Saturday, March 12, 2011

Konsep Tarbiyah PAS

MEMAHAMI KONSEP TARBIAH PAS



LATAR BELAKANG

Sistem pentarbiahan PAS selari dengan kewujudan PAS pada peringkat awal. Ketika itu usaha ini dimainkan oleh Tok Guru pondok untuk menerangkan Islam kepada masyarakat. Sehingga pondok menjadi benteng akidah Umat Islam yang gagal dibolos oleh penjajah. Pondok adalah satu institusi yang mendokong fikrah perjuangan PAS, telah banyak membantu untuk memperkukuhkan pengaruh PAS ke dalam masyarakat. Sebab itu di mana ada pondok di situ ada PAS. Keadaan ini berterusan sampai ke hari ini.

Selepas era kepimpinan ulama’, sistem pengukuhan tarbiah dipertingkatkan dengan manhaj tarbiah yang agak tersusun sesuai dengan perkembangan ahli dan tahap pemikiran ahli PAS yang berbagai latar belakang pendidikan dan pendedahan.



MADRASAH RASULULLAH SAW

1. Qudwah Hasanah

Amalan praktikal merupakan asas di dalam tarbiah. Menyuruh orang lain dengan tindakan adalah lebih baik daripada menyuruh dengan perkataan. Rasulullah saw merupakan contoh hidup kepada kesempurnaan akhlak. Firman Allah swt dalam surah Al-Ahzab ayat 21:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah saw itu contoh teladan yang baik bagi sesiapa yang mengharapkan Allah dan Hari Akhirat serta banyak mengingati Allah.

 حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ مَنْصُورٍ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَجْلاَنَ عَنْ الْقَعْقَاعِ بْنِ حَكِيمٍ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّمَا بُعِثْتُ ِلأُتَمِّمَ صَالِحَ الأَخْلاَقِ – مسند أحمد.

Said bin Mansor menceritakan kepada kami dengan katanya, Abdul Aziz bin Muhammad menceritakan dari Muhammad bin Ajlan dari Qa’qa’ bin Hakim dari Abi Soleh dari Abu Hurairah katanya, sabda Rasulullah saw ; sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik.

Contoh yang baik sangat penting dalam proses pentarbiahan. Ini kerana ia akan menimbulkan kekaguman orang yang melihatnya, melahirkan kasih saying lantas menerbitkan keinginan untuk mengikutinya.

Maksud qudwah Hasanah adalah individu yang mempunyai keseluruhan atau sebahagian daripada sifat-sifat yang baik.



2. Istiqamah

Rasulullah saw menitikberatkan penerusan, kesinambungan dan istiqamah dalam proses tarbiah. Justeru itu, Rasulullah saw menggesa ibu bapa supaya berterusan mengajar anak-anak mereka sembahyang semenjak kecil. Sabda Rasulullah saw :

حَدَّثَنَا مُؤَمَّلُ بْنُ هِشَامٍ يَعْنِي الْيَشْكُرِيَّ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ عَنْ سَوَّارٍ أَبِي حَمْزَةَ قَالَ أَبُو دَاوُد وَهُوَ سَوَّارُ بْنُ دَاوُدَ أَبُو حَمْزَةَ الْمُزَنِيُّ الصَّيْرَ فِيُّ عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ - رواه ابو داود

Menceritakan kepada kami oleh Muammal bin Hisyam iaitu Al-Yasykuria baha telah menceritakan kepada kami Ismail dari Sawwar Abu Hamzah berkata Abu Daud iaitu Sawwar bin Daud, Abu Hamzah Al-Muzani As-Sairafi dari Amr bin Shuib dari bapanya dari datuknya berkata, Sabda Rasulullah saw, perintahkanlah anak-anak kamu dengan solat, diwaktu usia mereka 7 tahun dan pukullah mereka yang meninggalkannya pada usia mereka 10 tahun dan pisahkan antara mereka di tempat tidur mereka – Hadis riwayat Abu Daud.

