Sunday, September 19, 2010

Penyanyi RAP Amerika Memeluk Islam
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ..
Penyanyi Rap tersohor di Amerika dan dunia yg terkenal dg lagu rap dan hip hop memeluk Islam. Penyanyi yg dikenali dg nama Loon dari kumpulan Bad Boys telah menukar namanya kpd Amir selepas memeluk Islam.
Kepada muda mudi muslim yg terpengaruh dg tamadun barat dan yg meniru-niru barat.. Kepada anak muda yg meminati rap dan yg memakai pakaian ala penyanyi rap...
Kepada anak muda yg meniru setiap gerak geri dan potongan rambut penyanyi rap dan hip hop..
Kepada saudara ini... Berbanggalah dg Islam, dg nilai-nilai Islam, berbanggalah kerana anda muslim yg kenal Allah itu Tuhan dan Nabi Muhammad itu Rasul dan Nabi Allah.
Saudara, setiap hari anda solat lima kali dan dalam surah Fatihah anda membaca
( إهدنا الصراط المستقيم * صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضآلين )
Tahukah anda siapakah golongan yg sesat itu? Mereka adalah Nasara yg keliru siapakah Allah yg sebenarnya, adakah ia Isa anak Mariam atau Isa dan Ibunya sekali atau siapa sebenarnya?
Nauzubillah dari syirik seperti itu. Allah SWT Esa Yg Tunggal Yg Mencipta segala-galanya dalam kehidupan ini.
** إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ } [يس:82]
Bersyukurlah kerana anda seorang muslim yg tahu dan beriman kpd Allah kpd malaikat, kitab-kitab dan seluruh para rasul. Penyanyi rap ini tidak kenal Allah, dia memiliki harta, gadis-gadis dan hiburan namun dia tidak merasa bahagia sedikitpun krn dia tidak kenal siapa penciptanya yg sebenarnya. Justeru dia menangis disebabkan terlalu bahagia setelah mengetahui kebenaran lalu dia memeluk Islam dan menjadi pendakwah Islam. Saudara, jangan meniru orang orang jahil agar anda tidak menjadi jahil, patuhilah ajaran agama Islam dan jauhilah larangannya. Beriltizamlah dg sunnah Nabi Muhammad selagi anda hidup agar anda beroleh Syurga dan menyelamatkan diri dari azab neraka والعياذ بالله
http://www.islamictube.net/watch/f2c00dfc715c5dc5fe88/Former-Bad-boy-Rap-Artist-Loon

No comments:

Post a Comment