bersama kepimpinan ulamak




Akan Datang




Monday, February 28, 2011

Prof. Najmuddin Arbakan kembali kerahmatullah

Dewan Ulama' Pas Perak dengan rasa terharu namun menerima taqdir Ilahi, memaklumkan bahawa seorang tokoh besar gerakan Islam di Turki Prof. Najmuddin Arbakan pengasas Parti Refah telah kembali menemui Allah S.W.T pada hari Ahad semalam pada usia 84 tahun.
Almarhum dilahirkan pada tahun 1926 di Sinop, Turki. Anak kepada seorang hakim Mahkamah Syariyah di zaman Kerajaan Uthmaniyyah, belajar dalam jurusan kejuruteraan mekanik menjadi pemimpin pertama parti Islam memenangi pilihanraya umum Turki (1995) sebelum dipilih menjadi ahli Majlis Nasional pada tahun 1969. Walaupun tradisi kuat undang-undang sekular Turki melarang pembentukan parti berdasarkan ideologi agama,
Erbakan membentuk
sebuah parti Islam pada tahun 1970 dan sekali lagi pada 1972,
almarhum pernah dua kali menjadi timbalan perdana menteri. Usaha ketiganya adalah membentuk Parti Kesejahteraan (Refah) yang memenangi kerusi terbanyak dalam piliharaya 1995.
Sebagai perdana menteri, almarhum
membentuk kerajaan campuran pada tahun 1996,
namun partinya diharamkan pada tahun 1997, almarhum
kemudian dilarang daripada berpolitik.
إنا لله وانا اليه راجعون نحتسبه عند الله فقد كان مثالا للمسلم المجاهد فى سبيل دينه وأمته ووطنه نسأل الله له أن يسكنه فسيح جناته
لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم اللهم أجرنا فى مصيبتنا واخلفنا خيرا منها . اللهم تقبله فى الصالحين مع النبيين والصديقين والشهداء

No comments:

Post a Comment

KULIAH SETIAP AHAD MINGGU KEDUA




Kempen Tiga B