Istiqamah mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dalam Islam. Antara nas yang menyebut mengenainya adalah :

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلاَئِكَةُ أَلاَّ تَخَافُوا وَلاَ تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ – فصلت : 31

Sesungguhnya orang-orang yang berkata, tuhan kami adalah Allah, kemudian mereka istiqamah, akam turun para malaikat lalu berkata; janganlah kamu takut dan bersedih dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu.

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلاَ تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ – هود : 112

Maka istiqamahlah sebagaimana yang diperintahkan kepada kamu, maka barangsiapa yang bertaubat dan tidak melampaui batas sesungguhnya Allah Maha Mengetatahui apa yang kamu lakukan.

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَأَبُو كُرَيْبٍ قَالاَ حَدَّثَنَا ابْنُ نُمَيْرٍ ح و حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ وَإِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ جَمِيعًا عَنْ جَرِيرٍ ح و حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ كُلُّهُمْ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ سُفْيَانَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الثَّقَفِيِّ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قُلْ لِي فِي الإِسْلاَمِ قَوْلاً لاَ أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَدًا بَعْدَكَ وَفِي حَدِيثِ أَبِي أُسَامَةَ غَيْرَكَ قَالَ قُلْ آمَنْتُ بِاللَّهِ فَاسْتَقِمْ

Daripada Sufyan bin Abdullah Ast-Tsaqafi berkata, aku bertanya kepada Rasulullah saw ; katakanlah kepadaku mengenai Islam sesuatu yang aku tidak perlu bertanya mengenainya kepada sesiapapun selepas bertanya kepadamu. Dalam hadis Usamah selain engkau. Maka sabda Rasulullah ; katakanlah aku beriman kepada Allah lantas beristiqamah.

3. At-Targhib (menggalakkan) dan At-Tarhib (menakutkan)

Targhib bermaksud menggalakkan mad’u melakukan kebaikan dengan balasan-balasan yang baik. Manakala Tarhib bermaksud menakutkan mereka dengan balasan yang buruk. Contoh ayat al-Quran yang menggabungkan kedua-dua uslub ini ialah :

نَبِّئْ عِبَادِي أَنِّي أَنَا الْغَفُورُ الرَّحِيمُ * وَأَنَّ عَذَابِي هُوَ الْعَذَابُ الأَلِيمُ

Khabarkanlah kepada hamba-hambaku sesungguhnya Aku Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Dan sesungguhnya azabku adalah azab yang pedih - Al-Hijr : 49-50



Para dai’e mestilah bijak menimbang antara kedua-dua uslub ini, yang manakah yang lebih sesuai digunakan mengikut keadaan.

4. Lemah Lembut Dan Tenang

Antara ayat yang menerangkan mengenai uslub ini adalah :

وَلاَ تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلاَ السَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ - سورة فصلت : 34

Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah kejahatan dengan cara yang paling baik sehingga orang yang mempunyai permusuhan antara kamu dan dia akan menjadi seperti teman yang rapat.

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ – ال عمران : 159

Dan dengan rahmat dari Allah maka kamu berlemah lembut terhadap mereka. Jika sekiranya kamu bersikap tegas dan keras hati nescaya mereka akan melarikan diri darimu. Maka maafkanlah mereka dan mohonlah kemampunaan untuk mereka. Dan berundinglah dengan mereka dalam segala perkara. Apabila kamu sudah berazam maka berserahlah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berserah.

5. Melatih Kemahiran Diri Yang Ada Pada Mad’u

Para dai’e mestilah menggunakan kemahiran-kemahiran yang ada dalam diri masing-masing. Rasulullah saw bersabda :

 حَدَّثَناَ أَبُوْ بَكْرِ بْنِ ناَفِع حَدَّثَناَ بهز حَدَثَناَ حَمَّاد أَخْبَرَناَ ثاَبِتْ عَنْ أَنَس قال أَتَى عَلَيَّ رسولُ الله صلى الله عليه وسلم وأَناَ أَلْعَبُ مَعَ الْغِلْماَنِ قال فَسَلَّمَ علينا فَبَعَثَنِيْ إلى حاجةٍ فَأَبْطَأَتْ عَلَىَّ أُمِّي فلَمَّا جِئْتُ قالَتْ ماَ حَبَسَكَ قلتُ بَعَثَنِي رسولُ الله صلى الله عليه وسلم لِحاجةٍ قالَتْ ما حاجتِهِ قلتُ إِنَّهَا سِرٌّ قالَتْ لاَ تُحَدِّثَنَّ بِسِرِّ رسولِ الله صلى الله عليه وسلم أحدًا قال أنس واللهِ لَوْ حَدَّثْتُ بِهِ أَحَدًا لَحَدَّثْتُكَ ياَ ثاَبِت

