaan terhadap Islam dan sudah lari dari perjuangan menegakkan ISLAM. Sekurang2nya ustaz Kazim berani menegur benda yang benar walaupun di kalangan parti sendiri. Dengan isteri najib pun dia sudah tegur suruh pakai tudung. Janganlah terlalu taksub pada orang sehingga mata hati kita tertutup dan bila ada orang tegur untuk kebaikan terus pecat.. sayang sekali.. sedih sangat2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuh... Tegur segala kemungkaran... Bini Najib tak pakai tudung, yg tanggung dosa laki dia bukan kita, why nak gaduh sgt kan...
      If sebar fahaman salah, bukankah ramai lg berdosa sebab bertaklik kpd fahaman yg salah...
      PAS pegang Kelantan (20yrs++), Kedah, mana hududnya, yg deme kate BN tolak, TunM dah turun dkt 10 tahun, takkan dok pakai surat TunM lg. TunM ni Tuhan ker sampai TGNA takut sgt nak buat hudud...
      Sedarlah PAS & BN, kita sama2 org Islam, umat Nabi Muhammad SAW maka bersatulah & bersifat terbuka sesama kita...

      Delete
  35. Tak abis2 nak membuka aib org...ini ke Islam....x payah nak menghasut org lain utk membaca umpatan kamu...ini ke ISLAM bg kamu??

    ReplyDelete
  36. Aik...blackout jugak pemilihan PAS?????

    ReplyDelete
  37. "bodoh"- azhar idrus

    ReplyDelete