Wednesday, March 2, 2011

Siapa Pengganas Sebenar

Walaupun Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak pernah melabelkan gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi sebagai pengganas, namun kebenciannya terhadap gerakan dan perjuangan Islam dapat dilihat dengan jelas. Sebagai seorang Islam beliau tidak sepatutnya meletakkan beban tanggungjawab kepada gerakan Islam dalam menghilangkan persepsi dunia terhadap mereka yang dianggap sebagai kumpulan ekstrem, tanpa meletakkan kesalahan kepada musuh-musuh Islam yang menganggap mereka begitu. Ungkapan beliau yang mengatakan bahawa "...Muslim Brotherhood boleh ambil bahagian dalam pilihan raya dengan syarat menolak keganasan dan fahaman ekstremis", jelas menunjukkan pandangan serong beliau terhadap gerakan Islam tersebut.
Sebagai pemimpin negara, mana mungkin beliau tidak mengetahui bahawa gerakan Ikhwan sentiasa berusaha menyertai pilihanraya namun mereka tetap terus menjadi mangsa keganasan dan kekejaman kerajaan Mesir.

Kata-kata beliau "Lagipun ini bukan keputusan saya, ini keputusan yang perlu dibuat oleh negara lain, negara masing-masing"  menggambarkan seolah-olah beliau menjadi jurucakap kepada musuh-musuh Islam sehingga menjadi penyokong kepada gerakan musuh Islam untuk menghalang kebangkitan Islam.

No comments:

Post a Comment