Abu Bakar bin Nafi’ menceritakan kepada kami bahawa telah menceritakan kepada kami Bahzin bahawa Hammad menceritakan kepada kami bahawa Tsabit mengkhabarkan kepada kami dari Anas berkata; Rasulullah saw telah datang kepadaku ketika aku sedang bermain bersama kanak-kanak lain. Maka katanya, Rasulullah saw memberi salam kepada kami dan menghantar aku untuk sesuatu urusan sehingga ibuku datang mencariku. Apabila aku sampai maka ibuku berkata, apakah yang menyebabkan kelewatanmu. Aku berkata, Rasulullah saw telah menghantar aku untuk sesuatau urusan. Maka ibuku bertanya, apakah urusan itu. Aku menjawab, sesungguhnya ia adalah rahsia. Maka kata ibuku; jangan sekali-kali kamu ceritakan rahsia Rasulullah saw kepada sesiapapun. Maka kata Anas; Demi Allah jika aku pernah menceritakan kepada seseorang nescaya aku akan menceritakannya kepadamu wahai Tsabit.



SUMBER RUJUKAN TARBIAH PAS

Secara prinsipnya kaedah tarbiah kita merujuk kepada sumber asas iaitu :

1. Al-Quran al-Karim

2. As-Sunnah an-Nabawiyah

3. As-Sirah an-Nabawiyah

4. Qisas al-Anbiya’

5. Qisas as-Salafus Soleh

6. Pengalaman Harakah Islamiyah

7. Ucapan Dasar Muktamar PAS

Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 105 :

وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.

Berdasarkan perintah di atas, maka menjadi tanggungjawab kepada semua untuk melaksanakannya secara amali dalam aspek :

a. Beramal dengan perkara yang mesti diamalkan sekarang samada dalam perkara fardi atau jamaie.

b. Menyampaikan risalah Islam kepada sasran dakwah di semua peringkat dan menghadapi segala cabarannya.

Ini dilakukan dengan menyedari hakikat :

1. Bahawa Tarbiyah Islamiah itu suatu perkara yang wajib kerana itulah kerja utama yang dilakukan oleh Rasulullah saw apabila menerima wahyu daripada Allah. Firman Allah swt dalam Surah Al-Jumaat ayat 2 :

هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الأُمِّيِّينَ رَسُولاً مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلاَلٍ مُبِينٍ

Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.

2. Tarbiyah Islamiah itu berasaskan kepada keikhlasan niat kepada Allah iaitu mengajar dan mempelajari ilmu pengetahuan adalah semata-mata kerana Allah.

3. Bahawa Tarbiyah Islamiah itu tidak terikat dengan masa dan umur. Ia dilakukan secara berkekalan bermula dengan kandungan yang belum lahir hinggalah ke alam dewasa dan berpindah ke alam baqa’ Bahawasanya Tarbiyah Islamiah berjalan di atas prinsip At-Takamil (sempurna menyempurnakan) antara ilmu dan iman. Iman mengajak seseorang mencari ilmu. Ilmu mengajak manusia beriman. Perkara ini sangat jelas jika kita melihat kepada Surah Ar-Rum ayat 56 :

وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَالإِيمَانَ لَقَدْ لَبِثْتُمْ فِي كِتَابِ اللَّهِ إِلَى يَوْمِ الْبَعْثِ فَهَذَا يَوْمُ الْبَعْثِ وَلَكِنَّكُمْ كُنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

Dan (bagi menjawabnya) berkatalah orang-orang yang berilmu serta beriman: Demi sesungguhnya, kamu telah tinggal menurut yang terkandung dalam Kitab Allah sampai ke hari kebangkitan (hari kiamat); maka inilah dia hari kebangkitan (yang dijanjikan) itu, akan tetapi kamu dari dahulu lagi tidak mahu mengetahui (kebenarannya).

4. Bahawasanya Tarbiyah Islamiah itu mengajak supaya bersikap tidak terus menerima apa sahaja yang dipusakai dari generasi yang lalu melainkan sesudah dibuat kajian yang teliti dan dipastikan bahawa ia adalah benar. Firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 28 :

وَإِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً قَالُوا وَجَدْنَا عَلَيْهَا آبَاءَنَا وَاللَّهُ أَمَرَنَا بِهَا قُلْ إِنَّ اللَّهَ لاَ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ أَتَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ مَا لاَ تَعْلَمُونَ

Dan (orang-orang yang tidak beriman itu) apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: Kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya dan Allah perintahkan kami mengerjakannya. Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya?

5. Perjalanan Tarbiyah Islamiah mengambil kira perkara-perkara berikut :

               a. Keberkesanan dalam mengatur hubungan manusia dengan diri sendiri.

               b. Keberkesanan dalam mengatur hubungan manusia dengan Allah.

               c. Keberkesanan dalam mengatur hubungan manusia dengan masyarakat semua peringkat.



MATLAMAT TARBIYAH ISLAMIAH

Matlamat Tarbiyah Islamiyah perlu dibahagikan kepada dua iaitu matlamat umum dan matlamat khusus.


Matlamat Umum

Matlamat Tarbiah Islamiyah yang umum ialah untuk menyelamatkan insane dari azab Allah sebagaimana yang difirmankan oleh Allah dalam surah at-Tahrim ayat 6 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلاَئِكَةٌ غِلاَظٌ شِدَادٌ لاَ يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

Insan yang diselamatkan dari azab Allah itu ialah insan yang dapat menyempurnakan segala tanggungjawab ke arah mencapai tujuan dan matlamat ianya dijadikan oleh Allah sebagaimana yang digariskan seperti berikut :

1. Beribadah kepada Allah yang Esa mengikut syariat yang diwujudkan oleh Allah swt. Firman Allah dalam surah az-Zariyat ayat 56 :

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإِنْسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ

2. Menjadi Khalifah Allah di muka bumi. Allah menyatakan bahawa antara tujuan manusia diciptakan adalah untuk menjadikannya sebagai khalifah di muka bumi. FirmanNya dalam surah al-Baqarah ayat 30 :

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ

3. Berkenal-kenalan dan berbaik-baik di kalangan manusia. Allah berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 13 :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

4. Memimpin dan memerintah dunia. Dalam surah an-Nur ayat 55, Allah berfirman :

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لاَ يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

5. Menjalankan Syariat Allah di muka bumi. Ini merupakan matlamat yang sangat besar dan intipati kepada segala matlamat yang lain. Banyak ayat-ayat yang menyebutkan mengenainya seperti :

ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَى شَرِيعَةٍ مِنَ الأَمْرِ فَاتَّبِعْهَا وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءَ الَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ

Dalam surah al-Maidah ayat 49, Allah swt berfirman :

وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

Matlamat Khusus

Apa yang dimaksudkan dengan matlamat khusus bagi Tarbiah Islamiyah ialah matlamat dari aspek haraki yang dibahagikan kepada 3 sudut :

1. Sudut keahlian dan keanggotaan.

2. Sudut gerak kerja jemaah

3. Sudut kemasyarakatan dan social.



AMALAN TARBIAH PAS

PAS menyedari bahawa matlamatnya untuk menegakkan Negara Islam tidak akan tercapai kecuali rakyatnya memahami Islam dengan betul seperti yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah. Kefahaman ini tidak akan dicapai kecuali dengan pentarbiahan dan pentarbiahan ini dilaksanakan melalui 2 saluran :

1. Tarbiah Nizhamiah

Melalui saluran ini PAS telah mewujudkan pusat-pusat pengajian.

2. Tarbiah Harakiah

Melalui saluran ini, PAS telah melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti berikut :

a. Kuliah umum di masjid, surau, markaz, rumah dan sebagainya.

b. Kelas Halaqah yang membahaskan mata pelajaran khusus seperti tafsir, hadis, feqah, tauhid dan sebagainya.

c. Usrah di berbagai peringkat.

d. Tamrin.

e. Mukhayyam.

f. Qiamullail.

g. Nadwah, seminar, bengkel, liqa’ fikri dan sebagainya.

h. Rehlah.

Komponen Tarbiah Harakiah ini boleh dibahagikan kepada berbagai jenis seperti :

a. Tarbiah Imaniah.

b. Tarbiah Ruhiyah.

c. Tarbiah Amal Soleh.

d. Tarbiah Berjemaah (Berparti).

e. Tarbiah Jihadiyah.

f. Tarbiah Siasiyah.

g. Tarbiah Ijtimaiah.

h. Tarbiah Riadhiah.


Thursday, March 10, 2011

Khutbah Jumaat - Surah Ali Imran 69 - 74

KHUTBAH JUMAAT

(SURAH ALI IMRAN : 69 HINGGA 74)
CIRI-CIRI MUSUH ALLAH
الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ

وَدَّتْ طَائِفَةٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يُضِلُّونَكُمْ وَمَا يُضِلُّونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ (69) يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَكْفُرُونَ بِآَيَاتِ اللَّهِ وَأَنْتُمْ تَشْهَدُونَ (70) يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَلْبِسُونَ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ (71) وَقَالَتْ طَائِفَةٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ آَمِنُوا بِالَّذِي أُنْزِلَ عَلَى الَّذِينَ آَمَنُوا وَجْهَ النَّهَارِ وَاكْفُرُوا آَخِرَهُ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ (72) وَلَا تُؤْمِنُوا إِلَّا لِمَنْ تَبِعَ دِينَكُمْ قُلْ إِنَّ الْهُدَى هُدَى اللَّهِ أَنْ يُؤْتَى أَحَدٌ مِثْلَ مَا أُوتِيتُمْ أَوْ يُحَاجُّوكُمْ عِنْدَ رَبِّكُمْ قُلْ إِنَّ الْفَضْلَ بِيَدِ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ (73) يَخْتَصُّ بِرَحْمَتِهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ (74)

أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ الاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ رَسَوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ .
اَمَّا بَعْدُ, فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلاَّ وَاَنْتـُمْ مُسْلِمُوْنَ.

Ayat yang dibacakan sebentar tadi bermaksud :

Segolongan dari Ahli Kitab ingin menyesatkan kamu, padahal mereka (sebenarnya) tidak menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka tidak menyedarinya.
Wahai Ahli Kitab, mengapa kamu mengingkari ayat-ayat Allah, padahal kamu mengetahui (kebenarannya).
Wahai Ahli Kitab, mengapa kamu mencampur adukkan yang haq dengan yang bathil, dan menyembunyikan kebenaran, padahal kamu mengetahui? Segolongan (lain) dari Ahli Kitab berkata (kepada sesamanya): "Perlihatkanlah (seolah-olah) kamu beriman kepada apa yang diturunkan kepada orang-orang beriman (sahabat-sahabat Rasul) pada permulaan siang dan ingkarilah ia pada akhirnya, supaya mereka (orang-orang mu'min) kembali (kepada kekafiran).
Dan Janganlah kamu percaya melainkan kepada orang yang mengikuti agamamu. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk (yang harus diikuti) ialah petunjuk Allah, dan (janganlah kamu percaya) bahwa akan diberikan kepada seseorang seperti apa yang diberikan kepadamu, dan (jangan pula kamu percaya) bahwa mereka akan mengalahkan hujjahmu di sisi Tuhanmu". Katakanlah: "Sesungguhnya kurnia itu di tangan Allah, Allah memberikan kurnia-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui";
Allah menentukan rahmat-Nya (kenabian) kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah mempunyai kurnia yang besar.

Sidang Jumaat Sekelian,

            Allah S.W.T menceritakan tentang segolongan dari Ahli Kitab yang ingin menyesatkan Umat Islam, padahal mereka (sebenarnya) tidak menyesatkan Umat Islam daripada Islam melainkan hanya menambahkan kesesatan diri mereka sendiri, dan mereka tidak menyedarinya. Ayat ini menurut Imam Al-Qurthubi (القرطبى) diturunkan kepada Muaz Bin Jabal (معاذ بن جبل) , Huzaifah bin Al-Yaman (حذيفة بن اليمن)dan Ammar Bin Yasir (عمار بن يسير) ketika mana mereka menyeru Orang-Orang Yahudi daripada Bani Nadhir (بنى نضير) , Bani Quraizhah (بنى قريظة)dan juga Bani Qainuqa’(بنى قينفاع) agar tunduk kepada Islam.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

               Allah menjelaskan tentang sikap dan perangai Ahli Kitab dan juga golongan yang memusuhi Agama Allah seperti orang-orang kafir, orang-orang munafiq dan orang-orang fasiq yang akan menjadi musuh bagi orang-orang beriman sehingga Hari Kiamat. Di antara ciri-ciri mereka adalah :

1. Sangat Berkeinginan untuk menyesatkan Umat Islam.
2. Mengingkari ayat-ayat Allah walaupun mereka mengetahui (kebenarannya).
3. Mencampur-adukkan yang haq dengan yang bathil.
4. Menyembunyikan kebenaran walaupun mereka mengetahui.

Muslimin yang dirahmati Allah,

            Musuh-musuh Islam amat berkeinginan untuk menyesatkan Umat Islam. Mereka akan melakukan berbagai cara bagi menghalang manusia bagi mendekati Islam dan menyokong perjuangan Islam. Mereka akan menggunakan segala kaedah dan sumber yang ada samada halal atau haram, betul atau penipuan, bagi menghalang manusia bagi memahami dan menghayati Islam. Mereka sanggup menghabiskan masa, tenaga dan kewangan yang bukan sedikit bagi tujuan tersebut. Apa yang menakjubkan adalah mereka mengingkari ayat-ayat Allah walaupun mereka mengetahui (kebenarannya). Di kalangan mereka bukan semuanya yang jahil malah sebahagiannya amat mengetahui dan tinggi ilmu Islamnya namun mereka menyembunyikan ilmu mereka kerana menjaga kepentingan dunia mereka. Sebahagian mereka Mencampur adukkan yang haq dengan yang bathil dan sebahagiannya pula menyembunyikan kebenaran walaupun mereka mengetahui.

أَفَغَيْرَ اللَّهِ أَبْتَغِي حَكَمًا وَهُوَ الَّذِي أَنْزَلَ إِلَيْكُمُ الْكِتَابَ مُفَصَّلًا وَالَّذِينَ آَتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْلَمُونَ أَنَّهُ مُنَزَّلٌ مِنْ رَبِّكَ بِالْحَقِّ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

Maka patutkah aku mencari hakim selain daripada Allah, padahal Dialah yang telah menurunkan kitab (Al Qur'an) kepadamu dengan terperinci? Orang-orang yang telah Kami datangkan kitab kepada mereka, mereka mengetahui bahwa Al Qur'an itu diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenarnya. Maka janganlah kamu sekali-kali termasuk orang yang ragu-ragu. - Al-An’am : 114

الَّذِينَ آَتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ وَإِنَّ فَرِيقًا مِنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ 

Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui. - Al-Baqarah :146

وَلَمَّا جَاءَهُمْ رَسُولٌ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُصَدِّقٌ لِمَا مَعَهُمْ نَبَذَ فَرِيقٌ مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ كِتَابَ اللَّهِ وَرَاءَ ظُهُورِهِمْ كَأَنَّهُمْ لَا يَعْلَمُونَ 

Dan setelah datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah yang membenarkan apa (kitab) yang ada pada mereka, sebahagian dari orang-orang yang diberi Kitab (Taurat) melemparkan Kitab Allah ke belakang (punggung) nya seolah-olah mereka tidak mengetahui (bahwa itu adalah Kitab Allah) - Al-Baqarah 101

أَفَتَطْمَعُونَ أَنْ يُؤْمِنُوا لَكُمْ وَقَدْ كَانَ فَرِيقٌ مِنْهُمْ يَسْمَعُونَ كَلَامَ اللَّهِ ثُمَّ يُحَرِّفُونَهُ مِنْ بَعْدِ مَا عَقَلُوهُ وَهُمْ يَعْلَمُونَ 

Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan percaya kepadamu, padahal segolongan dari mereka mendengar firman Allah, lalu mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui? - Al-Baqarah : 75

Sidang Jumaat Sekelian,

       Oleh kerana sikap mereka yang dinyatakan di atas menyebabkan mereka terpaksa melakukan berbagai helah bagi menyesatkan Umat Islam daripada Islam dan kebenaran. Hakikat ini didedahkan oleh Allah sebagaimana di sebut dalam ayat di atas :

1. Segolongan Ahli Kitab berkata (kepada sesamanya): "Perlihatkanlah (seolah-olah) kamu beriman kepada apa yang diturunkan kepada orang-orang beriman (sahabat-sahabat Rasul) pada permulaan siang dan ingkarilah ia pada akhirnya, supaya mereka (orang-orang mu'min) kembali (kepada kekafiran).

2. Segolongan Ahli Kitab berkata (kepada sesamanya): Janganlah kamu percaya melainkan kepada orang yang mengikuti agamamu.

Sidang Jumaat Sekelian,

           Musuh-musuh Islam kadang-kadang berpura-pura memeluk Islam ataupun berpura-pura menyokong perjuangan Islam pada awalnya tetapi kemudiannya ketika mana pertolongan mereka diperlukan ataupun ketika mana keadaan tidak memihak kepada Islam maka mereka keluar daripada Islam dan perjuangannya sehingga menampakkan kepada orang-orang lain seolah-olah keputusan mereka menyokong Islam adalah satu kesilapan. Golongan pengkhianat dan pembelot ini akan ditonjolkan kepada masyarakat agar dapat mempengaruhi dan mengelirukan pejuang Islam mengenai kebenaran perjuangan mereka. Mereka sebenarnya bukanlah memasuki Islam dan keluar kemudiannya tetapi hanyalah golongan munafiq yang tidak pernah diterima keIslaman dan keimanan mereka dan mereka akan ditempatkan di jurang yang paling bawah di neraka Allah. Ibnu Abi Nujaih (ابن أبى نجيح) berkata sebagaimana dinyatakan dalam Tafsir Ibnu Kathir :

Orang-orang Yahudi itu melaksanakan Solat Subuh bersama Rasulullah di waktu pagi dan pada petang harinya mereka akan kembali kepada agama mereka semata-mata untuk memperlihatkan kepada manusia bahawa mereka telah tersesat dengan mengikuti Muhammad.

Sidang Jumaat Sekelian,

           Musuh-musuh Islam juga sebenarnya amat bimbang jika sekiranya kebenaran akan menjadi nyata dan tersebar di kalangan masyarakat. Ruang bagi masyarakat bagi mendapatkan maklumat dan ilmu seboleh mungkin ditutup agar masyarakat tidak mengetahui sebarang hujjah bagi menyokong kebenaran Islam. Mereka akan terus menyembunyikan segala kebenaran daripada masyarakat walaupun mereka sendiri mengetahuinya dengan yakin. Mereka sering berpesan sesama mereka agar sesuatu ilmu dan maklumat itu hanya berlegar di kalangan mereka sahaja dan tidak terbocor kepada masyarakat luar. Inilah kaedah yang telah diwariskan oleh Ahli Kitab yang dinyatakan dalam ayat di atas. Tafsir Ibnu Kathir menerangkan :

Berkata segolongan Ahli Kitab kepada kawan-kawan mereka; Jangan kamu percaya dan tunjukkan apa yang ada pada tanganmu ( Taurat yang menceritakan tentang sifat Nabi Muhammad ) kepada Orang-Orang Islam yang akan menjadikan mereka beriman dan menggunakannya sebagai Hujjah untuk menolak kesesatan kamu.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

         Allah menyuruh Nabi Muhammad membuat penegasan terhadap musuh-musuh Islam bahawa sesungguhnya petunjuk (yang harus diikuti) hanyalah petunjuk Allah. Allah memberikan penegasan bahawa tidak akan ada yang akan mengalahkan hujjah al-Quran.

Orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya pasti akan mendapat kerniaan Allah kerana segala kurniaan itu adalah hak Allah dan Allah akan memberikan kurniaanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (kurniaanNya) lagi Maha Mengetahui. Allah juga menentukan rahmatNya (Tugas Kenabian) kepada siapa yang dikehendakiNya dan Allah mempunyai kurnia yang besar.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ , وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ , وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ , أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.

Friday, March 4, 2011

Janji Syurga Dan Neraka dari Allah

Dewan Ulamak PAS Perak ingin menasihatkan agar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menghentikan tindakannya yang suka mengelirukan orang ramai dengan kenyataannya yang jelas mengandungi unsur politik yang tidak seimbang. Walaupun beliau mengatakan bahawa nasihatnya kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  sebagai peringatan sesama Islam namun ianya boleh dianggap sebagai mempermainkan hukum Islam.


Ungkapan beliau bahawa dalam soal mengundi atau memilih parti politik, kita tidak boleh menggunakan hukum sewenang-wenangnya sewenang-wenangnya jelas menunjukkan adanya hukum dalam soal mengundi atau memilih parti politik.

Soal syurga dan neraka memang bukan hak kita tetapi Allah telah memberikan garis panduan bagi mendapatkan syurga atau neraka. Bagi orang awam adalah mencukupi dengan fahaman bahawa Allah SWT menjanjikan syurga dan neraka bergantung kepada amalan manusia walaupun hakikat sebenarnya kita hanya akan masuk syurga hanya dengan keredhaanNya semata-mata. Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 81 - 82 :
بَلَى مَنْ كَسَبَ سَيِّئَةً وَأَحَاطَتْ بِهِ خَطِيئَتُهُ فَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ    (81) وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ هُمْ فِيهَا خَالدُونَ (82)

Malah sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan dia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.

Apakah salah jika kita menasihatkan seseorang agar jangan mencuri atau berzina agar tidak dicampakkan ke dalam neraka, lalu dikatakan bahawa syurga dan neraka hanya Allah sahaja yang menentukan. Apakah wajar orang yang mencuri dan berzina itu mengatakan "Kami tetap akan masuk syurga jika dikehandaki Allah walaupun terus mencuri dan berzina semahunya".
 
Menyokong atau mengundi sesebuah parti politik adalah amalan yang tertakluk kepada dosa dan pahala. Menyokong atau mengundi parti yang sentiasa menzalimi rakyat adalah sesuatu yang boleh menyebabkan seseorang terhumban ke dalam neraka. Hud ayat 113, Allah swt berfirman :

وَلاَ تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لاَ تُنْصَرُونَ (113)
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api Neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.


Wednesday, March 2, 2011

Siapa Pengganas Sebenar

Walaupun Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak pernah melabelkan gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi sebagai pengganas, namun kebenciannya terhadap gerakan dan perjuangan Islam dapat dilihat dengan jelas. Sebagai seorang Islam beliau tidak sepatutnya meletakkan beban tanggungjawab kepada gerakan Islam dalam menghilangkan persepsi dunia terhadap mereka yang dianggap sebagai kumpulan ekstrem, tanpa meletakkan kesalahan kepada musuh-musuh Islam yang menganggap mereka begitu. Ungkapan beliau yang mengatakan bahawa "...Muslim Brotherhood boleh ambil bahagian dalam pilihan raya dengan syarat menolak keganasan dan fahaman ekstremis", jelas menunjukkan pandangan serong beliau terhadap gerakan Islam tersebut.
Sebagai pemimpin negara, mana mungkin beliau tidak mengetahui bahawa gerakan Ikhwan sentiasa berusaha menyertai pilihanraya namun mereka tetap terus menjadi mangsa keganasan dan kekejaman kerajaan Mesir.

Kata-kata beliau "Lagipun ini bukan keputusan saya, ini keputusan yang perlu dibuat oleh negara lain, negara masing-masing"  menggambarkan seolah-olah beliau menjadi jurucakap kepada musuh-musuh Islam sehingga menjadi penyokong kepada gerakan musuh Islam untuk menghalang kebangkitan Islam.